"Saya menghantar surat hanya mengikut prosedur yang dilakukan oleh
orang biasa kepada pembesar sebagai tanda menghormati dan bukan menerjah
secara semberono untuk menemui Tok Guru (Nik Aziz) tanpa mengambil kira
waktu kelapangannya...Dengan menghantar surat seperti yang
dilakukan orang biasa untuk menemui pemimpinnya, saya hanya mengikut
prosedur tambahan pula prosedur ini telah digunakan pada zaman nabi
dahulu di mana untuk bermuzakarah dengan pembesar-pembesar perlu
menghantar surat rasmi terlebih dahulu," - Fathul Bari
Orang tua selalu berpesan kita jangan kurang ajar dengan orang tua, guru atau mereka yang berilmu.
Tetapi bagaimana pula dengan orang tua yang berikap ‘kurang ajar’ dengan orang muda?
Tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyebut, “Tidak payah guna surat untuk mengajak saya berbincang isu hudud ini. Siapa dia, saya tidak kenal dia, dia pun tidak kenal saya?” boleh dinilai dalam konteks sikap Nik Aziz.
Apakah beliau angkuh, sombong, tidak menghormati orang lain atau nyanyuk apabila membuat ulasan sedemikian?
Nik Aziz mempertikaikan tindakan Pengerusi Sekretariat Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya yang disifatkan lebih gemar membuat bising di akhbar mengenai surat rasmi tersebut.
Nik Aziz menegaskan kelmarin, sewajarnya Fathul Bari perlu bersemuka secara terus dengannya sekiranya ikhlas untuk membincangkan isu hudud secara terperinci dan bukannya membuat kecoh dalam media arus perdana itu.
“Kalau dia (Fathul Bari) hendak jumpa saya, dia patut jumpa saya secara seorang tidak payah buat bising dalam surat khabar,” katanya selepas menghadiri Majlis Mesra Aidilfitri, kelmarin.
Selain itu, Nik Aziz berkata, sehingga kini beliau sendiri belum menerima dan membaca lagi isi kandungan surat rasmi itu.
Cara Fathul Bari itu betul dari segi prosedur untuk bertemu Menteri Besar Kelantan dan Musyridul Am PAS itu.
Malah sikap hormat sebegini sepatutnya diterima oleh Nik Aziz dengan tangan terbuka.
Bagi Fathul Baru surat dihantar membincangkan isu hudud adalah sebagai tanda menghormatinya sebagai seorang daripada ulama dan ilmuwan tersohor di negara ini.
"Saya menghantar surat hanya mengikut prosedur yang dilakukan oleh orang biasa kepada pembesar sebagai tanda menghormati dan bukan menerjah secara semberono untuk menemui Tok Guru (Nik Aziz) tanpa mengambil kira waktu kelapangannya.
Dengan menghantar surat seperti yang dilakukan orang biasa untuk menemui pemimpinnya, saya hanya mengikut prosedur tambahan pula prosedur ini telah digunakan pada zaman nabi dahulu di mana untuk bermuzakarah dengan pembesar-pembesar perlu menghantar surat rasmi terlebih dahulu," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Ilmu menghantar surat rasmi untuk bertemu Nik Aziz bagi tujuan membincangkan isu hudud secara serius dan profesional, bukannya bertikam lidah.
Nilailah sendiri sikap Nik Aziz terhadap orang muda yang juga berilmu seperti Fathul Bari ini!
Persoalan lain, apakah Nik Aziz ini statusnya lebih besar dan mulia daripada Nabi?