Sunday, March 18, 2012
PERKENALKAN HUKUMAN BERAT KEPADA PEMANDU LANGGAR LARI...
Kejadian yang menimpa pelumba pelapis basikal negara, Rafizi Hamdan yang terbunuh dalam satu kemalangan langgar lari di KM 20.3 Jalan Lingkaran Tengah 2, Taman Melawati, Ampang, pagi ini memilu dan menimbulkan rasa geram terhadap orang yang melanggarnya.
Yang dilanggar bukan seekor ayam, biawak atau kucing yang melintas jalan. Dia adalah seorang insan bernama bapa dan ahli sukan yang mengibar bendera negara.
Jika kita seorang pemandu prihatin, walau melanggar seekor binatang pun akan terasa kesal dan sedih dihati kita. Tetapi ini tidak..langgar dan kemudian lari...
Dalam kejadian pukul 7.30 pagi itu, Rafizi, 37, yang mewakili pasukan Le Tua dan baru menimang cahaya mata kedua dipercayai dilanggar sebuah kereta ketika dalam perjalanan ke Genting Sempah untuk bertemu dan beriadah bersama ahli kelab berbasikal Le Tua.
Abang ipar Rafizi, Akmal Abu Hanif berkata, keluarganya terkejut setelah menerima berita kemalangan yang dimaklumkan oleh salah seorang rakan arwah.
Amat jelas pemandu kita masih tidak ‘mesra’ pengguna lain dan cuba menjadi ‘hero’ dan selepas itu tidak bertanggungjawab.
Pihak berkuasa perlu mengambil iktibar ini kerana pengguna jalan raya bukan sahaja di kalangan pemandu sama ada kenderaan berat atau ringan tetapi juga pejalan kaki, penunggang basikal dan sebagainya.
Kejadian yang menimpa Rafizi ini begitu menyayat hati kerana dia ahli sukan dan mengharumkan nama negara. Rafizi yang berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia sembilan tahun dan baru menerima cahaya mata kedua adalah penaja kelab basikal Le Tua yang popular dalam penyertaan kejohanan Le Tour de Langkawi sebelum ini.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, mangsa mati di tempat kejadian setelah dirempuh oleh sebuah kereta Proton Saga yang kemudian melarikan diri.
"Pemandu itu melarikan diri tanpa menyedari nombor pendaftaran milik kereta dia tertanggal di lokasi, kami berjaya mengenal pasti kenderaan itu…kejadian berlaku di hadapan stesen minyak Shell berhampiran susur keluar ke Taman Melawati, polis akan melakukan siasatan pada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di stesen minyak itu…” kata Amiruddin.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya atau melulu hingga menyebabkan kematian.
Sewajarnya penamdu yang langgar lari menyebabkan kematian dikenakan hukuman berat. Kenapa tidak membuat laporan polis selepas melanggar seseorang?
Soalnya, bilakah boleh kita yakin bahawa jalan raya di negara ini selamat untuk semua pengguna khususnya di kalangan ahli sukan.
Lagipun, ini bukan kali pertama keajadian sebegini berlaku….
HANYA 10.7 % SYARIKAT BUMIPUTERA DISENARAIKAN DI BURSA MALAYSIA
Bangganya jadi rakyat Bumiputera di negara ini. Apanya tidak?
Walaupun saya tidak memiliki sebarang syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia, ada 101 syarikat senaraian awam (PLC) Bumiputera yang disenarai di Bursa Malaysia sehingga 31 Disember lalu.
Lepas itu daripada 101 syarikat itu, hanya 75 yang membuat keuntungan. Yang 26 lagi tu apa?
Ingat tidak banyak ke tu? Sebab itu ada pihak membantah penyenaraian Felda Global Venture Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia, takut ia menguntungkan peneroka dan jika demikian, sukarlah pembangkang mahu melebarkan pengaruh.
Lagipun, jika usaha menyenaraikan FGVH itu berjaya, ia mungkin menjadi tawaran awam permulaan (IPO) terbesar untuk tahun ini.
Yang dibelakang PKR dan PAS pastinya menghasut anak peneroka jangan sokong kerana kalau jadi penyenaraian ini, akan lebih ramai Bumiputera yang akan mendapat untung. Ini pastinya akan merugikan bukan Bumiputera.
Bagi mereka yang menentangnya iaitu puak yang tidak prihatin terhadap kedudukan Bumiputera, mereka peduli apa?
Mereka lebih enak dibuai kata-kata dan cakap-cakap bukan Bumiputera yang tidak mahu melihat Bumiputera lebih ‘berada’.
Hakikatnya kalau bukan UMNO atau Barisan Nasional memerintah, jumlah 101 itu mungkin tidak dapat dicapai kerana jika ‘orang lain’ memerintah, dasar Bumiputera tidak akan pernah wujud di bumi Malaysia ini!
Ahmad Mazlan - Masih Tidak Boleh Bangga... |
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata semalam, daripada 101 syarikat berkenaan, hanya 75 syarikat yang mencatatkan keuntungan. "Kita harap lebih ramai kaum Bumiputera dapat mengetahui tentang pasaran modal, pasaran saham dan segala yang berkaitan dengan sekuriti kerana ia sebenarnya menguntungkan," katanya selepas mesyuarat agung Persatuan Remisier Bumiputera (Pribumi) ke-17 dan pelancaran buku "Icon Bumiputera PLC 2011" di Kuala Lumpur, semalam.
Ahmad berkata, syarikat Bumiputera seharusnya memanfaatkan pelbagai peluang dan bantuan yang disediakan oleh kerajaan termasuk "Skim Jejak Jaya Bumiputera", iaitu skim yang menjejak kejayaan Bumiputera untuk menambah bilangan syarikat yang boleh disenarai di Bursa Malaysia.
Selain itu usahawan Bumiputera tidak seharusnya hanya bergantung kepada bantuan kerajaan, sebaliknya perlu mempunyai kesungguhan sendiri. "Untuk disenarai di Bursa Malaysia, usaha individu juga perlu kerana akhirnya nanti mereka boleh menjadi Ketua Pegawai Eksekutif atau Ketua Pegawai Operasi kepada PLC," katanya.
Kerana itu kerajaan BN yang diterajui UMNO perlu melihat masalah pemilikan kaum Bumiputera yang rendah ini sebagai salah satu agenda penting yang harus diperjuangkan.
Bukan sahaja orang Melayu tetapi Bumiputera lain di Sarawak dan Sabah pasti akan menyokong kerajaan BN jika perjuangkannya.
PKR dan DAP yang agak kaya serta dan PAS yang kebanyakannya ‘buta ekonomi’ tidak akan mempedulikan soal ini kerana bagi mereka slogan ‘demokrasi’ hak asasi’, ‘kebebasan’ lebih bermakna daripada pemilikan yang sememangnya begitu kecil oleh Bumiputera ketika ini.