Friday, June 24, 2011

APA PULA HELAH ANWAR, NIK AZIZ & SEKUTUNYA SELEPAS INI...

Trio Datuk T iaitu ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah (kanan) dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Shuib Lazim (kiri) mengaku bersalah menayangkan rakaman video seks individu didakwa mirip ketua pembangkang secara terbuka di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, sebentar tadi. Sementara itu, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik (tengah) mengaku bersalah bersubahat dengan Shazryl dan Shuib menayangkan video berkenaan.

Best betul episode kes ini kerana pemimpin Islam di Malaysia akan mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim bermati-matian.

Memang sah sudah rakaman video seks yang ditayangkan oleh ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim adalah tulen dan tidak ada sebarang 'tampering' (diubah-ubah) dan 'superimpose' (gambar ditindih) dilakukan.

Seorang pakar dari Amerika Syarikat telah mengesahkan bahawa lelaki yang melakukan seks dengan seorang wanita dalam video itu adalah serupa dengan Anwar.

Nak cakap apa lagi? Nak nafi lagi?

Pakar dari Dartmouth College, Hanover, New Hampshire mengesahkan Anwarlah pelakon lelaki dalam video seks berkenaan.

Perkara itu terkandung dalam fakta kes yang dibacakan di Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur hari ini setelah Shazryl dan Shuib mengaku bersalah terhadap pertuduhan menayangkan secara terbuka adegan lucah iaitu hubungan seks antara lelaki dan perempuan.

Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby pula mengaku bersalah terhadap pertuduhan bersubahat dengan kedua-duanya melakukan perkara yang sama.

Majistret Aizatul Akmal Maharani mengenakan denda RM3,000 terhadap Shazryl, RM1,500 kepada Shuib dan RM1,000 kepada Rahim.

Ternyata hari ini, tukang wayang disabitkan kesalahan dan pelakon filem lucah bebas.

Kalau nak buat satu lagi pun tidak apa. Apa nak risau, sesiapa juga bebas melakukan seks asal kedua-duanya bersetuju.

Tapi janganlah dengan bini orang, tunng orang, anak dara orang atau dengan kata lain ‘orang punya’. Dengan orang yang tidak dipunyai seperti pelacur atau tidak ada apa-apa hubungan dengan orang lain kita bebas melakukannya. Polis tidak boleh tangkap dan seret ke mahkamah kerana melakukan seks.

Namun, jika pakar sudah mengesahkan di mahkamah, tidakkah boleh Anwar diseret kerana berbohong atau menafikan dirinya bukan pelaku video seks berkenaan?

Tidak tahulah sama ada polis boleh charge Anwar kerana pembohongannya itu.
Kita tunggu nanti apakah Anwar akan diseret ke mahkamah.

Dan kalaupun polis enggan seret Anwar, daripada bukti atau laporan pakar Amerika Itu, Anwar sah melakukannya.

Kita tunggu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan kes ini. Mereka berdua ini ‘lebih bijak’ daripada pakar berkenaan.

Pastinya selepas ini,pakar dari Dartmouth College, Hanover, New Hampshire pula yang akan dituduh sebagai berbohong dan sebahagian konspirasi Trio Datuk T berkenaan.

Monday, June 20, 2011

JANGAN BIARKAN DARAH ORANG MELAYU, ISLAM TUMPAH!

Jelas sudah Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) adalah alat kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berhati-hati. Matlamatnya ialah mengajak rakyat turun ke jalan raya dan mewujudkan suasana tidak stabil kepada kerajaan.

Tersirat ialah menjadikan ‘tunjuk perasaan’ itu seperti yang berlaku di Mesir, Libya dan beberapa negara Islam lain.

Anwar semalam mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak dengan mengatakan akan diminta membatalkan rancangan perhimpunan haram pada 9 Julai jika memberi jaminan bahawa pilihan raya umum akan dijalankan secara bersih dan adil.

Anwar sanggup meminta pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga membatalkan hasrat itu 'esok juga' jika Najib memberikan jaminan tersebut.

Amat jelas beberapa individu yang sedang menjadikan negara ketika ini sedikit kelam kabut ialah Anwar, Ambiga, Datuk Mahfuz Omar dan beberapa individu lain.

Kenapa kerajaan bimbang bertindak kepada mereka ini?

Bayangkan:

1. Jika berlaku pertempuran sekiranya BERSIH menjalankan juga perhimpunan haram dan ada pihak lain turut turun sama ke jalan raya. Yang akan menjadi mangsa pertembungan ialah ORANG MELAYU & ISLAM. Bukan Melayu dan bukan Islam tidak ‘bodoh’ untuk turun ke perhimpunan haram seperti ini;

2. ‘Orang lain’ bertepuk tangan kerana berjaya menggunakan Anwar untuk melagakan orang Melayu dan Islam;

3. Kerajaan pimpinan Najib akan dilihat benar-benar lemah, apalagi Menteri Dalam Negeri yang tidak mampu mengawal keadaan;

4. Suasana akan dijadikan landasan baik untuk mengadakan perhimpunan haram seterusnya selain pilihan raya akan datang tidak berguna lagi; dan

5. Membuka ruang kepada campur tangan asing seperti di beberapa negara Islam di Asia Barat dan Afrika Utara kononnya berlandaskan memulihkan keamanan dan demokrasi.

Teliti ugutan Anwar kepada Perdana Menteri ini: “Jika Perdana Menteri dapat jamin pilihan raya serta senarai daftar pemilih yang bersih dan adil, maka kita tidak perlu ada perarakan besar-besaran."

Pelik, pada ketika menyatakan kesal dengan sikap pihak tertentu yang menuduh beliau merancang perhimpunan itu, Anwar mengatakan beliau boleh memujuk Ambiga.

Bagi saya, mereka yang diamanah dan pertanggungjawabkan menjaga keamanan dan kestabilan negara, BERTINDAKLAH SEGERA!

Amatlah tidak tepat jika BERSIH merancang perhimpunan haram itu kononnya bagi menuntut pilihan raya yang lebih bersih dan adil.

BERSIH bukan parti politik dan tidak berkait dengan isu pembersihan senarai undi, mereformasikan undi pos, penggunaan dakwat kekal dan akses media bebas dan adil.


Kerana itu tepat sekali kalau ada yang menuduh BERSIH BERJUANG DEMI PEMBANGKANG yang sengaja mahu mengeruhkan suasana dan mendapatkan simpati rakyat sebelum berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke 13.

PAS pula yang rata-rata penyokongnya Melayu dan Islam sanggup dipergunakan hanya ingin bersama DAP dan PKR ke Putrajaya. Sanggupkah PAS melihat pertumpahan darah jika berlaku perhimpunan haram anjuran BERSIH hanya kerana kuasa politik?

Tidak kiralah dia Menteri Dalam Negeri, polis, tentera atau Jawatankuasa Keselamatan Negara, BERTINDAKLAH. Pelajarilah daripada cara Tun Dr Mahathir Mohamad menangani kes seumpama ini pada 1980an dan 1990an.

BUKANKAH MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBAT? JANGAN BIARKAN KEADAAN TERLAMBAT!

'SUMBAT GOL SENDIRI' PUNCA UMNO LEMAH...

Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata UMNO Terengganu tidak bimbang dengan pengaruh dan pimpinan baru PAS Terengganu.

Sebaliknya beliau bimbang wujud pertelingkahan sesama sendiri mengenai calon, peruntukan pilihan pilihan raya, bekalan untuk pekerja pilihan raya seperti 'rokok' dan jatuh menjatuh di kalangan pemimpin UMNO menjadi penyebab pilihan raya.

Katanya, orang UMNO mudah merajuk umpamanya hanya kerana kekurangan 'bekalan rokok' atau 'biskut kering' di pondok parti pada musim pilihan raya.

Ada juga yang marah mengenai calon sanggup berdiam diri tidak mahu menyertai pilihan raya dan lebih teruk menyokong pembangkang.

Berucap di hadapan lebih 1,000 Ketua Cawangan UMNO seluruh Terengganu di Taman Tamadun Islam di Kuala Terengganu semalam, Ahmad Said meminta semua pihak menyokong calon parti dan bertindak sebagai sebuah pasukan, bukan secara individu atau puak.

"Jika sebelum ini orang lain menyokong kita untuk memang, tiba masanya kita pula menyokong orang lain untuk menang," sambil meminta penyokong UMNO mengalahkan calon UMNO sendiri.

Bekaitan dengan perkara ini, teliti ucapan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Tanah Merah hari ini:

"Semangat perjuangan parti yang sudah hilang dikatakan menjadi penyebab berlakunya perbuatan ‘menyumbat gol sendiri’ atau ‘cah keting’ di kalangan ahli UMNO di negeri ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kekalahan UMNO atau Barisan Nasional (BN) di Kelantan, bukan disebabkan parti pembangkang iaitu PAS yang kuat, tapi UMNO sendiri yang memberikan kekuatan kepada mereka.

Katanya, sikap segelintir ahli UMNO yang dikatakan mempunyai agenda peribadi menyebabkan berlakunya kejadian menyumbat gol sendiri itu yang akhirnya memudaratkan keadaan parti keramat ini pada masa depan.

“Saya akui setiap pihak ada masalah, namun kita akan cuba menyelesaikannya dengan memperincikannya di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tanah Merah, di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Belimbing, semalam.

Hadir sama Ketua UMNO bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abd Aziz. Pada majlis itu, Ahmad Zahid mengumumkan UMNO bahagian Tanah Merah menjadi anak angkatnya selain meluluskan peruntukan sebanyak RM30,000 bagi membolehkan dewan SMK Belimbing dibekalkan dengan kemudahan pendingin hawa.

Seramai 3,000 ahli serta perwakilan menghadiri majlis itu.

Ahmad Zahid mengingatkan ahli UMNO supaya jangan membiarkan hanya Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak serta timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekerja keras, sedangkan ada yang mengamalkan sikap ‘cah keting’.

Katanya, pilihan raya umum akan datang dijangka luar biasa kerana kebangkitan semangat pembangkang kini semakin kuat berikutan kejayaan membentuk ‘simpanan tetap’ di lima negeri yang dimenanginya sebelum ini.

“Pembangkang sudah menganggap kekuatan UMNO sudah terhakis disebabkan kekalahan di lima negeri terbabit selain wujudnya perbuatan ‘menyumbat gol sendiri’ atau ‘cah keting’.

“Eloklah bermula sekarang, orang UMNO perlu menghentikan sebarang pergaduhan.

“Kita akui dalam pembangkang juga berlaku pergaduhan, namun mereka bergaduh dalam bilik tidur, sedangkan orang UMNO, bergaduh di depan rumah tempat orang lalu lalang, ini harus dihentikan,” katanya.

Wednesday, June 15, 2011

UMNO JANGAN JADI MUKA TEMBOK & TIDAK BERMARUAH

Sudah-sudahlah. Berpada-padalah memujuk PAS untuk bekerjasama.

Kadang-kadang Nampak sangat sesetengah pemimpin UMNO ini jenis muka tembuk dan ‘pelahap’ menagih sokongan PAS untuk terus memerintah.

Susah banyak kali pemimpin PAS yang berpengaruh mengatakanmereka dah jemu dengan ajakan UMNO.

Bukan itu sahaja. Ada yang peril, menghina dan tidak kurang pula yang mempersendakan UMNO.

Semalam Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengatakan Pas tidak sekali-kali akan bekerjasama dengan Umno walaupun atas nama perpaduan Melayu.

Kenapa atau apa sebabnya? Mad Sabu kata PAS serik dengan permainan parti itu,

"Kita tidak mahu kejadian tahun 1969 berulang kerana bertanding atas tiket Barisan Nasional dan mereka berjaya, kita ditendang keluar menjelang pilihan raya umum selepas itu,” katanya.

Kenyataan ini ada unsur tidak baik kepada UMNO sedangkan ketika kesepakatan dibuat, PAS amat bersetuju dengan gabungan itu walaupun ada kalangan pemimpin UMNO yang kurang senang.

Malah lebih jauh, Mad Sabu menghina UMNO dengan mengatakan: “Pemimpin Umno sekarang cuba berbaik dengan PAS...bila dihulur tangan, ku tampar tangan mereka," katanya semasa menyampaikan ceramah di Kompleks Pas Kedah DI Alor Setar malam kelmarin.

Teliti baik-baik kata ini.

Pertama, UMNO berniat baik menghulurkan tangan persahabatan (silaturahim). Dengan kata lain, UMNO yang mahu memulakan persahabatan sehttp://www.blogger.com/img/blank.giflepas berlakunya pertelingkahan.

Di sini membuktikan UMNO lebih Islamik kerana mnghulurkan tangan terlebih dahulu pada ketika PAS bukan sahaja enggan menghulur tangan tetapilebih rela berbaik-baik dengan kafir harbi.

Kedua, apabila Mad Sabu mengatakan ‘…ku tampar tangan mereka’. Ia membuktikan pemimpin PAS bukan sahaja enggan bersahabat tetapi juga menolaknya dengan kasar.

Menampar tangan yang dihulur adalah perbuatan yang langsung bertentangan dengan ajaran Islam.

Jadi jika ada lagi pemimpin UMNO yang terhegeh-hegeh, menghormati PAS berlebih-lebihn dan ‘gila talak’, baik dengan pemimpin ini pun kita tolak.

UMNO sebuah parti yang jauh lebih berjasa daripada PAS, parti yang tidak menimbulkan kacau bilau serta mendatangkan masalah kepada rakyat dan negara.

UMNO mempunyai rekod yang boleh dibanggakan dan boleh diibaratkan bumi degan langit berbanding PAS dalam memperjuang dan mempertahankan maruah Negara.

PAS bukan sahaja ‘hilang arah pejuangannya’ ketika ini tetapi sudah sanggup bersekongkol dengan puak-puak yang sedang menjual dan menjahanamkan Negara.

Sedarlah pemimpin UMNO, sejak pilihan raya 1982, kita mampu berdiri sendiri dan susah senang penyokong dan ahli UMNO juga yang bersimpati dengan perjuangan UMNO melakukan apa sahaja untuk menjamin UMNO di tampuk kuasa.

Jangan jadi manusia yang ‘hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong’ dengan muka tembok yang rela dicaci, diludah dan dihina sedemikian rupa.

Lupakan PAS kerana UMNO adalah parti berjasa dan bermaruah!