Thursday, May 10, 2012
DEMOKRASI SUDAH MATI...KES TUNKU ABDUL AZIZ SERLAHKAN'WARNA SEBENAR' DAP
Pengguguran Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim sebagai anggota Dewan Negara hanya kerana mengkritik penganjuran demonstrasi jalanan baru-baru ini menyerlahkan ‘warna sebenar’ parti DAP.
Lihatlah betapa DAP ini sebagai parti kuku besi belum berkuasa lagi menunjukkan sikapnya yang keras serta tidak membuka ruang untuk pemimpinnya memberikan 'pendapat berlainan'.
Bayangkan jika DAP menjadi parti pemerintah di negara ini, akan matilah demokasri yang memberikan pemimpin dan rakyat menyuarakan pandangan mereka!
Mana ada demokrasi dalam DAP seperti yang dilaung-laung selama ini dan tindakan terhadap pemimpin Melayu itu menunjukkan DAP sebenarnya tidak mampu melaksanakan demokrasi.
Malah, jelas jika sebelum ini beberapa pemimpin lain sudah dikenakan tindakan kerana mengeluarkan kenyataan yang tidak sealiran dengan pemimpin utama, membuktikan kebebasan bersuara tulen sudah lama mati dalam DAP.
Yang dialung-laungkan kononnya ada demokrasi dalam parti berkenaan jauh panggang dari api! Amat jelas, tindakan yang dikenakan terhadap Tunku Abdul Aziz kerana dianggap telah memalukan parti, menunjukkan DAP tidak dapat menerima pandangan berbeza ahlinya.
Bagi DAP, TIADA PANDANGAN PERIBADI boleh disuara, apalagi baru-baru Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menegur Tunku Abdul Aziz.
Ekoran kenyataan Naib Pengerusi DAP itu menolak perhimpunan jalanan di bandar raya baru-baru ini, DAP sanggup tidak melanjutkan tempoh keanggotaan Dewan Negara yang disandang Tunku Abdul Aziz.
Tunku Abdul Aziz mengesahkan perkara itu hari ini dan tempoh keanggotaan beliau sebagai Senator, yang akan berakhir pada 30 Mei ini, tidak akan diperbaharui.
"Ya, perkara itu (tidak dilantik semula) benar. Itu cuma pengorbanan yang kecil," katanya kepada Bernama ketika ditemui pada majlis jamuan perpisahan bagi meraikan anggota Dewan Negara yang tamat tempoh perkhidmatan di bangunan Parlimen di Kuala Lumpur.
Tunku Abdul Aziz turut mengesahkan bahawa ia adalah susulan kenyataannya ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Negara 24 April lepas yang secara terbuka menolak perhimpunan dirancang badan bukan kerajaan dan disokong pembangkang di Kuala Lumpur 28 April lepas.
Tunku Abdul Aziz yang menyertai DAP pada 2008 dan dilantik sebagai Senator pada 2009 bagi kuota kerajaan negeri Pulau Pinang.
Tunku Abdul Aziz menimbulkan kekecohan dalam DAP baru-baru ini apabila beliau berkata perhimpunan 28 April di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur berkemungkinan mencetuskan kekacauan, yang memang pun berlaku pada hari itu, selepas peserta perhimpunan melanggar halangan polis di Dataran Merdeka.
Setiausaha Agung Pemuda MCA Datuk Chai Kim Sen pula menyifatkan tindakan itu sebagai bukti jelas parti itu hanya mengamalkan kebebasan bersuara dalam lengkongan parti saja.