Friday, February 24, 2012
PENJAWAT AWAM LEBIH PERCAYA NAJIB DARIPADA ANWAR, PEMBANGKANG
Nampak sangat pembangkang semakin risau apabila semakin dekatnya pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib mengenai mengenai Skim Saraan Malaysia (SSM) dan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).
Pembangkang begitu resah kerana pengumuman yang dianggap adil dan saksama akan menyebabkan penjawat awam akan berterima kasih kepada kerajaan dan sukarlah mereka untuk ‘masuk jarum’ membenci kerajaan.
Kita tidak menafikan akan ada sesetengah kakitangan yang ‘degil’ yang mengambil apa yang ditawarkan tetapi tidak reti berterima kasih.
Sejak semalam pembangkang melalui anak perempuan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), tiba-tiba melalak tidak tentu fasal dengan menggesa Perdana Menteri mengkaji syor terbaru yang dibentangkan Cuepacs serta saranan Pakatan Rakyat sebelum ini demi membela nasib penjawat awam.
Nurul Izzah Anwar meminta kerajaan menunaikan tuntutan terbaru Cuepacs agar kerajaan memberi kenaikan gaji antara RM700 hingga RM2,500 untuk pekerja-pekerja di dalam perkhidmatan awam gred 1 hingga gred 54 menerusi skim yang sedia ada sebelum melaksanakan sebarang pembaharuan menerusi Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).
Beliau mengulangi bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi komitmen bahawa sekiranya Pakatan Rakyat memegang tampuk kerajaan pusat, gaji minima pada kadar RM1,100 akan dikuatkuasakan buat penjawat awam.
Juga katanya, PKR menyeru agar jurang nisbah gaji di antara yang tertinggi dan terendah dirapatkan, dan bersedia untuk bekerjasama dengan semua pihak untuk merealisasikan visi ini. Sedangkan ternyata Perdana Menteri begitu prihatin dengan pekerja bawahan dan kerana itu kajian selama tiga bulan diarahkan agar SBPA benar-benar dapat dimanfaatkan untuk semua peringkat.
Malah, kalau mengikut Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman, Najib dijangka membuat pengumuman yang adil dan saksama berkaitan perkhidmatan awam 12 Mac ini. Pengumuman itu dibuat selepas mengadakan pertemuan 45 minit dengan Perdana Menteri di pejabatnya di Putrajaya semalam.
Tidakkah ini menggambarkan bahawa kerajaan bersifat terbuka dan tidak sekali-kali meminggirkan penjawat awam walaupun ada kalangan mereka yang ‘meminggirkan kerajaan’.
Omar turut menyatakan Cuepacs sendiri akan menyambut baik apa sahaja perkara yang bakal diumumkan serta mengucapkan terima kasih di atas kesudian serta kesediaan Perdana Menteri untuk mengadakan perbincangan dan mendengar cadangan demi kebaikan penjawat awam. Jadi PKR dan sekutunya mahu apa lagi daripada kenyataan Omar itu?
Tidak payahlah anak Anwar itu bersuara kerana kerajaan bukan sahaja melayani tuntutan pekerja malah semalam Najib mendengar secara keseluruhan tuntutan serta pandangan yang dikemukakan Cuepacs selama ini berhubung permasalahan penjawat awam termasuk mengenai isu SBPA.
Dan sebagai menunjukkan betapa rapatnya Perdana Menteri dengan penjawat awam di negara ini, beliau menyatakan kesediaan untuk menghadiri perhimpunan besar-besaran yang akan mengumpul seramai 15,000 penjawat awam yang akan diadakan di Stadium Bukit Jalil pada 12 Mac depan.
Kedudukan ini jelas menggambarkan betapa usaha pembangkang mahu memecahbelahkan kesetiaan penjawat awam terhadap kerajaan Barisan Nasional bukan sahaja tidak berjaya tetapi semakin terserlah mereka tidak mampu melakukan apa-apa selain ‘berteriak’!
Akhirnya yang mendengar rintihan, cadangan dan merumuskan tuntutan penjawat awam di negara ini ialah BN dan tidak ada yang lain selain BN!
Assalam Bro
ReplyDeleteKenapa tetiba budak tak malu ni melalak... bila semua dah nak selesai baru dia nak berbunyi konon... Masa mula2 ada dia kisah... Ini tak ada lain nak ambil kredit dari kerja orang lain... Hello perempuan siapa sokong sama awak... Tu betulkan bapak awak tu dulu....