Dalam
menentang keganasan dan kekejaman terhadap dasar dan tindakan Zionis kerajaan Yahudi Israel, Malaysia dan Perdana
Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad - sama ada ketika menjadi Perdana Menteri ke-4
atau sekarang, tidak pernah mengaitkannya dengan sebab-sebab berkaitan agama.
Penentangan
Dr Mahathir dan Kuala Lumpur adalah terhadap
penindasan dan kekejaman terhadap rakyat Arab dan Palestin, khususnya di Tebing
Barat.
Dr Mahathir dan Malaysia istiqomah dalam pendirian dan perjuangannya.
Kuala
Lumpur tidak menggunakan faktor agama terhadap tekanan yang dinyatakannya kepada rejim Yahudi Tel Aviv.
Ini
berbeza dengan pendekatan pihak lain seperti NGO dan parti politik tertentu di Malaysia yang hanya menjuruskan agama Islam sebagai faktor penting dan penanda
aras menentang dasar pentadbiran dan politik Tel Aviv itu.
Dan
dalam perkembangan terbaru berkaitan cadangan pemindahan kedutaan-kedutaan
negara asing dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis, Malaysia jelas membantah dan menentang
keputusan rejim Zionis Israel yang
mendapat sokongan Amerika Syarikat.
Kini,
Tel Aviv membuat pendirian bahawa Baitulmaqdis - kota yang dianggap suci oleh penganut agama
Islam, Kristian dan Yahudi - sebagai ibu
negaranya buat selama-lamanya.
Bagi
Australia, iaitu negara berhampiran kelompok negara majoriti penduduk Islam –
Indonesia, Malaysia dan Brunei - hasratnya memindahkan kedutaannya ke
Baitulmaqdis sudah pun disuarakan.
Walaupun
keputusan muktamad akan hanya dibuat pada 25 Disember depan, namun Canberaa
sudah menyatakan ia bersikap "terbuka" dalam hal itu.
Pendirian
ini menjadikan Australia negara kedua di dunia mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai
ibu negara Israel, selepas Amerika Syarikat.
Perdana
Menteri Australia, Scott Morrison
membuat kenyataan untuk memindahkan kedutaan Australia di Israel dari
Tel Aviv ke Baitulmaqdis ketika partinya
berdepan pilihan raya kecil di Wentworth, Oktober lalu.
Di
kawasan itu, parti Morrison berdepan dengan bilangan pengundi berketurunan Yahudi yang
ramai. Namun kini partinya tetap ditolak oleh penduduk di situ untuk kali
pertamanya berbanding sebelum ini.
Bukan sahaja bimbang dengan penduduk Yahudi di
Australia, Morrison juga tertekan dengan kenyataan-kenyataan pihak tertentu di
negaranya yang mahukan beliau membuat keputusan
bukan berdasarkan tolak ansur dengan negara jiran – khususnya Indonesia dan
Malaysia tetapi demi kepentingan negara
dan nilai-nilai negara berkenaan.
Suara
yang tidak puas hati dengan Morrison mengemukakan pertanyaan bersifat menyokong
rejim Israel apabila berkata: “Mengapa
kita tidak patut tunjukkan solidariti dengan satu-satunya demokrasi plural dan
liberal di Timur Tengah, dengan menyokong mereka dan meletakkan kedutaan kita
di ibu negara mereka?”
Ketegasan
memperjuangkan isu rakyat Arab dan negara Palestin dibuktikan bukan melalui
tunjuk perasaan mengangkat sepanduk dan menjerit pada himpunan dalam negeri
tetapi menyatakan pendiriannya secara berdepan.
Di Singapura baru-baru
ini Dr
Mahathir menimbulkan isu berkenaan dalam
pertemuannya dengan rakan sejawatnya dari Australia itu sambil memberikan peringatan
dengan berkata:: “Saya pernah katakan jika kita ingin tangani terorisme, kita
perlu tahu sebab-sebabnya. Menambahkan sebab-sebab ke arah terorisme tidak akan
membantu.”
Ketegasan
Dr Mahathir bukan kali ini sahaja.Ini kerana sebelum ini beliau juga mempunyai hubungan tegang dengan Perdana
Menteri John Howard berhubung kenyataan Howard bahawa Australia merupakan
timbalan sheriff Amerika Syarikat di bahagian rantau ini.
Kemudian
pada pada 1993, perdana menteri Australia ketika itu, Paul Keating
menggelar Dr Mahathir sebagai
"keras kepala" (recultraint). Ini berikutan Dr Mahathir memboikot Sidang Kemuncak
Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) di Seattle.
Mungkin
juga ada tekanan daripada kalangan Yahudi di Australia apabila Dr Mahathir
membuat kenyataan-kenyataan yang menimbulkan rasa tidak senang di kalangan
pihak tertentu termasuk kenyataan menteri kewangan Australia Josh Frydenberg
yang mengingatkan Mahathir memang mempunyai reputasi berkaitan pendirian dalam
isu berkaitan Palestin dan Israel.
Reuters
melaporkan dalam satu temubaul melalui radio, Frydenberg berang apabila Dr
Mahathir mengatakan ‘orang Yahudi hidung besar’. “Dia persoal jumlah orang
yang terbunuh dalam peristiwa Holocaust.”
Persoalan
kini ialah dalam kedudukannya sekarang yang lebih rapat dengan negara Asia,
apakah Canberra masih meletak dan melihat negara mereka dalam posisi yang masih
terlalu rapat dengan Washington?
Apakah
ia akan terus mengikut telunjuk Amerika
Syarikat dan memenuhi tuntutan puak Yahudi di Australia?
Morrison
mengakui Dr Mahathir membangkitkan isu ini kepadanya di Singapura tetapi menegaskan dasar
luar mereka tidak akan ditentukan negara luar.
Kita
menghormati pendirian Australia itu. Namun, dalam memainkan perananya di
Indo-Pasifik, apakah pendirian Australia dalam sesuatu isu seperti mengiktiraf
Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel ini ditentukan oleh kuatnya pengaruh dan
kepentingan Washington terhadap Canberra?
Memanglah
sukar untuk memisahkan dengan lobi Yahudi di negara itu umpamanya apabila bekas
Perdana Menteri, Tony Abott memuji Israel sebagai “saudara
demokrasi plural” sambil menggesa Canberra mengabaikan amaran Dr Mahathir
tetapi apakah ia juga akan mengabaikan amaran Indonesia?
Tidak pelik jika ada pertanyaan apakah hak Indonesia atau
Malaysia untuk menentukan dasar-dasar negaranya? Namun apakah Morrison berani
mengambil risiko jika Jakarta melakukan sesuatu yang akan merugikan negaranya?
Jakarta dengan jelas sudah
pun menyatakan penentangannya terhadap sebarang langkah mengiktiraf
Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
Malah,
amaran Jakarta juga ialah, ia akan
mengganggu rancangan perjanjian dagangan bebas dengan Australia.
Kerajaan
Indonesia menolak cadangan Australia untuk setuju dengan hasrat Tel Aviv itu dengan alasan majoriti Islam konservatif di
negara tersebut tidak mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
Di
sebalik kritikan terhadap Dr Mahathir, Parti Buruh Australia sudah menyatakan
pihaknya mahu Perdana Menteri
mereka membatalkan rancangannya
memindahkan kedutaan negara itu di Israel ke Baitulmaqdis.
Jurucakap
Hal Ehwal Luar parti pembangkang itu Penny Wong baru-baru ini mengingatkan,
langkah memindahkan kedutaan Australia dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis tidak
perlu kerana ia boleh membahayakan hubungan Australia dengan Indonesia.
Amat nyata pendirian Malaysia dan Indonesia itu turut mendapat
sokongan pihak dalaman Australia. Kini jelas, keputusan di tangan Perdana
Menteri Australia dan partinya.
Masa
ada sebulan lagi untuk Canberra membuat keputusan. Sempena Maulidur Rasul ini
marilah kita berdoa agar rakyat Arab (walau apa anutan agama mereka) yang diancam
bahaya dan penindasan oleh rejim Israel, bebas dan diselamatkan oleh Allah s.w.t.
Sokonglah
pendirian Kuala Lumpur dalam menyuarakan sikap dan dasar diplomasi kita
mengenai kepentingan rakyat Arab dan Palestin khususnya di Tebung Barat dalam ‘peperangan
mereka menentang kezaliman dan penaklukan Zionis’ hasil dasar Tel Aviv yang bersifat
penakluk hendaklah dihentikan segera.
No comments:
Post a Comment