Saturday, March 17, 2012
SELEPAS BN, PKR, PAS & DAP MAHU 'BERPERANG' DENGAN HAKIM, MAHKAMAH
Perhimpunan 'bebaskan imam Hoslan' atau imam ‘Baling Selipar’? NGO bawah PKR, Jingga 13 akan mengadakan perhimpunan aman pada 24 Mac bagi menuntut kebebasan imam Hoslan Hussain yang dijatuhkan hukuman penjara setahun, Khamis lalu di atas kesalahan melemparkan seliparnya ke arah panel hakim.
Ketua Jingga 13, Fariz Musa berkata kumpulan itu juga akan berarak dan menyerahkan satu memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menuntut pembebasan Hoslan .
"Kita juga menyeru supaya orang ramai (supaya) turun menyertai himpunan ini. Dijangka juga isteri serta anak-anak imam Hoslan akan turun selain pimpinan Pakatan Rakyat. Kita jangkakan lebih daripada 500 orang akan hadir," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini kelmarin.
Tak taulah apa nak dikatakan dengan PKR ini. UMNO atau Barisan Nasional (BN) langsung tidak terbabit. Ini adalah kes antara Hoslan dengan Mahkamah Persekutuan, khususnya hakim-hakim.
Kenapa PKR , PAS dan DAP beria-ia menjadikannya isu politik. Apakah kini selepas berdepan dengan UMNO dan BN mahu ‘berperang’ pula dengan mahkamah dan hakim?
Pertama, tindakan mencabar keputusan hakim adalah menghina mahkamah; Seperti dilaporkan, kejadian berlaku apabila Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkifli Ahmad Makinuddin menolak permohonan Hosnan supaya diberi kebenaran membuat rayuan.Imam berkenaan yang tidak diwakili perguam berdiri di barisan meja berhampiran pegawai pendakwa raya dan peguam semasa permohonan itu naik marah dan melemparkan kasutnya apabila rayuannya ditolak.
Hoslan merayu kepada Hakim Zulkefli supaya berlembut dan membenarkan permohonannya itu tetapi tetapi hakim dilaporkan mahkamah terpaksa menolak bantahan kerana ia mengikut undang-undang.
Hakim Zulkefli cuba menenangkan Hoslan tetapi beliau dikatakan tidak mahu mendengar alasan berkenaan tetapi sebaliknya mencampakkan seliparnya ke arah panel hakim yang hampir mengenai seorang daripada mereka. Dua lagi hakim yang bersidang bersama pagi ini adalah Hakim Datuk Suriyadi Halim Omar dan Datin Paduka Zaharah Zahari.
Berikutan kejadian ini, polis yang mengendalikan perbicaraan mahkamah memegang Hoslan dan cuba menenangkan beliau. Adalah difahamkan bahawa ahli panel tiga hakim tidak membuat apa-apa perintah berhubung tindakannya yang menghina mahkamah itu.
Insiden melempas selipar itu berlaku pada 22 Februari. Dua minggu selepas itu, Hoslan dipanggil ke Mahkamah Persekutuan dan dijatuhkan hukuman pada 8 Mac. Berikutan itu, peguam veteran Karpal Singh akan memfailkan permohonan bagi Mahkamah Persekutuan menyemak semula keputusannya menjatuhkan hukuman setahun penjara ke atas Hoslan. Karpal, yang merupakan peguam yang mewakili Hoslan berkata hukuman Mahkamah Persekutuan itu adalah "nyata keterlaluan".
Kedua, memorandum hasil bantahan melalui peraakan itu mahu diserahkan kepada Yang diPertuan Agong – apakah begitu rendah darjah Yang di-Pertuan Agong untuk menerima memorandum sedemikian; dan
Ketiga, kenapa jadikan isu ini isu politik oleh PKR dan apakah muslihat DAP apabila pemimpin utamanya, Karpal Singh mahu menjadi perguam membela Hosni?
Menurut laporan, kumpulan itu merancang untuk berhimpun di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta bermula jam 2 petang dan perhimpunan itu juga akan disertai pertubuhan Solidariti Anak Muda Malaysia dan juga Angkatan Belia Islam Malaysia.
Ketua penerangan Dewan Pemuda PAS, Riduan Mohd Nor berkata, kutipan wang bagi tabung derma keluarga Hoslan kini masih giat dijalankan. Katanya, hasil wang yang telah diterima akan didermakan secara berperingkat pihaknya yakin kutipan itu akan mencapai sasaran iaitu sebanyak RM20,000.
Selain bantuan daripada tabung tersebut, keluarga Hoslan juga akan menerima sumbangan sebanyak RM800 sebulan daripada Dewan Muslimat PAS yang akan diberikan berterusan dalam tempoh pemenjaraan tersebut.
No comments:
Post a Comment