Kenapa Hadi tidak menggunakan ayat-ayat suci al-Quran mendesak kerajaan mendedahkan kepada umum kewangan 1MBD dan Laporan Ketua Audit Negara yang sehingga kini diklasifikasikan di bawah OSA?
Menggunakan
putar belit kononnya ada ancaman luar untuk menakut-nakutkan rakyat adalah
perbuatan biasa ahli politik yang ‘korup idea’ bagi mendesak rakyat menyokong
mereka atau parti mereka.
Di
Malaysia, cara ini sudah banyak kali digunakan sebelum pilihan raya umum dan
ternyata taktik ini menjadi.
Tidak
kiralah sama ada pada Pilihan Raya Umum 1964 mengguakan isu Konfrontasi hingga
ke PRU13, menggunakan isu ancaman terhadap Sabah, ia jelas membantu Perikatan
dan Barisan Nasional (BN) untuk menang pilihan raya.
Ancaman
luar ini bukan faktor terpenting tetapi
sangat membantu kerajaan untuk kembali memerintah dan menjamin parti pemerintah
mendapat majoriti di Dewan Rakyat.
Kini
sekali lagi isu campur tangan asing dan kononnya kuasa asing sedang berkomplot
dengan pihak pembangkang dalam negara ini untuk menumbangkan kerajaan melalui
cara yang tidak demokratik.
Penulis
yakin rakyat negara ini menolak dan tidak mengalu-alukan campur tangan asing menumbangkan
kerajaan. Usaha murni ialah melalui undi dalam pilihan raya.
Mungkin
kalau ada pun di kalangan petualng negara seperti daripada kumpulan pelampau
agama, penderhaka dan pihak yang rakus mahu merampas kekayaan dan harta rakyat
negara ini.
Kerana
itu apabila ada pihak mendakwa kononnya wujud campur tangan asing dalam isu
1Malaysia Development Berhad (1MDB), ia adalah tuduhan jahat malah tiada pun
bukti jelas ada pihak di negara ini yang menyokong atau bersekongkol dengan
pihak luar.
Persoalannya,
apakah tindakan yang dilakukan sama ada di
Amerika Syarikat, Switzerland, Singapura, Luxembourg atau juga negara-negara
negara lain seantero dunia dipengaruhi oleh seseorang atau sekumpulan rakyat
negara ini?
Yang
nyata skandal 1MDB ialah skandal pengubahan wang haram terbesar dalam sejarah apabila
undang-undang pengubahan wang haram AS dan beberapa negara lain dan
undang-undang jenayah yang lain telah dilanggari.
Aset
adalah subjek yang terlibat atau dikesan
kepada transaksi haram berkenaan.
Pendedahan
yang dibuat oleh pihak-pihak luar mengenai 1MDB adalah yang berkaitan dengan
apa yangsedang berlaku di negara mereka.
Mereka
tidakpun datang ke negara ini menganggu urusan Bank Negara Malaysia, bank
perniagaan atau mana-mana institusi yang dikaitkan dengan skandal ini, termasuk
1MDB sendiri.
1.
Amerika Syarikat:
Jelas
dan nyata saman sivil Jabatan Keadilan (DoJ) AS mempunyai matlamat mendapatkan semula aset,
Janjinya untuk dikembalikannya demi faedah rakyat negara yang terjejas.
Ia
juga sebahagian daripada inisiatif AS untuk melindungi pasaran dan sistem
kewangan mereka daripada penipu wang.
Dengan
mengatakan usaha DoJ itu sebagai cubaan AS untuk mencampuri urusan dalam negara
Malaysia, apakah langkah kita sejauh ini untuk membawa balik semua harta
berkenaan?
Bayangkan
‘kecurian, rompakan dan pengubahan wang
haram’ dengan jumlah keseluruhan AS$7 bilion itu hanya di AS sahaja.
2.
Switzerland:
Switzeland
pula yang sudah kecewa dengan permintaannya mendapatkan kerjasama Malaysia, terpaksa
bertindak bersendirian. Di negara itu tiga buah bank sedang disiasat kerana disyaki melakukan rasuah dan
mengubah wang haram bersangkutan 1MDB,
Kumpulan
perbankan terbesar di Switzerland, UBS Group AG, telah diberi amaran atas penglibatannya.
3.
Singapura:
Apa
yang dilakukan di Switzerland itu mendapat perhatian Pihak berkuasa Mata Wang Singapura
(MAS) apabila dua buah bank dikenakan hukuman kerana terlibat dalam urus niaga
haram berkaitan 1MDB.
Mereka
didenda di bawah peraturan berkaitan dengan Pencegahan Pengubahan Wang Haram
dan Mencegah Pembiayaan Keganasan.
Dua bank
itu ialah Credit Suisse dari Switzerland dan United Overseas Bank (UOB) yang
berpangkalan di Singapura sendiri. Credit Suisse didenda S$700,000 (kira-kira
RM2.2 juta) manakala UOB didenda S$900,000 (RM2.9 juta).
4.
Luxembourg:
Dan
terbaharu, Suruhanjaya Penyeliaan Sektor
Kewangan Luxembourg (CSSF) menghukum bank swasta Edmond de Rothschild dengan
denda sebanyak EUR8.985 juta (RM43 juta).
Ia didenda
kerana kelalaian peraturan dalam hubungan dengan pengubahan wang haram
membabitkan bekas pengarah urusan International Petroleum Investment Company
(IPIC) Khadem Abdulla Al Qubaisi, tokoh penting yang dinamakan oleh DoJ sebagai
terlibat dalam pengubahan dana 1MDB.
Semua ini
belum lagi di nyatakan siasatan yang sedang dilakukan seperti di New Zealand,
Hong Kong dan beberapa negara Eropah lain.
Tidakkah semua
ini membuktikan negara berkenaan mahu
menegakkan hak mereka untuk kawalselia sistem kewangan yang bersih?
Apakah
usaha mereka ini boleh dianggap sebagai campur tangan asing?
Tidak
pelik jika pemimpin kerajaan, Barisan Nasional (BN) serta UMNO menggunakan
ancaman luar untuk mengumpul sokongan rakyat terhadapnya.
Namun
apabila Presiden PAS pada hari terakhir Ramadan 1436 kali ini menyatakan wujudnya campur tangan asing dalam kes
1MDB, strategi politik apa sedang dirangka oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang
dengan UMNO dalam menjamin kemenangan BN/UMNO
dalam Pilihan raya nanti?
Sungguh
aneh pemikiran dan tindakan Hadi ini kerana melihat ancaman luar lebih penting
daripada cara kerajaan menggendalikan kes ini, khususnya dalam isu kerugian,
kehilangan wang 1MDB, salah pembayaran dan juga pengubahan wang haram,
Sewajarnya
Hadi tidak sahaja menggunakan ayat al-Quran untuk memperingati mengenai bahaya
membantu kuasa asing mencampuri urusan dalam negara, tetapi juga mengingatkan
pemimpin negara mengenai ‘perbuatan salah mereka’ kerana melindungi mereka yang
‘menyeleweng’ dalam 1MDB.
Hadi dalam kenyataannya semalam langsung tidak persoalkan apakah yang sudah dilakukan oleh Pejabat Peguam
Negara, Bank negara Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Polis
Diraja Malaysia dalam menyelesaikan kemelut 1MDB ini?
Hadi
tidak wajar menakut-nakutkan rakyat dengan kesan ancaman luar menggunakan ayat
suci al-Quran tetapi dengan kegagalan kerajaan BN/UMNO menangani isu ini, tiada
pula ayat-ayat suci digunakan untuk mengingatkan mereka mengenai bahaya
penyelewengan, mencuri harta rakyat selain menyembunyikan fakta sebenar dalam isu
ini.
Kenapa
Hadi tidak menggunakan ayat-ayat suci al-Quran supaya kerajaan mendedahkan kepada umum kedudukan sebenar kewangan 1MBD dan Laporan Ketua Audit Negara yang sehingga kini
diklasifikasikan di bawah OSA yang dikatakan mengandungi ‘banyak rahsia’ itu?
Apakah ayat al-Quran boleh digunakan secara terpilih dan mengikut selera seseorang dalam memperkatakan mengenai sesuatu salah laku dan penyelwengan? Apakah ia mengikut kepentingan tertentu?
Apa
masalah Hadi dengan isu laporan berkenaan sehingga hilang semua ayat al-Quran
di bibir dan hatinya?
Hadi
jangan tidak adil dalam menyatakan pendapatnya. Rakyat adalah keutamaan. Rakyat
juga tahu dan dapat membandingkan tuduhan
DoJ dengan hasil juruaudit yang setengahnya sudah didedahkan oleh pihak
tertentu mengenai dana yang hilang, dana yang dihilangkan dan segala
penyelewengan di dalamnya.
Ikhlaslah
Hadi dalam memberikan pendapat dalam isu 1MDB ini jika mahu ia diselesaikan
oleh pihak dalaman tanpa melihat hanya ancaman asing membahayakan negara.
Bagaimana
dengan maklumat yang diosorok dan semakin mereputnya maklumat dari dalam?
Hadi
jelas banyak berteori dalam ulasannya dan kenyataannya bahawa ada pihak cuba
mendapatkan keuntungan politik sebagai
“tidak beriman dan budiman” adalah suatu hukuman rambang, tersasar dan ‘pre-emptive’.
Walaupun
Hadi menggunakan landasan Islam untuk memperkukuhkan hujahnya, rakyat tahu apa
tujuan dan matlamat Hadi.
Setelah
banyak perkembangan berlaku, sama ada dalam konteks kepimpinan Hadi dalam PAS
dan perkembangan parti itu sendiri, rakyat bukan sekadar menilai Hadi tetapi
juga hujahnya untuk kepentingan siapa.
Atau
Hadi membuat kenyataan ini semalam untuk ‘membersihkan persoalan’ yang
dikemukakan oleh Timbalan Presidennya sendiri - Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man –
kelmarin (22 Jun) dengan mengemukakan
pertanyaan apakah satu kewajaran untuk
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk kekal berkuasa di sebalik skandal
1MDB yang memalukan Malaysia di peta dunia?
Tuan
Ibrahim menyebut, jika kerajaan boleh tubuhkan dan ikhlas terhadap Suruhanjaya DiRaja
untuk menyiasat skandal forex, ia juga ia harus mendedahkan laporan umum
juruaudit mengenai 1MDB yang telah diklasifikasikan di bawah OSA.
Kerana
itu, jika Hadi ikhlas mahu isu 1MDB ini diselesaikan, beliau juga sepatutnya
turut menekan kerajaan untuk membawa pulang ahli perniagaan Malaysia Low Taek
Jho (Jho Low) iaitu watak utama dalam kemelut 1MDB iaitu dari sejak dana itu
ditubuhkan hinggalah isu pengubahan wang haram seperti yang didedah oleh banyak
negara.
Jangan
hanya melihat ancaman luar semata-mata tetapi ancaman dari dalam negeri sendiri
jangan Hadi sisihkan.
Orang
beragama juga berperanan untuk mengingatkan pemimpin negara untuk telus dan
berintegriti.
Sekali
lagi pada hari yang mulia, 1 Shawal 1436 ini, penulis memohon Hadi supaya
ikhlas dalam menyampaikan hujahnya dalam isu berkaitan dan kemelut 1MDB ini.
SELAMAT
HARI RAYA AIDILFITRI...