tag:blogger.com,1999:blog-681102771981284959.post5008331455840127741..comments2023-11-05T16:15:00.659+08:00Comments on Rakyat Malaysia: PERBETULKAN SEGERA UMNOHambali Abdul Latiffhttp://www.blogger.com/profile/14886208045066015022noreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-681102771981284959.post-33569661071063534762009-04-18T15:50:00.000+08:002009-04-18T15:50:00.000+08:001.Air yang keruh di hulu masakan boleh jernih di h...1.Air yang keruh di hulu masakan boleh jernih di hilir . Ikan busuk kepala busuklah badan. Bermula dari atas, kita perlu berani ambil tindakan jika mahu dihormati. Pemimpin mesti berani cabut gigi busuk dalam mulut sendiri.

2.Akibat menyimpan gigi busuk makanan yang masuk ke dalam perut akan menimbulkan barah dalam UMNO yang ibarat retak menunggu belah.Kepimpinan peringkat atas perlu memantau pegawai-pegawai di Ibu Pejabat.Mereka dibayar upah untuk mengurus dan mentadbir UMNO secara professional. Gaji tentunya lumayan. Berbanding dengan ganjaran yang diterima ahli-ahli parti di medan.Siang bermandikan peluh dan debu, malam bertongkat mata dan berembun sampai pagi. Mereka sanggup berdepan dengan musuh parti.Tanpa syarat. Bukan gaji yang lumayan dipertaruhkan tapi nyawa, dan harta yang dah tidak seberapa.

4.Kenapa pula yang mendapat upah lumayan dan duduk dikerusi empuk dalam bilik berhawa dingin di Ibu Pejabat tergamak melindungi para ‘penjenayah dan penyagak’ UMNO.Insaflah. .Biar musuh yang memusnahkan UMNO bukan para pegawai di PWTC.

Allahyarham Pak Hamka; yang menjadikan kita berbeza adalah; "Dua puluh ekor kerbau pedati, yang sama gemuknya, sama kuatnya, sama pula kepandaiannya menghela pedati, tentu harganya pun tidak pula berlebih berkurang. Tetapi 20 orang manusia yang sama tingginya, sama kuatnya, belum tentu sama "harganya". Sebab bagi kerbau tubuhnya yang berharga. Bagi manusia peribadinya.
Berilmu sahaja, walaupun bagaimana mahirnya dalam suatu jurusan, belum tentu berharga, belum tentu akan beroleh kejayaan dalam hidup, kalau sekiranya bahan peribadi yang lain tidak lengkap atau tidak kuat, terutama budi dan akhlak!"Prof. Dr. Hamka Peribadi

Memetik kata-kata ulama besar Sheikh Abdullah Fahim --- “Sesiapa yang berjuang dengan nama Allah dan niat baik sentiasa dalam keredaan Allah, tetapi siapa yang lupakan niat, khianat dan tamak akan dimurkai Allah, akhirnya menjadi hina.” (Mokhtar Petah – Sheikh Abdullah Fahim Penentu Tarikh Kemerdekaan Negara 31 Ogos, 1957. Pustaka Antara 1997.)Nik Amir.https://www.blogger.com/profile/13502116533515123340noreply@blogger.com