"Dalam keadaan sekarang, apakah Ahmad Razif tidak bimbang akan ‘diserang lagi’ pada sidang DUN akan datang, selain membentangkan Bajet 2017 yang pastinya akan mengundang pelbagai kemungkinan? Apa jaminan bahawa usul tidak percaya terhadapnya akan dibentangkan sekali lagi?"
Dengan kedudukan sekarang, ia amat menyulitkan Datuk Seri Ahmad Razif. Ini kerana
hubungannya dengan istana renggang, selain diancam oleh undi tidak percaya.
Malah, jika Ahmad Razif terus menjadi Menteri Besar, beliau
terpaksa berdepan dua lagi sidang DUN akan datang.
Sidang biasa selama sehari dijangka akan diadakan pada Ogos depan, sementara sidang khas untuk
membentangkan Bajet Kerajaan Negeri pada Disember nanti. Dalam keadaan
sekarang, apakah Ahmad Razif tidak bimbang akan ‘diserang lagi’ pada sidang DUN akan
datang, selain membentangkan Bajet 2017 yang pastinya akan mengundang pelbagai
kemungkinan?
Apa jaminan bahawa usul tidak percaya terhadapnya akan
dibentangkan sekali lagi? Kali ini berani atau mampukah Speaker DUN, Datuk Mohd
Zubir Embong menolak usul tersebut?
Veteran UMNO Terengganu menyatakan sokongan kepada Ahmad Razif baru-baru ini selepas diasak oleh Ahmad Said di sidang DUN Terengganu. |
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata dirinya akan
mengadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berhubung isu berkenaan
dalam masa terdekat.
Tujuan apa menghadap tidak diketahui. Untuk memohon
supaya pingat dipulangkan atau membincangkan kedudukan Ahmad Razif sebagai Menteri Besar?
Sejauh ini tiada kenyataan rasmi daripada Istana
Terengganu dalam isu ini, termasuk sama ada jawatan Menteri Besar itu perlu
ditukarkan kepada pemimpin lain.
Perdana Menteri boleh meminta rakyat tidak membuat
spekulasi tetapi keadaan politik Terengganu yang kini terumbang-ambing tidak
akan mampu untuk menyekat rakyat berbicara mengenainya.
Najib juga perlu mengatasi isu ini segera dalam keadaan
beliau sendiripun diserang dalam pelbagai isu, khususnya isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Saya dijadual menghadap Sultan Terengganu dalam
masa terdekat. Selepas itu, baru saya akan keluarkan kenyataan," katanya
kepada pemberita diKuching.
Kebiasaannya apabila ada krisis seperti ini, ia lebih
kepada menjamin kerajaan Barisan Nasional (BN) terus stabil dengan melantik
Menteri Besar baharu, sekurang-kurangnya sehingga pilihan raya umum akan
datang.
Sesetengah penganalisis berkata krisis ini menyebabkan
kedudukan BN Terengganu dalam bahaya kerana ia hanya mempunyai majoriti kerusi
yang tipis.
BN mempunyai 17 ADUN, manakala pembangkang memiliki 15
kerusi - 14 daripada PAS dan seorang daripada PKR.
Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said,
awal bulan lalu memfailkan undi tidak percaya terhadap Razif, mencetuskan
khabar angin mengenai satu lagi pertukaran menteri besar.
Bagaimanapun usul itu ditolak oleh Speaker Terengganu
Datuk Mohd Zubir Embong.
Bagi Pengerusi PKR negeri, Azan Ismail, 32 kerusi Dewan
Undangan Negeri Terengganu kini "tergantung" selepas Ahmad Razif menafikan
bekas MB Datuk Seri Ahmad Said peruntukan di kawasannya. Ahmad Said adalah ADUN
Kijal.
"Dengan menafikan peruntukan tersebut kepada Ahmad,
menteri besar tidak lagi mengiktiraf beliau sebagai seorang ADUN BN,"
dakwa Azan.
BN mempunyai 17 ADUN, termasuk Ahmad, manakala kerusi
pembangkang terdiri daripada 14 daripada PAS dan Azan merupakan ADUN PKR tunggal
di Terengganu.
Ahmad bulan lalu memfailkan undi tidak percaya terhadap Ahmad Razif tetapi ditolak oleh Speaker Dewan Undangan Terengganu Datuk Mohd Zubir
Embong.
Ahmad mengesahkan Ahmad Razif telah mengambil alih peruntukan
untuk DUN Kijal.
Semalam, ada pihak mengatakan insiden penarikan balik
pingat terhadap beliau oleh istana Terengganu susah untuk Ahmad Razif jalankan tugas selaku Menteri
Besar.
Ini kerana kerana setiap minggu dia perlu menghadap
Sultan Mizan untuk memaklumkan perkembangan mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (Exco)
terutama keputusan yang dibuat dan membincangkan hal pentadbiran negeri.
"Kalau Ahmad Razif kekal sebagai MB, rasanya payah.
Mungkin tak lama lagi akan ada perubahan kepimpinan negeri, cuma tak pasti
melalui kaedah mana, sama ada pilihan raya atau kerajaan perpaduan,"
katanya ketika dihubungi di Terengganu,” demikian menurut satu ulasan semalam.
Azan "bersimpati dengan MB. Tetapi saya bersimpati lagi dengan rakyat
kerana kerajaan negeri tidak akan dapat memberi tumpuan kepada menjalankan
tugasnya."
Perdana Menteri membuat kenyataan selepas hadir dan
memberi sokongan kepada Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem, calon BN DUN
Tanjung Datu di Kuching hari ini bersempena penamaan calon pilihan raya Sarawak
ke-11, meminta semua pihak menghentikan spekulasi mengenai kedudukan Menteri
Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman dengan istana Terengganu.
Najib yang juga Pengerusi BN berkata pentadbiran kerajaan
negeri Terengganu masih berjalan seperti biasa.
Portal AMANAH, Malaysia Dateline Sabtu lalu
memetik sumber yang mendakwa Sultan Mizan Zainal Abidin pada Jumaat lalu telah
menarik balik gelaran kepada Ahmad Razif hingga mencetuskan khabar angin
mengenai pertukaran menteri besar.
Menurut laporan Harian Metro pula, Ahmad Razif turut
hadir semasa pelancaran majlis Persidangan Wakaf Senusantara 2016 di Hotel
Primula di Kuala Terengganu yang dirasmikan oleh Sultan Mizan.
Ahmad Razif, bersama-sama dengan Setiausaha Kerajaan Negeri
Terengganu Datuk Osman Muda, bagaimanapun dilaporkan meninggalkan majlis
sebelum wartawan mendapatkan komen mengenai perkara itu.
Satu kejadian yang sama dilaporkan berlaku pada majlis
UMNO Dungun malam Sabtu.
Ahmad Razif dikurniakan Darjah Dato' Paduka Mahkota
Terengganu Kehormat (DPMT) yang membawa gelaran Datuk pada 2012 serta Seri
Setia Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZ) yang membawa gelaran Datuk Seri pada
April 2015.
Ahmad Razif yang juga Ahli Dewan Undangan Seberang Takir
mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu menggantikan Datuk Seri
Ahmad Said pada 12 Mei 2014.