Saturday, January 17, 2009
WAN FARID UNTUK REALITI BUKAN FANTASI
Pagi ini cuaca terang sekali.
Sudah pasti di pusat mengundi segala-galanya berjalan lancar.
Kalau mengikut tinjauan umum dan ramalan awal, calon PAS mendahului dan laman web dan blog pro-pembangkang mengatakan PAS berpeluang cerah dan ‘bulan terang’.
Seorang penganalisis pungutan pendapat mengatakan PAS akan menang dengan majority 7,000. Berita ini dilepaskan oleh Malaysiakini pukul 8.01 pagi ini.
Tinjauan akhbar Berita Harian bertarikh 14 Januari 2009 melalui laman webnya: http://www.bharian.com.my/klikkhas/kterengganu, calon PAS memang mendahului sebagai calon pilihan di Kuala Terengganu.
Menurut harakahdaily pula, sehingga jam 12 tengah malam tadi, calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut mendapat undian sebanyak 73.3 peratus manakala Datuk Wan Ahmad Farid mendapat 23.3 peratus, dan Saudara Azharuddin Mamat @ Adam (bebas) sebanyak 3.3 peratus
Walaupun dari tinjauan ini rata-rata pengundinya bukannya pengundi sebenar dari Kuala Terengganu, namun begitu, ia menggambarkan pilihan orang ramai terhadap calon yang bakal dipilih nanti, kata harakahdaily.
Kebanyakkan pembaca laman web Berita Harian lebih yakin dengan calon PAS walaupun akhbar itu sendiri memberi gambaran berat sebelah terhadap beliau.
Sebelum ini undian seperti itu dibuat oleh laman web terkenal yahoo.com.my.
Peratusannya juga mendapati pengundi lebih memihak kepada calon PAS iaitu sebanyak 58 peratus menyaingi calon BN dengan peratusan 22. Calon bebas pula mendapat dua peratus manakala lebih 19 peratus pembacanya tidak tahu atau tidak kisah perihal perjalanan pilihanraya kecil ini.
Saya berusaha mendapatkan pandangan beberapa individu yang rapat dengan UMNO dan calon BN.
Mereka tetap merasakan calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh mempunyai sedikit kelebihan akhir-akhir ini, apabila selepas ditolak-campur, pengundi Terengganu mengharapkan pembelaan kehidupan seharian mereka.
BN membuktikan ia benar-benar mahukan Kuala Terengganu maju, bersih dan bergerak maju kea rah menjadikan bandar raya ini setanding setidak-tidaknya Pulau Pinang dan Melaka.
Mereka memerhatikan bagaimana bandar Kota Bharu yang tetap tidak banyak berubah sejak 20 tahun lalu dan dilabel ‘kotor’ oleh pemimpin PAS Kelantan sendiri.
Persoalannya, apa yang mereka buat?
Kegagalan Tahun Melawat Kelantan 2008 sebahagiannya kerana orang luar tidak berminat melawat Kota Bharu. Yang ditonjolkan kononnya pemerintahan Islam dan menggelarkan Kota Bharu dengan Bandaraya Islam.
Namun , jika bercirikan Islam kenapa tidak tersusun, kotor dan tidak terurus.
Penduduk Kuala Terengganu jauh ke depan daripada konteks kehidupan yang lebih tersusun dan lebih bersih.
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi turut member jaminan kerajaan akan memastikan pelan pembangunan yang dirancang di Terengganu diteruskan tanpa gangguan supaya impian rakyat menikmati kemajuan ketika menolak pentadbiran Pas pada pilihan raya umum 2004 menjadi kenyataan.
Perdana Menteri berkata, kerajaan mahu memastikan Terengganu mendapat kemajuan seimbang dalam pelbagai bidang merangkumi kemudahan kesihatan dan perubatan, pendidikan serta pembangunan modal insan.
Abdullah berkata, sejak kerajaan Barisan Nasional (BN) mengambil alih pentadbiran negeri daripada Pas pada 2004, banyak projek berimpak besar yang dirancangkan dan dilaksanakan untuk manfaat rakyat.
Perdana Menteri berkata, kerjasama baik antara kerajaan Pusat dan kerajaan negeri yang berlangsung sekarang harus meliputi semua lapisan, termasuk peringkat wakil rakyat bagi memudahkan pelaksanaan setiap projek dirancang.
Abdullah berkata, sejak BN mengambil alih pentadbiran negeri pada 2004, pelbagai projek untuk rakyat sudah dilaksana, termasuk penubuhan Universiti Darul Iman Malaysia (UDM), menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Mahmud dan Lebuhraya Pantai Barat (LPT) Fasa II.
Beliau berkata, pembangunan ilmu pengetahuan untuk memacu kecemerlangan ummah hanya dapat dijana dan disuburkan lagi jika rakyat mendapat perkhidmatan kesihatan bermutu. Selain itu, kesihatan yang baik juga adalah asas kepada kesempurnaan ibadat.
Abdullah berkata, sejak BN mengambil alih pentadbiran negeri daripada Pas pada 2004, tahap kemiskinan negeri ini juga berjaya dikurangkan dari 15.4 peratus kepada 6.5 peratus sekarang. Selain itu katanya, Terengganu juga berada di tempat paling atas daripada segi pencapaian dalam peperiksaan awam yang kejayaan itu tidak mudah dicabar pelajar di negeri lain.
Juga dengan janji Kerajaan Negeri dan Pusat mahu mempertingkatkan imej dan peranan Bandaraya Warisan Pesisir Pantai ini, pengundi seramai 80,229 termasuk 838 pengundi pos, mampu membuat pilihan tepat.
Memilih calon dan parti yang hanya membawa janji-janji kosong yang bersifat fantasi atau memilih calon dan parti memperjuangkan realiti – ke arah kehidupan lebih makmur, sejahtera dan harmoni!
Tahniah atas kejayaan PAS di KT. Berkhidmatlah bersungguh demi rakyat dan negara.
ReplyDeleteKepada yg tewas petunjuk sudah jelas. Sudah terang lagi bersuluh. Apa tunggu lagi?
Raden
Selamat menjadi pengerusi atau pengarah.... dalam glc kerajaan kepada bekas calon BN.
ReplyDeleteKepada UMNO dan BN , untuk "hidup" lagi di hari-hari mendatang, maka sudah sampai masanya untuk TDM masuk semula kedalam pentadbiran kerajaan selepas ini....inilah hakikat sebenar,,,, selepas BN dihancurkan oleh Pak Lah,DSAI,DAP,MIC,MCA dan jangan lupa UMNO sendiri.....
kepada pemimpin UMNO, jangan tidur, kerana jangan lupa politik wang sedang menanti anda sekarang ,, ayuh buka gelanggang masing-masing untuk PAU mac nanti.....kepada pemimpin umno yang simpan duit dari peruntukan prk p36 ni adalah satu langkah yang amat bijak dan cemerlang, kepada wakil rakyat BN khususnya UMNO, balik dari terengganu ni jalan elok-elok, risau takut kemalangan nanti kalau terlibat kemalangan maut, bukan setakat kerusi kereta hilang malahan kerusi dun atau ap pun terbang sama.. (maaf:bukan saya mendoakan benda yang buruk).. tapi inilah realiti "suara rakyat suara keramat" (pinjam kata-kata najib)
kepada pengundi pas diterengganu, kebodohan anda sudah sampai ke kemuncaknya, kerana wahid endut dah dapat tambahan pendapatan RM10,000 sebulan tetapi kepada penduduk trganu,, apa dapat? sendiri mau ingat la....
kepada kerajaan mat said, batalkan sahaja semua janji manis mu semasa kempen prk. sebab apa, kita berjanji kalau BN menang,,, kita akan tunaikan janji kita,,,, jangan sesekali tunaikan janji yang telah BN janjikan,,, kerana kalau BN laksanakan semua projek, ini bermaksud, pihak pembangkang akan berasa senang dan begitu gembira kerana di parlimen tukang cakap/bangkang sahaja, di parlimen ada parti yang tolong laksanakan projek... biar nelayan reti sikit, biar orang PAS sedar, biar orang cina sedar sikit , jangan dok reti nak menyokong parti yang membawa rebah kepada cina...
Kepada add...
ReplyDeleteBerhentikan sikap pendendam dan busuk hati itu. Orang zaman ni dok tengok lagi janji pembangunan segera atau projek hangat.
Orang bercakap tentang pemimpin dan yg dipimpin memberi dan menerima rasuah, menindas secara halus rakyat yg lain, mencuri harta rakyat secara tipu helah.
Selagi BN tidak berubah dari kebusukan dan mendendam selagi tu dia akan kalah.
Betul la globalisasi boleh mencelikkan mata rakyat dan tidak mengikut seseorang secara membuta tuli.
La ni kalau hang nak suruh aku ikut hang sila bagi fakta rasional dan bagi aku bahas. Jangan pulak jadi diktator dan berfirman aku saja yg betul dan mesti ikut aku.
Sendiri mau ingat be...
Laobe
Sdr Laobe, bak pe dok maroh ko aku nye, kalu BN dok wi projek pembangunang di trg nye,,, doh mung pong doh kabo kak aku orang dok pandang doh projek segere dang pembangunang segre loning,,,, aku busuk hati, tapi wak gape beri kok rang hok dok sokong kite... dok gitu laobe,,,, dok kang orang pas nok wi duit ko orang amno mase die balik makoh ari tu, tapi umno beri jugok pitih ke orang Pas hok gi mitok dang nganku pakoh bn lepah ngundi ...
ReplyDelete