"Tindakan pembangkang bukan sahaja tidak menghormati Perdana Menteri tetapi juga Dewan Rakyat...Kita bukan sahaja mesti mematuhi kod pakaian di Parlimen tetapi menjaga etika berkelakuan juga. Jangan jadikan Parlimen sebagai sarkas."
- Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak
Tahun lalu
pembangkang mengangkat Buku Jingga selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak selesai membentangkan belanjawan di Dewan Rakyat.
Kali ini
(semalam 23 Oktober 2015), tidak cukup dengan kenyataan, pembangkang angkat sepanduk
dalam Dewan Rakyat.
Tanda
persefahaman di kalangan pembangkang atau mereka kehabisan modal?
Kalau ikut
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi , tindakan
pembangkang mempamerkan plakad 'mana 2.6 bilion?' selepas pembentangan
Belanjawan 2016 dilihat sebagai "kehabisan modal".
Berkaitan
isu ini, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mendakwa bajet yang
dibentangkan oleh Datuk Seri Najib Razak petang ini adalah untuk menutup
pelbagai skandal yang dihadapi oleh kerajaan.
Beliau
yang juga ahli parlimen Bagan mendakwa langkah yang diumumkan kerajaan tidak
akan memberi kesan jangka panjang kepada rakyat termasuk menyelesaikan skandal
1MDB dan menjawab derma RM2.6 yang didepositkan ke akan peribadinya.
SetiausahaAgung DAP itu berkata Najib sepatutnya
menjawab skandal yang dihadapinya demi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap
kerajaan yang dipimpinnya termasuk mengukuhkan nilai ringgit yang jatuh yang
anggap sebagai "kerugian yang sebenarnya".
Ahli
Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua kata Perdana Menteri gagal menangani isu
yang membawa kepada kehilangan keyakinan rakyat dalam pentadbiran beliau, iaitu
skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan "derma" RM2.6 bilion
ke dalam akaun peribadinya, dalam pembentangan Bajet 2016 beliau semalam.
Bajet 2016
memperuntukkan RM267.2 bilion berbanding RM260.7 bilion peruntukan sebelum
dipinda pada tahun sebelumnya.
Malah, Datuk
Seri Najib Razak walaupun dilihat menunjukkan keyakinan tinggi ketika
membentangkan Bajet 2016 dengan "bahasa berlagak berani", kegagalan
perdana menteri menangani isu itu akan menggoncang keyakinan pelabur tempatan
dan antarabangsa.
Najib pada
pembentangan Bajet 2016 semalam langsung tidak menyentuh dua isu kontroversi
tersebut yang dikatakan menyumbang kepada kejatuhan mata wang negara dan hilang
keyakinan pelabur.
Gabungan
pembangkang baharu, Pakatan Harapan semasa membentangkan bajet alternatif
mereka juga memberi fokus kepada 1MDB untuk menyelesaikan kemelut yang melanda
syarikat yang menanggung hutang RM42 bilion itu.
Mereka
turut mencadangkan 1MDB ditutup sebagai langkah memulihkan keyakinan pasaran.
"Untuk
semua bahasa berlagak berani yang memenuhi seluruh ucapan Bajet itu, Najib
gagal untuk menangani isu utama yang menghancurkan keyakinan domestik dan
antarabangsa terhadap pentadbiran beliau," katanya dalam satu kenyataan
selepas ucapan Bajet.
Itu
tanggapan Tony Pua dan bukan sesuatu yang mengejutkan.
Menyokong
kata-katanya, Setiausaha publisiti DAP itu menegaskan: “Perdana menteri tidak
nampak perlunya menangani satu masalah besar yang cuba beliau elakkan, iaitu
skandal RM42 bilion 1MDB dan kononnya 'derma' RM2.6 bilion dalam akaun bank
peribadi beliau yang turut melibatkan anak syarikat Kementerian Kewangan, SRC International
Sdn Bhd."
Selanjutnya
beliau mendakwa, Putrajaya memasukkan
wang kecemasan RM975 juta awal tahun ini, surat sokongan untuk mendapatkan
pinjaman AS$150 juta dan membayar ganti rugi International Petroleum Investment
Corporation (IPIC) dengan wang pendahuluan AS$1 bilion kepada 1MDB.
“Disebabkan
kegagalan menangani tuduhan berat yang dilemparkan terhadap 1MDB dan
menyediakan pelan yang boleh dipercayai untuk kerajaan terhadap semua perkara
luar jangka berhubung 1MDB, Bajet 2016 akan bukan sahaja gagal mengangkat
keyakinan pelabur tempatan dan antarabangsa, ia akan menjadi satu lagi keadaan
yang hanya akan dibayangi oleh skandal berbilion ringgit pentadbiran Najib,”
katanya.
Bukan
sekadar memberikan pendapat, Ahli Parlimen pembangkang turut bangkit memegang
sepanduk bertulis "Mana RM2.6 bilion" selepas Perdana Menteri selesai
membentangkan Bajet 2016 di Dewan Rakyat petang semalam.
Menurut TheMalaysian Insider, tindakan itu dipercayai menyebabkan kamera di dalam dewan
yang membuat liputan langsung tidak dihalakan ke arah tempat duduk pembangkang
dan siaran langsung ditamatkan segera.
Gambar
mereka memegang sepanduk tersebut dikongsi Ahli Parlimen Klang Charles Santiago
menerusi akaun Twitter dan Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin menerusi
kumpulan WhatsApp beliau dan petugas media.
Namun, bukan
semua Ahli Parlimen pembangkang melakukan sedemikian.
Didapati
beberapa ahli Parlimen PAS seperti Nik Mohd Abduh Nik Aziz (Pasir Mas) dan
Datuk Dr Khairuddin Aman Razali (Kuala Nerus) tidak turut sama berdiri memegang
sepanduk itu. Mereka duduk pada ketika Ahli Parlimen pembangkang lain berdiri.
Malah,
kelibat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang merupakan ahli Parlimen
Marang tidak kelihatan langsung sejak awal pembentangan Bajet 2016 bermula, sehinggalah ahli-ahli Parlimen pembangkang
ditemubual wartawan selepas pembentangan selesai.
Rekasi
kepada kenyataan Tony Phua dan tindakan Ahli Parlimen pembangkang mengangkat
sepanduk, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah menjelaskan, isu 1MDB tidak ada
kaitan dengan Bajet 2016 yang dibentangkan semalam.
Menteri
Kewangan Kedua itu menjelaskan, kerana
sebab-sebab sedemikian, Najib tidak menyentuh isu berkaitan syarikat sarat
hutang itu.
"Ini
bajet, tidak ada kena-mengena dengan 1MDB. Apa kaitan 1MDB dengan bajet? Ia
tidak menggunakan bajet kerajaan," kata Husni yang ditemui di lobi
Parlimen semalam.
Menteri
Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak menyifatkan tindakan Ahli
Parlimen pembangkang itu seperti budak-budak yang tidak matang.
Katanya,
tindakan pembangkang bukan sahaja tidak menghormati Najib tetapi juga Dewan
Rakyat yang mulia.
"Kita
bukan sahaja mesti mematuhi kod pakaian di Parlimen tetapi menjaga etika
berkelakuan juga. Jangan jadikan Parlimen sebagai sarkas," katanya.
Menteri
Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata walaupun tidak salah untuk
bertanya soalan berkenaan tetapi ada cara yang betul untuk melakukannya.
“Tak salah
tanya. Saya yakin ramai bangkitkan dalam perbahasan minggu depan. Tapi ini
bukan caranya. Parlimen bukan pasar,” tulisnya di twiter.