Tengku Razaleigh Hamzah sebagai ‘Presiden UMNO’ akan
menjadi Perdana Menteri sementara Musa Hitam yang menewaskan Tun Ghafar Baba, menjadi ‘Timbalan Perdana Menteri’.
Kedua-duanya adalah regu mantap yang akan membolehkan
Malaysia mencapai status negara maju lebih cepat daripada Wawasan 2020.
Malaysia mungkin capai status negara maju pada tahun 2000
atau lebih awal.
Namun sayang sekali kita terlepas peluang itu (apabila Dr
Mahathir terus menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun sebelum menyerahkannya
kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi).
“It is a pity. If I had
been defeated by T.R., we would be able to see the close friendly relation
between T.R. and Musa in the Government. The country would probably become
fully developed by 2000 or earlier. We missed a great opportunity.”
Itu bukan saya kata. Dr Mahathir yang kata melalui
catatanya melalui blognya chedet.cc semalam.
Dr Mahathir secara sinis menggambarkan betapa kedua-dua
boleh menjadi regu yang baik kerana mereka memang pasangan cocok yang akan dapat bekerjasama dan saling
‘sayang-meyayangi’.
Sindiran Dr Mahathir itu dibuat pada ketika beliau menyiarkan
dua surat bekas timbalannya, untuk menepis pandangan Musa yang mendakwa beliau meletak jawatan daripada Kabinet Dr Mahathir
selepas Perdana Menteri itu membuat tuduhan beliau cuba menyingkirkan Dr
Mahathir.
Musa sebelum ini menyatakan perkara itu dalam memoirnya
bertajuk 'Frankly Speaking'.
Melalui pendedahan ini, Dr Mahathir memberitahu apa
sebenarnya berlaku dengan Musa – perletakan jawatannya kononnya kerana
ketidak-kepercayaan Perdana Menteri atau kerana sebab beliau sendiri yang minta
berhenti.
Dr Mahathir turut mengulas mengenai panggilan Hitler
terhadapnya.
Dr Mahathir menyatakan hakikat sebenar melalui dua surat
Musa yang dianggap rahsia selama ini.
Menurut Dr Mahathir, Musa
meletakkan jawatan kerana membantah
tindakan Perdana Menteri ketika itu yang
menawarkan kepada Ahli Parlimen Gua Musang itu jawatan Menteri Perdangangan dan
Industri pada susunan semula Kabinet 1984.
Untuk menilai sejauh mana ikhlas cerita Musa mengenai
dirinya, Dr Mahathir menyiarkan dua surat Musa. “Bandingkanlah...”kata Dr
Mahathir.
"Untuk melihat bagaimana berterus terangnya cerita
Musa tentang dirinya, sila baca kedua-dua suratnya. Salinan asal sukar dibaca,
jadi saya menulis semula kandungan. Anda boleh membuat perbandingan,"
katanya.
Surat asal tidak disiarkan sepenuhnya di blog itu tetapi
Dr Mahathir melampirkan salinan apa yang ditulis Musa.
Dr Mahathir juga berkata dengan menyiarkan surat
berkenaan beliau tidak dapat mengekalkan keinginan Musa untuk merahsiakan surat
berkenaan kerana memoir bekas timbalannya itu membayangkan tiada apa yang ingin
disembunyikan.
Surat pertama bertarikh 5 Julai 1984 memaparkan
perkataan Top Secret (Rahsia Besar) di atasnya, manakala surat
kedua bertarikh 31 Julai 1984.
Pada surat pertama Musa menyenaraikan sebab-sebab mengapa beliau membantah tindakan Dr Mahathir memberikan meletakkan kementerian perdaganan dan perindustrian kepada Tengku Razaleigh.
"Tetapi MTI (kementerian perdagangan dan perindustrian) akan memberi beliau akses secara langsung dengan pengundi Umno dalam cara paling meluas. Sila ingat beliau bukan anda, Hussein Onn, Tun Dr Ismail, Hamzah atau Tengku Din yang pernah menjadi menteri di situ. Sama seperti di (kementerian) Kewangan, beliau akan mempolitikkan kementerian bagi kepentingan peribadinya.
Tengku Razaleigh yang juga anggota parlimen Gua Musang
berkhidmat sebagai menteri perdagangan dan perindustrian antara 1984 hingga
1987 manakala Musa adalah timbalan perdana menteri antara 18 Julai 1981 hingga
16 Mac 1986.
Pada 1987 Tengku Razaleigh mencabar Dr Mahathir dalam
pemilihan Umno untuk merebut jawatan presiden parti berkenaan. Dr Mahathir
memenangi pemilihan itu namun ia membawa kepada perpecahan serta pengharaman
Umno.
Hasil daripada perpecahan itu wujud Parti Semangat 46
sehingga membawa kemenangan kepada ganding PAS –S46 menewaskan Barisan Nasional
di Kelantan.
Namun, enam tahun kemudian Tengku Razaleigh kembali ke
pangkuan UMNO dan S46 dibubarkan.
Selain itu melalui
blognya itu Dr Mahathir turut menjawab dakwaan bahawa beliau seorang diktator
ketika menjadi perdana menteri keempat.
Seperti biasa melalui sindiran tajam, seperti yang sering
dilakukannya beliau mengatakan ber setuju sepenuhnya dengan apa yang orang kata
pada beliau.
“Sudah tentu saya jadi diktator selama 22 tahun, yang mahu orang lain setia secara mutlak pada saya.”
Menyifatkan ahli Majlis
Tertinggi Umno dan Kabinet kononnya agak dungu dan hanya beliau seorang saja
yang bercakap. “Mereka hanya angguk kepada dan kata ya,” sindirnya.
Dr Mahathir turut membandingkan dirinya dengan diktator-diktator
dunia seperti pemimpin Nazi Adolf Hitler, pemimpin fasis Itali Benito Mussolini
dan pemimpin Kesatuan Soviet Joseph Stalin.
“Kebetulan saya hendak sebut bahawa semua diktator,
Hitler, Mussolini dan Stalin, letak jawatan secara sukarela seperti saya.
“Misterinya bagaimana saya berjaya dipilih lima kali. Tetapi kini kita tahu bahawa perdana menteri yang dipilih juga boleh jadi diktator,” katanya.
Mahathir meletakkan jawatan pada 2003 dan memberi laluan kepada penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi. Beliau kemudian bertukar pendirian dan mengakui membuat pilihan salah.
Kemudian, Dr Mahathir lantang pula mempersoalkan pentadbiran perdana menteri sehingga sekarang, Datuk Seri Najib Razak.
“Misterinya bagaimana saya berjaya dipilih lima kali. Tetapi kini kita tahu bahawa perdana menteri yang dipilih juga boleh jadi diktator,” katanya.
Mahathir meletakkan jawatan pada 2003 dan memberi laluan kepada penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi. Beliau kemudian bertukar pendirian dan mengakui membuat pilihan salah.
Kemudian, Dr Mahathir lantang pula mempersoalkan pentadbiran perdana menteri sehingga sekarang, Datuk Seri Najib Razak.
Sumber - Malaysiakini, FMT & chedet,cc