Dalam satu temubual dengan Bloomberg, Dr
Mahathir mengatakan sentimen akar umbi begitu kuat bahawa pembangkang akan mendapat sokongan majoriti rakyat.
"Semua orang yang anda temui hari ini, sesiapa saja,
tiada seorang pun mempunyai kata-kata yang baik untuk kerajaan, terutamanya
bagi (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib Razak," kata pengerusi Parti
Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu.
Lantas, persoalan yang banyak diperkatakan, jika Najib
jatuh siapa akan menjadi Perdana Menteri?
Maka timbullah perbagai nama, namun paling penting, calon
Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH) pastilah lebih baik 100 kali atau 10 kali
atau sekali sahaja pun lebih baik tidak apa daripada Najib Razak, ia sudah
memadai.
Ini suatu kemestian.
Tidak kira siapalah. Yang pasti bukan Lim Kit Siang atau Dr
Mahathir kerana mereka sendiri sudah mengatakan tidak lagi mahu menduduki
jawatan itu.
Kerana itu apabila PH enggan menjawab siapa calon Perdana
Menteri pada ketika sedang menghadapi
pilihan raya umum ke-14 (PRU14), ia adalah jawapan paling munasabah.
Bukan sahaja penyokong PH mahu ketahui siapa akan
memimpin mereka tetapi sudah pasti BN dan UMNO khususnya, juga mahu tahu siapa calon Perdana Menteri itu.
Bagi BN/UMNO, calon mereka adalah satu-satunya itu, iaitu Najib Razak.
Suka tidak suka, walau digelar perompak, penyamun,
pencuri atau juga kleptokrat, penyokong BN/UMNO terpaksa ‘menelan’ semua
kata-kata itu. Najib adalah segala-galanya untuk mereka.
Tiada pilihan lain lagi, malah Najib sendiri turut
menonjolkan dirinya sedemikian.
Tidak ada calon lain lagi untuk mereka, sama ada rakyat
Malaysia yang berada dari dalam negara
atau luar negara, bagi penyokong BN/UMNO, iatu sahajalah tokoh yang mereka ada.
Yang paling layak, katakana.
Berbanding dengan PH, jika menurut Setiausaha Agung PKR
Datuk Saifuddin Nasution, siapa pun calon mereka pasti lebih baik daripada
perdana menteri sedia ada.
Yang penting, bagi PH ialah PRU14 akan menyaksikannya sama ada dari PKR, DAP,
Amanah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), calon-calon yang boleh
dilantik sebagai Perdana Menteri yang jauh lebih baik daripada Najib.
Kegagalan Najib menjayakan Wawasan 2020 untuk menjadikan
Malaysia sebagai negara maju dan memohon tempoh 30 tahun lagi iaitu ke tahun
2050 menggambarkan dia seorang yang gagal.
Ini tidak termasuk isu lain membabitkan bebaban kehidupan
yang ditanggung oleh rakyat akibat kenaikan kos kehidupan, pembangunan yang
menekankan projek fizikal-mega yang dilihat lebih memberikan keuntungan kepada
syarikat besar dan luar negara, selain isu-isu seperti penyalahgunaan dana
kerajaan untuk menyelamatkan projek peribadinya seperti 1Malaysia Development
Berhad.
Tidak usah dilayan pendapat yang mendesak dinamakan
segera Perdana Menteri kerana ia hanya akan menyebabkan kekusutan di kalangan
PH.
Juga jangan dilayan dengan propaganda BN dan UMNO
kononnya Kit Siang akan menjadi Perdana Menteri.
Kelmarin, 8 Mei 2016, Kit Siang dengan tegas menjawab
tuduhan bahawa beliau mahu menjadi Perdana Menteri selepas pilihan raya umum
ke-14 dan menamakan anaknya, Guan Eng sebagai timbalan perdana menteri.
Kita Siang mengemukakan pertanyaan :”Berapa ramai rakyat
Malaysia yang percaya bahawa cita-cita politik saya adalah untuk menjadi
perdana menteri Malaysia dan untuk melantik Guan Eng sebagai timbalan perdana menteri?”
Beliau yang sudah berkecimpung dalam politik Malaysia
selama 51 tahun menegaskan sekali lagi, cadangan untuk menjadi Perdana Menteri
Malaysia tidak pernah terlintas dalam fikiran beliau.
Juga jangan dilayan pemimpin yang melompat sana, melompat
sini selain mempertikaikan keengganan PH
menamakan calon Perdana Menteri, kerana dia hanya mahu mempopularkan diri dan
memenangi pilihan raya.
Pemimpin seperti ini akan membidas seseiapa sahaja
mengikut ‘selera politiknya’ dan walaupun dia dari PH akan tetap membidas
pakatan pembangkang kerana permintaannya tidak dilayan.
Soal penting bukan semata-mata seorang individu yang
memerintah negara tetapi sekumpulan Kabinet yang akan bekerja untuk memajukan
rakyat dan negara.
Menonjolkan Dr Mahathir yang juga Pengerusi PPBM sebagai
calon Perdana Menteri memandangkan ahli politik veteran itu boleh menarik
sokongan pengundi Melayu, termasuk warga Felda, dan seterusnya memastikan
kemenangan PH, hanya membawa kesan negatif.
Penularan pendapat sedemikian akan mendatangkan gambaran seolah-olah
Dr Mahathir yang pernah menyandang jawatan perdana menteri selama 22 tahun
sehingga 2003, masih gila untuk berkuasa semula.
Sedangkan beliau sudah mengatakan tidak berminat lagi.
Kenyataan Datuk
Seri Mohamed Azmin Ali semalam bahawa siapa juga yang menjadi Perdana Menteri kenalah
tunggu menang PRU14 dahulu. “Yang penting menang pilihan raya umum terlebih
dahulu,” katanya di Shah Alam.
Ini kerana setiap parti, setiap individu mempunyai daya
tarikan masing-masing, ada kekuatan masing-masing. “Bagi saya, kita tumpu dan
garapkan semua kekuatan,” tegasnya.
Amat wajar pembangkang mempelajari keputusan pilihan raya
umum sebelum ini, walaupun ada parti menonjolkan seseorang atau siapa sepatutnya
menjadi Perdana Menteri tetapi rakyat tetap menolaknya.
Kenapa? Bukan semua boleh menerima calon jika seseorang
itu mempunyai ‘kudis’ atau ‘luka yang dalam’ dan sukar diubati.
Seperti dialami oleh Najib sekarang, biarkan BN/UMNO tonjol beliau kerana rakyat boleh
menilai apa jenis parti BN?UMNO ketika ini.
Sedangkan di pihak PH, tidak sukar mencari calon yang
lebih baik daripada Perdana Menteri sekarang. Dia mestilah bersih, yang dilihat bersih, mampu mengurus ekonomi
negara dengan baik, cakna rakyat dan bercita-cita tinggi untuk memacu negara ke
tahap lebih tinggi berbanding sekarang.
Biarkanlah sesiapa yang mahu menamakan sama ada Ketua
Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail atau Dr Mahathir atau juga Kit
Siang, namun akhirnya selepas mencapai kemenangan PH akan membentuk Kabinetnya
sendiri, negara akan diketuai oleh seseorang yang lebih baik daripada Najib.
Sekali lagi, jangan layan tindakan segelintir pemimpin
UMNO yang mengatakan DAP berniat mendapatkan jawatan itu yang kononnya
menyebabkan PH dalam keadaan defensif dalam kalangan pengundi Melayu.
Itu kerja UMNO yang bimbang dengan perkembangan parti
pembangkang berasaskan Melayu-Islam seperti PPBM dan AMANAH.
Di sebalik semua kenyataan mengenai Perdana Menteri,
kata-kata Dr Mahathir bahawa pembangkang belum membuat keputusan mengenai siapa
yang akan menjadi Perdana Menteri, perlukah dihadam dan ditelan.
Yang penting pembangkang perlu menang dan tidak sukar
untuk menamakan bakal calon Perdana Menteri.
Malah dengan tegas Dr Mahathir memberitahu, isu berkenaan
"tidak relevan kecuali jikai anda menang".
Yang penting seperti kara Dr Mahathir, pembangkang akan
mendapat "margin kemenangan yang baik" yang akan diterjemahkan
kepada sebuah "kerajaan yang dan kuat".