Sunday, January 6, 2013
PRU13 - PENYELARAS ANWAR DITANGKAP TERBABIT GANGGUAN SEKSUAL, RASUAH?
(Dikemaskini 5.00 ptg 6 Dis 2013) Hampir-hampir menyamai BAPA BOREK, ANAK RINTIK!
Tidak kisah kalau laman dan blog propembangkang enggan siarkan berita ini.
Setidak-tidaknya Malaysiakini online memuatkan juga berita mengenai pegawai Anwar ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM).
Harapkan Sinar Harian online dan harakahdaily.net, ia bagai berita tidak bernilai. Mungkin nak tunggu pengesahan dulu. Atau tunggu kebenar Anwat kot! Atau tidak mahu membuka aib orang walaupun dalam harakahdaily.net mempunyai banyak laporan yang memfitnah, mencemar imej atau juga mengaibkan orang khususnya pemimpin UMNO dan Barisan Nasional.
Hingga jam 5:03 petang ini, harakahdaily.net tidak menerbitkan sepatah ayat pun mengenai penahanan itu. Pun begitu Sinar Harian online.
Benarlah kata rakan-rakan blogger, apabila kena batang hidung buat-buat tidak tahu dan tidak nampak.
Malaysiakini (yang menerbitkan berita pada pukul 12:55) memetik Mingguan Malaysia menyebut SPRM menahan seorang pembantu kepada timbalan ketua menteri Pulau Pinang berhubung satu dakwaan rasuah.
Pembantu itu dikatakan menyaksikan cubaan untuk menyerahkan rasuah RM30,000 orang seorang individu kepada seorang wanita. Pengarah SPRM Datuk Mustafar Ali mengesahkan kepada akhbar berkenaan bahawa pembantu berkenaan bekerja kepada salah seorang daripada dua timbalan ketua menteri, tetapi tidak menamakan timbalan ketua menteri itu.
Laporan pula menyebut, jumlah sogokan itu adalah untuk mendorong wanita berkenaan agar menggugurkan satu aduan gangguan seksual ke atas seorang penjawat awam kanan. Penjawat awam tersebut didakwa di mahkamah beberapa bulan lalu.
Susulan itu, penjawat awam berkenaan meminta bantuan daripada pembantu berkenaan yang seterusnnya menghubungi wanita tersebut, menurut laporan itu yang memetik satu sumber.
The Malaysian Insider turut menyiarkan berita ini memetik The Sunday Star dengan memetik laporan, "The woman had lodged a report with the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) that lay in wait for the transaction to take place in a Seberang Jaya restaurant on January 3, the English-language paper reported, citing an unnamed source close to the investigation. “They were arrested on the spot at about 11.30pm,” the paper quoted the source as saying."
Sementara itu, laporan mStar menyebut, Pegawai kepada Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga koordinator program kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh ditangkap dalam satu serbuan operasi membanteras rasuah.
Lelaki berusia 50-an, dan dua yang lain telah ditangkap kerana didakwa menawarkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa terhadap kes gangguan seksual.
Mereka dikatakan telah memberikan RM30,000 kepada seorang wanita untuk menggugurkan aduan gangguan seksual ke atas wanita tersebut.
Pengarah penyiasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Mustafar Ali mengesahkan penangkapan itu tetapi enggan mengulas lanjut.
Wanita yang merupakan seorang kerani, sebelum ini mengadu bahawa bekas majikannya melakukan gangguan seksual terhadap beliau.
Penjawat awam itu juga telah membawa perkara ini ke mahkamah beberapa bulan lalu. Penjawat awam tersebut kemudian meminta bantuan dari kawannya yang merupakan setiausaha politik.
Satu sumber yang terlibat dengan penyiasatan itu berkata bahawa wanita itu membuat laporan kepada SPRM dan operasi dilakukan pada lewat malam 3 Jan di sebuah restoran di Seberang Jaya.
Pada pertemuan dengan wanita itu, tiga daripada mereka didakwa memberi sejumlah wang supaya beliau berdiam diri.
Wanita itu telah dipaksa untuk menandatangani dokumen yang berjanji untuk tidak meneruskan kes tersebut di mahkamah. "Mereka ditahan di tempat kejadian pada kira-kira 11:30 malam," kata sumber itu.
Kesemua mereka telah dibebaskan dengan ikat jamin. Pegawai khas tersebut merupakan pemegang jawatan bahagian Permatang Pauh PKR dan kini merupakan penyelaras bagi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketiga-tiga mereka mungkin akan didakwa di mahkamah selepas SPRM selesai melakukan siasatan.
Penahanan pembantu TKM I ada kaitan dengan Batu Tiga Quarry
ReplyDeletehttp://pru13penang.blogspot.com/2013/01/penahanan-pembantu-tkm-i-ada-kaitan.html#links