Saturday, April 24, 2010
NIK AZIZ SIFATKAN TITAH SULTAN ‘AJARAN KARUT’
SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah menandatangani plak sebagai tanda merasmikan Masjid Manbaeil Uloom di Taman Cheras Jaya, Batu 11 Cheras, Hulu Langat, 23 April. – Gambar Utusan
Bukan sekali. Sudah banyak kali Sultan Selangor bertitah supaya jangan salahguna masjid.
Namun titah itu bagaikan masuk telinga kiri dan keluar telinga kanan oleh sesetengah pihak.
Lebih mengejutkan, titah sengaja dipermain, bukan sahaja oleh rakyat Selangor sendiri tetapi juga ‘orang luar’ pada musim kempen pilihan raya kecil ini.
Alasan ialah politik dan Islam memang satu – tidak wajar dipisahkan. Namun apakah dengan alasan itu cukup untuk menjadikan masjid medan untuk menghentam kononnya orang lain bukan Islam dan dia sahaja yang Islam?
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam bertitah masjid dan surau adalah tempat untuk umat Islam dan orang Melayu bersatu padu, bermuafakat serta mengeratkan silaturrahim sesama umat.
Dengan kata lain ia bukannya tempat untuk berpolitik.
Semalam Baginda mengulangi titah supaya masjid dan surau di Selangor tidak dijadikan gelanggang untuk berpolitik dan tempat untuk mengadakan demonstrasi negatif.
Malah dengan jelas Baginda menegaskan yang Baginda tidak berkenan masjid dan surau dijadikan gelanggang untuk berpolitik dan mengadakan demonstrasi yang negatif baik di perkarangan mahupun di dalam masjid.
Baginda bertitah pada majlis perasmian Masjid Taman Cheras Jaya dan turut hadir Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Sebaliknya, reaksi kepada titah itu, Menteri Besar Kelantan yang juga Musyridul Am PAS menempelak Sultan Selangor di Banglo Pejabat Daerah Kuala kubu Bharu dengan mengatakan berpolitik di masjid tidak salah kerana Nabi Muhamad s.a.w. juga melakukannya pada masa dahulu.
Kata Nik Aziz: “Siapa ajar tidak boleh cakap politik dalam masjid.Ini ajaran karut yang ditinggalkan Inggeris dan digunakan oleh Muslim.
“Sungguh dukacita, inilah politik, ini kerja saki baki ajaran penjajah Barat yang mengasingkan agama dan politik,”.
Jelas dalam kenyataannya itu, bukan sahaja Nik Aziz menyifatkan titah Baginda Sultan Selangor sebagai ‘ajaran karut’, malah menyifatkan sikap Sultan Sharifuddin sebagai terus mengamalkan ajaran penjajah Inggeris.
Lebih mengejutkan kenyataan itu dibuat di bumi Selangor apabila Sultan adalah ‘penjaga; kepada kesucian agama Islam.
Kedatangan Nik Aziz ke Hulu Selangor dilihat sebagai usaha melonjakkan kembali populariti calon pembangkang, Datuk Zaid Ibrahim pada pilihan raya kecil Hulu Selangor selepas diserang bertalu-talu oleh BN sepanjang tempoh kempen.
Kehadiran Nik Aziz menyokong Zaid bertujuan membawa kembali keyakinan terhadap Zaid yang menerima pukulan hebat kerana peribadinya. Malah Zaid kini dilihat sebagai ‘Zaid baru’.
Semalam, Sultan Sharafuddin bertitah, masjid adalah tempat paling sesuai untuk umat Islam menginsafi diri dan mensucikan hati supaya dapat menghilangkan perasaan hasad dengki dan juga mengetepikan perasaan membenci antara satu sama lain.
"Di dalam masjidlah tempat yang sepatutnya diberi penerangan tentang pentingnya hubungan baik dan muhibbah di antara masyarakat tanpa mengira kaum, fahaman politik dan latar belakang agama," titah baginda.
Sultan Sharafuddin dalam titah baginda pada Oktober tahun lalu mengingatkan pegawai masjid dan jawatankuasa kariah masjid di negeri Selangor supaya memastikan rumat ibadat itu tidak digunakan sebagai gelanggang politik yang boleh memecahbelahkan perpaduan ummah.
Hari ini Baginda mengulangi titah supaya masjid dan surau di Selangor tidak dijadikan gelanggang untuk berpolitik dan tempat untuk mengadakan demonstrasi negatif.
Semalam sekali lagi Sultan Sharafuddin mengingatkan setiap pegawai dan anggota jawatankuasa masjid supaya merujuk terlebih dahulu kepada pihak berkuasa agama negeri sebelum menjemput penceramah agama bagi memastikan mereka memiliki tauliah.
"Hanya mereka yang mempunyai tauliah daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sahaja yang dibenarkan untuk berceramah, berkuliah, berkhutbah dan mengajar di masjid dan surau," titah baginda.
Selain Nik Aziz, bagi sesetengah pemimpin pembangkang di Selangor, amaran itu bagaikan menitis air di daun keladi.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam mendedahkan Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menyampaikan khutbah berbaur politik di sebuah masjid di Bukit Sentosa.
Zahid menganggap perbuatan Hassan itu menderhaka kepada titah Sultan?
Atau hanya kerana beliau Exco kerajaan, Hassan boleh berbuat demikian kerana ‘lesen’ atau ‘kebenaran’ automatik ada padanya?
Betullah kata Ahmad Zahid, Dr Hasan sepatutnya bijak membuat pertimbangan dan tidak mengambil kesempatan semasa kempen pilihan raya yang sedang berlangsung untuk menyampaikan mesej perjuangan sehingga sanggup mengetepikan perintah Sultan.
Berikutan itu Zahid menyifatkan tindakan Dr Hassan Ali iaitu Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama membelakangkan titah tuanku Sultan. Malah, jelas Dr Hassan menyanggah apa yang dititahkan.
"Sultan adalah ketua agama dan titah baginda harus dipatuhi. Tuanku dah titahkan bahawa masjid jangan digunakan sebagai tempat untuk berpolitik. Ini maknanya dia derhaka pada tuanku Sultan Selangor (Sultan Sharafuddin Idris Shah)," kata Zahid.
Menurut Menteri berkenaan, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Asas Negeri itu juga didakwa menyampaikan khutbah berunsur politik sehingga terlupa membaca selawat nabi ketika menjadi khatib di masjid itu.
Ahmad Zahid berkata, kejadian terlupa membaca selawat nabi yang juga rukun khutbah perlu dijadikan iktibar kerana ia mungkin berlaku akibat keangkuhan mereka untuk terus berkuasa.
"Hari ini dalam bacaan khutbah oleh Hassan Ali, rukun khutbah pun tak dibacanya. Selawat pun tak baca. Khutbah itu tidak sah. Apa ni...sebabnya kerana Tuhan menguji kerana dia riak dan angkuh. Jadi tuhan alpakan, itulah jadinya,"katanya.
Katanya, disebabkan kealpaan tersebut, ramai daripada jemaah terpaksa menggantikannya dengan bersolat Zohor.
Beliau berkata, sudahlah perbuatan itu dikira menderhaka, jemaah masjid itu juga terpaksa menanggung akibat kerana sembahyang mereka dikira tidak sah.
kenyataan nik aziz menyanggah titah sultan selangor adalah bukti kerajaan pas tidak perlu raja ataupun sultan didalam pemerintahan islam yang akan ditegakkan kelak.sekali lagi Nabi Muhammad dikaitkan didalam politik menghalalcara pas.Sedarkah nik aziz dizaman Nabi Muhammad dulu hanya satu saja islam yang dijunjung. Jelas sekali nik aziz adalah tok guru yang dah nyanyok....
ReplyDeleteAlhamdulillah saya sebagai penyokong UMNO amat bersyukur kerana pemimpin2 UMNO mempunyai budi pkerti yang mulia dan tidak membuang masa dgn menfitnah serta mengutuk seperti yg sering dilakukan oleh pembangkang.Saya berharap suatu hari nanti penyokong2 mereka akan sedar yg selama ini mereka hanya membuang masa dan hidup di dalam dusta semata2..
ReplyDelete