Monday, March 1, 2010

10 WAKIL RAKYAT AKAN TINGGALKAN PKR?

Pada ketika Ahli parlimen Kulim Bandar Baru Zulkifli Noordin menafikan beliau meninggalkan PKR hari ini, Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng mengisytiharkan keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas berkuat kuasa serta-merta.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus menerima tamparan hebat apabila bekas setiausaha agungnya, Datuk Salehuddin Hashim turut bertindak keluar parti selepas melepaskan jawatannya itu Januari lalu.

Salehuddin berkata, keputusan itu dibuat selepas dua minggu menamatkan perkhidmatannya sebagai pemimpin kanan parti itu.

Zulkifli yang menyatakan “tidak sesuai” untuk keluar PKR ketika ini dihadapkan ke Lembaga Disiplin berikutan laporan polis yang dibuat beliau terhadap Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berhubung isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Tee Beng yang juga bekas Ketua Penerangan PKR Pulau Pinang dihadapkan ke Lembaga Disiplin setelah lantang mengkritik Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Tee Beng berkata, salah satu punca utama beliau keluar dari Parti Keadilan rakyat (PKR) berkuat kuasa hari ini adalah disebabkan sikap parti itu yang telah melakukan `pembunuhan karakter’ terhadap dirinya.

Beliau berkata, sebab lain ialah kerana tiadanya saluran yang disediakan oleh parti itu untuk wakil rakyat menyuarakan kritikan.

"Berikutan itu, mulai hari ini saya mengumumkan keluar daripada PKR dan juga meletakkan semua jawatan dalam parti.

"Saya juga akan menjadi Ahli Parlimen Bebas yang tidak berpihak kepada mana-mana parti,'' katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Sementara Salehuddin yang dijangka hadir bersama bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohd Fairus Khairuddin bagaimanapun tidak muncul malam tadi pada majlis perjumpaan kepemimpinan tertinggi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pada majlis berkenaan Mohd. Fairus mengumumkan keluar daripada parti itu dan menyertai Umno.

Salehuddin menjangkakan lebih 10 wakil rakyat akan keluar dari parti itu tidak lama lagi.
Beliau berkata, langkah itu yang akan dilakukan secara berperingkat-peringkat adalah kerana tidak berpuas hati dengan corak kepimpinan parti itu yang kebudak-budakan.

"Anda sendiri boleh menjangkakan siapa mereka ini kerana wakil rakyat terbabit adalah terdiri daripada mereka yang bukan berfahaman sosialis, tiada latar belakang pertubuhan bukan kerajaan dan juga bukan golongan liberal atau kroni,'' katanya pada sidang akhbar hari ini.

3 comments:

  1. Tak pelik pon jika lebih ramai ahli PKR keluar parti. Sudah dijangka. Perjuangan PKR sudah jauh tersasar.

    Pemimpin PKR pula asyik menyalahkan UMNO/BN. Patutnya renung kembali mengapa perkara seperti ini terjadi.

    UMNO pula jangan terlalu lalai dan gembira. Berbakti kepada rakyat dulu, yang masuk keluar parti bukan rakyat, tapi pemimpin. Ingat, rakyat yang akan mengundi.

    Kami baru dalam politik. Sila lawati http://wayangkulitmoden.blogspot.com untuk komen dan perkongsian fakta. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Tuan,
    Apa yg berlaku sekarang memang telah dijangkakan. PKR sememangnya wadah yg betul utk mereka yg tidak sehaluan dgn kerajaan hari ini. Mereka ini terdiri dari mereka yg tidak sebulu dgn parti UMNO dan PAS yg didakwa gagal menjaga kepentingan orang melayu dan agama Islam ,juga terdiri dari bangsa cina yg tiada keyakinan pada MCA dan org India yg telah jemu dengan Samy Vellu. Manakala di Sabah pula terdiri dari mereka yg tercari-cari platform politik baru untuk diperjuangkan.
    Negara Malaysia hari ini sebenarnya memerlukan sebuah parti baru sebagai alternatif untuk memenuhi kehendak rakyat yg telah muak dgn BN. Tidak ada apa salahnya dgn PKR sebenarnya melainkan ia telah dilacurkan oleh Anwar Ibrahim.
    Kita lihat satu masa dulu semasa parti UMNO diharamkan dan ditubuhkan Parti S 46 . Ramai di kalangan org melayu yg menanggotainya dan kini mereka beralih pula ke PKR . Dgn keahlian yg lebih terbuka , PKR menjadi wadah alternatif kepada rakyat Malaysia yg sedemikian dan kalau diamati dan betul perancangannya ia boleh saja menepati hasrat parti Negara Dato Onn Jaafar dulu .
    Hari ini kita melihat dengan jelas bagaimana rakyat , khasnya orang melayu memberikan sokongan kpd PERKASA . Ia ditubuhkan di merata negara dan mendapat sokongan yg baik walaupun hanya sebuah pertubuhan bukan kerajaan ,NGO. Apakah orang melayu dah 'letih' dgn UMNO ?

    ReplyDelete
  3. Salam..Alhamdulillah..akhirnya yang benar tetap benar.. kepincangan akan terus diserlahkan bukan oleh UMNO atau PAS tapi oleh PKR sendiri..dan akhirnya tinggallah baki teras PKR sebenar iaitu beberapa kerat orang taksub Anwar dan kabilah -kabilah kuffar kicap dan langsat yang anti- Islam..

    Modal tak berbayar yang paling mudah ialah.."Ini semua perancangan UMNO dan mereka semua dibayar dengan janji serta wang ringgit jutaan oleh UMNO".

    Cuba renungkan,, wahai saudara yg taksub PKR akhlak yang macam mana menjadi impian anda untuk memimpin anda..yang bercakap besar, memaki hamun, menghentam orang, takabbur, riak , bergelumang dengan maksiat, hipokrit atau macam mana.. renung2 kan.

    ReplyDelete