tag:blogger.com,1999:blog-681102771981284959.post3874237108672167650..comments2023-11-05T16:15:00.659+08:00Comments on Rakyat Malaysia: MENTERI BESAR - KERANA DIPERSALAHKAN, AHMAD SAID BAWA ADUN LOMPAT PARTI?Hambali Abdul Latiffhttp://www.blogger.com/profile/14886208045066015022noreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-681102771981284959.post-19912124178466934382013-06-05T02:27:43.230+08:002013-06-05T02:27:43.230+08:00Kenyataan Mat Said dalam facebooknya jelas beliau ...Kenyataan Mat Said dalam facebooknya jelas beliau matang dan menerima hakikat. Adun Bukit Besi sendiri tidak terlintas untuk lompat parti, malah apa berlaku adalah sunami politik seperti di Selangor juga. Tidak perlu diperikai bila YAB DS Najib mencadang kpd Sultan Terengganu melantik semula Mat Said sebagai MB......berikut kenyataan matang Mat Said dalam isu ini.....
“Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Berikutan isu perlantikkan Menteri Besar Terengganu yang kini menjadi topik hangat, saya mengambil kesempatan untuk menjelaskan kedudukan perkara ini. Perdana Menteri Malaysia Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Najib selaku Pengerusi Barisan Nasional sedang menguruskan perlantikan Menteri Besar dan Ketua Menteri negeri-negeri yang dikuasai oleh Barisan Nasional dalam PRU13.

Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib selaku Pengerusi Barisan Nasional sedang menguruskan perlantikan Menteri Besar dan Ketua Menteri negeri-negeri yang dikuasai oleh Barisan Nasional dalam PRU13. Berikutan kesibukan tugas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mentadbir Negara, perkara ini dilakukan secara berperingkat – peringkat. Saya difahamkan sehingga kini Kedah, Perak, Kedah, Perlis, Melaka dan Sabah telah selesai urusan perlantikan Menteri Besar dan Ketua Menteri masing-masing. Kini 4 negeri lagi masih menunggu giliran iaitu Pahang, Johor, N.Sembilan dan Terengganu.

Bagi negeri Terengganu saya difahamkan Perdana Menteri selaku Presiden Parti akan mengeluarkan surat watikah dalam masa terdekat dan saya meminta agar semua rakyat negeri ini bersabar.

Dalam hal ini, saya selaku Pengerusi Barisan Nasional Terengganu berterima kasih kepada semua rakyat yang telah menunaikan tanggungjawab dalam PRU13 serta berdiri teguh dibelakang kepimpinan parti.

Saya juga menyeru kepada semua pihak menghentikan segala spekulasi dan khabar angin serta meminta agar semua rakyat Terengganu untuk bersatu hati dan berpadu tenaga demi kesejahteraan negeri tercinta ini.

Wassalam.”

sunamihttps://www.blogger.com/profile/00833461419310825657noreply@blogger.com