Monday, September 24, 2012
KENAPA PERTIKAI? ANWAR BANYAK DUIT, JADI PM BOLEH BELI ROKET...
Apa nak hairankan?
Duit banyak. Ada keupayaan. Bukan sekadar gaji Ahli Parlimen sahaja.
Orang lain jadi Ahli Parlimen tidak ada duit. Tidak bolehlah beli jet peribadi.
Ini baru ada elaun Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang serta pencen Timbalan Perdana Menteri dan yang lain sebelum ini...kalau jadi Perdana Menteri lagi banyak duit.
Kenapa mahu pertikaikan Datuk Seri Anwar Ibrahim guna jet peribadi?
Dia mampu...mana tahu kalau dah jadi Perdana Menteri, rakyat Malaysia akan lihat Perdana Menterinya menggunakan pesawat laju dan besar untuk membawa ahli Kabinetnya.
Atau ada roket sendiri untuk ke bulan dan bintang?
Orang BN dengkilah tu...Menteri-Menteri BN naik Malaysia Airlines (MAS) saja, dan yang lain naik Air Asia...dah tak berduit buat cara tidak berduit.
Anwar tidak cukup duit boleh minta dengan rakan-rakannya di Amerika Syarikat tetapi pemimpin BN, termasuk Datuk Seri Mohd Najib mahu minta dengan siapa?
Ketika beberapa blogger dan pemimpin Barisan Nasional mengkritik ‘gaya pengembaraan’ mereka, Anwar dan rakan-rakannya menegaskan bahawa tindakan menaiki jet peribadi itu bagi memudahkan perjalanan mereka ke Sarawak dan Sabah.
Gambar tersebut pada mulanya di muat naik di laman Twitter, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua pada 15 September lalu dan di turut muat naik di beberapa laman blog selepas itu.
Selain Anwar dan Tian Chua, mereka yang turut dilihat berada dalam pesawat itu adalah Naib Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin, Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli dan Ketua PKR Terengganu, Abdul Rahman Yusof.
Beberapa blog blog turut mendakwa pesawat berkenaan didaftarkan atas nama bank Amerika Syarikat.
Dalam entri di blog novandri.blogspot.com mendakwa pemimpin pembangkang itu menuduh kerajaan Barisan Nasional membazir kerana sering menggambarkan diri mereka pandai berjimat cermat dan mengembara dengan menaiki syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia.
“Ramai penyokong telah tertarik, malangnya ini semua hanya satu lakonan.
“Cerita terbaru mengenai Anwar menaiki jet peribadi bersama-sama pemimpin PR sudah pasti akan meninggalkan kesan serta persepsi negatif daripada rakyat,” kata blogger tersebut.
Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, adalah satu ironis apabila pembangkang sering menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan kerajaan suka membazir, sedangkan mereka menaiki jet peribadi untuk pergi berkempen.
“Walaupun perkhidmata tersebut dibayar oleh pihak tertentu, rakyat tetap ada hak untuk mengetahui sama ada ia dibiayai oleh pihak antarabangsa atau orang tempatan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang berkata: “Sekalipun ia hanya dipinjamkan, mereka harus sedar tiada makanan tengah hari percuma di dunia hari ini.” Menjawab reaksi terhadap kritikan yang dilemparkan kepadanya, Anwar pada Sabtu menulis di laman Twitternya,:
“Apa isunya? Seorang kawan telah merancang untuk memberi pinjam jet peribadinya.”
Sambil mempertahankan tindakan bapanya, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar turut menghantar tweet:
“Apa isunya dengan perjalanan menaiki jet peribadi yang dipinjamkan oleh seorang raka? Ia bukan kepunyaan kami, bukan dengan duit rakyat.”
Tian Chua berkata mereka telah pergi ke beberapa tempat di Sabah dan Sarawak pada hujung minggu ketika cuti hari Malaysia.
Beliau menambah adalah lebih murah dan menjimatkan masa menyewa jet peribadi berbanding pesawat komersil.
Selain Anwar dan Tian Chua, mereka yang turut dilihat berada dalam pesawat itu adalah Naib Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin, Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli dan Ketua PKR Terengganu, Abdul Rahman Yusof.
Beberapa blog blog turut mendakwa pesawat berkenaan didaftarkan atas nama bank Amerika Syarikat.
Dalam entri di blog novandri.blogspot.com mendakwa pemimpin pembangkang itu menuduh kerajaan Barisan Nasional membazir kerana sering menggambarkan diri mereka pandai berjimat cermat dan mengembara dengan menaiki syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia.
Rujukan - mStar
Rugi RM5.7 bil: Salahkan Soros, angkat orang BNM
ReplyDeleteAidila Razak
11:50AM Sep 24 2012
Kenapa spekulator matawang George Soros dikecam sebagai penyangak, ketika pihak yang bertanggungjawab atas kerugian RM5.7 bilion Bank Negara Malaysia (BNM) melalui dagangan pertukaran asing (forex) dinaikkan pangkat?
Perkara ini dipersoal Lim Guan Eng (DAP-Bagan) kepada timbalan menteri kewangan Donald Lim di Parlimen hari ini.
"George Soros dicaci penyangak yang jejas pertukaran mata wang asing tapi adakah kerajaan sedar masa itu Bank Negara juga terlibat kegiatan sama, berjudi dengan wang negara dalam pertukaran mata wang asing?" soalnya.
Menuding jari kepada Nor Mohamad Yakcop (BN-Tasik Gelugor), Lim berkata, kenapa bekas pentadbir kanan Bank Negara itu tidak dipersalahkan, sebaliknya dinaikkan pangkat sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri.
"Ini bukan 'Janji Ditepati', tetapi 'jampi ditepati'," sindirnya.
Donald sebelum itu memberitahu Dewan Rakyat bahawa BNB rugi RM5.7 bilion pada 1992, seperti dilaporkan dalam laporan tahunannya pada 1993.
Sementara itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sebagai menteri kewangan pada masa itu mengesahkan dagangan tukaran asing berlaku sehingga menyebabkan kerugian besar dan mahu ia dihentikan serta merta.
Katanya, telah merujuk beberapa pihak, beliau difahamkan aktiviti itu dilakukan bawah seksyen forex BNM bawah selian Nor Mohamed Yakcop.