Majlis Fatwa Kebangsaan, JAKIM dan Majlis Agama Negeri perlu menyatakan pendiriannya berhubung kenyataan Mufti Perak yang berpandangan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak telah “menggadai akidah” apabila menghadiri sambutan Thaipusam, Selasa lalu.
Pendapat ini disuarakan Bekas Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan,Datuk Dr Ismail Ibrahim yang yang juga bekas duta Malaysia ke Arab Saudi.
Dr Ismail mengatakan beliau tidak berniat hendak menyokong atau membangkang kenyataan , Tan Sri Dr Harussani Zakaria yang mengatakan bahawa Perdana Menteri telah menggadaikan akidahnya dengan menghadiri perayaan Thaipusam.
Bagaimanapun beliau berntanya: "Menggadai akidah adakah bermakna mencemarkan akidah? Menggadaikan akidah adakah bermakna terkeluar dari akidah Islam, dan seterusnya menjadi syirik?
Kalau inilah maksud menggadaikan akidah yang disebutkan oleh Mufti Perak itu, maka hal ini telah menjadi satu fatwa yang amat berat dan serius kepada umat Islam, terutamanya kepada batang tubuh Perdana Menteri sendiri, dan pihak bertanggungjawab tentang agama di negara kita haruslah memberikan perhatian yang serius juga kepada fatwa ini."
Berikutan itu, jawapan rasmi terhadap "fatwa" dibuat Harussani harus disegerakan kerana ia mungkin mengelirukan umat Islam jika tidak dimuktamadkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan seterusnya disahkan Majlis Raja-raja sendiri.
Isu seberat ini tidak mungkin dilihat sebagai satu perselisihan pendapat atau perbezaan pandangan sahaja seperti perbezaan pentafsiran dalam hal-hal ranting dalam agama Islam.
Hal akidah bukan lagi merupakan masalah kecil seperti masalah perbezaan mazhab dalam beberapa hukum cabang yang dikenali sebagai masalah Furu' bukan masalah usul.
Tambah beliau, hal yang berhubung dengan akidah bukan perkara mudah kerana akidah merupakan keimanan kepada agama Islam itu sendiri dan akidah yang tergadai sekiranya dimaksudkan akidah yang telah tercemar atau terkeluar dari akidah Islam, maka orang itu dengan sendirinya menjadi tidak mukmin dan tidak Islam, syirik dan kafir.
"Apakah pengertian ini yang dimaksudkan oleh Mufti Perak dengan ungkapan menggadaikan akidah itu? Juga kenyataannya tentang perbuatan syirik yang dilakukan oleh Perdana Menteri itu," ujar beliau.
Beliau yang juga bekas Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia hal akidah adalah merupakan hal iman, Islam seseorang," kata beliau dalam entri terbaru blognya.
Rakyat Malaysia turut menyiarkan rasa terkilan Harussani dengan keputusan Najib menghadiri sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves. Najib juga pernah hadir samputan Thaipusam sebelum ini.
Tegas Harussani, walaupun sudah ditegur setiap tahun, namun Perdana Menteri seolah-olah tidak memandang berat akan kepentingan agama Islam dan akidah.
“Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka. Bagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya perdana menteri wakilkan menteri beragama Hindu untuk menggantikan dirinya... sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain,” kata Harussani.
Menurut Dr Ismail, hal itu perlu diperjelaskan supaya umat Islam tidak menjadi keliru dengan fatwa Mufti Perak tentang orang Islam yang menyertai perayaan tersebut.
Mungkin Jakim, Majlis-majlis Agama Negeri, Majlis Fatwa Kebangsaan, malah Raja-raja Melayu sendiri sebagai Ketua Agama Negeri perlu segera mengambil tindakan bagi membincangkan fatwa Mufti Perak ini dan memberikan keputusan yang muktamad dalam isu ini.
Saturday, February 11, 2012
KESIAN RAKYAT TERENGGANU JIKA PAS MEMERINTAH...
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Wakaf Mempelam, Wahid Endut mendedahkan ada seorang lelaki datang berjumpanya pada suatu petang waktu maghrib untuk meminta beras.
Lelaki itu menaiki motosikal dan sudahpun membeli ikan. (lihat video di atas).
Menurut Wahid, ini membuktikan betapa di Terengganu kini rakyat begitu susah sampai tidak mampu membeli beras.
Bukanlah mahu mengata tetapi lelaki ini yang mendakwa mempunyai anak yang ramai dan mungkin berpendapatan rendah tetapi mampu memiliki motosikal dan membeli ikan.
Tinggal? Pastinya dalam kawasan DUN Wakaf Mempelam.
Tidak apalah dan tidak baik untuk mempertikaikan apa yang dilakukan oleh lelaki berkenaan.
Cuma ada beberapa persoalan untuk YB Ahli Parlimen Kuala Terengganu dan ADUN Wakaf Mempelam yang begitu lama menjadi ADUN.
1. Kenapa kemiskinan dan kemunduran belaku di kawasan Wakaf Mempelam?
2. Apa usaha YB sendiri mengatasi masalah seperti yang dialami lelaki berkenaan?
3. Ketiga, kalau ada usaha YB untuk mendaftar orang ini, tidak kiralah dia penyokong PAS pun dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, beliau mungkin dibantu;
4. Jika daftarkan dia untuk bantuan BR1M, pasti beliau akan mendapat RM500, belum lagi bantuan lain seperti dana Hari Raya dan sebagainya;.
5. Jika anak-anaknya sekolah pasti setiap seorang mendapat RM100 dan dua daripada anaknya akan mendapat pula tambahan RM100 seorang daripada kerajaan negeri untuk bantuan peralatan dan pakaian sekolah;
6. Kalau ada anak remaja setiap tahun ada Dana Remaja sebanyak RM200 seorang dibahagikan oleh kerajaan negeri;
7. Anak-anaknya di sekolah di tahun 5 mendapat e-Book dan bantuan-bantuan lain yang setidak-tidaknya boleh meringankan beban lelaki berkenaan, dan
8. Kalau sakit, ada pula Bantuan Sakit Kronik yang disediakan kerajaan serta banyak lagilah kalau nak disenaraikan.
Apakah YB membiarkan lelaki berkenaan berkeadaan begitu agar dia terus menjadi susah dan boleh dimanipulasikan untuk menyokong PAS dan YB?
Jika benar, YB berdosa besar membiarkan rakyat susah sedangkan YB mendapat elaun begitu banyak sebagai Ahli Parlimen dan ADUN.
Malah isteri YB pun mendapat kedudukan baik di sekolah yang sepatutnya turut dapat membantu menyedar dan memberitahu orang miskin di mana mereka boleh mengadu kalaupun YB tidak boleh bantu.
Maaf YB, hakikatnya, apa yang YB sebutkan seperti yang disiarkan melalui U-Tube itu mendedahkan kelemahan kepimpinan YB sendiri dan PAS amnya.
Jika Pesuruhjaya PAS Negeri seperti YB berfikiran sebegini dan tidak proaktif, kesian jika PAS memerintah Terengganu sekali lagi.
Jangan asyik nak menyalahkan orang lain khususnya kerajaan UMNO dan BN sedangkan hakikatnya tugas dan tanggungjawab YB abadikan di kawasan YB sendiri.
Kalau ditakdirkan YB menjadi Menteri Besar Terengganu seperti disebut orang PAS akhir-akhir ini, bukan seorang lelaki seperti ini datang jumpa YB tetapi juga mungkin satu atau dua bas yang mereka mampu bayar sewa tetapi datang ke rumah YB untuk MEMINTA BERAS.
Lagipun sesuai sangat kalau mereka melakukan demikian kerana PAS memang memperjuangkan negara Kebajikan!!!!
teganuku