Wednesday, February 29, 2012

INILAH JADINYA KALAU HATI SUDAH TERLALU BUSUK...


 Itulah kalau dah hati busuk dan terlalu berniat jahat.

Tanpa usul periksa menuduh bukan-bukan kepada keluarga Datuk Seri Shahrizat Abu Jalil.

Hari ini pasar raya Singapura nafi keluarga Shahrizat akan kendalikan pusat beli-belah.

CapitalMalls Asia Ltd hari ini menafikan Farmhouse Supermarkets, didakwa dimiliki keluarga Shahrizat yang akan mengendalikan pasar raya itu di pusat membeli-belah The Star Vista.

Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli semalam mendakwa NFCorp telah menandatangani satu perjanjian sewaan untuk 28 unit dan menjadi penyewa utama di pusat membeli-belah Buona Vista, yang akan dibuka pada suku ketiga tahun ini.

Katanya, berdasarkan kepada purata sewaan untuk ruang komersial di Singapura, pasar raya yang mempunyai keluasan 3,000 kaki persegi dianggarkan akan memperoleh RM2.2 juta setiap bulan.

Jurucakap bagi pemaju hartanah Singapura berkata kepada The Malaysian Insider: "Ia bukan Farmhouse... (Penyewa) merupakan sebuah syarkat besar di Singapura dan mereka akan beroperasi di kebanyakan pusat membeli-belah."

CapitalMalls, yang memiliki dan menguruskan pusat membeli-belah The Star Vista dan lebih 90 yang lain, terlebih dahulu meminta The Malaysian Insider mengesahkan dakwaan dibuat PKR semalam tentang penyewa tidak tepat.

Semalam PKR mendakwa keluarga Shahrizat telah menggunakan dana awam Pusat Fidlot Nasional (NFC) bernilai RM250 juta untuk mendapatkan pinjaman dari dua bank perdagangan untuk membuka pasar raya.

Syarikat penternakan lembu itu diketuai suami Shahrizat, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail - bekas dekan sekolah sains makanan di Universiti Pertanian Malaysia (UPM) - bersama tiga anak mereka.

Rafizi mengakui kesilapannya berhubung lokasi pasaraya yang didakwa dimiliki NFC sambil mendakwa, lokasi sebenar pasaraya itu ialah Rochester Mall yang terletak di Rochester Drive, Singapura dan bukannya di Star Vista Mall seperti yang didakwanya semalam.

Biarpun Rafizi hari ini memohon maaf secara terbuka kepada syarikat pemilik pusat membeli belah Star Vista dan juga kepada NFC atas kesilapan fakta itu tetapi nampaknya orang ini belum puas hati.

"(Namun) ia tidak memadamkan pelbagai persoalan yang timbul mengenai pembabitan NFC di dalam operasi pasaraya mewah di Singapura," kata Rafizi.

"Kenyataan Dato’ Seri Salleh Ismail yang disiarkan oleh The Malay Mail bertarikh 29 Februari 2012 juga mengesahkan bahawa NFC tidak menafikan kewujudan pasar raya mewah ini, malah masih mempertahankan hak mereka untuk menceburi apa-apa perniagaan yang mereka rasa sesuai," katanya.

Beliau juga mendakwa Farmhouse menyewa 28 unit kedai di kompleks menara berkembar tersebut.
Lepas itu Rafizi siap salahkan orang lain pulak tu. Menurut Rafizi beliau  percaya bahawa kesilapan yang dilakukannya hanyalah berhubung alamat sebenar premis berkenaan manakala maklumat lain yang didedahkannya semalam adalah "tepat."

Kita lihatlah nanti bontot siapa yang panas!

Tuesday, February 28, 2012

BADROLAMIN BOHONG, 'SASAU' GUNA NAMA TENGKU MAHKOTA PAHANG



"Hari ini baginda mengarahkan orang kanannya bertemu saya untuk mendengar versi saya terhadap insiden itu dan berbincang dengan peguam saya. Gambaran yang diberikan, terdapat kemungkinan yang tinggi Tengku Mahkota campur tangan dalam kes ini untuk menghentikan kerja kotor Umno yang tidak pernah berhenti menyerang, menyerang dan terus menyerang," - Badrolamin Bahron

Bohong dan perbuatan Badrolamin Bahron boleh menjatuhkan air muka Tengku Mahkota Pahang.

Mengaku rapat dengan  Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Badrolamin Bahron kantoi lagi!

Dah dalam keadaan sedemikian masih nak menggunakan nama orang lain untuk simpati.

Yang memalukan konon rapat dengan Tengku Abdullah. Malah beliau sanggup mengatakan dimaklumkan bahawa Tengku Mahkota Pahang mungkin mencemar duli dan campur tangan dalam isu tuduhan khalwat yang dilemparkan terhadap dirinya. 

Cakap pula bukan caka-cakap tetapi pada satu ceramah sulungnya di pentas Seremban selepas didakwa berkhalwat. Semalam Badrolamin diiringi isterinya.

 Bercakap di hadapan kira-kira 500 penyokong Pakatan Rakyat, beliau juga mendakwa pembantunya di Kuala Lumpur mendapat ugutan supaya bersedia menjadi saksi bagi memburukkannya.


Pengarah Penerangan kerajaan Selangor Dr Badrulamin Bahron itu berkata kes khalwatnya dengan isteri orang mendapat perhatian Tengku Mahkota yang didakwa mengenalinya secara peribadi.

"Hari ini baginda mengarahkan orang kanannya bertemu saya untuk mendengar versi saya terhadap insiden itu dan berbincang dengan peguam saya. Gambaran yang diberikan, terdapat kemungkinan yang tinggi Tengku Mahkota campur tangan dalam kes ini untuk menghentikan kerja kotor Umno yang tidak pernah berhenti menyerang, menyerang dan terus menyerang," kata Badrulamin semalam.

Dalam keadaan yang sudah memalukan diri sendiri itu Badrolamin terus menerus menuduh UMNO kononnya ‘menyerang beliau’.

Siapa serang siapa sebenarnya. Bukankah Badrolamin ‘menyerang isteri orang’?

Hakikatnya, Tengku Abdullah yang kini menjalani rawatan di Korea Selatan, hanya ingin mengetahui siapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang ditangkap kerana berkhalwat. Menurut sumber yang sah, Tengku Mahkota Pahang tidak pernah campur tangan dalam isu tuduhan khalwat terhadap pemimpin PKR terbabit.

Menurut sumber berkenaan, pada malam 25 Februari lepas, Tengku Abdullah yang berada di Kuala Lumpur sebelum berlepas ke Seoul, telah menitahkan seorang pegawainya untuk bertanyakan siapakah pemimpin PKR terbabit.

"Pegawai berkenaan telah menghantar pesanan khidmat ringkas (sms) kepada saya: "Titah u check sape pemimpin PKR yg kena khalwat di Phg..tq"," katanya ketika dihubungi Bernama di Kuala Lumpur, hari ini.

Menurut sumber berkenaan, beliau telah menghubungi Pengerusi Perhubungan PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman untuk bertanyakan perkara berkenaan sebelum memaklumkan kepada Tengku Mahkota. Amat jelas, dakwaan yang mengatakan Tengku Mahkota telah mengarahkan orang kanannya bertemu Dr Badrolamin adalah tidak benar sama sekali.

Memalukan dan benar-benar mengaibkan nama Tengku Mahkota.

Takkanlah Tengku Mahkota mahu campur tangan, Lagipun institusi raja di negara ini adalah pelindung kepada agama Islam. Apakah logik Tengku Mahkota mahu campurtangan dalam tindakan oleh Jabatan Agama Islam Pahanng?

Badrolamin bukan sahaja kantoi tetapi Badrolamin kini semakin sasau. Bagus juga Tan Sri Khalid Ibrahim berikan beliau bercuti.

Elok juga kalau wanita yang ditangkap bersamanya mendapat cerai selepas menuntutnya di mahkamah, dikahwinkan dengan Badrolamin.

Mungkin selepas itu dia tidak meracau lagi dan selesailah tugasnya ‘memperbetulkan masalah rumah tangga’ Zatiwani.

Tengku Abdullah dijangka berangkat pulang pada 6 Mac ini dan kita lihat apa perkembangan mengenai Badrolamin mengaitkan nama Tengku Mahkota dalam kes khalwatnya itu.

JUMPA BADROLAMIN UNTUK 'LARI DARI SUAMI', KINI MOHON CERAI!

“Fitnah! Saya tidak berkhalwat. Saya tidak lakukan perbuatan itu!” itulah ungkapan wanita berstatus isteri, 28 tahun, yang dihebohkan berkhalwat dengan pemimpin tinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Badrolamin Bahron semalam.

 Malah beliau hadir seorang diri di Mahkamah Rendah Syariah, Rompin pada jam 9 pagi semalam untuk proses tuntutan penceraian terhadap suaminya.


Pada ketika beliau menuntut cerai dan mengatakan tujuan bertemu Badrolamin untuk ‘melarikan diri’, Badrolamin pula tidak membuat laporan polis mengenai ada’orang memukulnya’.

Sejauh ini polis hanya menerima laporan daripada Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) berhubung tangkapan khalwat Ahli Majlis Pemimpin Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata setakat ini tiada sebarang laporan yang dibuat oleh Badrolamin berhubung dakwaan beliau dipukul ketika tangkapan itu. Kenapa ya?

Sementara itu kakitangan di Kolej Komuniti Rompin berusia 28 tahun itu ke mahkamah semalam, bagi sebutan kesnya di hadapan Hakim Syarie, Abu Kasim Pilus, kira-kira jam 11.15 pagi, sebelum keluar semula kira-kira 10 minit selepas memberi keterangan.

 “Saya nekad mengemukakan tuntutan cerai memandangkan pelbagai usaha dilakukan untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga gagal. Itulah jalan penyelesaian terbaik bagi memastikan keselamatan dan masa depan saya serta anak terbela,” katanya.

Ini bermakna wanita ini mahukan perceraian dan ketika ditangkap, beliau sudah nekad untuk meninggalkan suaminya. “Saya pergi menemui ustaz Badrolamin atas tujuan mahu melarikan diri daripada suami, bersama anak saya yang berusia dua tahun. Saya bimbang keselamatan kami terancam. 

“Saya sudah puas berusaha dan tidak mampu lagi menanggung segala bebanan ini. Saya memang kenal rapat ustaz dan isterinya sejak mengikuti rombongan umrah pada 1 Mei tahun lalu dan kami sering berhubung antara satu sama lain.

“Ustaz pun ada datang ke sini (Rompin) dan saya juga mengenali rapat isteri beliau. Malah isterinya juga menasihatkan saya supaya bersabar menghadapi kes fitnah ini,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian. Beliau menafikan berada dalam satu bilik dengan ustaz (Badrolamin).

Orang fitnah saya berniat jahat. Tidak bertanggungjawab! Saya berada di luar bilik hotel. Bukan bersama ustaz dalam sebuah bilik seperti dakwaan. Namun kerana tindakan khianat itu, ustaz kena kurung dan dibelasah dalam biliknya,”.

Beliau kesal dengan sikap segelintir masyarakat yang menuding jari tanpa beri kami (beliau dan Badrolamin) peluang untuk bela diri, sedangkan kes ini belum diputuskan di mahkamah.

 Malah beliau kesal kerana ada pihak menabur fitnah dengan meletakkan gambar palsu. “Wajah yang tersebar di Internet bukan saya,” katanya.

Ketika ditanya adakah punca dia menuntut cerai disebabkan sikap suaminya, wanita itu enggan mengulas dan mahu isu berkenaan diselesaikan di mahkamah nanti.

Entahlah mungkin selepas ini suaminya pula akan buat kenyataan?

Monday, February 27, 2012

BADROLAMIN, PKR DAN PEMBANGKANG AKAN SAMAN, LAPOR BPR TERHADAP UMNO, JAIP?

 Badrolamin ketika menikahi isteri keduanya...apakah beliau akan beristeri lagi selepas kes tangkapan khalwat ini?

Ini semua kerja UMNO….UMNO memang jahat.

Terserlah sangat jahatnya.Sengaja guna dan upah orang untuk memerangkap Badrolamin Bahron (Ustaz). Malah, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) pun mungkin dipaksa dan dibayar supaya meletupkan ‘perbuatan khalwat Ustaz PKR itu.

Malah Kelab Penyokong Badrolamin melalui Facebook meletakkan tajuk 'Fakta Auta' dalam kes tangkapan ini.Auta?


Bagi PKR dan sekutunya, mereka mengesyaki pemimpin UMNO Pahang mesti ada yang terbabit mengupah suami ‘isteri yang melarikan diri untuk bertemu Badrolamin’.

Dan suami ‘isteri yang melarikan diri bertemu Badrolamin’ itu pastinya diapi-apikan, disuap dan diminta untuk membawa kawan-kawannya (ala-gangster mengikut Badrul Amin) yang juga diupah oleh UMNO untuk membelasah

Ustaz PKR itu. Kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim percaya isu kahlwat Badrul Amin ini akan dapat diselesaikan dalam masa sebulan.

Beliau mahu Badrolamin membersihkan namanya. Kenapa? Kotor sangatkah nama Badrolamin hanya kerana berdua-dua dan itupun kerana mahu membantu seorang isteri yang bermasalah dengan suaminhya (suami ‘isteri yang melarikan diri untuk bertemu Badrul Amin’).

Mungkin Badrolamin akan bayar lebih besar daripada UMNO untuk ‘membeli” suami ‘isteri yang melarikan diri untuk bertemu Badrul Amin’ sambil membayar segala ubat-ubatan dan kesakitan yang ditanggung Badrolamin (lebih kurang tuntutan Ahmad Nisfu dalam Pendekar Bujang Lapor).

Cuma kalau tidak lapor polis, susah juga mahu dibuat tuntutan terhadap suami ‘isteri yang melarikan diri untuk bertemu Badrolamin’ kerana tiada laporan sah mengenai Badrolamin dipukul. Jadi bertampal plasterlah muka Badrolamin sekarang?

Badrolamin, PKR dan PAS pastinya marah dan tidak puas hati apabila Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) menafikan dakwaan penangkapan Ustaz PKR itu sengaja dirancang penguatkuasanya. Timbalan Pengarahnya,

Datuk Mohd Ghazali Abd Aziz berkata, tangkapan berkenaan dibuat berdasarkan aduan orang ramai. “Jaip mengikut prosedur yang ditetapkan dan tidak pernah berlaku perkara yang dirancang atau atau berkomplot,” katanya.

Menurutnya, tindakan itu dibuat atas aduan daripada suami wanita terbabit yang menghubungi penguatkuasa Jaip supaya datang ke hotel itu kerana didapati isterinya bersama lelaki lain.

Ekoran penangkapan itu, Badrolamin dipanggil memberikan keterangan hari ini bersama wanita berkenaan bagi melengkapkan siasatan. Mohd Ghazali berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.

Menurutnya, selepas siasatan selesai, kertas siasatan akan diserahkan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan lanjut. Dan jika penjelasan dan keterangan Badrolamin tidak diterima bahawa ada komplot memerangkapnya, apakaah aka ada demo seperti membantah Lynas. Apakah Pemuda MCA Indera Mahkota dan Kuantan akan ikut serta?

Juga jika keterangan oleh Badrol dan wanita yang ditangkap bersamanya, enggan atau tidak diterima, apakah PKR dan PAS akan membuat laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan dakwaan bahawa UMNO dan Barisan Nasional membayar atau merasuah si suami ‘isteri yang melarikan diri untuk bertemu Badrolamin’?

Juga apakah tidak mungkin akan menyaman juga Mohd Ghazali kerana bersekongkol dalam kes tangkapan khalwat pemimpin tinggi PKR ini? Kenapa tidak, ka nada tuduhan bahawa tangkapan itu dibuat kerana adanya ‘komplot untuk memerangkap Badrolamin’?

Soal adanya berita mengatakan pemimpin PKR berusaha untuk merasuah pihak-pihak tertentu untuk kes ditutup tidak timbul. UMNO memang jahat. Rasuah hanya dilakukan oleh pemimpin UMNO dan pemimpin pembangkang tidak akan melakukan rasuah, apalagi seorang Ustaz seperti Badrolamin.

Belek punya belek dan luncur demi luncur (bukan lacur) dalam blog rakan-rakan, persoalan yang ditimbulkan House Pk dan Rbf, elok kita teliti sebagai hujah menjawab penafian Badrolamin bahawa dia berkhalwat.

Bukan PKR atau Menteri Besar Selangor sahaja yang mahukan proses pendakwaan dilakukan secara profesional dan telus, malah kita orang ramai juga mahu proses ini dijalankan dengan sebaik-baiknya. Biarlah mahkamah, JAIP dan yang terbabit menjalankan kerja mereka.

Persoalan yang kita akan ketahui ialah kenapa bersungguh-sungguh Badrolamin mahu melayani permintaan wanita berkenaan dan kenapa jam 2 pagi seolah-olah masalah yang berbangkit ‘ BESAR SANGAT’?

Juga kita akan dengar cerita wanita itu, apa sebenarnya hubungan antara dia dan Badrolamin. 

Paling menarik, kenapa suami kepada ‘isteri yang melarikan diri untuk bertemu Badrolamin’ boleh tahu isterinya akan bertemu Ustaz PKR itu?

Apakah ini kali pertama mereka berjumpa?

LYNAS - APABILA PEMUDA MCA INDERA MAHKOTA, KUANTAN TURUT MENGUGUT KERAJAAN

Kita tidak hairan jika pembangkang tunjuk perasaan menentang projek Lynas. Mereka akan gunakan apa sahaja cara untuk menarik sokongan dan mempertahankan kerusi Parlimen Kuantan.

Tetapi jika Pemuda MCA Indera Mahkota dan Kuantan turut ikut berdemo, ini menimbulkan pertanyaan.

Apa lagi apabila Pemuda MCA Indera Mahkota  meramalkan Barisan Nasional (BN) akan berputih mata dan hanya boleh ‘bermimpi’ untuk merampas balik kerusi Parlimen Kuantan sekiranya gagal menghentikan projek nadir bumi Lynas sebelum Pilihan Raya Umum ke-13"?

Sedangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak mengatakan fakta saintifik menunjukkan projek Lynas selamat?

Apakah Pemuda MCA Indera Mahkota sangsi dengan penjelasan yang dibuat Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN?

Di Sekincan hari ini, Najib menjelaskan kerajaan telah menyemak semula projek kontroversi nadir bumi Lynas Corporation di Gebeng, Pahang dan fakta saintifik menunjukkan projek tersebut tidak membawa kemudaratan kepada masyarakat setempat.

Perdana Menteri berkata, kebimbangan rakyat daripada segi psikologi bahawa projek tersebut akan membawa kesan buruk juga diambil kira oleh kerajaan.

"Yang penting sekali dari segi fakta, dari segi scientific evidence projek Lynas ini tidak akan membawa kemudaratan kepada masyarakat,” katanya kepada wartawan selepas menghadiri majlis makan tengah hari bersama masyarakat Sekinchan di SRJK (C) Yoke Kuan, di Sekincan hari ini.

Malah kerajaan juga mengenakan syarat yang cukup ketat untuk operator Lynas termasuk syarat di mana sisa-sisa dari kilang tersebut perlu dilupuskan di tempat yang jauh dari penempatan masyarakat.

"Dan kita tidak akan beri lesen operasi melainkan kita berpuas hati bahawa masyarakat tempatan boleh menerima bahawa projek ini selamat dari segi kepentingan rakyat,” katanya.

Jadi apa motif sebenar Pemuda MCA berkenaan dalam isu ini?

Ketua Pemuda MCA Kuantan, David Choi berkata, kerusi berkenaan yang kini disandang Fuziah Salleh dari PKR bukan sahaja terus mendapat sokongan rakyat kerana isu Lynas, malah BN akan tewas kerana tiada sokongan penuh pengundi-pengundi Cina.

Tidak ada harapan untuk rampas Kuantan kalau kerajaan tidak menghentikan projek ini. Kita tidak boleh cakap apa-apa kerana semua orang tahu, projek ini amat bahaya kepada generasi masa depan. Jika ini tidak diberi perhatian, bukan sahaja orang Cina, malah seluruh Melayu, Cina dan Orang Asli akan memprotes. Kita (MCA) seolah-olah memberikan kerusi ini kepada PKR buat kali kedua,” katanya.

Ditanya sama ada beliau dan beberapa pemuda MCA menyertai Himpunan Hijau 2.0 kerana tidak bersetuju dengan dasar partinya, kata Choi, "saya menyokong kehidupan hijau dan mahu kepimpinan mendengar masalah rakyat."

Pemuda MCA Kuantan turut menyokong himpunan hari ini dengan menghantar 50 orang wakil dan berharap kerajaan menghentikan projek berkenaan.
 
Di sebalik sokongan Pemuda MCA Indera Mahkota dan Kuantan, kerajaan hari ini diberi tempoh 24 jam bagi menutup loji pemprosesan nadir bumi Lynas Advanced Material Plant (Lamp) di Gebeng atau menghadapi Himpunan Hijau 3.0.

Dengan kehadiran ribuan peserta Himpunan Hijau 2.0 di Kuantan pagi ini, pengerusi jawatakuasa pemandu Wong Tack menjanjikan jumlah yang lebih ramai jika kerajaan sekarang terus berdegil tidak memperdulikan bantahan dan rayuan rakyat itu.

"Kami memberi tempoh kepada kerajaan 24 jam untuk menutup loji berkenaan, jika tidak kami akan menganjurkan demonstrasi yang lebih besar. Tutup kilang Lynas, atau kami akan tumbangkan kerajaan, kamu buat keputusan," katanya sambil menggesa kerajaan menyelesaikan masalah berkenaan sebelum pilihan raya umum akan datang.

Soalnya apakah jika kerajaan menarik balik kelulusan itu pembantah yang jelas menyokong pembangkang akan menyokong BN?
 
Tidak sekali-kali. Selain itu apakah MCA Pusat atau MCA Negeri tidak dimaklumkan terlebih dahulu apabila Pemuda MCA Indera Mahkota dan Kuantan turun menyertai bantahan itu?

Dan akhirnya dengan membelakangkan keputusan kerajaan BN, amat nyata Pemuda MCA cuba ‘bermain api’ dalam BN sendiri.

Mereka seperti pembangkang turut mengugut kerajaan BN boleh tumbang kerana kelulusan kepada projek Lynas ini!

Sunday, February 26, 2012

BADRUL AMIN – “TINDAKAN TERANCANG UNTUK MEMERANGKAP DAN MENGAIBKAN SAYA”

USTAZ Badrul Amin dianianya?

Ada pihak sengaja memerangkapnya? Bagaimana suami wanita berkenaan boleh datang bersama dengan 20 orang yang lain ke hotel tempat beliau menginap dan memukulnya?

Berikutan itu beliau mahu harap semua pihak akan berhenti membuat tuduhan dan memfitnahnya.“Sudah tentu saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang berbuat demikian,” kata Badrul Amin.



Pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat ( PKR), Dr Badrul Amin Baharon menafikan beliau berkhalwat dan menganggap kenyataan Timbalan Pengarah Jaip bahawa beliau ditahan oleh pegawai-pegawai penguat kuasa jabatan itu ketika berkhalwat adalah tidak benar sama sekali.

Malah beliau menganggap tangkapan khalwat yang heboh sejak semalam sebagai satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan beliau. Niat sebenar beliau ialah untuk membantu seorang wanita yang berdepan masalah keluarga.

Atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi datang ke hotel tempat beliau menginap, Badrul Amin membantu wanita berkenaan mendapatkan bilik penginapan.

Bilik berkenaan berasingan dengan bilik beliau.

Namun pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang beliau.

Malah, “suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa.”

Menurut Badrul Amin, lelaki-lelaki bersikap ala samseng itu turut memukulnya dan hanya berhenti memukulnya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka.

 Esok 27 Februari 2012 beliau dipanggil untuk membantu siasatan Jaip dan akan hadir bersama peguam untuk memberi kerjasama penuh kepada siasatan ini,

 

Baca juga apa yang disiarkan oleh Sinar Harian Online pagi ini:

Badrul Amin nafi laporan ditangkap khalwat 

Pemimpin kanan PKR, Dr Badrul Amin Baharon menafikan laporan media bahawa beliau telah ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) di Kuantan awal pagi semalam, sebaliknya menegaskan beliau hanya mahu membantu seorang wanita yang berhadapan dengan masalah keluarga.

Badrul Amin berkata, beliau akan hadir di pejabat Jaip esok untuk diambil kenyataan oleh agensi itu.
 
Dalam satu kenyataan dikeluarkan, Badrul Amin berkata, beliau beranggapan bahawa kejadian terbaru ini satu tindakan terancang untuk "memerangkap dan mengaibkan saya."

Badrul Amin berkata, wanita berkenaan telah menghubunginya kelmarin dengan nada cemas dan menyatakan hasrat untuk melarikan diri dari rumah kerana bimbangkan keselamatan diri.


Bagaimanapun, menurut Badrul Amin, beliau telah menasihatkan agar wanita berkenaan tidak berbuat demikian.

"Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian. 

"Walau bagaimanapun pada jam 2 pagi 25 Februari (semalam), beliau telah menghubungi saya memaklumkan bahawa dia sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin PKR (di sebuah hotel di Kuantan)," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan semalam.

 Badrul Amin juga berkata, beliau telah mengenali pasangan suami isteri terbabit sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrahnya.

"Pasangan suami isteri ini sering berhubung dengan saya bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi termasuk kes keganasan rumah tangga.

 "Dalam usaha membantu pasangan ini, saya dan isteri pernah menziarahi keluarga ini di Rompin," katanya lagi. Oleh itu jelas Badrul Amin, atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, beliau membantu wanita berkenaan mendapatkan bilik penginapan.

 "Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya.

"Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa. "Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka," katanya sambil menambah, "namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik."

Dalam kenyataannya, Badrul Amin juga berkata, hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jaip tiba dan menahannya berseorangan dalam bilik.

Sehubungan itu, Badrul Amin juga berkata, kenyataan Timbalan Pengarah Jaip bahawa beliau ditahan oleh pegawai-pegawai penguat kuasa jabatan itu ketika berkhalwat adalah tidak benar sama sekali.

"Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya. "Saya hanya dipanggil untuk membantu siasatan Jaip pada 27 Februari 2012. Saya akan hadir bersama peguam untuk memberi kerjasama penuh kepada siasatan ini," katanya lagi.

Katanya, dengan penjelasan itu beliau berharap semua pihak menghentikan tohmahan dan fitnah terhadap saya. "Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat tuduhan dan fitnah terhadap saya," katanya lagi.

BADRUL AMIN KENA TANGKAP KHALWAT - 'IMAM MAHDI', TOK GURU DAH MEROYANG GILER...

 
 Apa ‘Imam Mahdi’ nak cakap pasal isu khalwat pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bergelar Ustaz ini.

Apa jalan  Musyridul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat nak selamatkan Ustaz PKR ini seperti yang pernah dilakukan oleh beliau menyelamatkan mangsa Bilik 121 Hotel Perdana?

"ImamMahadi" terpaksa balas budi Ustaz PKR ini kerana pengumuman Utstaz inilah menyebabkan beliau yang disabitkan dengan tuduhan liwat dan 'berzina dengan isteri rakan' mendapat gelaran sedemikian dan 'bernafas semula'.

 Ini bukan nak sebar soal ‘kemaluan orang’ atau dengan kata lain nak perbesarkan aib orang. Tetapi ini aib yang dilakukan oleh seseorang yang bertaraf Tok Guru dalam PKR.

Dalam beberapa blog hari ini, pemimpin PKR yang ditangkap khalwat di Kuantan semalam namanya Badrul Amin Bahrum.

Pemimpin PKR ini berada di Kuantan untuk Temurapat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR di Swiss Garden And Spa, Kuantan yg dijadualkan pada 24-25 Feb 2012.

 Badrul Amin kini menjawat jawatan sebagai Ketua Penerangan PR Selangor bertaraf Exco Kerajaan Negeri. Menurut sumber,Pasangan Badrul bernama Zati Iwani 28 tahun isteri kepada Fazli Pungut,Zati bertugas sebagai juruteknik Kolej Komuniti Rompin.


Kalau sekadar blog bolehlah tuduh macam-macam tetapi laporan Sinar Harian Online semalam menyebut, seorang pemimpin dari Selangor ditangkap kerana dipercayai berdua-duaan bersama seorang wanita, isteri orang di sebuah hotel di Balok dekat sini, awal pagi tadi. Pasangan itu diserbu pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) kira-kira jam 3 pagi.

Pemimpin berkenaan dikatakan berada di hotel itu untuk satu pertemuan bersama pemimpin PKR yang lain selama tiga hari sehingga semalam. Timbalan Pengarah Jaip, Datuk Mohd Ghazali Abd Aziz mengesahkan mengenai kejadian itu tetapi enggan mengulas lanjut kerana masih menjalankan siasatan mengenai perkara itu.

Usaha Sinar Harian untuk mendapatkan komen daripada pemimpin PKR berhubung kes tangkapan itu bagaimanapun gagal. Mestilah tidak ada yang mahu komen!

Bernama dengan tajuk “Seorang pemimpin PKR ditangkap khalwat di Kuantan” melaporkan seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditangkap khalwat dengan seorang wanita berstatus isteri orang di sebuah hotel di Balok di sini awal pagi semalam.

Utusan Online yang menyiarkan berita ini jam 10:55 malam berkata Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Datuk Mohd Ghazali Abdul Aziz berkata, pemimpin PKR bersama wanita itu ditangkap oleh sepasukan penguat kuasa JAIP kira-kira pukul 3 pagi di bilik hotel berkenaan.

Mohd Ghazali bagaimanapun enggan mengulas lanjut penangkapan pemimpin PKR itu, yang pernah menggelarkan Penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Imam Mahdi.

Badrul Amin ini kalau berceramah, kalau tidak ada mencarut, maki hamun dan fitnah, tak sah! Malah, lebih terkenal Badrul Amin ini apabila menggelar Mantan Mufti Perlis sebagai Bapak Setan dan Anwar Ibrahim sebagai Imam Mahdi.

Walaupun cuba ditutup kessini tetapi kes khalwat bersama isteri orang ini tidak berjaya. Saya petik beberapa laporan blog mengenai kes ini:

Kata GAP - kes dah kantoi, badrul amin dah boleh join kelab 121, mat sabu presiden. badrul amin timbalan presiden.

The Unspinners berkata “Kedua-dua pasangan tersebut telah dicekup oleh suami perempuan berkenaan di dalam bilik yang ditempah oleh Badrul Amin. Ini hanya menunjukkan kemungkinan ini bukan kali pertama Badrul Amin berkhalwat dengan perempuan ini hingga suaminya boleh mengetahui.

Malah Unspinners sempat bertanya apakah wanita ini akan menjadi isteri ketiga Ustaz PKR ini?
 
PapaGomo pun tak tahan dengan cerita ini.

Katanya, “Suami wanita yang ditangkap khalwat itu juga turut sebak ketika bersama Jabatan Agama Islam Pahang dalam serbuan petang tadi. Suami wanita itu kecewa dengan pemimpin yang mengambil kesempatan diatas pengaruh yang ada pada badrul amin.”

Badrul Amin yang sudah mempunyai dua isteri mmbuktikan kepimpinan PKR yang sememangnya mengalami masaalah moral yang teruk sebagai pemimpin rakyat. “Rakyat Malaysia perlu menolak kepimpinan Pakatan DAP,PAS,PKR yang tidak mampu memberikan khidmat yang terbaik buat rakyat selain dari Khidmat SEKS songsang yang menjadi amalan mereka, “ kata PapaGomo.

Sahabat Gunung pula membawa tajuk “Kau Dah Menyontot Bini Orang…. Salahkan Suami Dia Plak … “ berkata hebat seorang Ustaz nie, selepas dia menyontot bini orang, dia salahkan plak suami perempuan tu….

"Kes isteri orang lari dari suami dtg ke hotel di Kuantan tmpt retreat. Suami dtg dgn gangster tuduh ana bawak lari n sorok. Kes setel 'family problem'. Mak pompuan datang. Mmg dorang nak cerai. Isteri dh selalu nak lari. Ana nasihat pulang semula" – ini dikatakan kandungan SMS yang dihantar oleh Badrul Amin kepada beberapa ahli PKR selepas dia ditangkap khalwat. Entahlah, alasan biasa….. nasib baik dia tak kata yang minah tu hantar ubat sebab dia sakit kepala ke apa…


Pisau.Net dengan tajuk “Gambar Pasangan Badrul Amin Di Tangkap Bertuala!?” menyebut, dakwah Badrul Amin hingga ke dalam kain isteri orang,begitulah hebatnya berdasarkan maklumat Badrul bersama pasangannya ditangkap jam 3 pagi di sebuah bilik di Swiss Garden,Balok Kuantan oleh suami kepada pasangan khalwat Badrul.
 
Berdasarkan maklumat daripada saksi, Jabatan Agama Islam Pahang terpaksa menunggu hampir setengah jam sebelum pintu bilik dibuka.

Apabila pintu dibuka Badul Amin hanya bertuala bersama pasangannya Pihak Jabatan Agama Islam membuat pemeriksaan berdasarkan laporan oleh suami Zati Iwani,berlaku sedikit kekecohan apabila beberapa pemimpin PKR cuba merasuah pegawai penguatkuasa agar kes khalwat ini didiamkan agar kes ini disorokkan dari pengetahuan umum demi menyelamatkan maruah parti mereka.

Pegawai penguatkuasa tidak gelap mata dengan tawaran rasuah yang mahu diberikan oleh pemimpin PKR sebaliknya terus mengambil tindakan terhadap pasangan tersebut.Berita penangkapan Badrul Amin dan isteri orang turut disahkan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Datuk Mohd. Ghazali Abd. Aziz.

Tindakan Badrul Amin tidak mengejutkan,kerana berdasarkan perjuangan PKR,berkhalwat adalah salah satu hak asasi manusia seperti mana yang diperjuangkan oleh Anwar dan seluruh penyokong pakatan.

Kata Pisau. Net, “Badrul Amin mendapat penghargaan daripada pemimpin tertinggi khawarij PAS apabila telah menyertai kelab tibai isteri orang ,Presiden Kelab Tibai Isteri Orang Mat Sabu mengalu alukan penyertaan pemimpin PKR itu kerana sedikit sebanyak akan menaikkan reputasi PAS dan PKR dimata rakyat.”

Apapun, sebelum kita tamat cerita seks ini, baca apa yang ditulis oleh KerisPutera, melalui tajuk “TAK BOLEH TAHAN!! PUKIMAK PUNYA BADRUL- TOK GURU"
  

Perbualan Tok Guru dengan Badrul...

Celako celako celako 
Sedang Elok aku plan untuk PAS mu Badrul buat hal nape?? 
bewok mu.. ambo bengang betul la!! 
Mu bini da ada 2.. mu balun tina lagi wat gapo?? 
mu tak pakai otak??? 
Nate Bewok 
Takpe,mari sama-sama kita angat tangan dan berdoa
"Ya Tuhan,ampunkanlah si badrul ini... ini semua kerja umno jahat... 
kalau mu tak ampun, macam mana dia nak bawak imam mahdi di Malaysia??"
Ok kira settle doh... mu bulih balik dah....

Saturday, February 25, 2012

KHALID SAMAD PATUT MINTA PENJELASAN ATAU PENAFIAN ANWAR TERLEBIH DAHULU


 “Saya bukan menuduh cuma saya mahu penjelasan dan penafian supaya rakyat Selangor tahu kerana selain daripada dua syarikat besar itu mungkin ada lagi kontraktor-kontraktor lain yang membiayai Hasan...Orang yang membiayainya pastilah orang yang mendapat faedah keuntungan daripada tajaan itu,” - Khalid Abdul Samad

Kenapa begitu teruk dendam Khalid Abdul Samad terhadap Dr Hassan Ali sehingga mahu tahu siapa taja Jalur Tiga (Jati)? 

Malah sanggup pula secara sinis berkata, mungkin Hasan menggadai rumah dan menjual keretanya sebagai pengorbanan bagi membiayai perjuangan politiknya.

Khalid menuntut jawapan sama ada penjelasan atau penafian daripada tiga pihak – Dr Hasan, syarikat dan kontraktor – yang disebutnya kemungkinan menaja bekas Exco kerajaan negeri Selangor itu.




Menurutnya, ketiga-tiga pihak itu perlu menafikan dakwaan mengatakan mereka mendapat keuntungan sekiranya PR tidak lagi memerintah negeri ini. Nampak sangat Khalid dah mula takut dan bimbang dengan bayang-bayang sendiri selain pengaruh Dr Hasan yang begitu kuat di Selangor.

“Kalau betul mereka akan dapat untung sekiranya PR jatuh nanti, maka andaian rakyat dan percakapan di kedai kopi mengenai syarikat-syarikat itu sedang membiayai Hasan itu berasas…”

Sekiranya PR jatuh, sekiranya PR tidak lagi memerintah, kata Khalid. Kenapa Khalid menyebut ayat-ayat ini?

Tergambarkah di kepala Khalid bahawa kerajaan sekarang akan tumpas dalam pilihan raya nanti?

Dan kenapa Khalid mempersoalkan syarikat atau kontraktor, apakah satu kesalahan jika benar dan apabila Khalid begitu yakin syarikat atau kontraktor akan mendapat untung?

Hakikatnya, Khalid hanya melemparkan andaian semata-mata. Sebenarnya Khalid gerund an bimbang dengan penjelasan Jati selain pengaruh Dr Hasan di Selangor.

Hakikatnya, siapa pun nak taja suka hati penajalah, bukan duit daripada kocek Khalid atau PKR.

Cuma mungkin kalau syarikat Yahudi atau dari negara Israel mahu taja, mungkin Dr Hasan menolaknya bulat-bulat.

Kan berbeza tu dengan apa yang dilakukan pakatan pembangkang, malah sekutu PAS sendiri iaitu PKR!

Bukan sekadar ‘berperang’ ketika Dr Hasan dalam kerajaan Selangor tetapi Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor itu bagaikan menyimpan dendam yang begitu dalam terhadap Dr Hasan.

Jika mengikut susunan atau hiraki parti sebelum ini, Dr Hasan ialah bos kepada Khalid tetapi Khalid ini jenis ‘melawan bos’ dan bagaikan ada perasaan amarah yang amat sangat sehingga ‘menyerang’ Dr Hasan berterusan.

Dengan meminta bekas Pesuruhjaya Pas Selangor yang juga bekas bosnya dalam parti menjelaskan sama ada benar dakwaan beliau bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ditubuhkannya, Jati ditaja oleh dua syarikat besar dan kontraktor Khalid menunjukkan rasa tidak puas hatinya secara berterusan.

Apa agenda Khalid sebenarnya?

Khalid yang juga merupakan Ahli Parlimen Shah Alam menafikan beliau membuat tuduhan itu, sebaliknya cuma mahukan penjelasan Hasan sama ada benar dakwaan yang dikatakan merupakan "cakap-cakap kedai kopi." Kalau dah cakap kedai kopi tak payah nak tanya-tanyalah.

Lagipun penajaan untuk Dr Hasan itu jika benar ada, tidak ada kena mengena dengan pemimpin PAS atau PKR di Selangor sama ada yang hidup atau yang mati. Cuma yang peliknya, dalam mengatakan ia ‘cakap-cakap kedai kopi’, Khlaid mengatakan kemungkinan dakwaan tersebut benar .

Bukan itu sahaja, Khalid pergi lebih jauh dengan mengatakan syarikat-syarikat yang mungkin menaja Dr Hasan itu akan mendapat faedah sekiranya Barisan Nasional (BN) menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.


Aiii? Bunyi semacam je...Apakah andaian itu sama dengan andaian bahawa Yahudi menaja PKR dan pembangkang supaya mengalahkan Barisan Nasional dan apabila menang pilihan raya kelak Yahudi akan menuntut macam-macam….Benar begitu?

Khalid seterusnya menambah, bukan dua syarikat itu sahaja, malah dipercayai banyak lagi kontraktor yang akan mendapat faedah tersebut kerana di bawah pimpinan Pakatan Rakyat (PR) mereka tidak berpeluang mendapat keuntungan seperti dahulu.

 “Saya bukan menuduh cuma saya mahu penjelasan dan penafian supaya rakyat Selangor tahu kerana selain daripada dua syarikat besar itu mungkin ada lagi kontraktor-kontraktor lain yang membiayai Hasan.

 “Orang yang membiayainya pastilah orang yang mendapat faedah keuntungan daripada tajaan itu,” katanya pada sidang media di pejabatnya di Shah Alam, semalam.

Khalid juga mahu tahu dari mana sumber kewangan diperoleh Hasan bagi menampung siri jelajah ceramahnya itu, termasuk pelancaran Jati yang didakwanya sekurang-kurangnya memerlukan perbelanjaan RM30,000 untuk sewa dewan sahaja.

Khalid sepatutnya jawab dari mana PAS dapat tabung apabila pemimpin PAS sendiri boleh ke sana sini menjalankan ceramah dan perhimpunan PAS yang besar.

Malah, kalau mahu lebih jauh, siapa pula taja Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang asyik keluar negara?

Tanya juga PKR siapa taja Anwar ke Amerika Syarikat dan dengan siapa Anwar berurusan di luar negara?

Atau dengan berurusan dan menyokong perjuangan Yahudi menegakkan negaranya yang merdeka, berapa untung yang PKR dan PAS sendiri dapat?

Khalid boleh jelaskan ini dahulu dan kemudian tanya siapa taja Dr Hasan.

 Itulah yang sebaik-baiknya!

Friday, February 24, 2012

JATIKAN UMNO, 3.34 JUTA AHLI UMNO MESTI MENGUNDI PADA PRU 13


Pastikan semua ahli UMNO mengundi.

Parti tidak kuat dengan jumlah keahliannya sahaja tetapi ia akan menjadi kuat dan kukuh jika ahli-ahlinya memainkan peranan dan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dan menyokong kepimpinan melalui menjayakan kerja-kerja dan amanat parti.

Daftar ahli baru UMNO sebagai pengundi muda!

Dengan jumlah keahlian Umno sehingga tahun berakhir 31 Disember 2011 meningkat kepada 3.34 juta orang, jika pendaftaran pengundi dilakukan dengan sebaik-baiknya, ia akan memberikan impak besar kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya.

Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak semalam berkata jumlah tersebut melibatkan pertambahan sebanyak 113,116 ahli.

Ini membuktikan bahawa orang Melayu yang beragama Islam dan bukan beragama Islam dalam UMNO tetap percaya UMNO adalah wadah untuk satu ikatan bangsa dan agama yang kukuh yang padu dan jitu.

Hanya UMNO mampu memperjuangkan nasib bangsa dan agama di negara ini. Biarlah apapun yang mahu dikatakan oleh pembangkang, namun semangat kebangsaan Malaysia tetap wujud dalam UMNO.

Ketika ini menurut Presiden UMNO itu, jumlah keseluruhan ahli Umno ialah sebanyak 3,335,875 dan angka ini seharusnya diterjemahkan dalam pilihan raya umum ke 13.

Malah, baik juga jika UMNO mahu merayakan sambutan Majlis Ulangtahun Umno ke-66 secara besar-besaran. Tunjukkan parti keramat ini terus kuat dan diterima rakyat, khususnya orang Melayu.

“Kita akan buat sambutan di Stadium Merdeka. Sambutan yang lain daripada biasa dan meriah," katanya.

Sebagai ahli UMNO, semua mesti tunjukkan kekuatan dan force yang mampu menentang dakyah dan fitnah pembangkang. Ahli UMNO sudah matang dan terjemahkan segalanya melalui sambatan ini sambil buktikan bahawa UMNO memang PARTI KERAMAT.

Kita tidak mahu dengar lagi ada kalangan Pemuda UMNO atau Puteri UMNO yang tercicir daripada pendaftaran pengundi.

Jangan banyak cakap, jalankan kerja terutamanya pendaftaran pengundi baru. Beritahu kepada pemuda dan puteri bahawa mengundi adalah penting.

Kita tidak mahu ada kalangan rakyat yang bersifat ‘kacang lupakan kulit’ iaitu mereka yang memegang jawatan tinggi dalam kerajaan, yang mendapat habuan kontrak kerajaan atau yang menikmati pelbagai kemudahan kerajaan kerana faktor-faktor seperti keturunan, anugerah dan sebagainya tidak mengundi.

UMNO perlu menjadi parti yang menjaga kepentingan Melayu dan bukan Melayu yang mahu seiring menjadikan negara ini bertambah maju dan kuat.

UMNO juga perlu menjadi pelindung kepada agama suci Islam serta memperjuangkan nasib orang Islam seantaro dunia, bukan jenis parasit yang menyokong perjuangan yang dilaknat Allah tetapi mendabik dada kononnya dialah pejuang Islam universal.

PENJAWAT AWAM LEBIH PERCAYA NAJIB DARIPADA ANWAR, PEMBANGKANG


Nampak sangat pembangkang semakin risau apabila semakin dekatnya pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib mengenai mengenai Skim Saraan Malaysia (SSM) dan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Pembangkang begitu resah kerana pengumuman yang dianggap adil dan saksama akan menyebabkan penjawat awam akan berterima kasih kepada kerajaan dan sukarlah mereka untuk ‘masuk jarum’  membenci kerajaan.

Kita tidak menafikan akan ada sesetengah kakitangan yang ‘degil’ yang mengambil apa yang ditawarkan tetapi tidak reti berterima kasih.

Sejak semalam pembangkang melalui anak perempuan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), tiba-tiba melalak tidak tentu fasal dengan menggesa Perdana Menteri mengkaji syor terbaru yang dibentangkan Cuepacs serta saranan Pakatan Rakyat sebelum ini demi membela nasib penjawat awam.
 


Nurul Izzah Anwar meminta kerajaan menunaikan tuntutan terbaru Cuepacs agar kerajaan memberi kenaikan gaji antara RM700 hingga RM2,500 untuk pekerja-pekerja di dalam perkhidmatan awam gred 1 hingga gred 54 menerusi skim yang sedia ada sebelum melaksanakan sebarang pembaharuan menerusi Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Beliau mengulangi bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi komitmen bahawa sekiranya Pakatan Rakyat memegang tampuk kerajaan pusat, gaji minima pada kadar RM1,100 akan dikuatkuasakan buat penjawat awam.

Juga katanya, PKR menyeru agar jurang nisbah gaji di antara yang tertinggi dan terendah dirapatkan, dan bersedia untuk bekerjasama dengan semua pihak untuk merealisasikan visi ini. Sedangkan ternyata Perdana Menteri begitu prihatin dengan pekerja bawahan dan kerana itu kajian selama tiga bulan diarahkan agar SBPA benar-benar dapat dimanfaatkan untuk semua peringkat.

Malah, kalau mengikut Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman, Najib dijangka membuat pengumuman yang adil dan saksama berkaitan perkhidmatan awam 12 Mac ini. Pengumuman itu dibuat selepas mengadakan pertemuan 45 minit dengan Perdana Menteri di pejabatnya di Putrajaya semalam.

Tidakkah ini menggambarkan bahawa kerajaan bersifat terbuka dan tidak sekali-kali meminggirkan penjawat awam walaupun ada kalangan mereka yang ‘meminggirkan kerajaan’.

Omar turut menyatakan Cuepacs sendiri akan menyambut baik apa sahaja perkara yang bakal diumumkan serta mengucapkan terima kasih di atas kesudian serta kesediaan Perdana Menteri untuk mengadakan perbincangan dan mendengar cadangan demi kebaikan penjawat awam. Jadi PKR dan sekutunya mahu apa lagi daripada kenyataan Omar itu?
 
Tidak payahlah anak Anwar itu bersuara kerana kerajaan bukan sahaja melayani tuntutan pekerja malah semalam Najib mendengar secara keseluruhan tuntutan serta pandangan yang dikemukakan Cuepacs selama ini berhubung permasalahan penjawat awam termasuk mengenai isu SBPA.


Dan sebagai menunjukkan betapa rapatnya Perdana Menteri dengan penjawat awam di negara ini, beliau menyatakan kesediaan untuk menghadiri perhimpunan besar-besaran yang akan mengumpul seramai 15,000 penjawat awam yang akan diadakan di Stadium Bukit Jalil pada 12 Mac depan.

Kedudukan ini jelas menggambarkan betapa usaha pembangkang mahu memecahbelahkan kesetiaan penjawat awam terhadap kerajaan Barisan Nasional bukan sahaja tidak berjaya tetapi semakin terserlah mereka tidak mampu melakukan apa-apa selain ‘berteriak’!

Akhirnya yang mendengar rintihan, cadangan dan merumuskan tuntutan penjawat awam di negara ini ialah BN dan tidak ada yang lain selain BN!

Thursday, February 23, 2012

KISAH IMAM PAS BALING KASUT KE ARAH PANEL HAKIM...


Ini kisah seorang Imam PAS - Hoslan Hussain Yang - yang marah sanggup membaling kasut terhadap tiga hakim Mahkamah Persekutuan semalam.

Kejadian sekitar jam 10 pagi itu berlaku apabila Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkifli Ahmad Makinuddin menolak permohonannya supaya diberi kebenaran membuat rayuan.

Beliau dikatakan diusir dari kuarters kediamannya atas dakwaan masalah disiplin.

Peguam berkenaan membuat rayuan dan dijelaskan oleh peguam Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Zulkifli Che Yong bahawa afidavit imam itu difailkan di luar dari masa yang ditetapkan.

Imam berkenaan yang tidak diwakili perguam berdiri di barisan meja berhampiran pegawai pendakwa raya dan peguam semasa permohonan itu naik marah dan melemparkan kasutnya apabila rayuannya ditolak.

Difahamkan Hoslan merayu kepada Hakim Zulkefli supaya berlembut dan membenarkan permohonannya itu tetapi tetapi hakim dilaporkan mahkamah terpaksa menolak bantahan kerana ia mengikut undang-undang.

Hakim Zulkefli cuba menenangkan Hoslan tetapi beliau dikatakan tidak mahu mendengar alasan berkenaan tetapi sebaliknya mencampakkan kasutnya ke arah panel hakim yang hampir mengenai seorang daripda mereka.

Dua lagi hakim yang bersidang bersama pagi ini adalah Hakim Datuk Suriyadi Halim Omar dan Datin Paduka Zaharah Zahari. Berikutan kejadian ini, polis yang mengendalikan perbicaraan mahkamah memegang Hoslan dan cuba menenangkan beliau.

Adalah difahamkan bahawa ahli panel tiga hakim tidak membuat apa-apa perintah berhubung tindakannya yang menghina mahkamah itu.

Hoslan berkata, rungutannya bukan tentang pengusiran, tetapi demi keadilan, kerana beliau telah membangkitkan dakwaan rasuah dan penyalahgunaan tabung di Masjid Ar Rahimah dan isu-isu berkaitan tidak dilayan.

 Beliau mendakwa banyak membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan juga pihak polis berhubung dakwaan penyalahgunaan berkenaan, tetapi tiada tindakan.

Beliau turut mendakwa Umno turut terbabit menggunakan MAIWP untuk menyingkirkannya.

Beliau yang menjadi imam rawatib sejak tahun 2005 dan sebelum itu, beliau merupakan bilal di masjid berkenaan.

Beliau tidak diwakili peguam dalam semua kes mahkamah, bukan kerana beliau tidak mampu, tetapi kerana MAIWP telah menggantung gajinya.

Hoslan juga mengaku menjadi penyokong kuat pembangkang, terutama PAS, dan berkata beliau turut membantu pada setiap kempen pilihan raya kecil yang disertai parti itu.

Ketika kemuncak BERSIH 2,0 tahun lalu, katanya, khutbah Jumaat di masjidnya menasihatkan orang ramai supaya tidak menghadiri perhimpunan berkenaan. Namun, sebaik mendengar khutbah itu Hoslan berkata, beliau mengangkat jubahnya sebagai protes di hadapan jemaah, untuk menunjukkan baju-T BERSIH yang dipakainya.

Tuesday, February 21, 2012

KERAJAAN BN BAGAI AYAM JANTAN YANG BERGELUMANG TAHI…


Pertemuan Anwar, Nik Aziz Tidak Bawa Apa-apa Erti

Kecoh je yang lebih. Hasil tarakkk…

Itulah yang boleh dirungkaikan hasil pertemuan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuala Lumpur pagi tadi.


Anwar tetap dengan pendiriannya mengiktiraf kewujudan negara Israel dengan syarat tentera negara tersebut perlu berundur dari tanah Arab, keganasan dihentikan serta aspirasi dan kewujudan rakyat Palestin dihormati.

Anwar sudah mengakui wujud perbezaaan pendapat di antara beliau dan PAS berhubung konflik Israel dan Palestin dan kewujudan negara Yahudi itu dan beliau tidak akan berpatah balik.

Akhirnya yang kena tempelak kerajaan Barisan Nasional (BN) juga apabila Nik Aziz mengatakan melalui facebooknya:

"Hairannya sesetengah pihak yang kelihatan sangat anti Yahudi masih tergamak menjalinkan hubungan dagang dengan Israel bahkan membenarkan pelabuhan negara disinggahi kapal Israel.

 "Pihak-pihak ini hakikatnya hanyalah ayam jantan yang berkokok gagah sedangkan ekornya bergelumang najis.”

 Nik Aziz turut mengecam pihak yang menjalinkan hubungan perdagangan dengan Israel yang secara tidak langsung dimaksudkan ialah kerajaan Malaysia.

Kecaman tersebut dipercayai merujuk kepada dua kapal milik Israel yang didakwa berlabuh di Westport, Pelabuhan Klang pada 16 Februari lalu.

Amat jelas bagi Nik Aziz, biarpun Anwar terang-terangan menyokong negara Israel tetap boleh dimaafkan kerana disebalik apa yang heboh diperkatakan, beliau tetap ada hujah dan sebab lain untuk ‘melindungi’ kenyataan Anwar itu.

Beliau hanya mengulangi pendirian PAS bahawa parti itu tidak akan sekali-kali mengiktiraf negara Israel walaupun sekutunya dalam pembangkang iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempunyai pendirian yang berbeza.

"Saya ingin mengulangi pendirian saya dan Majlis Syura serta pendirian PAS khususnya bahawa (kami) tidak sekali-kali mengiktiraf walaupun seinci hak Yahudi terhadap bumi Palestin yang dirampas pada hari ini. "Berbeza atau tidak dengan sesiapa, PAS tetap dengan pendirian ini," katanya di Kuala Lumpur.

Nik Aziz tidak pula mengulas mengenai keengganan Anwar menyaman The Wall Street Journal (WSJ) yang ternyata akhbar itu jelas tidak salah lapor.

Walhasil Balik Asal.

Apapun setidak-tidaknya kita semakin kenal bagaimana pendirian Nik Aziz dan PAS apabila Presiden dan Majlis Syura juga terpaksa tunduk kepada pendirian Nik Aziz mengenai Anwar.

Hanya penyokong PAS dibawah mungkin akan terus menunjukkan keresahan mereka tetapi yang di atas terpaksalah pejam mata dan pekak telinga.

Yang penting dan tidak ada lebih penting ialah PAS mahukan kuasa dan bersama-sama rakan sekutunya, DAP dan PKR ke Putrajaya.

Soal nasib orang Palestin tidak penting, ia mungkin boleh dilakukan penyelesaiannya selepas mendapat kuasa.

Ternyata, definisi dan perjuangan politik bagi PAS ketika ini ialah KUASA SEMATA-MATA dan bukan lagi Islam serta perjuangan menegakkan negara Islam.

SANDIWARA PERTEMUAN ANWAR, NIK AZIZ...PAS TAKUT BUAT KENYATAAN?

 Pening...pening...Anwar pertahan pendirian dan tidak mahu saman WSJ. Benarkah Nik Aziz terima?

Ada kira-kira apa pula ni sampai bertangguh-tangguh nak keluarkan kenyataan medi?

 PAS mulai bimbang kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim bertegas dengan kenyataannya?

Usaha pemberita untuk mendapatkan kenyataan Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak berhasil kerana beliau enggan mengeluarkan sebarang kenyataan setakat ini.

Wakilnya memberitahu, satu kenyataan media mengenai pertemuan itu akan dikeluarkan lewat hari ini.

Nampak gayanya PAS benar-benar tersepit. Anwar bertegas dan tidak akan saman akhbar luar negara itu.

Satu Malaysia nak dengar komen Nik Aziz mengenai pertemuan ini apabila pertemuan semalam tidak jadi.

Pertemuan pagi ini berhubung kenyataan kontroversi tentang Israel Ketua Umum PKR dan Nik Aziz berlangsung selama 40 minit (kata Malaysiakini). Bernama kata satu jam.

Tak apalah, mana-manalah. Anwar berkata kenyataannya yang dibuatnya sebelum ini selari dengan Hamas dan FATAH.

 Anwar kata beliau rasa lega dapat menerangkan kepada Nik Aziz.

Anwar kata bahawa Mursyidul Am PAS itu menerima dan memahami penjelasan beliau mengenai Israel sebagaimana yang disiarkan dalam akhbar The Wall Street Journal (WSJ), bulan lalu.

"Tok guru terima dan faham pendirian saya. Saya pun faham pertimbangan PAS yang cukup tegas dalam soal Israel. "Saya jelaskan jangan ada salah tafsir tentang pengiktirafan Israel. Ia tidak berbangkit selagi syarat-syarat tidak dipenuhi," katanya ketika ditemui pemberita di lobi sebuah hotel di ibu negara, sebentar tadi. Ia turut ditemani Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Ibrahim.

Anwar berkata, beliau menjelaskan secara terperinci mengenai perkara itu untuk meleraikan keraguan mengenai hal tersebut. "Akhirnya saya beritahu saya juga tunduk kepada Hamas dan Fatah sepertimana yang dirunding di Doha, dua minggu lalu atas inisiatif Hanif Qatar," katanya.

 Anwar berkata, "media Umno tidak mengeluarkan petikan penuh wawancara beliau bersama WSJ. Masalahnya sekarang media Umno hanya guna satu bahagian yang menyebut bahawa adakesediaan mengiktiraf dan mengawal keselamatan tetapi tidak ditekankan perkataan 'contingent' iaitu tertakluk kepada syarat,"

Ketua pembangkang itu turut memberitahu Nik Aziz mengenai reaksi pertemuan beliau dengan Ketua Hamas, Khalid Mashal. "Bila dia lihat penekaan pra syarat itu iaitu 'contingent' Israel menerima sekian...sekian...sekian syarat. Apa dia syarat? Syarat yang diletakkan termasuk pengunduran tentera Israel dari wilayah Palestin dan Arab," katanya.

Anwar berkata, antara syarat lain ialah menghentikan keganasan, menghentikan kepungan terhadap Gaza dan mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Palestin.

Sehubungan itu, beliau tidak akan menyaman WSJ kerana akhbar tersebut menyiarkan kenyataan penuhnya dalam laporan wawancara berkenaan.

"Kenapa saya nak saman WSJ? Mereka letak perkataan 'contingent' yang tidak disebut. Mereka hanya melapor fitnah," katanya.

Sejurus selepas pertemuan itu, Anwar menuju ke Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.

Yakin ke Nik Aziz dengan Anwar. Percayakah dia?

Kita tunggu sandiwara sterusnya...

Monday, February 20, 2012

GANGGU PEMBANGKANG - JANGAN SAMPAI ADA YANG DIBUNUH ATAU TERBUNUH...


Polis bertindaklah segera!

Kita amat yakin polis kita mampu mengenalpasti suspek yang cuba menganggu ceramah dan merosakkan kenderaan pembangkang.

Kalau terkena kepada pamerintah mungkin akan ada tuduhan ini sandiwara atau sengaja dibuat-buat!

Lebih jauh, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein kini dicabar dengan kata-kata: "Adakah polis membenarkan kejadian seperti itu semata-mata untuk melindungi masa depan politik Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein di kawasannya Sembrong? Jika tidak, mengapa tidak mereka menghentikannya, atau mengapa tiada tangkapan dibuat? (Soalan ialah apakah tangkapan oleh polis macam tangkap ayam direban?)

Kita tidak mahu kerana hal-hal seperti ini akan menyebabkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) disalahkan. Yang bersalah dakwa sahaja. Jangan kita dia dari mana, UMNO atau komponen BN.

Apa yang cuba digambarkan pembangkang sekarang ialah kerja merosakkan kenderaan serta mengugut itu dilakukan oleh penyokong kerajaan. Banteras mereka itu dan jangan jadikan ‘politik samseng’ bermaharajalela di negara ini. Malaysiakini menyiarkan beberapa insiden berikut yang jika tidak disiasat dan didakwa ‘penjahat-penjahat’ ini nama kerajaan dan polis akan tercemar.
 
Ini adalah apa yang dilaporkan Malaysiakini dan penyampai sumber ialah Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution:

 1. Kereta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan kemek dan rosak akibat terkena balingan batu dan didakwa ditendang sekumpulan lelaki yang dipercayai sebagai penyokong Umno semasa ceramahnya di kawasan Parlimen Sembrong, Johor malam semalam;

2. Ceramah Anwar pada jam 11.30 malam itu juga diganggu. Mereka juga didakwa membaling mercun di atas kepala anggota polis;

3. Penyokong Pakatan juga dilempar dengan mercun, telur dan botol. Selain itu, mereka juga dilontarkan dengan kata-kata kesat.

Kesimpulan Saifuddin - "samseng yang dibayar" itu berusia kira-kira 15-18 tahun dan mereka kemudiannya dikenal pasti oleh penduduk tempatan sebagai "orang Umno".

Selain itu, menurut laporan Malaysiakini itu, ceramah-ceramah pembangkang dan juga pro-Pakatan seringkali diganggu dan ia dipercayai sebahagian daripada taktik menakut-nakutkan masyarakat terutama dalam usaha menguasai sokongan orang Melayu.

 a. Pada 21 Januari lalu, perhimpunan NGO Asalkan Bukan Umno (ABU) di Jalan Kebun, Klang terpaksa dibatalkan apabila sekumpulan belia bermotosikal menyerbu majlis itu sehingga menyebabkan seorang peserta cedera.

b. Pada 11 Februari lalu pula, seramai 15 aktivis pelajar terpaksa diiringi polis bagi meninggalkan Kampung Idaman, juga di Klang apabila sekali lagi kumpulan remaja bermotosikal menggangu majlis mereka yang mahu menuntut kebebasan akademik. (Selain dewan tempat ceramah diselerakkan dan kerusi dipecahkan, kumpulan samseng itu juga membaling batu dan merosakkan sebuah kereta.)

 c. Ceramah Anwar di Felda Tun Ghafar di Alor Gajah, Melaka, pada petang 13 Februari lalu pula dicemari oleh kekecohan di antara penyokong PKR dan BN. (penyokong BN dikatakan tiba-tiba muncul dengan kira-kira 20 hingga 30 motosikal serta puluhan lagi kereta bagi mengganggu ceramah tersebut). Sejurus sebelum ceramah bermula, sekumpulan penyokong Umno didakwa telah menampar seorang lelaki ahli PKR yang cuba meletakkan bendera parti sebagai persiapan ceramah.

 d. Jumaat lalu, Anwar terpaksa membonceng motosikal berikutan banyak sekatan polis bagi menghalang rakyat mengikuti ceramahnya di Parlimen Pekan yang diwakili Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Kita menunggu pengumuman polis pada kadar segera mengenai gangguan-gangguan ini kerana setakat ini hanya kekecohan serta harta benda yang rosak.

Bagaimana jika ada perbalahan besar atau ada ahli politik yang terbunuh?

Jangan ambil perkara ini remeh kerana kematian bukan sahaja kemungkinan berlaku kerana dibunuh oleh pihak lawan.

Bagaimana kalau pembunuhan dilakukan dengan sengaja iaitu mengorbankan seseorang untuk menjamin kemenangan ramai? Atau juga kematian boleh diakibatkan oleh kesilapan ahli politik berkenaan yang menjanjikan berbagai tetapi akhirnya gagal ditunaikan dan ‘penaja’ naik geram dan membunuhnya?

Memang ini belum berlaku di Malaysia tetapi siapa boleh kata ia tidak akan berlaku?

Politik bukan sekadar pilihan raya tetapi politik juga membabitkan perkara-perkara yang seribu kemungkinan dan di luar jangka.

Dengan kata lain politik juga adalah sesuatu tindakan atau keputusan yang dibuat di luar kotak pemikiran rakyat kebanyakan tetapi mampu dilakukan oleh segelintir pemimpin yang tamakkan kuasa.

Jangan sampai keadaan sudah tersepit dengan UMNO dan kerajaan disalahkan, baru polis mahu bertindak!

Cegahlah sebelum keadaan menjadi lebih buruk!

STADIUM RUNTUH, KECURIAN - LAWAK 3 STOOGES PAS KEPADA SPRM


Daripada teganukini

Lucu. Memalukan, pembohongan dan FITNAH!

Begitulah kalau terlalu taksub mahu memutarbelit dan spin bodoh untuk mendapatkan simpati dan sokongan rakyat. Tiga wakil rakyat PAS, ADUN Batu Burok Dr Syed Azman Syed Ahmad bersama ADUN Bukit Tunggal Dr Alias Razak dan ADUN Bukit Payong, Mohd Nor Hamzah, Khamis lalu memperbaharui laporan berkaitan keruntuhan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu.

Tujuan laporan tersebut ialah meminta pihak SPRM menyiasat kejadian yang menimpa SSMZA sehingga ke akar umbi dan membawa pihak yang bertanggungjawab melakukan kesalahan dan penyelwengan tersebut ke muka pengadilan.

Watak tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS, Dr Syed Azman Nawai, Dr Alias Razak serta Moh d Nor Hamzah tidak ubah bagaikan tiga karekter dalam siri kartun The Three Stooges ketika mengadakan sidang media selepas laporan itu.

Ada sebab kenapa dikatakan demikian?

1. Dr Syed Azman yang juga Anggota Jawatnkuasa Kerja PAS Pusat yang menyifatkan ‘tragedi’ SSMZA yang bernilai RM292 juta adalah skandal yang lebih besar daripada ‘skandal lembu negara (National Feedlot Corporation - NFC) yang melibatkan pinjaman RM250 juta hairan bagaimana peralatan stadium yang dilaporkan bernilai RM50 juta itu telah dicuri.

Beliau berkata, adalah mustahil set penjana kuasa yang begitu besar boleh diangkut oleh seorang atau dua orang manusia. “Bagaimana boleh berlaku kecurian yang kita tidak dapat gambarkan! Kalau (set) penjana kuasa bagaimana (orang boleh curi sedangkan) 10 orang tak boleh angkat? “Ke hantu yang curi? “Peralatan latihan pun dicuri…….kerusi pun dicuri! Ini satu (kejadian) yang cukup malang,”katanya.

 2. Mohd Nor Hamzah yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu mahu rakyat perlu diberi penjelasan terhadap lapan persoalan yang timbul ekoran ‘tragedi’ SSMZA. “Persoalan besarnya bilakah baikpulih stadium itu akan dijalankan? Pihak manakah yang akan menanggung kos baikpulih tersebut? Berapakah kos sebenar baikpulih stadium itu? Berapakah kos yang akan ditanggung oleh kerajaan negeri untuk baikpulih itu? “Adakah seluruh struktur SSMZA selamat digunakan?

Dan siapakah yang ‘dalang’ yang bertanggungjawab terhadap kecuarian eralatan stadium itu?,”ujarnya. Beliau menegaskan, kerajaan Umno dan Barisan nasional (BN) Terengganu perlu memberi jawapan segera untuk pengetahuan seluruh rakyat Terengganu.

3. Dr Alias Razak selaku Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu berkata ‘tragedi’ SSMZA menunjukkan kelemahan tadbir urus dan ketidakupayaan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN). “Setelah dua tahun (bumbung) stadium runtuh dibiar (dan) tidak dibaiki, walaupun ada jaga satu dua orang, stadium itu besar dan jauh (terpencil) maka ia terdedah kepada mereka yang tidak bertanggungjawab untuk mencuri peralatan. “Ini semua (merupakan) satu kelemahan dan ketidakupayaan tadbir urus kerajaan Umno (dan) Barisan Nasional terhadap harta rakyat,”jelasnya.

Teganukini tidak mahu ulas panjang tetapi penjenguk boleh teliti mengenai kedudukan sebenar dan apa yang masih ada dan tiada di SSMZA. Bahan ini didapati daripada laporan oleh buletinonlines (bukan buletinonline milik PAS yang melaporkan mengenai laporan The 3 Stooges di atas):


1. Jawapan kepada kenyataan Dr Syed Azman - Mengenai kenyataan ‘hantu yang curi’ janakuasa, ia tidak dan masih berada dalam stadium berkenaan.

 Kenyataan bahawa kren mungkin digunakan untuk membawa keluar janukuasa ini adalah tidak benar sama sekali kerana pintu bilik janakuasa yang kecil tidak mengizinkan kren masuk kedalam untuk digunakan. 

Peralatan “training” atau alat latihan telah dipindahkan ke Trek Olahraga Majlis Sukan Negeri bagi kegunaan latihan athelik SUKMA serta masih digunakan hingga kini.


Kerusi dari stadium – sebahagian telah rosak ditimpa struktur bumbung semasa kejadian runtuhan dan yagng dipakai dan dibaiki telah dipindahkan ke Padang C Komplek Sukan dan Trek Latihan Majlis Sukan Negeri untuk diguna semula. (Kerusi-kerusi di Bahagian Barat Stadium yang tidak terlibat dengan runtuhan bumbung stadium masih lagi kekal di situ.)


2. Jawapan kepada Mohd Nor Hamzah - Pihak pengurusan SSMZA serta jurucakap Jabatan Kerja Raya mengatakan perkara mengenai kelemahan kerajaan tidak berbangkit kerana stadium ini diurus oleh pihak pengurusan yang dibantu oleh pengawal keselamatan yang mencukupi.

JKR pula berkata pihaknya sering mendapat tekanan daripada kerajaan negeri serta parti memerintah iaitu UMNO dan BN yang meminta stadium ini dibaiki segera. Namun pihak JKR berkata perkara ini melibatkan kepentingan awam serta risiko kemalangan nyawa, oleh itu pihaknya telah melantik juruperunding intergriti bagi memeriksa tahap keselamatan untuk pembaikan stadium ini.

JKR memerlukan masa untuk tujuan ini dan tidak boleh tunduk kepada tekanan parti memerintah atau pembangkang untuk cepatkan kerja pembaikan walaupun peruntukan yang mencukupi telah disediakan oleh kerajaan. Isu ini adalah berkaitan KESELAMATAN.


3. Jawapan kepada Dr Alias Razak -  Apabila SSMZA berkait soal keselamatan nyawa manusia, JKR tidak boleh tunduk kepada tekan kerajaan negeri dan UMNO mahupun PAS. Apabila kajian perunding selesai, JKR akan mulakan kerja-kerja pembaikan stadium ini.

Kerajaan sudah menyediakan peruntukan yang mencukupi dan TIDAK BENAR kerajaan negeri tidak cekap. Selain itu JKR menafikan kecurian berjumlah RM50 juta dan menganggap laporan akhbar mengenainya dibuat secara tidak berasas.

Jadi, ternyata dakwaan The Three Stooges kepada SPRM ini dakwaan tidak berasas dan palsu. Baik ketiga-tiganya bertaubat dan menghentikan segera fitnah terhadap banyak pihak, selain kerajaan negeri dan UMNO juga ialah penjawat awam, termasuk dari JKR.

SPRM seharusnya meneliti fakta yang dikemukakan oleh The Three Stooges ini dan menyiasat pula ketiga-tiga mereka kerana BERBOHONG (membuat laporan palsu).
Pihak pengurusan stadium dan pihak yang dilantik untuk memulih dan membaiki stadium ini juga turu terpalit. Tidak rasa berdosakah ketiga ADUN ini terhadap mereka yang difitnah? Inikah cirri-ciri dan sifat pemimpin PAS Terengganu yang kononnya memperjuangkan Islam?

Atau mereka kini boleh lakukan apa sahaja asalkan dapat memutarbelitkan rakyat demi kuasa selepas bergadung dengan parti antiIslam DAP dan parti PKR yang pemimpinnya menyokong negara Israel?

Sunday, February 19, 2012

'AIDS FOR SALE' AMOY CHINA MENAKUT & MEMBIMBANGKAN

 Berlawanan dengan sifat kita orang Melayu dan Islam, jika tahu kita akan menghadapi maut, selalunya akan berlaku perubahan mendadak dalam diri sebagai persediaaan menemui Allah s.w.t.

Namun lain dengan amoy cantik, muda dan seksi dari China. Mereka tahu bakal dijemput ajal pada bila-bila masa kerana disahkan menghidap Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (Aids) atau menjadi pembawa virus HIV.

Namun lain pula caranya mereka menghabiskan sisa-sisa kehidupan. Bagi mereka persiapan menemui kematian itu penting. Mereka memerlukan perbelanjaan besar sebelum dan selepas mati.

Kerana itu, selagi ada nyawa dan kudrat, mereka mengumpul wang sebanyak mungkin walaupun tindakan itu menyebarkan virus maut kepada orang lain.

Di sebalik kecantikan dan kegairahan mereka, sebahagian wanita pekerja seks dari China yang ‘berkhidmat’ di negara ini tidak mempedulikan sama ada mereka menjadi penyebar penyakit atau boleh menyebabkan orang lain mati sama.

Berperawakan kulit putih gebu, montok dan tinggi lampai ada yang mampu memperoleh lebih RM30,000 sebulan dengan hanya ‘bekerja’ 20 hari walaupun mengaku menghidap Aids/HIV. Fenomena menakutkan itu didedahkan Ketua Penolong Pengarah Cawangan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berdasarkan operasi dan serbuan polis sebelum ini.

Lebih bahaya, wanita terbabit sebenarnya dikategorikan sebagai gred C iaitu sudah lama ‘berkhidmat’ sebelum beralih angin ke Malaysia, manakala wanita gred A dan B lazimnya menawarkan khidmat di negara sendiri atau negara maju yang mempunyai kuasa beli lebih tinggi.
  Golongan gred C paling ramai membawa musibah, terutama jika tahap kesihatan mereka tidak diperiksa. Bayangkan ada antara mereka melayan sehingga 10 lelaki sehari sekali gus kemungkinan menyebarkan penyakit berjangkit itu kepada pelanggannya.

 Tepuk dada tanya selera!

ANALOGI 'BENGONG' MENGENAI PUNCA KEMISKINAN DI KELANTAN...

Mudah analogi seorang pensyarah Pengajian Media, Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah bahawa punca kemiskinan perlu diletakkan di atas batu kepala Perdana Menteri.

Memalukan kerana beliau adalah pensyarah pengajian media dan berapa ramai pula murid yang ‘disesatkan’ oleh teori dan dan faktanya itu.

Beliau menolak dakwaan Datuk Sri Najib Razak bahawa Kelantan negeri paling miskin di negara ini dan kerana itu Profesor berkenaan mengatakan Perdana Menteri “hanya membuka pekung dirinya sendiri sebagai pemimpin nombor satu negara.”

Pensyarah UM itu berkata, jika benar dakwaan itu, “ia bermakna kegagalan kesemua enam perdana menteri termasuk Najib untuk memajukan kesemua negeri dalam Malaysia ini sejak BN memerintah lebih 50 tahun lalu.

Profesor UM ini layak dinaikkan ke jawatan professor penuh kerana pendapatnya ini memang ‘bijak dan tepat’ apalagi kemiskinan di Kelantan itu maknanya disebabkan oleh Kerajaan Pusat.

Profesor UM itu juga berkata adalah menjadi tanggungjawab kerajaan memerintah untuk memajukan mana-mana negeri dan tugas itu berada di atas batu jemala seorang perdana menteri.

"Negeri mana pun yang dikatakan miskin selagi dia adalah negeri di dalam Malaysia maka tanggungjawab memberi kekayaan, kemajuan, kesejahteraan dan kebajikan masadepan itu berada di atas kepimpinan seorang Perdana Menteri. Ini bukan zaman penjajah British dengan polisi kejadah pecah dan perintah!," tulis beliau.

Dalam konteks ini apa peranan Kerajaan PAS yang dipilih oleh rakyat Kelantan jika tugas itu terletak atas batu jemala Perdana Menteri?

Beberapa soalan mudah saya kemukakan kepada Profesor UM itu:

1. Kenapa Kerajaan PAS Kelantan tidak berminat untuk menyertai Program Transformasi Ekonomi (ETP) ? Walaupun ternyata usaha kerajaan negeri dalam meningkatkan ekonomi negeri dan pelaburan begitu lembam, ia enggan bekerjasama sedangkan selagi Kelantan tidak menjadi sebahagian ETP ini selama itulah rakyat terus dibelenggu kemiskinan;

2. Apakah Kerajaan PAS Kelantan sebagai kerajaan ‘Islam yang menjaga kebajikan’ melakukan usaha membantu rakyat seperti dilakukan Kerajaan Pusat melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)? Sejauh ini Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Kelantan sudah menyampaikan bantuan kepada lebih 300,000 keluarga. Hakikatnya 19 peratus penduduk di Kelantan berhak menerima bantuan itu. Sejauh ini sejumlah RM159 juta sudah diagihkan. Bukan itu sahaja, kerajaan pusat menghulurkan pelbagai bentuk bantuan kebajikan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia, Baucer Buku 1Malaysia bernilai RM200 dan RM100 untuk setiap murid sekolah;

3. Siapa beri belanja kos membina tebatan di Sungai Kelantan dan Sungai Golok yang sejak lima tahun lalu sekitar RM2 bilion itu? Harapkan kerajaan PAS Kelantan?

4. Kerajaan Pusat juga meluluskan sebanyak RM2.4 bilion dalam tempoh dua tahun pertama Rancangan Malaysia Kesepuluh untuk melaksanakan 346 projek di negeri Kelantan. Berapa juta projek negeri dilaksanakan oleh Kerajaan PAS Kelantan dilaksanakan untuk rakyat Kelantan?

5. Kerajaan Persekutuan membelanjakan RM3.8 bilion setahun atau kira-kira RM300 juta sebulan untuk perbelanjaan mengurus 74,800 kakitangan awam di Kelantan. Siapa mereka ini? Mereka adalah penjawat awam bagi memastikan perkhidmatan cemerlang seterusnya membantu meningkatkan pembangunan di negeri ini.

6. Berikut adalah projek-projek untuk kesejahteraan rakyat di Kelantan:

a. Pembinaan 14 masjid baru dan usaha membaik pulih masjid dan surau dengan kos lebih RM40 juta sejak 2005;

b. Pembinaan jambatan kedua Jambatan Sultan Yahya Petra sepanjang 800m berharga hampir RM150 juta menghubungkan Kota Baharu dan Pasir Pekan, Tumpat, yang dijangka siap hujung tahun ini, serta jalan bertingkat Pasir Pekan-Jalan Hamzah-Wakaf Siku, untuk atasi masalah kesesakan;

c. Jambatan Tendong yang menghubungkan Tendong di Pasir Mas dan Wakaf Che Yeh di Kota Baharu serta Jambatan Salor yang menghubungkan Salor-Pasir Mas juga merupakan sumbangan kerajaan pusat kepada rakyat Kelantan bagi memudahkan urusan harian mereka;

d. Menaik taraf Jalan Kubang Kerian-Sabak dengan kos RM27 juta, yang sekarang dilihat tidak mampu menampung jumlah kenderaan yang semakin bertambah;

e. Di Bandar Baru Tunjung kerajaan pusat menempatkan beberapa jabatannya yang akan menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi di situ dan kawasan sekitarnya (Bangunan kerajaan pusat terlibat ialah Terminal Agrobisnes Negara (Teman) berharga RM85.7 juta, Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan (RM20 juta), Wisma Audit Negeri Kelantan (RM18 juta) dan Pejabat Ketua Pengarah Jabatan Tanah dan Galian Negeri Kelantan (RM8.76 juta), Kompleks Mahkamah Syariah (RM22.1 juta) dan Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan (RM33.1 juta); (Nota: Tunjung tidak akan ada apa-apa jika tidak ada bangunan yang diwujudkan oleh kerajaan pusat. Bandar Baru Tunjung mungkin inisiatif kerajaan negeri tetapi memenuhkan bangunan di situ, semuanya bangunan kerajaan pusat);

f. Kerajaan pusat juga membelanjakan RM40 juta untuk memanjang dan melebarkan landasan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, bagi membolehkan pesawat lebih besar mendarat dan berlepas dengan selamat;

g. Kerajaan pusat sedang memperbesar dan menambah baik kemudahan Hospital Universiti Saind Kubang Kerian dengan kos RM127 juta, begitu juga di Hospital Raja Perempuan Zainab II, yang melibatkan kos RM182.17 juta; h. Kerajaan juga sedang membina dewan bedah baru berharga RM9 juta di Hospital Kuala Krai untuk kemudahan penduduk daerah tersebut.

Kerana itu, amat wajar sekali jika Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Kerajaan Pusat akan memperincikan setiap peruntukan yang diperuntukkan kepada kerajaan Kelantan sejak beberapa tahun lepas agar rakyat negeri itu mengetahui sejelas-jelasnya mengenai perkara itu.

Ini kerana mengikut kajian yang dilakukan, rakyat Kelantan masih belummendapat gambaran jelas apa sumbangan kerajaan Pusat terhadap kerajaan negeripimpinan PAS itu dalam membangunkan negeri tersebut selama ini.

"Rakyat Kelantan masih tidak mengetahui secara terperinci peruntukan kerajaan Pusat kepada Kelantan selama ini. Ini perkara utama yang kita akan perjelaskan dalam tempoh terdekat. Untuk pengetahuan setiap tahun lebih 30 peratus peruntukan itu digunakan bagi tujuan perbelanjaan tadbir urus kerajaan negeri dan 70 peratus lagi bagi peruntukan perbelanjaan pembangunan kerajaan negeri dan ini perlu rakyat tahu," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Persekutuan negeri Kelantan di Jabatan Pembangunan Persekutuan di Kota Bharu, baru-baru ini.

Amat jelas pendapat Profesor UM yang meletakkan tanggungjawab kepada Perdana Menteri seperti mengiakan pendapat orang PAS bahawa tugas Menteri Besar dan Exco yang dilantik di negeri itu hanya menjaga hal ehwal politik negeri itu agar terus berada dalam cengkaman ‘kepimpinan Islam’ semata-mata.

Sebaliknya apa tugas dan amanah yang perlu dilakukan oleh Menteri Besar dan ‘pembesar politik’ Kelantan,wahai Profesor UM?

Berceramah, melepaskan tugas kepada orang lain, memerhati dan ‘makan gaji buta’?

Ternyata analogi Profesor UM ini termasuk dalam kalangan ‘bengong’ dan tidak wajar dikeluarkan oleh seseorang yang taraf akademiknya tinggi tetapi bercakap macam orang PAS Kelantan yang asyik menyalahkan orang tanpa melihat ‘ke dalam diri’ sendiri!

Padanlah Tengku Razaleigh Hamzah pernah mengesyorkan agar pemimpin PAS Kelantan, termasuk Menteri Besarnya digelar ‘Make Gaji Buto’.

Ada juga yang menyalahkan Kerajaan Pusat kerana kononnya Kerajaan Pusat telah “merompak hasil royalti Kelantan sejak sekian lama sebanyak RM300 juta setahun.

Lebih teruk dengan belanja yang begitu besar diberikan kepada Kelantan, Ahli Parlimen Rantau Panjang yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan, Siti Zailah Mohd Yusof mengatakan Kerajaan Pusat dianaktirikan sejak hampir 22 tahun lalu dengan menyekat pelaburan dan jalanraya juga tidak dimajukan.

Kepada rakyat Kelantan dan rakyat Malaysia amnya, apakah Kerajaan Pusat dan Perdana Menteri tidak membantu rakyat Kelantan?

Selebihnya terpulanglah kepada Menteri Besar dan Exco Kerajaan PAS merancang dan melaksananya.

RAJA PETRA VS ANWAR IBRAHIM

INILAH JENIS RAKYAT YANG MENDAPAT PUJIAN PERDANA MENTERI

ANWAR MEMANG ADA DI BANGKOK?


Mulai Hari Ini Rakyat Malaysia akan menyiarkan siri rencana ‘Benarkah PAS Parti Islam’.

Siri rencana ini adalah kumpulan rencana yang dihasilkan oleh penyelidikan kumpulan mereka yang mahir mengenai Islam sambil mempertikaikan PAS sebuah parti yang mendakwa Islam.

PAS kini sudah berubah jauh daripada menegakkan Negara Islam sebaliknya bergerak bersama ‘jemaah bukan Islam’ untuk menubuhkan negara kebajikan.

Blog ini berharap pembaca akan menilai dengan sebaik-baiknya tulisan ini dan menilai apakah PAS benar-benar parti yang boleh diharapkan membela dan melindungi orang Islam atau hanya slogan pemimpinnya sahaja untuk kepentingan masa depan dan survival politik mereka.

BENARKAH PAS PARTI ISLAM?


BAHAGIAN 1 - PAS DARI KACA MATA AS-SUNNAH WAL JAMAAH

Salah faham mengenai maksud kafir, zalim dan fasiq menyebabkan perkataan itu disalahgunakan oleh pihak tertentu dalam memberi label kepada sesama Islam.

Malah maksud berjihad dan berjuang yang sebenar sepertimana yang dimaksudkan oleh ALLAH dan Rasul-Nya juga banyak kali disalagunakan untuk kepentingan tertentu pemimpin dan kumpulan.

Apa yang diharapkan pendapat para ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah melalui penulisan ini dapat memecahkan persoalan salah faham yang timbul dalam masyarakat Islam kebelakangan ini.

Ikuti tulisan oleh Syiekh Abu Muhammad Iqamuddin dalam siri BENARKAH PAS PARTI ISLAM? berikut ini yang melihat PAS dari kaca mata atau berlandaskan As-Sunnah Wal Jamaah:

Orang PAS mendakwa parti mereka sahaja semata–mata Islam atau dengan kata lain ialah sebagai PARTI ALLAH atau HIZBULLAH. Selain daripada parti mereka semuanya dianggap parti taghut dan kerana itu mereka berani mendakwa sesiapa yang menyokong dan mengundi PAS dianggap jihad dan masuk syurga. 

Mana-mana kawasan atau negeri yang dimenangi PAS diumumkan sebagai kawasan dan negeri yang amat disenangi oleh Rasulullah SAW, sementara yang dimenangi oleh parti lain disedihi oleh Rasulullah SAW. 

Sebenarnya, jika kita membuat analisis dengan secara halus dan dinilai dengan ajaran Islam sebenar berdasarkan Al-Quran, As Sunnah, Ijma’ dan Qias, kita dapati tidak banyak perbezaan di antara parti PAS dengan parti –parti politik lain.

Cuma apa yang jelas lebihnya mereka (PAS) ialah stail bercakap dan tempikan “ALLAHUAKHBAR” pengikutnya. Oleh sebab itu kita berani mendakwa bahawa sebenarnya PAS Bukan Parti Islam, lebih-lebih lagi setelah diteliti parti itu tidak memenuhi cirri-ciri Parti Islam atau Parti ALLAH atau HIZBULLAH yang sebenar sepertimana yang terdapat dalam Al-Quran dan Al Hadis dan juga arthar serta sejarah perjuangan para pejuang Islam lampau, termasuk apa yang pernah diperjuangkan oleh para Nabi dan Rasul dahulu.

Bagi membentangkan hujjah ini digunakan sumber rujukan nas ( Al-Quran dan Al Hadis) dan juga sejarah perjuangan para Nabi dan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat Baginda SAW, bukan berdasarkan nafsu atau lain-lain teori politik bikinan manusia. Bagi membuktikan dakwaan ini, maka marilah kita lihat apa yang disebut oleh ALLAH didalam Al Quran dan juga Al Hadis serta athar yang dikemukakan di bawah ini.

Tujuan diketengahkan pandangan ini bukan kerana fanatik atau membenci kepada mana-mana golongan ataupun membencikan PAS, tetapi sekadar member penjelasan agar tidak timbul kekeliruan di dalam kalangan umat Islam berhubung dengan perjuangan Islam dan agar masyarakat tidak terus menerus tertipu dengan slogan dan label Islam yang digunakan oleh PAS dan tempikan “ALLAHU AKBAR” mereka serta ugutan kononnya, sesiapa tidak menyokong atau mengundi PAS berdosa dan masuk dan masuk neraka dan sesiapa sokong PAS masuk syurga.

Jadi kalau orang kafir seperti DAP dan lain-lain pakatan pmbangakang  yang menyokong yang menyokong dan undi PAS- APAKAH MEREKA JUGA AKAN MASUK SYURGA?

BENARKAH PAS PARTI ISLAM


BAHAGIAN EMPAT - PAS MILIKI CIRI-CIRI PARTI SYAITAN?



Maksudnya;"Syaitan telah menguasai mereka lalu ia (syaitan) menjadikan mereka itu lupa kepada ALLAH.Lalu mereka tergolongke dalam golongan hizbussyaitan( parti syaitan).ketahuilah,sesungguhnya PARTI SYAITAN itu parti yang rugi”-(Surah Al Mujadilah ayat 19)

Daripada huraian ayat di atas, didapati PAS mempunyai sekurang-kurangnya tiga sifat sepertimana yang tersebut dalam ayat di atas.

 Di antaranya ialah;

1. Mereka (PAS) memperalatkan agama untuk menimbulkan perpecahan ,iaitu mereka membuat pelbagai dalil agama untuk menuduh orang-orang Islam dalam UMNO dan BN sebagai orang-orang kafir; sembelihan mereka tidak boleh dimakan;dan jenazah mereka tidak boleh diziarah dan disembahyangkan-sehingga orang lain tidak bergaul dengan orang-orang Islam dalam UMNO dan BN dan memusuhi mereka.

2. PAS menggunakan sistem politik demokrasi dan politik pilihanraya sebagai saluran untuk menegakkan Islam. Ini di akiu sendiri oleh Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang dalam bukunya Amanat Haji Hadi, mukasurat 23 dan 24, yang berbunyi : "Walaupun demokrasi adalah ciptaan Barat bukan Islam, di mana di dalamnya terdapat pelbagai kelemahan dan penyelewengan yang ketara, namun Islam menerima kebebasan dan hak-hak yang diberi oleh demokrasi dan mengambil alih faedah darinya untuk menyuarakan ajaran Islam."

Selanjutnya beliau menyambung “PAS tetap menyertai pilihanraya dan menyertai sistem demokrasi….” Kenyataan Hadi ini bertentangan sekali dengan firman ALLAH;


Maksudnya: "Jangan kamu mencampur adukkan kebenaran dengan kebatilan…" - ( Al Baqarah ayat 42)

Ini menandakan PAS menganut falsafah barat iaitu "Matlamat menghalalkan cara".

Bahkan Hadi mendakwa dengan mengatakan ‘Islam menerima kebebasan dan hak-hak yang diberi oleh demokrasi” Dari mana sumber yang mengatakan Islam menerima sistem tersebut?

Ulama muktabar mana yang mengeluarkan fatwa sehingga Hadi berani mengaitkan sistem tersebut dengan Islam. Sedangkan pada awal ayat itu diakui sendiri bahawa sistem ‘ demokrasi adalah ciptaan Barat dan terdapat penyelewengan”.

Di akhir kenyataan dinyatakan bahawa Islam menerima sisrem yang di ciptakan barat yang menyeleweng itu. Ini menunjukkan bahawa kenyataan Hadi memeksudkan Islam menerima penyelewengan.

Dalam perjuangan PAS pula, mereka menentang dan menuduh UMNO kerana UMNO menyeleweng daripada Islam kerana berjuang dan memerintah atas dasar demokrasi. Sekarang ini, siapa sebenarnya yang menyeleweng?

Atas asas apa pendirian perjuangan PAS sebenar?

3. Sifat ketiga pula ialah orang-orang PAS memang bersikap sombong dan berbangga dengan parti mereka. Buktinya kenyataan Nik Abdul Aziz bahawa kemenangan PAS kerana malaikat membantu mereka. Kelantan negeri yang disukai Rasulullah SAW.

Kenyataan itu secara tidak langsung menghina orang Islam di negeri-negeri lain.

Lantaran merasakan mereka (PAS) disayangi Rasulullah SAW dan suci, maka sebab itu mereka sanggup mencaci maki orang Islam lain sehingga boleh digelar sebagai “Barua” dan sebagainya.

Bersambung...Ciri-Ciri Parti Islam Berdasarkan Hadis & Athar

BENARKAH PAS PARTI ISLAM


BAHAGIAN TIGA - CIRI CIRI PARTI SYAITAN

Selain diterangkan cirri-ciri Parti ALLAH, terdapat juga ayat yang menyebut tentang cirri-ciri Parti Syaitan atau HIZBUSSYAITAN.


Tujuan ALLAH bentangkan firman-NYA itu ialah untuk membuat perbandingan agar umat Islam dapat membezakannya serta membuat pilihan engan tepat.

Firman ALLAH:


Maksudnya;"…mereka menjadikan agama (memperalatkan agama) untuk tujuan berpecah-belah dan berpuak-puak sehingga menjadi beberapa pecahan (parti-parti). Masing-masing puak(parti)pula berbangga dengan apa yang ada di sisi mereka….”-(Surah Al Mukminun ayat 53)

 Firman ALLAH lagi:


Maksudnya;"… orang-orang yang menyekutukan ALLAH itu ialah orang yang memecah-belahkan agama mereka(dengan cara meninggalkan agama tauhid dan menganut pelbagai ideology bikinan akal dan nafsu) sehingga menjadi beberapa golongan (parti-parti). Tiap-tiap golongan (parti) itu merasa bangga (sombong) dengan apa yang ada pada mereka “_( Surah Ar Rum ayat 32)

Selanjutnya ALLAH berfirman lagi:


Maksudnya;"Syaitan telah menguasai mereka lalu ia (syaitan) menjadikan mereka itu lupa kepada ALLAH.Lalu mereka tergolongke dalam golongan hizbussyaitan( parti syaitan).ketahuilah,sesungguhnya PARTI SYAITAN itu parti yang rugi”-(Surah Al Mujadilah ayat 19)

ALLAH telah menjelaskan tentang ciri-ciri parti syaitan dalam ayat di atas seperti berikut;


1. Pemimpin dan anggotanya memperalatkan agama untuk menimbulkan perpecahan di kalangan masyarakat. 

2. Mereka meninggalkan agama Tauhid, sebaliknya menjadikan ideology dan aliran fikiran manusia sebagai pegangan dan peraturan politik dan peraturan hidup mereka. 

3. Bersikap sombong dan berbangga dengan parti masing-masing. 

4. Lupa kepada ALLAH.Yakni, apabila ingin menyelesaikan masalah umat, mereka tidak merujuk kepada hukum ALLAH, sebaliknya merujuk kepada teori manusia. 

Bersambung...PAS PARTI SYAITAN?

BENARKAH PAS PARTI ISLAM


BAHAGIAN 2 - CIRI-CIRI PARTI ISLAM MENURUT AL QURAN


Dalam Al-Quran, ALLAH secara jelas dan tegas telah memperkenalkan cirri-ciri dan sifat-sifat Parti Islam dengan sebutan HIZBULLAH , iaitu PARTI ALLAH.

Ertinya, Islam memang memerintahkan umatnya memasuki parti yakni PARTI ALLAH. Bukan parti mengikuti sistem sekular,cara pemilihan pemimpin mengikut undi dan sebagainya seperti mana yang PAS amalkan sekarang ini.Tapi Parti ALLAH mempunyai ciri-ciri khusus yang ALLAH sendiri telah tetapkan; bukan macam PAS tetapkan.
 
ALLAH telah berfirman didalam Al-Quran:

 Maksudnya: “Sesungguhnya pemimpin kamu itu ialah ALLAH, Rasul-NYA dan orang-orang yang telah beriman yang mendirikan bersembahyang, yang mengeluarkan zakat, dan hal keadaan mereka itu tunduk (kepada ALLAH). Dan barangsiapa mengankat ALLAH, R asul-NYA dan orang-orang mukmin menjadi pemimpin, maka sesungguhnya HIZBULLAH( Parti ALLAH) itulah yang mendapat kemenangan.” –(Surah Al Maidah ayat 55-56)

Firman ALLAH lagi:

 Maksudnya; “Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum itu yang benar-benar beriman kepada ALLAH dan Hari Akhirat, tergamak berkasih saying dengan orang-orang yang menentang ALLAH dan Rasul-NYA, sekalipun orang-orang(yang menentang ALLAH) itu terdiri daripada bapa-bapa mereka atau anak-anak mereka atau saudara- saudara mereka atau keluarga mereka.Meraka (golongan yang benar-benar beriman itu) telah ditetapkan iman di dalam hati mereka dan ALLAH telah menguatkan mereka dengan cara menanamkan semangat di dalam hati mereka. ALLAH akan memasukkan mereka ke dalam syurga yang di bawahnya mengalir sunagi-sungai dan mereka kekal di dalamnya. ALLAH redha kepada mereka dan demikian juga mereka redha kepada ALLAH serta bersyukur kepada nikmat pemberian ALLAH.Mereka itulah anggota-angota HIZBULLAH( Parti ALLAH ). Sesungguhnya pendokong HIZBULLAH (Parti ALLAH) itu ialah orang-orang yang mendapat kemenangan (di dunia dan di akhirat)”- (Surah Al Mujadilah ayat 22).

 Ayat-ayat di atas secara tidak langsung ALLAH telah menerangkan tentang cirri-ciri Parti ALLAH dan sifat-sifat pemimpin dan anggotanya. Di antaranya ialah;

1. Mereka benar-benar beriman kepada ALLAH dan Rasul-NYA , menjadikan kedua-duanya sebagai pemimpin dan tempat rujuk serta tempat minta pertolongan.

2. Mereka meletakkan orang yang benar-benar beriman sebagai pemimpin, iaitu di kalangan mereka yang bertaqwa.

3. Mereka beriman kepada Hari Akhirat

4.Mereka mendirikan sembahyang.

5.Mereka mengeluarkan zakat.

6.Mereka benar-benar patuh kepada perintah dan hukum ALLAH.

7.Mereka sekali-kali tidak berkasih sayang dan bekerjasama dengan orang yang menentang agama (ingkar hukum) ALLAH.

8. Tidak bersikap asabiah qaumiah, yakni tidak bertolak ansur walaupun dengan ibu bapa, anak-anak, saudara mara, kerabat dan keluarga sendiri, sekiranya mereka itu anti-Islam atau melakukan maksiat dan kemungkaran.

9. Mereka( golongan Parti ALLAH) tidak pernah kalah dan sentiasa menang.

Menyentuh tentang ciri dan sifat nombor 7, bersesuaian dengan ayat 22 surah Al-Mujadilah di atas, kita dapati sifat-sifat dan ciri-ciri itu tidak ada pada parti PAS.Demikian dengan cirri nombor 9, kerana PAS sentiasa kalah dalam pilihanraya.

Tapi demi kerana untuk meraih undi, PAS sanggup berkerjasama dengan parti-parti dalam Pakatan Pembangkang yang terdiri daripada parti-parti menentang ALLAH kerana peribadi pemimpin mereka dan dasar parti mereka bukan berlandaskan Islam.Buktinya ialah DAP dan PKR dasar dan perlembagaan parti mereka tidak berlandaskan Islam, bahkan tidak ada langsung cita-cita untuk menegakkan Islam.

Mereka Cuma menyokong Islam untuk mengambil kesempatan di sebalik isu reformasi; yang isu tersebut juga tidak berlandas dan semangat Islam.sekiranya mereka (Pakatan Pembangkang) menang, mereka juga akan melaksanakan sistem pemerintahan seperti mana yang sedang dilaksanakan oleh UMNO dan BN sekarang ini.

Bersambung - Ciri-Ciri Parti Syaitan

BENARKAH PAS PARTI ISLAM?

PENGENALAN

Penyelidikan mengenai beberapa persoalan yang berkaitan dengan politik dan isu- isu yang timbul dalam masyarakat Islam diharapkan dapat menjelaskan tentang beberapa kekeliruan dan salah faham sehingga menimbulkan krisis persaudaraan di kalangan umat Islam.


Punca timbul krisis  itu sehingga berlaku perbuatan tuduh menuduh, caci mencaci, pulau memulau, kutuk mengutuk dan lain-lain terhadap sesamaa Islam ialah kerana salah faham berhubung dengan salah tafsir terhadap nilai keIslaman seseorang dan seumpulan atau parti berkenaan yang disertai masing-masing.

Sebagai usaha untuk mengatasi krisis itu, difokuskan esei-esei selepas ini kepada beberapa perkara pokok yang menjadi persoalan iaitu tentang cirri-ciri sebenar sesebuah Parti Islam dan cirri-ciri pemimpin dan pengikutnya, berdasarkan Al-Quran dan Al-Hadis serta athar dan sejarah perjuangan Rasulullah SAW dan para sahabat serta para pejuang Islam dahulu


Ciri-ciri itu dibuat perbandingan dengan parti dan kumpulan berkenaan yang menjadi focus dalam penulisan ini, iaitu PAS dan UMNO.

Selain itu dibuat juga perbandingan parti berkenaan dengan firqah-firqah aqidah yang menyalahi iktiqad Ahli Sunnah Wal Jamaah yang disebut oleh Rassulullah SAW akan muncul di akhir zaman berjumlah 72 firqah, iaitu berdasarkan sikap dan tindak-tanduk harian mereka dalam politik.
 
Di antara firqah-firqah yang popular di negara ini ialah Muktazilah, Khawarij dan Syi’ah. Sementara Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah pegangan iktiqad yang diakui sah oleh Rasulullah SAW sendiri dan cirri-cirinya dihuraikan dalam buku ini meliputi pegangan dalam bidang politik.


Esei yang disiarkan selepas ini mengandungi pendedahan beberapa amalan yang menyalahi ajaran Islam oleh parti-parti politik, termasuk PAS.


Ini termasuk perbuatan pemimpinya seperti suka kafir mengkafir sesama Islam, berkasar, mendedahkan aib orang lain, boikot memboikot, berdemontrasi, mencarut, tidak mengenang budi dan lain-lain.

BENARKAH PAS PARTI ISLAM?

PENDAHULUAN


Segala puji bagi ALLAH ,Tuhan tempat disembah dan dirujuk segala perkara mengenai urusan dunia dan akhirat. Selawat dan salam kapada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW,Nabi dan Rasul yang ummi dan pemimpin umat Islam sejagat yang teragung. 

Polimik mengenai sama ada Parti PAS sebuah parti Islam sampai ke kemuncaknya baru-baru apabila ada pemimpin UMNO seperti Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Afdal dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said. melabelkan PAS sebagai Parti Ajaran Sesat.

Hakikatnya PAS dikatakan sebagai ‘Parti Ajaran Sesat’ bukan baru. Apabila Nik Abdul Aziz Nik Mat mengatakan ‘JIKA SYAITAN PUN NAK TOLONG PAS’ ia sanggup menerimanya, banyak pihak ketika itu mengatakan PAS sudah menjadi “Parti ‘Ajaran Sesat’.

Namun oleh kerana waktu Ahmad Said mengatakan ‘PAS Ajaran Sesat’ ketika hampir pilihan raya umum ke 13 dan halatuju perjuangan PAS terumbang ambing, kenyataan Menteri Besar Terengganu itu mengundang kritikan dan ada yang menyelar Ahmad Said.
 
Ada yang mengatakan Ahmad Said sebagai ‘Pemikiran Sesat’, ‘Tidak Waras’ dan banyak lagi yang semuanya bagaikan melepaskan geram. Namun ada di kalangan pemimpin PAS yang “sedia bersemuka’ dan duduk semeja untuk bincang ‘Parti Ajaran Sesat’.

Menteri Besar Terengganu itu bagaimanapun enggan tunduk kepada desakan PAS yang memberi tempoh tiga hari agar beliau menarik balik kenyataannya mendakwa parti itu sebagai ‘Parti Ajaran Sesat’.

Malah, Ahmad Said bersedia disaman oleh PAS berhubung dakwaan itu sambil menyerahkan kepada parti berkenaan untuk memilih sama ada kes itu dibawa ke mahkamah sivil atau mahkamah syariah.

Beliau tidak sesekali gentar dengan desakan parti tersebut kerana yakin dakwaan terhadap PAS itu mempunyai kebenaran berdasarkan banyak bukti kukuh. Hakikatnya sehingga hari ini, umat Islam di Malaysia khususnya masih lagi keliru dengan uslub perjuangan menegakkan ajaran dan hukum Islam.

Kalau sebelum ini umat Islam keliru dengan pengertian ibadah, tetapi sekarang ini setelah timbul era kesedaran dan kefahaman Islam , umumnya telah memahami bahawa ibadah meliputi semua bidang kegiatan hidup.

Kebelakangan ini kita dapati masih lagi umat Islam keliru dengan pengertian tentang parti politik, jihad, berjuang dan persoalan kepimpinan dalam Islam.

Hal itu perlu ada penjelasan.Kita tidak boleh membiarkan masyarakat umum teraba-raba mencari jawapan, seperti orang buta teraba-raba untuk mengenal gajah, kerana ia akan timbul fanatic bahawa apa yang mereka temui itulah betul,sedangkan orang lain tidak betul.

Maka akan berlakulah pertelagahan yang tidak berkesudahan. Saya berusaha mencari bahan-bahan yang boleh dijadikan panduan bagi membantu masyarakat umum menghilangkan kekeliruan dalam persoalan politik dan Islam, kerana terdapat penjelasan mengenai cirri-ciri dan sifat-sifat Parti Islam, pemimpin serta pengikut dan uslubnya berdasarkan Al-Quran dan Al-Hadis serta pendapat para ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah, yang mana menjadi anutan dan pegangan umat Islam di Malaysia.

Di samping itu akan dibuat juga perbandingan dengan parti politik yang dikenali sebagai Parti Islam, sekaligus tindak-tanduk dan sikap pemimpin dan ahlinya, agar umat Islam menilai yang mana menepati ajaran Islam dan yang mana bercanggah dengan ajaran Islam.

Ini kerana kebenaran tidak hanya terletak kepada apa yang diucapkan atau apa yang terkandung di dalam kitab, tetapi dinilai kepada perbuatan, amalan dan tindak-tanduk seseorang.

Akhirnya yang penting, hendaklah kita menjadi orang mukmin sejati, yang lurus hatinya, lurus lidah dan benar perbuatan dan amalannya.