Wednesday, July 4, 2012

SSM PUNYA HAL...UMNO, BARISAN NASIONAL & PERDANA MENTERI KENA TEMPIAS



Tidak faham dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ni!

Macam baru tiga bulan SSSM ditubuhkan. Inikah perkara yang sepatutnya dielakkan dan jika mahu siasat sesuatu pertubuhan yang 'licik' seperti SUARAM, SSM sewajarnya bersiap sedia dengan semua ‘kelengkapan’ dan bukan main terjah.

Akhirnya tindakan SSM itu menyebabkan suruhanjaya itu sendiri malu dan UMNO, Barisan Nasional (BN) dan Perdana Menteri yang menerima tempias cacian dan sindiran.

Inilah yang dimaksudkan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, UMNO SEBAGAI 'TONG SAMPAH' iaitu kemarahan yang dilemparkan rakyat kepada parti sedangkan ia hasil  KECEKAPAN PENJAWAT AWAM!

Semalam empat pegawai SSM yang datang semalam ke SUARAM bertujuan untuk menemubual kakitangan, memeriksa dokumen dan akaun NGO itu yang disyaki mendapat dana asing tetapi kakitangan SSM mudah dihalau balik’ begitu sahaja oleh kakitangan pejabat SUARAM.

Dilaporkan, SSM akan datang lagi hari ini ke premis SUARAM itu setelah kedatangan sekumpulan pegawai jabatan itu semalam gagal mendapat kerjasama sepenuhnya daripada pihak NGO tersebut.

Meskipun pihak SMM telah membawa surat waran, namun SUARAM mendakwa surat waran itu tidak lengkap untuk membolehkan pihaknya memberi kerjasama dalam siasatan tersebut.

“Waran mesti ditandatangani oleh pendaftar. (tetapi) Ia tidak dan orang yang datang bersama-sama adalah hanyalah timbalan. Mereka telah mengambil keputusan untuk datang semula esok (hari ini),” kata Cynthia Gabriel, Ahli Lembaga Pengarah SUARAM kepada Malaysiakini.

Hasilnya? Komen-komen di Malaysiakini adalah seperti berikut:

1. Kerja untuk SSM tak boleh bertindak ikut suruhan orang. Sebuah suruhanjaya yang dilantik oleh Agong mesti berwibawa dan punya hala tuju sendiri. Ini membuat persepsi rakyat menurun terhadap SSM kalau bertindak terburu-buru dan salah prosedur pula. Lawaklah bila yang hendak memeriksa prosedur pun tidak boleh ikut prosedur yang paling mudah;

2. Apebenda main ni, sehingga benda remeh cam neh boleh terlepas pandang, mari aku buat kerja mung SSM, duk bawah umno bodo sapa mapuh r mung;

3. SSM ber ria-ria nak siasat Suaram pasal apa? Untuk temubual atau kerana SUARAM NGOS's yg paling lantang mengenai Scorpene?.. rasa aku ini satu lagi taktik kerajaan utk menutup dan mengalihkan isu...isu sebenar adalah penyalahgunaan wang rakyat dan rasuah.. tapi isu yg akan ditimbulkan SUARAM mendapat dana dari Yahudi ...... maka bermulalah OPERA UMNOBN; dan

4. SSM datang macam penyangak..macam lah mak bapak dia punya tempat...ikut suka dia je...Anak didik APCO memang cam tu la.. SSM bertindak untuk menyiasat NGO ini kerana banyak rungutan mengenai dana dan perjalanannya.

Persoalannya, dalam tempoh 24 jam, SUARAM boleh membuat apa sahaja PERSEDIAAN UNTUK MENUNGGU SSM.

Takut nanti SSM yang dimalukan pada ketika SUARAM sudah bersedia untuk disoalsiasat, termasuk mengenai akaunnya!!!

Memetik apa yang dipaparkan oleh AIDC, pada 1 Julai lalu, Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mendedahkan SUARAM bukan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebagaimana yang sering didakwa sebaliknya pertubuhan itu merupakan sebuah syarikat swasta yang tidak bermotifkan keuntungan.

Presiden JMM, Azwanddin Hamzah berkata, menerusi semakan dokumen awam SSM, Suaram adalah sebuah syarikat yang didaftarkan atas nama Suara Inisiatif Sdn. Bhd. dengan modal berbayar RM2.

Menurutnya, pemegang saham dan pengarah syarikat ini adalah Yeoh Seng Guan dan Kua Kia Soong dengan tarikh pelantikan kedua mereka sebagai pengarah adalah pada 7 Jun 2004.

“JMM juga difahamkan bahawa jumlah pendapatan syarikat ini adalah RM497,137 pada tahun 2009 dan RM411,226 pada tahun 2010.

“JMM mahu tahu sama ada pendapatan syarikat ini dari dalam atau luar serta apakah identiti penyumbang, motif serta niat sebenar mereka,” katanya.

Katanya lagi pemeriksaan lanjut yang dilakukan pihaknya mendapati Suaram tidak berdaftar di dalam Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebagai sebuah NGO.

“Selama ini mereka cenderung kepada sesuatu pihak, saya tidak mahu tuduh tetapi mereka perlu perjelaskan sumber sebenar pendapatan mereka, lagipun mereka yang selama ini memperkatakan mengenai ketelusan.

“Mereka berlagak seperti sebuah NGO tetapi sebenarnya adalah sebuah syarikat swasta. Sumber pendapatan kira-kira RM900,000 itu adalah satu jumlah besar yang perlu diperjelaskan sama ada dari dalam atau luar negara,” katanya.

Premis induk SUARAM beralamat di 433A, 1st floor Jalan 5/46 Gasing Indah, 46000 Petaling Jaya Selangor, Malaysia dan mempunyai dua cawangan di negeri Johor dan Pulau Pinang.