Maka
ramailah menteri dan media pun mempertahankan Dr Mahathir serta menyanggah dan
mengkritik balik Keating.
Tapi kini
apalah nasib negaraku Malaysia.
Kelmarin
16 September 2017, sambut ulangtahun kelahiran Malaysia.
Rencana penulis di Berita Minggu mengenai kritikan Keating pada 1993. (Gambar pertemuan diambil oleh saya di Cyprus pada Oktober 1993). |
Atau
Malaysia kini lebih dikenali sebagai negara kleptokrasi yang memalukan
rakyatnya di dalam dan di luar negara?
Bukan
sekadar itu sahaja.
Perdana
Menteri yang memimpin ‘parti suci UMNO’ dan Barisan Nasional (BN) turut
dikenali di serata dunia.
Kerana
apa?
Selepas
dikenali sebagai MO1 atau Malaysia Official 1 yang kemudian diberikan pula
gelaran ‘PM Kleptokrat’.
Memalukan
lagi, kini satu lagi gelaran disebut oleh majalah antarabangsa Newsweek,
iaitu ‘Crook’ atau ‘penjahat’. Ada pula
mengatakan Malaysia ini sebagai paya atau ‘swamp’
Apa dah
jadi?
Akibat pendedahan
demi pendedahan mengenai isu RM2.6 bilion dan siasatan oleh Jabatan Kehakiman
Amerika Syarikat (DOJ) dan gelaran dibuat oleh media antarabangsa, pemimpin
pembangkang khususnya Pengerusi Pakatan Harapan (PH) kini menggelar Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai ‘perompak, pencuri, penyangak dan
penyamun’.
Belum ada
sebelum ini seorang Perdana Menteri dihina sebegitu rupa dalam konteks ‘mencuri
harta rakyat’.
Kemarahan
rakyat sebelum ini kepada Dr Mahathir yang menggelarnya sebagai ‘Mahazalim’ dan
‘Maha Firaun’ lebih kepada isu pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemenjaraan
beliau selepas mahkamah menjatuhkan hukuman terhadapnya.
Kes gelaran
kepada Dr Mahathir itu tidak membabitkan kecurian harta rakyat dan rakyat
merasa teraninaya kerana sebab-sebab ekonomi, pendapatan merosot, kenaikan
harga barang dan pengangguran.
Antara 'Crook' filem Melayu |
BN dan
UMNO tetap menang pilihan raya umum 1999 dengan kemenangan di Dewan Rakyat yang
memuaskan.
Gelaran
diberikan kepada Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri pada akhir abad ke 20
lebih kepada isu politik, bukan terpalit dengan isu ekonomi dan pelaburan
seperti sekarang.
Lagipun
gelaran itu tidaklah terkenal ke seluruh dunia dan jika yang maklum mengenai
gelaran itu mungkin rakyat di Singapura atau Indonesia sahaja. Mereka yang
faham bahasa Melayu.
Namun
gelaran MO1 sangat terkenal di AS dan kleptokrasi pula adalah istilah
antarabangsa yang digunakan di seluruh dunia.
Mengejutkan
lagi, sejak balik dari lawatannya ke
Washington bertemu Presiden AS, Donald Trump, Najib mendapat gelaran terbaru,
iaitu ‘Crook’.
Apa itu
‘Crook’? Dalam filem pastinya watak jahat. Dalam filem Melayu, crook ialah
Salleh Kamil, A Rahim, Haji Arshad, Mahmud Jun atau paling tidak pun Shariff
Dol iaitu ‘Samseng Kampung Dusun’.
Jika Crook
filem Melayu hanya di kampung, tetapi
‘Perdana Menteri Crook’ yang digambarkan oleh Newsweek berkaitan
dengan isu antabangsa.
Menariknya
yang memberikan gelaran berkenaan dan digunakan oleh Newsweek ialah bekas
pengerusi Bank Dunia, Paul Wolffowitz.
Malah
seorang pakar Australia di Asia Tenggara dipetik sebagai berkata oleh New York Times bahawa
dari sudut pandang perhubungan awam, ia adalah pertemuan yang harus dielakkan
Rumah Putih.
Najib
mencipta sejarah kerana selepas 60 tahun, orang Melayu terkenal lagi di arena
antarabangsa apabila pemimpin mereka digelar sebagai ‘crook’ oleh pemimpin
antarabangsa dan majalah antarabangsa.
Mungkin di
pihak Pejabat Perdana Menteri dan UMNO menganggap gelaran itu sebagai perkara
kecil.
Atau
mungkin juga anggota Kabinet Najib dan pemimpin UMNO/BN jadi bisu kerana tergamam
atau terpaksa mengakui kedudukan sebenar Najib di mata dunia ketika ini.
Najib dan
Malaysia kini sudah tidak lagi memiliki darjat yang murni sebaliknya boleh
diberikan gelaran dengan sewenang-wenangnya.
Penyokong Najib
pula ramai seperti mengiakan sahaja kerana berdiam diri.
Jika
mereka ‘ada telor’ atau memang mahu mempertahankan Najib bermati-matian,
langkah menyaman atau membantah tindakan secara besar-besaran kepada media
asing daripada AS itu perlu dilakukan.
Mana pergi
pemimpin UMNO yang lantang, khususnya Pemuda UMNO. Mana pergi NGO yang
menyokong Najib? Kenapa membisu? Turut malu?
Sesuatu yang pasti, kritikan media Barat terhadap
pertemuan Trump dengan ‘penjahat itu’ sebagai sesuatu yang tersangat "malang" dan memalukan.
Ia
pastinya akan meninggalkan kesan lama di hati dan sanubari rakyat bahawa untuk
pertama kalinya, seorang Perdana Menteri Malaysia mendapat tiga gelaran dunia
yang membawa kesan yang sangat negatif.
Tahukah anda siapa yg beri gelaran crook tu, tahukah anda siapa empunya semua suratkhabar itu semua? Itulah Yahudi yg banyak diceritakan dlm Alquran dan Hadis Nabi. Sebab apa banyak diceritakan, tanyalah diri sendiri, kawan siapakah mereka itu semua?
ReplyDelete