Wednesday, July 11, 2012
DEBAT POLITIK - MCA ANGGAP IA BUANG MASA...PEMIMPIN UMNO?
Bukan Lim Guan Eng sahaja akan menyerang dan mengutuk hujah orang lain tetapi semua pemimpin pembangkang akan gunakan pentas debat untuk meremehkan Barisan Nasional (BN).
Semalam Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengakui bahwa dalam debatnya dengan Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang itu menggunakan debat untuk menyerang orang lain kecuali Anwar (Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim).
Malah Dr Chua menganggap pemimpin DAP itu tidak menyertai debat yang sihat.
Baru sedar? Debat politik hanya membuang masa!
Sudah berkali-kali sebelum ini diutakan pendapat bahawa debat politik tidak menguntungkan sesiapa tetapi memberikan kelebihan kepada pembangkang dan media yang menganjurkannya.
Kita berharap pemimpin UMNO dan BN tidak terpengaruh dengan ajakan media cetak dan media elektronik atau juga siber untuk menyertai debat anjutan mereka!
Dr Chua menganggap Guan Eng menggunakan debat sebagai platform untuk mengutuk hujah orang lain dan tidak menjawab sebarang soalan yang ditujukan kepadanya.
Malah, menurut Dr Chua majlis presiden MCA semalam memutuskan bahawa beliau tidak perlu berdebat lagi dengan Lim kerana menyifatkan tindakan itu hanya membazir masa.
“Saya turut bersetuju dengan rakan-rakan saya bahawa saya tidak akan menerima sebarang debat daripada beliau,” katanya.
Amat benar pendapat sebelum yang mengatakan debat dengan pemimpin pembangkang wajar dihentikan. Malah UMNO dan BN sepatutnya membuat pendirian seperti majlis presiden MCA bahawa debat hanya membazirkan masa.
tERIMAKASIH di atas kesudian tuan...
ReplyDelete