Tuesday, May 6, 2014
ONEDERFUL MALAYSIA - TERESA DIDAKWA DI MAHKAMAH TINGGI HARI INI
Selepas menunggu tiga bulan akhirnya Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok akan didakwa di Mahkamah Tinggi Jalan Duta pada pukul 9.30 pagi ini (Selasa) berhubung penyiaran video kontroversi Tahun Baru Cina 'Onederful Malaysia' di Youtube, Januari lalu.
Diharapkan kertas dakwaan terhadap pemimpin wanita DAP ini lengkap untuk mengajar Teresa yang ‘sering kurang ajar’.
Dalam video klip berdurasi hampir 12 minit itu, Teresa 'berlakon' sebagai pengacara yang menemuramah tiga tetamu mengenai Feng Shui pada Tahun Baharu Cina untuk tahun ini dan tetamu undangan Teresa pula mengeluarkan kenyataan menyindir dalam beberapa perkara, antaranya ialah sistem pendidikan negara dan isu keganasan di Sabah.
Pada 2 Februari lalu, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Salleh Mat Rasid berkata polis akan menyiasat klip video berbaur sindiran itu.
Polis menyiasat sama ada kandungan klip video bertajuk 'Onederful Malaysia CNY 2014 Video Clip' berbaur fitnah, hasutan atau sebaliknya.
Polis berkata siasat perkara itu dibuat jika ada laporan rasmi mengenainya diterima dan akan mengambil tindakan (jika didapati bersalah).
Empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis beberapa hari selepas video klip itu ditayangkan ddengan meminta tindakan diambil terhadap wakil rakyat itu kerana didakwa menyindir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor serta kerajaan menerusi klip video tersebut.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim berkata Teresa sepatutnya menunjukkan contoh yang baik dan bukan sebaliknya melakukan perbuatan yang boleh menjatuhkan maruah diri sebagai anggota Dewan Rakyat.
"Maklum balas dan komen terhadap klip video di Youtube memaparkan lebih banyak kejian daripada menyokong perbuatannya.
Orang ramai akan mentertawakan beliau sebagai Anggota Parlimen terlibat dalam video tersebut berbanding lawak bodoh yang diutarakan,” ulas Razali.
Bagi polis, walaupun rakyat mempunyai kebebasan bersuara, rakyat perlu mengelak daripada menimbulkan isu-isu berbaur fitnah atau hasutan supaya masyarakat pelbagai kaum dan agama hidup secara aman.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa mengesahkan sealam Teresa akan didakwa dan polis telah melengkapkan kertas siasatan kes yang disiasat di bawah Seksyen 505 (B) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia itu.
Khairi bagaimanapun, enggan memberikan sebarang komen sama ada Kok akan didakwa atas kesalahan menghasut.
Bila jatuh hukum nanti pasti dia akn buat rayuan..dlm masa rayuan tu maka ajal pun smpai spt nasib karpal sink
ReplyDeletekes ini payah nak ada kesudahan...kalau melibatkan bukan melayu, wakil rakyat, pembangkang pulak tu..mmm kiamat dulu lah baru dapat 'noktah' pada kes.
ReplyDeleteUndang undang hanya utk manusia yg tak ada apa apa...kitak tengok berapa ramai penjenayah yg masuk penjara dan ke tali gantung x ada peguam..kalau peguam yg kerajan beri kita faham faham aja lah..
ReplyDeletekesiannya....akhirnya sibodoh kena dakwa. tak kisah la nanti akhirnya sibodoh ini terlepas. aku tumpang suka jika sibodoh ini dapat didakwa. terlepas ke tak, pi mampos....
ReplyDelete