Wednesday, March 3, 2010

FAIRUS LEBIH BURUK DARIPADA SAMPAH?

Banyak sudah pendedahan peribadi dibuat terhadap bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohamad Fairus Khairuddin gara-gara beliau sertai UMNO.

Kalau beliau keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetapi tidak menyertai mana-mana parti komponen Barisan Nasional, Fairus tidak akan diburuk-burukkan seperti itu.


Kerana itu, saya meminta kepada beliau supaya tidak tunggu orang mendedahkan hal peribadinya baru mahu mendedahkan kepincangan pembangkang.

Janganlah jadi Ezam Mohd Noor yang berjanji akan mendedahkan onar pemimpin pembangkang tetapi tertunggu-tunggu dan tertangguh-tangguh.



Lama-lama orang jadi meluat dan tidak yakin lagi dengan ‘rahsia’yang katanya mahu didedahkan.

Begitulah juga dengan Fairus. Kalaupun memberi amaran kepada parti pembangkang agar berhenti menyerang peribadinya, Fairus tidak akan untung apa-apa.

Mereka akan memperkatakan apa sahaja. Lebih-lebih lagi kini Fairus ada dalam UMNO, serangan peribadi akan dilakukan daripada segenap sudut. Fairus sudah menerima sijil keahlian UMNO daripada Setiausaha kerja UMNO, Datuk Ab. Rauf Yusoh.

Lihat sahaja apa kata Timbalan Presidennya, Dr Syed Husin Ali kelmarin. Katanya, PKR bersyukur kerana Fairus yang dianggap beban kini telah keluar daripada parti itu. Menurutnya: ”Sejak beliau (Mohd Fairus Khairuddin) menyertai Kerajaan Pulau Pinang dan selepas meletakkan jawatan sehingga terkini, beliau merupakan liabiliti.

Fairus tiada pilihan lain dari meletakkan jawatan sebagai timbalan ketua menteri kerana beliau ketika itu disiasat SPRM dan prestasinya tidak memuaskan.”

Lebih jauh Syed Husin berkata, Fairus kecewa selepas tuntutan peribadinya tidak dilayan parti walaupun parti cuba menolong dengan sewajarnya. Apabila berhenti Fairus menuntut supaya parti melunaskan hutang untuk dua buah kereta mewahnya dan membayar beliau RM15,000 sebulan buat selama-lama yang ditentukannya.

“Tidak ada sebab bagi parti melayan tuntutan itu. Lagipun, parti tidak mampu berbuat demikian. Atas rasa belas kasihan terhadap anak isterinya seorang baik hati memberikannya kerja dengan bayaran bulanan sebanyak RM4,000,” katanya. Namun menurut Syed Husin, Fairus tidak berpuas hati dan mula mencari pihak yang sanggup membayarnya dengan jumlah lebih besar.

Bukan sekadar itu sahaja, Syed Husin berkata pemimpin UMNO boleh membayarnya jauh lebih besar dari itu. Fairuz memberikan alasan kaum dan agama kerana tindakannya. “Sangat memalukan, beliau sendiri, kawan-kawannya dan Allah mengetahui sebab sebenar,” katanya.

Jadi apa ditunggu lagi Fairuz. Lebih baik Fairuz turun padang dan nyatakan apa yang sebenarnya berlaku dan dedahkan satu persatu kepincangan serta kelemahan dalam pembangkang terutama di peringkat kerajaan negeri Pulau Pinang.

Fairuz memberikan amaran: “Jangan jolok sarang tebuan, saya bukan amalkan politik kebudak-budakan,” tegasnya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Amaran itu pasti tidak diendahkan kerana pemimpin pakatan pembangkang khususnya dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) pastinya akan terus marah kepada Fairus yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti.

Fairus yang dituduhkan dengan pelbagai perkara meletakkan jawatan sebagai ADUN Penanti berkuat kuasa 16 April tahun lalu atas alasan untuk melanjutkan pelajaran.

Melalui sebuah blog, hal peribadi Fairus didedahkan kononnya beliau seorang yang suka berlagak sikit.

Kawan-kawan beliau kononnya tidak percaya sampai hari ini kalau orang macam Fairus boleh diangkat menjadi timbalan ketua menteri! Kerana itu dalam politik ala Malaysia orang bodoh memerintah orang cerdik.

Malah Fairus juga dmemang dikenali sebagai orang tidak ada pendirian, tidak konsisten dan kompeten dalam politik. Perlantikannya sebagai Timbalan KM itu dianggap sebagai nasib baik saja.

Fairus dianggap kurang cerdik, tolak rezeki dan tolak tuah, malah juga tidak menggunakan kedudukan untuk bangsa dan agamanya.

Dikatakan juga bahawa perhambaan diri Fairus kepada UMNO dalam keadaan begitu memalu dan mencemarkan persatuan silat yang dianggotainya.

Blog itu berkata: “”Orang-orang sebegini lebih buruk dari sampah dan moleklah kalau mereka membakar diri mereka dengan menyertai Umno. Sekurang-kurang aroma busuk mereka tidak menganggu orang lain.”

1 comment:

  1. Manusia seperti Fairus, lebih baik keluar cepat daripad tinggal lama2 dalam PKR, kita takut luka penyakit yang di hadapi nya menular kepada YB2 Pakatan, sebab Penyakit yang di hadapi nya dah terlalu parah dah sampai ke semua tulang2 nya.

    Biar lah dia masuk UMNO agar Penyakit nya tersebar kepada semua YB2 UMNO, Padan muka tak sedar diri.

    ReplyDelete