Bajet
2019 pastinya akan menekankan kepada kesaksaman dan keadilan dalam pengagihan
kekayaan negara untuk rakyat.
Mengimbangi
pembahagian rezeki daripada pendapatan negara sewajarnya tidak mengetepikan
kumpulan nelayan, petani, peneroka, pekebun kecil getah dan kelapa sawit serta
kumpulan B40 yang lain di luar bandar.
Kita
mengalu-alukan kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah
Salleh semalam yang menyebut elaun sara hidup nelayan perlu diberikan keutamaan
dalam Bajet 2019 yang akan dibentangkan Jumaat nanti.
Selain
itu, beliau berkata status elaun sara hidup nelayan yang diperkenalkan sejak
2006 juga wajar diteruskan atau ditambah baik. Ia bagi memastikan nasib
golongan itu terus terbela.
Dan
pada ketika bulan November dan kemudian Disember akan menjelang beberapa hari
lagi, sudah pasti bulan-bulan ini dan biasanya hingga Februari akan menjadi
ujian dan cabaran kepada semua kumpulan nelayan, pekebun, penanam padi,
penternak, peneroka dan penoreh getah.
Mereka
bukan sekadar dalam kumpulan B40 tetapi ada yang berada dalam kalangan miskin
tegar.
Tidak
keterlaluan jika dikatakan dalam satu keluarga, ada paling kurang purata 5-6 orang yang menjadi
tanggungan mereka.
Pada
bulan-bulan sebegini, hujan akan turun. Kemungkinan-kemungkinan lain ialah
banjir, laut bergelora dan sawah ditenggelami air.
Pastinya
kejadian sebegini akan menguji kesabaran
kumpulan yang mengharapkan ‘sinaran matahari’ tetapi sebaliknya mereka diuji
dengan hujan, ribut dan banjir.
Soalnya
mereka adalah rakyat yang mengharapkan pembelaan kerajaan Pakatan Harapan
(HARAPAN) yang menggantikan Barisan Nasional (BN).
Pada
Bajet 2018 yang dibentangkan tahun lalu, selain penoreh getah dan nelayan yang
dikekalkan bantuan-bantuannya, buat kali pertamanya kerajaan BN mengumumkan
bantuan sebanyak 200 ringgit sebulan bagi tempoh tiga (3) bulan sementara menunggu
hasil tuaian padi, dengan peruntukan hampir 150 juta ringgit kepada pesawah
padi.
Dalam
kedudukan sebegini, mereka akan berdepan dengan suasana yang sukar, bukan
sahaja untuk diri sendiri tetapi juga keluarga, jiran dan ‘awak-awak’ yang
sesetengahnya menumpang rezeki dengan mereka.
Kepada
siapa mereka akan memohon bantuan dan tidak wajar mengharapkan mereka hanya doa
kepada Tuhan semata-mata - sedangkan kerajaan yang memerintah adalah juga
‘pelindung mereka’.
Namun,
nampaknya pemimpin HARAPAN yang
ditugaskan menjaga kepentingan mereka ini masih membisu mengenai pengumuman
bentuk dan jumlah bantuan ‘musim tengkujuh dan banjir’.
Mungkin
menteri dan pegawai-pegawai kementerian bimbang untuk mengambil langkah yang
sesuai kerana Perdana Menteri sebelum ini menunjukkan sikapnya yang tidak
senang dengan bantuan bulanan umpamanya kepada nelayan.
Kenyataan
Tun Dr Mahathir Mohamad pada 6 Julai 2018 lalu bahawa "(Kerajaan
terdahulu) memberi duit kepada nelayan, sama ada mereka menangkap ikan atau
tidak, itu bukan soalnya, mereka mendapat (RM) 300 sebulan seperti gaji,”
mungkin dijadikan alasan untuk tidak bertindak secara proaktif.
Namun,
apakah Dr Mahathir sebagai pemimpin
utama negara tidak mengendahkan nasib nelayan, petani, penternak, pekebun,
penanam padi dan semua mereka yang
mungkin terjejas mata pencarian akibat musim tengkujuh?
Mungkin
kenyataan pada Jun itu dibuat kerana kedudukan kewangan negara begitu ‘ketat’.
Namun kini sudah Oktober dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sudah menyatakan
bahawa kewangan negara semakin baik.
Persoalannya,
apakah semuanya mahu diserahkan kepada Dr Mahathir untuk membuat keputusan? Apa
cadangan menteri atau pegawai tinggi kerajaan untuk membantu kumpulan miskin
dan termiskin ini?
Sama
ada ia insentif tunai oleh kerajaan HARAPAN
yang hanya dibayar pada musim tengkujuh sahaja atau elaun sara hidup bulanan,
menteri dan kementerianlah yang sewajarnya membuat cadangan untuk dibentangkan
kepada Kabinet.
Berdiam
diri dan menunggu Perdana Menteri ‘buka mulut’ akan menyebabkan kumpulan
terjejas seperti pekebun kecil, penoreh getah, penanam padi dan yang sewaktu
dengannya akan merasakan mereka tidak dibela.
Apakah
mereka wajar untuk diabaikan?
Beberapa
kementerian sewajarnya sudah mempunyai program khusus untuk tujuan ini. Ini
termasuk:
1.
Kementerian
Perusahaan Perladangan dan Komoditi:
Kementerian ini perlu membantu pekebun kecil
persendirian sawit. Perlu diingat, secara keseluruhan, 3.2 juta rakyat Malaysia adalah
pekebun kecil, keluarga dan anak mereka serta masyarakat luar bandar bergantung
kepada minyak sawit untuk kelangsungan hidup. Dianggarkan terdapat 650,000 pekebun kecil sawit di seluruh
Malaysia.
2.
Bidang
kuasa Menteri Pertanian dan Industri Asas:
(a)
Bantuan
untuk petani/penanam padi dijangka akan
melibatkan kira-kira 200,000 orang dalam tempoh empat bulan sementara menunggu
hasil tuaian padi dan jika dilanda banjir, kerugian mereka akan berlipat ganda;
(b)
Kira-kira
110,000 direkodkan sedang bekerja di
atas bot (vessel) menangkap ikan; 53,000 nelayan bekerja di atas vessel
komersial (laut dalam kelas B dam 57,000 orang (52.39%) bekerja di atas vessel
yang mengusahakan peralatan menangkap ikan tradisional.
(c)
Sementara
ada hampir 2,500 nelayan darat di
seluruh negara. Banjir akan menyebabkan sangkar ikan dihanyutkan air, rosak dan
juga kerugian lain
3.
Lembaga
Getah Malaysia:
Sebelum ini LGM ada membuat bayaran Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) kepada
kesemua pekebun kecil dan pemilik getah di seluruh negara sebanyak RM200
seorang setiap bulan untuk tempoh tiga bulan bermula November. Jumlah pekebun
kecil ialah hampir 360,000 orang.
Kesemua
anggaran ini mungkin tidak tepat. Ini kerana angka sebenar kesemua kumpulan
mereka yang layak dibantu untuk musim tengkujuh dan elaun sara hidup
diterbitkan secara berasingan antara kumpulan mereka.
Namun,
jika kumpulan rakyat lain menerima nikmatb pembangunan, tidak salah memberikan
tumpuan kepada mereka ini.
Mereka
juga menyumbang kepada ekonomi negara sama ada secara persendirian,mahupun
berkumpulan.
Pastinya
mereka juga adalah pengundi.