Monday, April 30, 2012

BERSIH 3.0 - AMBIGA, NIK AZIZ, ANWAR 'PENGHASUT' SEBENAR?

Bersih 2.0 diadakan Julai lalu. Perhimpunan semalam adalah susulan kepada Bersih 2.0 bagi menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

Ia diadakan kira-kira sebulan selepas Dewan Rakyat meluluskan laporan akhir Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.

Bersih 3.0 disifatkan kebangkitan rakyat menentang pilihan raya tidak bersih dan pada masa yang sama ia jelas didalangi pakatan pembangkang.

Perdana Menteri telah mewujudkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Ogos lalu ekoran perhimpunan Bersih 2.0 dan laporan akhirnya telah dibentangkan di Parlimen awal bulan ini. Namun pembangkang terus mempertikaikannya.

Kenapa?

Kerana ada dua fatwa daripada pemimpin utama pakatan pembangkang iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Nik Aziz Nik Mat. Manusia terpilih, Anwar menyebut : ”Menjadi kewajipan tanpa kompromi untuk semua rakyat Malaysia hadir ke perhimpunan BERSIH bagi menuntut pilihan raya yang bebas dan adil di Kuala Lumpur..."


Ini kerana, kata Anwar, kehadiran mereka bertujuan menuntut hak yang dijamin dalam perlembagaan dan bukan menuntut elaun atau ganjaran untuk diri sendiri. Menurut Anwar, perhimpunan itu juga akan memberitahu perdana menteri dan anggota kabinetnya serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya tidak melakukan penipuan dalam pilihan raya.

Nik Aziz pula memfatwa: Hadir ke Bersih 3.0 adalah wajib. Menghadiri program itu suatu kewajipan memandangkan ianya diadakan untuk untuk menentang ketidakadilan khususnya terhadap proses pilihanraya di negara ini yang tidak selari dengan Islam.

Namun, berapa ramai yang keluar menyokong Bersih?

Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga mengatakan kira-kira 250,000 sementara ada yang mengatakannya kurang.



Yang pasti perhimpunan itu tidak mampu mengumpul setengah juta seperti yang diwar-warkan selama ini.

Apa kesannya kepada rakyat, pembangkang dan kerajaan hasil perhimpunan Bersih 3.0 ini?

Fakta Perhimpunan Bersih:

1. MAHU DIADAKAN DI DATARAN MERDEKA - Kedegilan penyokong perhimpunan Bersih 3.0 untuk terus berdemonstrasi di Dataran Merdeka walaupun tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa, hanya menunjukkan niat sebenar mereka yang mahu memburukkan imej negara dan kerajaan di mata dunia. Perdana Menteri berkata: “Kita tahu apa yang mereka fikirkan dan sebab itulah apabila kita tawarkan Stadium Merdeka, mereka enggan menerimanya sedangkan pada perhimpunan terdahulu mereka mahukan stadium itu. Mereka tahu kepentingan Dataran Merdeka dan sedar kita akan mempertahankannya dan mereka mahu berkonfrantasi dengan polis supaya rakyat marah kepada kerajaan.”

2. AMBIGA AKUI GAGAL KAWAL PESERTA DEMONSTRASI - Ambiga mengakui gagal mengawal emosi peserta demonstrasi Bersih 3.0 hingga memaksa polis mengambil tindakan menembak meriam air dan gas pemedih mata. Tindakan provokasi sebilangan penyokong Bersih hingga bertindak merempuh penghadang polis di Dataran Merdeka bertentangan dengan arahan yang dikeluarkan pihaknya. "Tindakan merempuh dan melanggar penghadang polis di Dataran Merdeka bukan sesuatu yang kita sokong. Sejak daripada awal kita sudah berjanji untuk tidak melanggar sekatan. Saya percaya akibat daripada itulah pihak polis mengambil tindakan menembak meriam air dan gas pemedih mata," katanya pada sidang media di KL Sentral Sabtu.

3. POLIS TERPAKSA LEPASKAN GAS PEMEDIH MATA & MERIAM AIR Kerana Peserta Bersih 3.0 Bertindak Ganas - Polis mendakwa mereka terpaksa melepaskan gas pemedih mata dan meriam air kerana perusuh Bersih 3.0 bertindak ganas hingga memaksa mereka berbuat demikian bagi menyuraikan perhimpunan tersebut. "Mereka bertindak tidak sopan dengan membaling objek kepada polis dan memaksa polis membuka laluan untuk memudahkan mereka bergerak menghampiri Dataran Merdeka," kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh.


4. 63 PESERTA HIMPUNAN, DUA ANGGOTA POLIS DIRAWAT DI HKL - Hospital Kuala Lumpur (HKL) menerima 63 pesakit yang menjadi peserta perhimpunan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) disokong pembangkang berhampiran Dataran Merdeka di sini, Sabtu. Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma HKL Prof Datuk Seri Abu Hassan Ashaari Abdullah berkata "Kesemua mereka berumur antara 15 tahun dan 74 tahun. Daripada 65 orang itu, tujuh dimasukkan ke dalam wad masalah pernafasan dan kepenatan. Selebihnya menerima rawatan pesakit luar," katanya kepada pemberita. Beliau berkata pihak hospital menyediakan 160 kakitangan dan pegawai serta pelbagai kemudahan termasuk makanan kepada pesakit berkenaan.

5. PENGANJUR BERSIH GAGAL PATUHI AKTA PERHIMPUNAN AMAN - Perlakuan ganas, merempuh sekatan polis serta membawa anak kecil memperlihatkan bahawa penganjur perhimpunan badan bukan kerajaan (NGO) yang disokong pembangkang gagal mematuhi garis panduan yang ditetapkan dalam Akta Perhimpunan Aman 2011. akta tersebut menggariskan seseorang di bawah umur 21 tahun tidak boleh menjadi penganjur manakala kanak-kanak bawah 15 tahun tidak boleh menyertai mana-mana perhimpunan. Mana-mana orang yang merekrut atau membawa kanak-kanak ke perhimpunan atau membenarkan kanak-kanak pergi ke perhimpunan juga dianggap telah melakukan kesalahan, dan jika disabitkan boleh didenda sehingga RM20,000.



6. SERAMAI 222 PESERTA PERHIMPUNAN BERSIH 3.0 DITAHAN - Setakat jam 7 petang Sabtu dan kesemua mereka dibawa ke Pulapol untuk proses dokumentasi.

7. TIADA KEMATIAN - Polis mengesahkan bahawa tiada kematian yang berlaku semasa perhimpunan yang dianjurkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan disokong pembangkang semalam manakala mereka yang mengalami kecederaan dan dirawat di hospital berada dalam keadaan stabil. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata kematian seorang anggota polis Sarjan Zaini Nawawi, 53, di Jalan Bukit Bintang semalam tidak ada kena mengena dengan perhimpunan itu. Sarjan Zaini Nawawi, 53, yang merupakan anggota MPV Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi meninggal dunia kerana mengalami sesak nafas ketika menjalankan tugas rondaan biasa di kawasan Bukit Bintang

Bersambung...Ambiga Bukan Anwar Layak Ganti Najib Sebagai Perdana Menteri

Sunday, April 29, 2012

PENYERTAAN BERSIH YANG BESAR, KEGANASAN AKAN LIHAT UMNO BERJAYA


Kegembiraan sementara Pakatan Rakyat (PR) dengan jumlah penyertaan yang besar dalam perhimpunan Bersih tahun ini bertukar menjadi mimpi buruk apabila perusuh mula memecahkan halangan polis dan bertempur dengan pihak berkuasa berkenaan, memberikan kelebihan kepada Umno untuk pilihan raya akan datang.

Penyokong Barisan Nasional (BN) dilihat mula menggunakan media sosial mendakwa penyertaan perhimpunan menuntut pilihan raya adil dan bersih yang dipimpin pembangkang, menyerang anggota polis malah turut merosakkan kereta polis.

Ini meletakkan PR dalam keadaan bertahan, dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata kepada The Malaysian Insider.

"Umno akan mengaitkan perhimpunan ini dengan 1998," merujuk kepada gerakan Reformasi dan keganasan jalanan selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dilucut jawatan sebagai timbalan perdana menteri.

"Ini akan dilaporkan secara meluas di dalam media beberapa hari akan datang," kata penganalisis politik, Ong Kian Ming. Pensyarah UCSI itu berkata kepada The Malaysian Insider terdapat peluang "50-50" untuk kerajaan menangguhkan pilihan raya yang dijangka Jun depan, bergantung kepada impak populariti Datuk Seri Najib Razak dengan peranan yang dimainkan media antarabangsa.

Media antarabangsa mengkritik cara kerajaan menangani perhimpunan Bersih tahun lalu yang memaksa perdana menteri membentuk beberapa perubahan termasuk jawatankuasa khas pilihan Parlimen dan Akta Perhimpunan Aman yang diluluskan Isnin lalu.

Namun kedua-duanya dikatakan hanyalah bersifat kosmetik dan perhimpunan "duduk Bantah" di Dataran Merdeka semalam yang menyaksikan 25,000 peserta, adalah unjian pertama untuk akta perhimpunan berkenaan, Presiden Umno itu berkata "selari dengan norma antarabangsa".

Laporan media antarabangsa mula menunjukkan sikap negatif polis apabila sekali lagi menembak gas pemedih mata dan meriam air ke arah perusuh.

Namun begitu, sebenarnya, perusuh memulakan keganasan terhadap individu dan harta benda apabila cuba meluru masuk ke Dataran Merdeka membolehkan BN berasa lega. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein tturut menegaskan polis bertindak dengan terkawal, dan pemimpin BN yang lain menegaskan hanya dengan 388 yang ditangkap sehingga 9 malam tadi, hanya suku daripada tangkapan tahun lalu.

Pemimpin Bersih dan PR mula menjarakkan diri sesama mereka yang menyerang polis selepas Hishamuddin berkata, sekurang-kurangnya 20 anggota dimasukkan ke hospital.

Pengerusi bersama Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan berkata keganasan itu mungkin desakan untuk pembaharuan demokrasi dengan sesetengahnya merasakan perhimpunan itu "telah berlaku sesuatu yang tidak benar."

Namun beliau menegaskan, pentadbiran Najib perlu melihat kembali kenapa perusuh sudah bersedia dengan keadaan seperti itu.

Selepas polis melepaskan gas pemedih mata dan meriam air kepada perusuh, sebahagian mereka mula menyerang kereta polis yang mana pemandunya hilang kawalan dan terlanggar perusuh.

Mereka dihalang menyerang anggota polis berkenaan naum kemudiannya menerbalikkan kereka tersebut. Mereka kemudiannya enggan bersurai dan mula membaling kepingan konkrit dan botol kepada polis dan delegasi yang membawa Datuk Bandar KL Tan Sri Ahmad Fuad Ismail.

Cermin kereta itu pecah dan memaksa konvoi itu berpatah balik. Professor Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia Shamsul Adabi Mamat berkata, kejadian itu adalah akibat daripada tekanan pembangkang ekoran pilihan raya semakin hampir.

"Sebab pilihan raya dah semakin dekat, mereka (pembangkang) harus melakukan provokasi dan menimbulkan isu," katanya.

The Malaysian Insider

NIZAR PENDUSTA BESAR, KENAKAN HUKUMAN SETIMPAL...


"Jangan libatkan kami dalam perkara begini. Memandangkan beliau telah buat kenyataan, beliau perlu tunjukkan bukti. Kalau tidak, jangan undi dia. "Ada laporan polis dibuat terhadap beliau dan biarlah pihak berkuasa siasat," - Tan Sri Abdul Aziz Jaafar

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sewajaranya dikenakan tindakan berat jika benar belau membuat fitnah terhadap Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Perdana Menteri.

Beliau kini akan dipanggil oleh Polis Perak bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya mendakwa kononnya Perdana Menteri mengadakan pertemuan dengan pegawai tertinggi tentera dan meminta mereka berbuat sesuatu jika Barisan Nasional (BN) kalah dalam pilihan raya.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, meskipun kertas siasatan kes itu telah dibuka namun terdapat beberapa prosedur yang perlu dilakukan sebelum memanggil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang itu untuk memberi kenyataan.

“Siasatan kes itu sedang dilakukan mengikut prosedur dan insya-Allah ia akan dilakukan secepat mungkin," katanya yang enggan mengulas lanjut semalam.

ATM kelmarin menyifatkan tuduhan tidak berasas anggota pembangkang, itu mengaitkan ATM dan Perdana Menteri dalam soal pilihan raya umum pada satu ceramahnya di Perak baru-baru ini berbaur hasutan.

Panglima ATM Jeneral Tan Sri Zulkefli Mohd Zin dalam satu sidang media di Kuala Lumpur berkata, seluruh warga ATM kecewa dengan tuduhan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang itu kerana ia bermotif untuk menjejaskan kredibiliti dan imej Perdana Menteri serta ATM.

Panglima Tentera Laut, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar semalam  pula  meminta  Nizar supaya berhenti mengeluarkan kenyataan mengaitkan pasukan tentera dengan dakwaan komplot rampasan kuasa tanpa sebarang bukti.

Menurutnya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang itu perlu menunjukkan bukti bagi menyokong dakwaannya memandangkan beliau telah mengeluarkan kenyataan tersebut.

"Jangan libatkan kami dalam perkara begini. Memandangkan beliau telah buat kenyataan, beliau perlu tunjukkan bukti. Kalau tidak, jangan undi dia. "Ada laporan polis dibuat terhadap beliau dan biarlah pihak berkuasa siasat," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis penutup Projek Jiwa Murni Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Pembaikan Jeti Kampung Masjid di Pangkor, semalam.

Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak dalam ceramahnya Ahad lalu, mengeluarkan kenyataan kononnya Perdana Menteri ada mengadakan pertemuan dengan para pemimpin tentera dan meminta mereka melakukan sesuatu jika BN kalah pada pilihan raya umum akan datang.

Bekas Menteri Besar Perak itu juga menegaskan bahawa beliau bukan membuat dakwaan tetapi mahu mengetahui sama ada maklumat tersebut benar atau sebaliknya.

Mohammad Nizar semalam pada satu ceramah menyatakan beliau mendapat maklumat mengenai perkara tersebut daripada pegawai TLDM ketika mereka bertemu dalam beberapa program masyarakat di kawasannya serta sekitar Manjung.

Dalam ceramah itu yang turut dimuat naik dalam Youtube, Mohammad Nizar mendakwa kononnya ketua-ketua pasukan tentera akan bersama-sama dengan rakyat sekiranya BN tumbang.

Ditanya mengenai dakwaan Mohammad Nizar itu, Abdul Aziz menegaskan, pemimpin tersebut tidak wajar membuat tuduhan tanpa sebarang bukti.

"Beliau perlu menunjukkan bukti atau setidak-tidaknya mendedahkan identiti pegawai tentera yang dimaksudkannya," tegas beliau.

Friday, April 27, 2012

AMBIGA, BERSIH 3.0 UJI KUASA POLIS, AKTA PERHIMPUNAN AMAN...


Gabungan menuntut pilihan raya bersih dan adil, Bersih 3.0 mencabar polis bahawa mereka TIDAK WAJAR DIHALANG UNTUK BERHIMPUN di Dataran Merdeka esok

Persoalannya apakah penyokong BERSIH yang dibenarkan berhimpun di tempat yang dirancang akan sanggup duduk dan tidak berarak ke Dataran Merdeka ?

Walaupun mereka semua tahu peraturan seperti digariskan dalam Akta Perhimpunan Aman yang diluluskan baru-baru ini, tidak ada jaminan bahawa mereka akan berarak ke kawasan yang dilarang itu.

Bersih 3.0 pastinya akan cuba menghampiri Dataran Merdeka dan diharapkan sesuatu yang tidak baik tidak akan berlaku.

Lebih menyerlah kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku boleh dilihat daripada apa yang disebut oleh Pengerusi Bersama Dtuk Ambiga Sreenevasan hari ini bahawa polis tidak ada kuasa untuk menghalang perhimpunan itu esok.

Sebagai peguam, pastinya Ambiga tahu dimana kelemahan atau ‘grey area’ yang mereka boleh langgar dan kerana itu dibimbangi akan ada ‘pertempuran’ esok. Kata Ambiga seperti dilaporkan:

The police have no powers under the newly-enforced Peaceful Assembly Act to bar tomorrow’s rally for free and fair elections at Dataran Merdeka, Bersih said today. Bersih co-chairman Datuk Ambiga Sreenevasan said that Section 14(1) of the Act, which the Najib administration said would allow freedom of assembly in accordance with international norms, stated that police could only impose conditions for any planned assembly. “Police have no power to deny the assembly; they can only impose conditions,” she told reporters here. Section 14(2) of the same Act stated that if no conditions were given, any public assembly may carry on as planned. “In the letter given to us by the police, there were no conditions imposed. The rally is a legal assembly under the Peaceful Assembly Act. The police have breached the provisions of the Assembly Act,”.

Dan jika ada tembakan air menyuraikan perhimpunan atau polis bertindak kasar esok, pastinya akan memberikan kesan buruk kepada kerajaan.

Tekanan kini di pihak polis dan penguatkuasa lain kerana mereka mahu dilihat tidak keras, ‘bertolakansur’ serta bertindak lembut terhadap pembantah berkenaan,

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh sudah memberi amaran bahawa sebarang kumpulan yang menuju ke Dataran untuk mengikuti perhimpunan "duduk bantah" yang dilarang akan menghadapi tindakan polis.

Apakah tindakan polis?

Dihalau kembali ‘duduk batah’ di tempat dibenarkan atau kemungkinan ditahan?

Hakikatnya pemimpin dan anggota Perhimpunan Bersih lebih rela ditahan untuk menunjukkan mereka ‘benar’ dalam tuntutan mereka selain mengatakan Kerajaan bimbang dengan tindakan mereka.

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur semalam mengeluarkan perintah bahawa penganjur Bersih 3.0 dan orang ramai tidak boleh memasuki kawasan Dataran Merdeka esok.

Malah, perintah itu juga melarang penganjur Bersih 3.0 dan orang ramai daripada berkumpul di Dataran Merdeka mulai tengah malam ini sehingga 1 Mei.

Perintah itu dikeluarkan oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir kira-kira 8.30 malam tadi ekoran permohonan pihak polis. Bersih 3.0 sudah mengatakan mahu meneruskan rancangan mahu berhimpun di Dataran Merdeka dan beberapa lokasi yang telah diputuskan, esok meskipun polis telah memperoleh perintah menghalang mereka daripada berkumpul di kawasan bersejarah itu.

"Kami akan meneruskan sebagaimana telah dirancang. Kami tidak akan melanggar halangan. Kami akan bermula pada jam 2 petang dan bermula dengan Negaraku," kata Bersih 2.0 dalam satu kenyataan dikeluarkan menerusi Twitter.

 Mesej Twitter itu dikeluarkan serentak dengan sidang media yang diadakan hari ini. Satu lagi mesej menyebut, "@bersih2: Perintah mahkamah: Permit #Bersih tidak diluluskan oleh DBKL tetapi #Bersih akan diteruskan."

Yang nyata, perintah mahkamah itu diserahkan kepada Ambiga pada jam 12.08 tengahari ini, melarang beliau, kumpulan dan orang awam daripada Dataran Mereka.

Pada sidang medianya Ambiga berjanji dengan mengatakan  BERSIH AKAN MEMATUHI perintah mahkamah melarang mereka berkumpul di Dataran Merdeka.

"Kita tidak akan langgar perintah itu ... Kita akan berkumpul di tempat-tempat perhimpunan yang tidak disebut dalam perintah itu (melarang kumpulan dan orang awam), dan bergerak sehampir mungkin ke Dataran," katanya.

Apakah maknanyang daripada kenyataan Ambiga itu?

Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Ahmad Fuad Ismail, sudah mengatakan tidak akan ada jalan menuju ke Dataran Merdeka ditutup.

"Walaupun kita menasihati orang ramai untuk tidak berkumpul di Dataran Merdeka kerana ia ditutup, mereka yang merancang untuk mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut perlu mematuhi peraturan," katanya.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengekalkan keputusan yang tidak untuk membenarkan Bersih 3.0 yang dicadangkan Sabtu ini mengadakan perhimpunan di sana. DBKL juga akan cuba sedaya upaya untuk tidak menutup mana-mana jalan menuju ke Dataran Merdeka esok.

"Kami akan memaklumkan kepada pengguna jalan raya jika ada jalan ditutup, dan akan melakukan yang terbaik untuk memastikan keselamatan orang awam…Nasihat kami ialah tidak berarak di jalan-jalan utama tetapi menggunakan kaki lima."

 Apa yang diharapkan, BERSIH 3.0 juga perlu menasihati orang ramai dan penyokongnya mematuhi arah polis untuk menjamin BERSIH dilihat Bersih dan tidak melanggar peraturan pihak berkuasa.

Jika ada anggota BERSIH 3.0 yang melanggar sebarang peraturan dan jika ada tindakan umpamanyamenahan mereka, kerajaan akan dituduh  mencabuli hak rakyat.

Ujian paling besar ialah apakah Akta yang diluluskan itu sememangnyan tidak memperuntukkan polis untuk menyekat perhimpunan BERSIH 3.0 di Dataran Meredeka kerana ia bukan perhimpunan yang 'dirancang'.

Lagipun polis hanya berkuasa untuk menetapkan syarat dan peraturan tetapi tidak ada kuasa untuk menghalang perhimpunan berkenaan.

Apakah selepas ini Akta berkenaan akan dipinda semula kerana wujud kelemahan-kelemahan?

Dan jika ada pancutan air untuk menyuraikan pembantah serta ada tangkapan, apakah ia petanda bahawa Pilihan Raya Umum ke 13 tidak akan dibuat dalam masa terdekat?

SAIFUDDIN MEROYAN KERANA ANWAR TANGGUNG RISIKO BERAT



Siapakah orang Malaysia YANG BERKECUALI yang tidak sokongan kerajaan atau sokong pembangkang?

Dalam agama bolehlah kita cari Atheist – yang tidak BERTUHAN.

MAKIN GILA sekarang pemimpin Pakatan Rakyat ini, khususnya Setiausaha Agong PKR, , Datuk Saifuddin Nasution Ismail. Atau memang mereka semua ini dah MEROYAN dan tidak ada agenda lain selain MENAWAN Putrajaya?

Atau ada pihak-pihak mula mula menekan mereka agar pelaburan besar, khususnya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa rakannya, mungkin kepada Saifuddin sendiri selama ini dapat dikembalikan segera? 

Sebelum ini tidak pernah berlaku sampai cabar Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz dan timbalannya, Mohd Yusof dan Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar untuk menafikan mereka bukan ahli Umno bagi membuktikan benar-benar berkecuali, dah perbuatan melampau.

Apakah kalau ahli parti pembangkang duduk di kerusi itu baru adil atau berkecuali? Atau jempat orang luar khususnya dari negara-negara yang menjadi kegemaran pembangkang baru SPR berkecuali? 

Saifuddin berkata, pada dasarnya mana-mana ahli panel SPR sepatutnya tidak menganggotai parti politik supaya mereka kelihatan berkecuali dan dapat bertindak tanpa condong kepada mana-mana pihak.

Sehubungan itu kata Saifuddin, beliau mempunyai bukti kukuh mengenai keanggotaan mereka dalam Umno - parti teras Barisan Nasional (BN).

Saya tahu Aziz ahli Umno, cawangan mana, nombor ahli Umno. Satu-satu SPR di dunia, ketua dan timbalannya secara rasmi menjadi ahli politik yang bertanding dalam pili¬han raya. “Mereka patut lepaslah (keahlian dalam Umno), jangan ada sekelumit prejudis dan prasangka bahawa SPR ini berpihak kepada mana-mana parti politik,” katanya. “Saya juga ada maklumat di mana cawangan mana Tan Sri Aziz dan timbalannya (Wan Ahmad) menjadi ahli (Umno),” kata beliau dalam satu temu bual eksklusif dengan Sinar Harian di pejabatnya, semalam.

Masalahnya apa? Kalau pembangkang menang pilihan raya, apakah pembangkang akan meletakkan orang UMNO atau parti komponen lain di jawatan itu?

Hari ini bangkit soal orang di SPR, bagaimana esok kalau timbul pula kes pembahagian biasiswa dan sebagainya?

Persoalannya tidak bolehkan kakitangan kerajaan menjadi ahli parti politik?

Malah pemimpin PKR itu minta mereka menafikan yang mereka bukan ahli Umno. Kalau tidak ugut mahu dedahnya. Jika tidak, saya akan dedahkan di cawangan mana mereka menjadi ahli Umno.

 Saifuddin berkata, kedua-dua Abdul Aziz dan Wan Ahmad seharusnya telah meletakkan jawatan dalam parti sebaik sahaja dilantik ke jawatan penting agensi pengendali pilihan raya itu.

Kenapakah Saifuddin sanggup melakukanTUDUHAN JAHAT seperti ini kepada penjawat awam? Kenapa beliau mahu MENYEKAT penjawat awam melakukan tugas mulia mereka?

Gambaran sebenar pakatan pembangkang sekarang ialah ia akan melakukan apa sahaja untuk menang kerana jika pakatan pembangkang kalah kali ini, Anwar akan menanggung RISIKO BESAR. 

Risiko apa? Kita lihatlah nanti kerana Ketua Pembangkang ini berkiblatkan politiknya kepada Barat termasuk Yahudi.

Wednesday, April 25, 2012

FATWA - HADI ANGGAP DESAKAN TARIK BALIK SEBAGAI DESAKAN ‘KAKI LIMA’ , 'ANAK-ANAK KECIL'

 

Begitu angkuh dan sombongnya Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang!

Beliau bukan sekadar enggan menarik balik ‘Fatwa’ yang dibuatnya pada 1981 tetapi menghina Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu apabila menganggap saranan ADUN UMNO di dalam dewan sebagai modal bualan ‘anak-anak kecil’ dan desakan ‘kaki lima’ UMNO sahaja.

Sidang DUN Terengganu semalam bergema dengan desakan dan cadangan agar Hadi turun ke kawasan-kawasan yang masih belaku sembahyang dua imam dan masih mengamalkan ‘fatwa beliau’ yang menyebabkan perpecahan. 

 Bukan itu sahaja, Hadi menganggap saranan pemimpin Umno Terengganu agar pimpinan PAS dibawa ke setiap daerah yang kononnya masih berlaku perpecahan hanyalah modal bualan ‘anak-anak kecil‘.

Sikap Hadi ini jelas bertentangan dengan hasrat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam)  yang mahukan supaya perkara ini diselesaikan kerrana isu dua sembahyang Jumaat dalam satu mukim, sebahagian besar penyokong Pas mengatakan mereka terikat dan terikut dengan apa yang difatwa oleh pemimpin ( Hadi) mereka pada masa lalu,"

Bagi Hadi, UMNO Terengganu takut untuk berdebat mengenai ‘Fatwanya’. Hadi ditemui di luar dewan berkata beliau tidak perlu lagi menjawab isu itu kerana muzakarah mengenainya pernah dicadangkan pada tahun 1984 namun ditolak oleh Umno peringkat pusat.

“Pas sudah sedia hadir muzakarah, Ngo Islam juga bersedia menjadi orang tengah tetapi Umno tidak hadir. Tahun 1984, kita sanggup hadir tapi dibatalkan,” katanya.

Kenyataannya itu sekali gus menolak kehendak DUN Terengganu agar beliau menarik balik apa juga ‘fatwa dibuatnya yang menyebabkan umat Islam di negara ini’ berpecah-belah sehingga ada suami isteri bercerai-berai.

Semalam, kerajaan negeri menyatakan kesediaannya menerima penarikan semula amanat yang pernah dibuat bekas Menteri Besar Terengganu itu yang kini ADUN PAS Rhu Rendang berhubung isu berimamkan orang Umno tidak sah sehingga mengakibatkan perpecahan di kalangan umat Islam di negeri ini dan beberapa negeri lain

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat berkata kerajaan negeri bersikap terbuka dan sedia menerima Hadi untuk membetulkan perkara yang terkandung dalam amanat beliau di Banggol Peradong pada 1982 berhubung isu itu.

Beberapa ADUN Barisan Nasional termasuk Nawi Mohamad (BN-Hulu Besut), Ramlan Ali (BN-Jabi), Muhammad Ramli Nuh (BN-Tepoh) sama ada dalam pertanyaan lisan, soalan tambahan dan perbahasan semalam mahukan Hadi berbuat demikian.

Mereka ingin tahu apakah benar ada maklumat yang menyatakan pihak kerajaan sudah berbincang dengan pemimpin Pas bahawa Hadi bersetuju ke beberapa kawasan, termasuk Hulu Besut bagi menarik semula amanat berkenaan.

ADUN Ajil Datuk Rosol Wahid turut mahu Presiden Pas mengembalikan semula perpaduan umat Islam di negara ini dengan menarik balik amanat berkenaan.

Rosol mahu Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang, turun ke semua kawasan yang masih lagi mengamalkan dua solat Jumaat dalam satu qariah dan memperbetulkan keadaan kerana semua itu dikatakan berpunca daripada amanat beliau di Banggol Peradong.

Bersetuju atau tidak, saya bagi pandangan dalam dewan ini kerana perpecahan itu bermula dari Pas, kita minta wakil Rhu Rendang pergi ke kawasan yang masih berlaku perpecahan dan tarik balik amanat itu. Kalau setuju kita minta keputusan Dewan,” katanya ketika Muhammad Ramli membahaskan titah ucapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada persidangan DUN semalam.

Cadangan itu kemudiannya disokong Muhammad Ramli kerana menganggap perpecahan sudah sekian lama berlarutan berikutan sikap penyokong pembangkang enggan berimamkan dan gunakan khidmat jurunikah dilantik oleh kerajaan.

Keengganan itu didorong oleh fatwa dikeluarkan pemimpin mereka yang mengatakan berimamkan orang Umno tidak sah.

Kita setuju sangat, sudah lama kita minta dia ( Hadi) pergi demi perpaduan Islam, molek, saya setuju,” kata Khazan yang juga BN-Batu Rakit menegaskan sehingga kini tiada perbincangan dilakukan kerajaan dengan Hadi mengenai perkara itu.  Amat baik sekali lah jika wakil Rhu Rendang cuba membetulkan semula perkara ini kerana mengikut laporan yang diterima daripada Maidam mengenai dua sembahyang Jumaat dalam satu mukim, sebahagian besar yang ditemui mengatakan mereka terikut dengan apa yang difatwa oleh pemimpin (Abdul Hadi) mereka pada masa lalu,” katanya.

 Khazan memaklumkan kerajaan telah melakukan pelbagai usaha untuk mengatasi masalah dua solat Jumaat dalam satu qariah termasuk memberi penerangan mengenai hukum tindakan itu.

 Malah ada sesetengah masjid juga sudah diberikan kelulusan untuk dibenarkan mendirikan sembahyang Jumaat walaupun dalam satu kampung apabila kampung itu besar, penduduk ramai dan jarak antara masjid bersesuaian.

Selain itu, Maidam turut menubuhkan Jawatankuasa Khas Penyatuan Jumaat dalam Satu Mukim dan panelnya terdiri daripada pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) bagi menjalankan kajian terperinci mengenai punca dan cadangan menyelesaikan masalah itu.

 “Bagaimanapun jawatankuasa ini baru diwujudkan, sebahagian hasil perbincangan dan kajian belum sesuai untuk dibentangkan dalam sidang dewan kali ini,” tegas Khazan.

Monday, April 23, 2012

'SAYA TIDAK BERI ZAHIDA WANG SEBANYAK RM1.5 JUTA" - SHAFIE AFDAL


Sudah pasti ketika ini Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamarudin yang dipanggil ‘Mak Lampir’ oleh rakan-rakan blogger berada dalam keadaan seram sejuk dan ‘nak terkencing pun ada, terberak pun ada’.
Kenapa tidaknya?  

Dia berkemungkinan menghadapi saman di mahkamah bersama ‘pembekal maklumat’ iaitu bekas pemandu Menteri yang kebetulan kemudian menjadi pemandu artis Zahida Rafik.

Hari ini,Datuk Seri Shafie Afdal secara terbuka menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan bekas pemandunya, Noor Azman Azemi yang mengaitkan beliau dengan pembayaran wang dalam jumlah yang besar kepada seorang artis Zahida Rafik sejak beberapa tahun lalu.

Zuraidah ketika membuat kenyataan akhbar baru-baru ini.
Jawapan pastinya melegakan banyak pihak sama ada di kalangan Menteri, anggota Kabinet dan rakyat yang mahu mengetahui keadaan sebenar.

Sebelum ini Zahida sudah membuat kenyataannya sendiri mengenai perkara ini namun tanpa kenyataan Menteri berkenaan, dibimbangi kenyataan Zahida sahaja akan semakin 'mengeruhkan keadaan'.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu berkata, segala maklumat yang disebutkan dalam laporan polis yang dibuat oleh Noor Azman, yang dibuat bulan lalu, adalah tidak benar sama sekali.

Menurut kenyataan penuh Datuk Seri Shafie:

Kenyataan Zahida pada 20 April 2012
“Saya mengikuti dengan rapat beberapa laporan di dalam media dan blog-blog tempatan yang telah mengaitkan nama saya dengan satu laporan polis oleh seorang yang bernama Noor Azman bin Azemi (No. K/P: 740214146237) No report AMPANG/007017/12 yang bertarikh 13 Mac 2012 yang mendakwa bekerja sebagai pemandu di bawah saya, dan mengaitkan saya dengan pembayaran wang yang sebegitu banyak kepada seorang artis bernama Zahida Binti Mohamed Rafik,” 

“Dengan ini, saya ingin menyatakan bahawa semua yang tertera di dalam laporan polis berkenaan adalah TIDAK BENAR sama sekali dan kenyataan-kenyataan iringan oleh individu yang menyebarluaskan salinan laporan polis berkenaan adalah BERNIAT JAHAT dan BERUNSUR POLITIK semata-mata.

 “Sehubungan dengan itu, saya bersedia mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa saja yang terus-terusan memfitnah saya dan mengaitkan saya dengan perkara ini."

Naib Presiden Umno itu berkata tindakan segelintir pihak yang menyebarkan laporan polis tersebut sebagai berniat jahat yang bermotifkan kepentingan politik pihak tertentu.

Siapa bertanggungjawab menuduh beliau?

1. Zuraida – yang mendedahkan maklumat itu berdasarkan laporan polis yang telah dibuat oleh pemandu peribadi artis terbabi ekoran tindakan artis tersebut yang membuat laporan polis menuduh beliau melarikan duitnya RM200,000 pada 3 Mac lalu. Di dalam laporan polis yang dibuat pada 13 Mac lepas, pemandu itu mendakwa artis berkenaan telah membuat laporan palsu terhadapnya kononya beliau melarikan wang itu.

Zuraidah meminta menteri berkenaan menjawab persoalan yang beliau bangkitkan itu. "Daripada sumber mana beliau peroleh wang tunai berjuta ringgit, dan sebagai seorang menteri beliau bertanggungjawab kepada rakyat Malaysia dan harus jelaskan dari mana sumber beliau," katanya.

2. Pemandu peribadi artis berkenaan yang kebetulan juga bekas pemandu Menteri berkenaan - Noor Azman Azemi yang dilaporkan Noor Azman pula membuat laporan polis mendakwa bahawa seorang menteri Kabinet menyerahkan wang sejumlah RM1.5 juta kepada Zahida.

Pemandu ini dilkatakan sudah menghilangkan diri.

Shafie sudah menegaskan beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang berterusan memfitnah dan mengaitkan namanya dengan isu tersebut.

Zahida sebelum ini membuat laporan polis terhadap Noor Azman yang dikatakan telah melarikan sejumlah RM200,000 wang syarikatnya setelah meminta pemandunya itu memasukkan wang tersebut dalam akaun syarikat perniagaan milik keluarganya.

Spekulasi itu terus meruncing apabila beberapa pemimpin parti politik pembangkang membuat sidang akhbar menyebarkan dakwaan tersebut dengan mengaitkan nama Shafie sebagai menteri terbabit yang memberikan wang beberapa kali kepada Zahida dalam jumlah yang besar.

Noor Azman, 38, yang bekerja sebagai pemandu peribadi Zahida sejak tiga tahun lalu mendedahkan skandal itu dalam laporan polis terhadap artis itu, yang menuduhnya melarikan wang RM200,00.

Tuduhan Zahida terhadap Noor Azman itu dilaporkan sebuah akhbar pada 3 Mac lalu.

KANAK-KANAK MINAT JUMPA NAJIB, TIDAK MINAT NIK AZIZ - KENAPA?



Patut tanya kanak-kanak yang akan menjalankan pembedahan hujung tahun ini KENAPA dia tidak minat jumpa 'Tok Guru' Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat?

Patutnya jumpa Nik Aziz boleh minta air penawar atau minta Tok Guru berdoa untuknya...

Juga kenapa tidak minat Datuk Husam Musa yang kononnya dikagumi orang muda Kelantan?

Kenapa pula dia mahu t jumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang 'begitu jauh' sedangkan Nik Aziz atau Husam Musa mudah dijumpai...

Seorang kanak-kanak yang menghidap penyakit jantung berlubang dilaporkan berhasrat bertemu Wan Haifa Afriena Wan Halim, 7, dikatakan menjadikan Perdana Menteri sebagai idolanya setelah melihat perwatakan pemimpin negara itu di televisyen dan akhbar.

Ibunya, Akinaini Afizul Abdul Rahman, 32, berkata, setelah pihak Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian mengesahkan Wan Haifa perlu menjalani pembedahan, anaknya itu sering kali menyatakan hasrat mahu bertemu Perdana Menteri.

“Minggu lalu, dia sangat teruja melihat gambar Najib di dalam buku sekolahnya dan memotong keratan akhbar yang ada wajah Perdana Menteri serta menampalnya di dalam satu buku khas,” katanya ketika hadir ke pejabat Sinar Harian, di Kota Bharu semalam.

Kata Akinaini, anak ketiga daripada tujuh beradik itu disahkan menghidap penyakit jantung berlubang sejak berusia empat tahun setelah mengalami demam panas berpanjangan.

Menurutnya, setelah diperiksa di klinik kesihatan berdekatan, Wan Haifa merupakan murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Bukit Marak, Bachok kemudian dirujuk ke Hospital HUSM sebelum disahkan menghidap jantung berlubang.

kijang-jantan

Sunday, April 22, 2012

PRU13 - ZAHIDA PERLU TUTUP MULUT, JANGAN SAMPAI TERDEDAH SEGALA-GALANYA...

 "Zahida bukan sahaja dikatakan menerima wang RM1.5 juta daripada 'Menteri' tetapi dilaporkan turut hilang wang sebanyak RM200,000, ada PEMANDU PERIBADI serta pernah shopping sakan di London dengan sugar daddy selain gosip mengatakan beliau mengahwini 'Menteri' di Kota London. "

 Perkara di atas itu mungkin hanya gosip! Sebenarnya saya tidak minat dengan cerita gossip artis.

Malah apabila meletakkan posting bertajuk 'Siapa Menteri Yang Kaya Dan Menghadiahkan Artis Seksi RM1.5 Juta' melalui blog ini kelmarin,  ada seorang pengomen mengatakan saya adalah ahli parti Pakatan Rakyat dan jangan terus melatah apabila membaca blog ini!

Tidak apalah kerana saya tahulah saya ahli parti apa dan mengundi apa!

Tetapi masalahnya semakin Zahida Rafik,37, bercakap, akan semakin terserlah beberapa perkara yang kelak akan menyukarkan ‘orang yang dilaporkan memberikannya wang RM1.5 juta’ selain mungkin menghadiahkan benda-benda lain kepadanya.

Kita juga mungkin tidak mahu tahu "hubungan intim" Zahida dengan seseorang yang dikatakan Menteri. Itu hak peribadinya dan juga hak peribadi Menteri berkenaan, jika benar!

Namun yang pasti Zahida memang berduit dalam konteks ukuran orang biasa. Malah persoalan yang ditujukan terhadapnya ialah dari mana beliau begitu banyak duit. Perniagaannya?

Zahida pastinya memiliki 'kereta besar' kerana ada PEMANDUNYA sendiri! Malah beliau dikatakan pernah bershopping sakan di London!

Status Zahida itu calang-calang dimiliki artis wanita lain yang sama ada memandu sendiri atau ditemani suami atau sesiapa sahajalah!


Artis ini memang berduit apabila mengatakan dalam satu blog mikro: "Kesian bekas pemandu saya, tak ada cara lain nak buat duit, jadi dia buatlah fitnah macam ni. Moga Allah memberi rahmat kepada dia."

Fitnah yang dimaksudkan itu ada kaitan dengan laporan polis oleh pemandunya, Noor Azman Azemi,38 yang mendakwa Zahida telah menerima wang sebanyak RM58,000 pada Oktober tahun lalu, RM112,000 pada November, RM330,000 pada bulan Disember dan RM510,000 pada Januari tahun ini.

Selain itu, Zahida memang berduit kerana sebelum ini Zahida dilaporkan kerugian RM200,000 dilarikan pemandu peribadinya itu selepas diarah memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun banknya.

Zahida yang popular menerusi filem komedi Anak Mami The Movie menyerahkan wang tunai berkenaan kepada lelaki itu baru-baru ini dan sejak itu suspek gagal dihubungi serta dipercayai sudah melarikan diri.

Pelakon kacukan Melayu-Pakistan itu yang menjalankan perniagaan milik keluarganya di Ampang turut ke rumah suspek untuk mencarinya, tetapi tidak berhasil apabila dimaklumkan lelaki berkenaan tidak pulang ke rumah dan gagal dihubungi.

Zahida kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, pada petang hari sama.

Pelakon ini sebelum ini turut dilanda kontroversi kononnya berkahwin di London dan pernah dikatakan ‘bershopping’ meriah dengan seorang Sugar Daddy di Selfridge, Kota London.

Malah kemewahan Zahida banyak didedahkan sejak tahun 2010 lagi!

Zahida yang kini dikaitkan dengan seseorang bertaraf Menteri – Menteri UMNO pulak tu - difahamkan mahu mengambil tindakan mahkamah terhadap pemandunya atau mungkin pihak yang menuduhnya menerima wang sebanyak RM1.5 juta daripada seseorang.


"Saya tidak lakukan apa-apa berkenaan perkara itu. Peguam saya sedang menyelesaikan perkara itu sekarang! Jadi biarkan mereka (lakukannya), OK! "Tunggu saja berita baik,OK!" katanya dalam laman blog mikro berkenaan.

PKR kelmarin mengetengahkan laporan polis mendakwa terdapat seorang menteri pusat membayar sehingga RM1.5 juta kepada seorang Zahida dalam tempoh empat bulan "hubungan intim" mereka.

Laporan polis itu didakwa dibuat oleh Noor Azman Azemi, 38, pada 13 Mac di balai polis Ampang selepas artis itu dikatakan mendakwanya melarikan diri dengan wang sebanyak RM200,000.

Saudaranya dikatakan memberikan salinan itu kepada anggota parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang kemudiannya mendedahkan kandungannya kepada pemberita di lobi Parlimen dan mempersoalkan sumber dana menteri itu.

Zuraida mendakwa artis itu menerima RM58,000 pada Oktober lalu, RM112,000 pada November, RM330,000 pada Disember dan RM510,000 pada Januari tahun ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan berkenaan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah

Banyak pihak kini menunggu jawapan, siapalah orang yang 'menaja' Zahida ini dan kenapalah cerita ini meleutup ketika Pilihan Raya Umum ke 13 sudah semakin menghampiri?

Kenapa tidak ada gosip kononnya seorang 'Menteri' pernah berulang alik ke rumah Zahida menggunakan kereta KANCIL mengelak diketahui rakyat umum dan penduduk di Ampang?

Tidakkahsemua perkara ini - kalaupun gosip liar - akan MEMAKAN DIRI 'Menteri' berkenaan dan parti UMNO yang beliau wakili?

Akhirnya NAJIB (Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak ) juga akan akan terbeban dengan gosip seperti ini!

Friday, April 20, 2012

PTPTN - KENAPA BUKAN MELAYU MEMBISU SERIBU BAHASA?


Orang bukan Melayu sedang memerhatikan gelagat orang Melayu dan Islam bercanggah sesama sendiri, khususnya mengenai Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Dan yang banyak bercakap mengenai isu ini akhir-akhir ini ialah pemimpin dan penyokong PAS.


Yang tunjuk perasaan dan membantah rata-ratanya ‘mahasiswa’ Islam dan dibuktikan dengan wanitanya bertudung tetapi tidak pula berani mendedahkan wajah mereka.
 
Jika benar isu PTPTN adalah isu nasional, mana pemimpin bukan Melayu dari PKR dan DAP bercakap mengenai isu ini? 

Malah, terbukti sudah, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng memang menyokong kuat rang undang-undang penubuhan PTPTN berdasarkan hansard pada 14 Mei 1997, bilangan 27, jilid III.

Ketika rang undang-undang ini dibentangkan pada 1997 oleh Datuk Seri Najib Tun Razak yang ketika itu menjawat jawatan sebagai Menteri Pelajaran, pembangkang turut menyokong penubuhan tabung itu.

Malah, Kit Siang sebagaimana dipetik daripada hansard Parlimen berkata: "Tuan Yang Dipertua, saya mengalu-alukan Rang Undang-Undang PTPTN untuk memperuntukkan satu tabung bagi membenarkan anak-anak kita berpeluang melanjutkan pendidikan tinggi.

"Dalam masa negara kita menuju kepada satu masyarakat berilmu, institusi pengajian tinggi tentulah memainkan satu peranan yang penting dan kita perlu memupuk satu budaya cemerlang dalam semua bidang di universiti."

Petikan hansard mengenai sokongan Kit Siang dan Guan Eng tersebut turut didedahkan di dalam laman blog, http://www.mole.my.

Guan Eng pula dipetik sebagai berkata: "Tuan Yang Dipertua, saya ingin mendapat jaminan daripada Yang Berhormat Menteri bahawa rang undang-undang ini akan dilaksanakan dengan adil dan saksama, tidak kira kaum serta agama.

"Ia mesti berdasarkan latar belakang sosial pelajar tersebut, iaitu kalau kita hendak meluluskan biasiswa atau pinjaman, ia mesti berdasarkan dua kriteria yang penting iaitu merit dan keperluan."

Guan Eng ketika itu Ahli Parlimen Kota Melaka berkata, peruntukan awal RM100 juta untuk PTPTN tidak mencukupi, sebaliknya menggesa kerajaan menyediakan dana sekurang-kurangnya RM1 bilion jika benar-benar ikhlas.

Kenapa mereka berdua kini berdiam diri? Mudah sahaja, mana-mana yang mereka merasakan menguntungkan bangsa mereka, mereka tidak akan bersuara.

Sekiranya jika kerajaan membuat apa-apa keputusan pun, mereka juga akan menerima untungnya.

Lagipun, kalau dah ‘mahasiswa Melayu’ sanggup turun ke jalanan, lebih baik mahasiswa mereka belajar dan mendapatkan keputusan yang baik!

Mengenai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kita tidak hairan kalau beliau turun sama ke ‘padang’. Pertama, dia memang ‘kaki demonstrasi’ dan keduanya, keputusannya ketika belajar pun bukan baik sangat.

Pelajar cemerlang? Jauh sekali!

Kita memang kecewa dengan sikap membantah secara terbuka dan bersifat politik apabila contohnya pada demonstrasi di Kuala Terengganu kelmarin, UMNO dan Menteri Besar dijadikan sasaran.

Apakah PAS dan pengikutnya sedar bahawa dengan kehadiran kira-kira 100 ‘mahasiswa’ dan beberapa ibu bapa menggambarkan persetujuan ‘mahasiswa’ lain? Mereka mencanangkan 500 akan hadir namun jumlah yang hadir itu jauh merosot,

Kenapa?

Kerana yang lain hanya ‘menggelengkan kepala’ melihat telatah anak muda yang mudah dipengaruhi kononnya wujud ‘solidariti’ di kalangan mereka.

Ternyata kenyataan mereka tidak benar kerana beberapa kenyataan perwakilan pelajar turut menyokong dan mempertahankan PTPTN.

Timbalan Setiausaha Agung Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Tuan Ahmad Nazmi Safwan Tuan Mat semalam berkata, pemansuhan pinjaman PTPTN sudah tentu akan memberi kesan kepada penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) kerana kos kehidupan yang tinggi pada hari ini.

“PTPTN perlu dikekalkan kerana ia adalah bantuan untuk memberi pembiayaan kepada mahasiswa. Walaupun bersifat pinjaman sekurang-kurangnya kerajaan ada usaha untuk membantu.

Bagi Tuan Ahmad Nazmi, biarlah madu yang dihisap kita pada hari ini dapat dirasai oleh adik-adik kita pada masa hadapan.

Thursday, April 19, 2012

AHMAD SAID TIDAK BERGANJAK WALAU DITUDUH KEJAM, ZALIM & KHIANAT…


Saya cabar Pas untuk membiayai pengajian sembilan penuntut terbabit kerana telah mendesak dan menghasut penuntut berkenaan untuk menyertai perhimpunan Bersih. Penuntut yang masih mentah ini tidak pernah mengundi, bagaimana mereka tahu pilihan raya yang diadakan tidak bersih," - Ahmad Said

“Kita turun untuk beri mesej jelas…tidak kompromi dengan tindakan kejam dan penindasan…Hancur kezaliman. Kami memberi amaran…akan solidariti bersama-sama 9 mahasiswa (bermaksud dengan mahasiawa Terengganu yang ditarik balik balik oleh Yayasan Terengganu)”.

Itu kata-kata wakil mahasiswa yang mendesak kerajaan menarik balik pembatalan pinjaman ke atas sembilan pelajar di Kuala Terengganu semalam.


  

Kira-kira 100 orang yang terdiri daripada Gerakan Pelajar Pantai Timur (Gempur), Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SSM) semalam berhimpun di hadapan Wisma Darul Iman.

Siapa kejam sebenarnya?

Daripada blog http://mediaterengganu.blogspot.com
Bukankah pihak-pihak yang mempengaruhi pelajar untuk menyertai demonstrasi Bersih 2.0 itu sebenarnya kejam?

 “Pas dan PKR bolehlah kongsi separuh sorang tanggung mereka belajar hingga habis,” kata Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said hanya beberapa minit sebelum demonstrasi berkenaan.

Bagi Ahmad Said, yang menjadi sasaran ‘serangan mahasiswa semalam’ pada demonstrasi semalam, mencabar Pas agar membiayai pengajian sembilan penuntut yang terlibat dengan perhimpunan Bersih di Mesir tahun lalu.

“Saya cabar Pas untuk membiayai pengajian sembilan penuntut terbabit kerana telah mendesak dan menghasut penuntut berkenaan untuk menyertai perhimpunan Bersih. Penuntut yang masih mentah ini tidak pernah me-ngundi, bagaimana mereka tahu pilihan raya yang diadakan tidak bersih,” katanya.

Menurutnya, Kerajaan Negeri bukan zalim, keputusan penarikan balik pinjaman kepada penuntut dibuat kerana pihaknya menghantar penuntut terbabit ke luar negara untuk menyambung pelajaran dan bukannya melibatkan diri dengan perhimpunan haram.

Ahmad Said menyelar dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa Kerajaan Negeri bertindak kejam ke atas pelajar berkenaan, sebaliknya Pas yang mengkhianati dengan melibatkan penuntut yang masih mentah untuk terbabit dalam politik.

Kerana itulah Menteri Besar menuntut pihak bertanggungjawab yang mengheret penuntut terbabit dalam kegiatan yang tidak berfaedah itu membiayai pengajian sehingga tamat.

Kerajaan  Negeri tidak akan tunduk dengan desakan mana-mana pihak berhubung penarikan balik pinjaman Yayasan Terengganu (YT) ke atas sembilan penuntut terbabit. Kita tetap dengan keputusan untuk menarik balik pinjaman penuntut yang didapati terlibat kerana kita hantar mereka (pelajar) untuk pergi belajar dan bukannya terlibat dengan kegiatan sebegini (perhimpunan haram),” katanya.

Selain isu biasiswa, wakil Mampat sifatkan Menteri Besar sebagai ‘bodoh’ kerana duit untuk biasiswa bukan hak Menteri Besar…Yayasan Terengganu jangan ikut Menteri Besar. UMNO akan tersungkur pada pilihan raya umum akan datang’.

 “Maidam kena ingat, zakat bukan hak politik UMNO…jangan sampai kami kempen rakyat untuk tidak bayar zakat kepada Maidam” kata wakil berkenaan kononnya Maidam menyekat zakat untuk pelajar di Mesir.

Ugutan untuk tidak membayar zakat ini sebenarnya adalah sesuatu yang malang buat rakyat Terengganu kerana soal-soal berkaitan Islam ada kaitan dengan kuasa Sultan Terengganu.

Apakah Mampat akan berkempen kea rah ini? Yang pasti pada sidang media selepas Mesyuarat Exco yang hanya beberapa minit sebelum demonstrasi itu diadakan.

Ahmad Said sekali lagi mengingatkan pelajar di bawah pembiayaan Yayasan Terengganu agar tidak sesekali terlibat dengan demostrasi Bersih 3.0 yang dijangka 28 April ini jika tidak mahu pinjaman ditarik balik.

 “Kita akan mengambil tindakan tegas ke atas mereka (pelajar) yang didapati terlibat kerana waktu ini bukan masa untuk berdemostrasi, sebaliknya menumpukan perhatian kepada pelajaran,” katanya.

Wednesday, April 18, 2012

SIAPA MENTERI YANG KAYA DAN HADIAHKAN ARTIS SEKSI RM1.5 JUTA?


Ini menteri mana pula buat hal ni,  sampai SANGGUP memberI wang tunai sebanyak RM1.5 juta kepada seorang artis yang terkenal dengan imej seksi hanya dalam tempoh empat bulan.

Selain itu ARTIS berkenaan juga dikatakan memiliki tiga kereta mewah seperti BMW, toyota Harrier, dan porsche juga sebuah rumah bernilai jutaan ringgit.

Entahlah, makin dekat pilihan raya, makin banyak pula yang terdedah dan terbongkar!

Dakwaan oleh Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamarudin hari ini tidak boleh didiamkan begitu sahaja. Ia membabitkan maruah kerajaan dan parti dan pendedahan itu dibuat di Parlimen.

Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib yang juga Perdana Menteri perlu menyiasat apakah dakwaan Zauraida itu benar atau sebaliknya.

Menurut Zuraida: “… transaksi wang yang telah berlaku dalam tempoh empat bulan antara Oktober 2011 hingga Januari 2012, di mana pada Oktober sebanyak dua transaksi dibuat dengan jumlah RM36,000 dan RM22,000. Bukan itu sahaja pada November 2011 pula sebanyak RM112,000, Disember sebanyak RM330,000 dan Januari tahun ini sebanyak RM510,000 telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi artis terbabit. 

"Jadi kalau saya jumlahkan lebih kurang RM1.5 juta di masukkan ke akaun artis berkenaan dalam tempoh empat bulan," dedahnya dalam sidang media di lobi parlimen hari ini bersama-sama Ahli Parlimen Lembah Pantai, Ahli Parlimen Subang dan artis Dayangku Intan yang baru menyertai PKR.

Walaupun dakwaan ini menyebut mengenai pemberian wang tunai sebanyak RM1.5 juta lebih kepada kemungkinan skandal dan punca kewangan menteri berkenaan yang begitu ‘mewah’, hakikatnya ia mencemar dan mejatuhkan maruah Kabinet, parti dan kerajaan jika benar kejadian itu berlaku!

Zuraida tidak mahu mengambil tahu hubungan intim dan peribadi menteri terbabit dengan seorang artis itu (memang pemimpin PKR tidak suka ambil tahun benda-benda macam ini kerana ia perkara biasa dalam PKR) , tetapi apa yang perlu ditekankan adalah dari mana menteri berkenaan memperoleh wang sebanyak itu berdasarkan transaksi kepada artis tersebut.

Zuraida mendedahkan maklumat itu berdasarkan laporan polis yang telah dibuat oleh pemandu peribadi artis terbabi ekoran tindakan artis tersebut yang membuat laporan polis menuduh beliau melarikan duitnya RM200,000 pada 3 Mac lalu.

Di dalam laporan polis yang dibuat pada 13 Mac lepas, pemandu itu mendakwa artis berkenaan telah membuat laporan palsu terhadapnya kononya beliau melarikan wang itu.

Justeru, Zuraidah meminta menteri berkenaan menjawab persoalan yang beliau bangkitkan itu. "Daripada sumber mana beliau peroleh wang tunai berjuta ringgit, dan sebagai seorang menteri beliau bertanggungjawab kepada rakyat Malaysia dan harus jelaskan dari mana sumber beliau," katanya.

Baik selesaikan segera isu ini. 

Atau jika tidak benar SAMAN saja.. 

Persoalannya ialah apakah akan ada lagi ‘lembu korban’ selepas Shahrizat Abu Jalil?

Tuesday, April 17, 2012

SMM‘ BERHINGUS’ & BIARKAN MEREKA BERDEMONSTRASI UNTUK SERLAHKAN SIAPA MEREKA SEBENARNYA!


Kononnya mahasiswa. Tetapi amat jelas mereka masih tidak matang dan ‘berhingus’!

Kerana terpengaruh dan dipengaruhi, sanggup berbuat apa sahaja, malah mengalungkan bunga malai pada potret Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sewaktu mengadakan demonstrasi di ibu negara Sabtu lalu.


Setelah membuat kalungan bunga, kumpulan terbabit kemudiannya, berkhemah di Dataran Merdeka dan bertegas akan terus berada di kawasan tersebut sehingga pihak kerajaan memberi respons berhubung tuntutan memansuhkan pinjaman PTPTN.

Sewajarbnya sebagai mahasiswa yang telah menjalani proses pembelajaran di menara gading, mereka perlu mengelak sebarang tindakan yang berunsur provokasi dan 'bukan Islamik' untuk mencapai sesuatu matlamat.

Ini kerana tindakan oleh apa yang disebut sebagai Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) itu akan memberi kesan negatif kepada masyarakat, sekali gus menunjukkan imej diri mereka yang tidak matang.

Seperti kata Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya, mereka mungkin tak faham hukum hakam agama, tetapi mereka tidaklah boleh menunjukkan perilaku yang tidak matang, dan menggunakan kaedah provokasi melampaui batas.

Kerana kritik-kritik ini, SMM terpaksa mempertahankan tindakan mereka. Kalau tidak mereka akan mengakui ‘kehingusan’ mereka!

Malah, Presidennya, Mohamad Safwan Anang menafikan tindakan tersebut seolah-olah mengkafirkan sesama Islam.

Hari ini Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Terengganu, Abu Bakar Abdullah meminta masyarakat mengelak menggunakan simbol kematian bukan Islam terhadap orang Islam.

“Jika simbol menepati kematian bukan Islam, hendaklah dielakkan supaya tidak timbul reaksi yang tidak sihat,” katanya bagi mengulas tindakan sekumpulan mahasiswa yang berdemonstrasi menuntut pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) beberapa hari lalu.

Abu Bakar bagaimanapun menggalakkan orang ramai melakukan sebarang luahan atau ketidakpuasan hati menepati kehendak syarak.

Abu Bakar ketika ditanya mengenai hukum sekiranya menggunakan simbol tersebut terhadap orang Islam bagaimanapun enggan mengulas, namun mengulangi supaya tindakan sama perlu dielakkan pada masa depan.

Mengulas lanjut, kata beliau, sekiranya ia tidak mencerminkan kepercayaan orang bukan Islam, tindakan tersebut tidak mendatangkan masalah.

Fathul Bari semalam menyifatkan perbuatan mengalungkan bunga malai pada potret Perdana Menteri dan Menteri Pengajian Tinggi itu seolah-olah mengkafirkan sesama Islam.

Mereka sendiri pastinya tahu apa yang dilakukan itu adalah adat bagi agama Hindu apabila berlaku kematian membabitkan penganutnya.

“Sedangkan Perdana Menteri dan Menteri Pengajian Tinggi itu orang Islam. Apa ertinya jika kita panggil orang beragama Islam dengan panggilan mendiang? Simbol pengkafiran boleh berlaku sama ada secara lisan ataupun dengan isyarat,” tegasnya.

Katanya, simbolik sedemikian sama sekali tidak boleh digunakan kerana ia melibatkan maruah agama.

Benar kata Fathul Bari, dalam memperjuangkan PTPTN, sewajar apa yang paling wajar dilakukan ialah mengingatkan orang yang berhutang supaya membayar hutang mereka.

“Wang yang dipinjam itu hutang kerana ia duit kerajaan, yang juga duit rakyat,” katanya.

Sewajarnya sebagai mahasiawa ‘yang berilmu’, SMM menggunakan kaedah berjumpa dan berbincang jika ada sesuatu perkara yang mereka mahu luahkan.

Ini kerana sebagai pelajar universiti, mereka harus buat keputusan dan bertindak dengan bijak.

Lagipun kita tidak tahu apakah semua mereka masih pelajar di universiti atau mereka yang sudah dibuang atau gagal dalam pengajian mereka.

Lebih lama lagi mereka berdemonstrasi lagi mudah untuk mengesan mereka siapa sebenarnya!

Monday, April 16, 2012

MUDAHNYA ORANG KAYA BUAT DUIT, ORANG MISKIN? PETANDA RAKYAT BENCI BARISAN NASIONAL!!!!

"Beliau (Tan Sri Abu Sahid) cuba memberi penjelasan kepada saya, tapi saya nasihatkan beliau untuk menjelaskan kepada umum kenapa lebuh raya itu dijual, dan kenapa beliau membuat keuntungan daripada kontrak kerajaan...Kamu jual milik kamu, bukan hak orang lain. Ia sama teruk seperti menjual permit untuk kereta import (AP).”  - Tun Dr Mahathir Mohamad

Selepas isu lembu yang menjadikan ramai orang Melayu diheret menjadi lembu dan isu Tajuddin Ramli yang 'dibebaskan' draipada hutangnya, kini timbul pula satu 'rahsia' baru yang didedahkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Persoalannya, apakah menjadi amalan biasa ahli perniagaan Bumiputera membuat keuntungan mudah dengan menjual sesuatu yang didapati daripada kerajaan?

Dan kenapa pula yang kaya dan TERPILIH melakukan perkara sebegini sedangkan ramai lagi Bumiputera yang berharap mendapatkan peluang seperti ini tetapi tidak mendapatnya?

Ramai yang mahukan geran kerajaan tetapi tidak berjaya tetapi pihak yang mendapatnya membuat keuntungan mudah.


Apakah ini akan menjadi satu lagi isu politik yang akan menyaksikan RAKYAT SEMAKIN BENCI KEPADA BARISAN NASIONAL?

 Hari ini mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menuntut Tan Sri Abu Sahid Mohamed menjelaskan tindakannya menjual Lebuh raya Maju Expressway (MEX) kepada umum.

Ini kerana penjualan itu menyaksikan beliau memperolehi keuntungan. MEX yang 96.8 peratus milik Abu Sahid menguasai 91 peratus pegangan saham.

MEX adalah konsesi terbesar untuk lebuh raya 26km — menghubungkaan Kuala Lumpur ke Cyberjaya, dan Putrajaya.

Penjualan bernilai RM1.7 bilion bulan lalu menimbulkan tanda tanya terhadap perjanjian Abu Sahid Maju Holdings Sdn Bhd yang membuat keuntungan sebanyak RM660 juta dan RM1 bilion hanya selepas empat tahun beroperasi.

Pembinaan konsesi lebuh raya bernilai RM1.3 bilion itu dibuat atas geran daripada kerajaan bernilai RM976 juta. MEX siap dibina pada Disember 2007 dan mula beroperasi Januari berikutnya.

Bekas perdana menteri itu, yang masih lagi dilihat berpengaruh dalam kerajaan dan Umno berkata, Abu Sahid ada berjumpa untuk memberikan penjelasan kepada beliau.

"Beliau cuba memberi penjelasan kepada saya, tapi saya nasihatkan beliau untuk menjelaskan kepada umum kenapa lebuh raya itu dijual, dan kenapa beliau membuat keuntungan daripada kontrak kerajaan,” kata Dr Mahathir.

Bekas Perdana Menteri itu berkata: “Kamu jual milik kamu, bukan hak orang lain. Ia sama teruk seperti menjual permit untuk kereta import (AP).”

EP Manufacturing Berhad bulan lalu telah membuat perjanjian dengan Maju Holdings untuk memiliki Maju Expressway (MEX) pada harga RM1.15 bilion, dan dengan anggaran hutang sebanyak RM550 juta, jumlah perjanjian itu bernilai RM1.7 bilion.

Terdapat juga laporan Maju Holding telah memberikan projek pembinaan MEX kepada kumpulan Australia Leighton.

Berapa lamakah lagi isu-isu sebegini akan berterusan?

Tidakkah perbuatan seperti ini mencerminkan wujudnya pentadbiran yang PILIH KASIH dan menjadikan YANG KAYA SEMAKIN KAYA?

Sebagai rakyat biasa SAYA KELU UNTUK MENJAWAB PERTANYAAN MENGENAI SOAL-SOAL SEBEGINI. 

Lantaklah kalau BN dikutuk dan jawablah pihak yang bertanggungjawab untuk meraih keyakinan dan kepercayaan orang Melayu biasa bahawa UMNO MEMBELA NASIB ORANG MELAYU!!!

PRU13 - DR M KATA 'KINI MASA SESUAI' NAMUN BERSEDIAKAH UMNO, BN?

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) wajar diadakan dalam masa terdekat.

Sebelum ini nada bekas Presiden UMNO itu lain tetapi kini katanya, sokongan rakyat terhadap kerajaan sekarang berada pada tahap yang baik.

Bagi beliau, PRU13 wajar segera diadakan pada ketika rakyat beri sokongan yang baik. Inilah masanya pilihan raya!

Namun, apakah Barisan Nasional (BN) bersiap sedia?

Menurut Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, pihaknya akan mula menghantar surat kepada pemimpin parti komponennya hari ini meminta supaya mereka menghantar senarai nama calon untuk bertanding pada PRU13.

Apakah ini menunjukkan BN belum pasti dengan calon-calonnya?

Pada hakikatnya, saringan peringkat pertama telah selesai dan senarainya akan dihantar kepada presiden parti tidak lama lagi dan BN akan mewujudkan jawatankuasa sendiri bagi menyaring lagi semua nama calon yang diterimanya, termasuk senarai calon dari parti-parti komponen lain, bagi memilih calon yang paling sesuai untuk bertanding.

Arahan supaya dihantar senarai calon itu diarahkan Perdana Menteri selaku Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak, dan mereka diberi masa dua minggu untuk mengemukakan senarai calon masing-masing.

Selain itu jelas daripada kenyataan Tengku Adnan bahawa ada parti komponen yang tidak mahu lagi bertanding di kawasan yang diperuntukkan kepada mereka sebelum ini, sebaliknya menyarankan kawasan tersebut lebih sesuai ditandingi parti komponen lain membuktikan pembahagian kerusi juga belum selesai.

Apakah ia mampu dilakukan dalam masa terdekat?

Di pihak pembangkan, pembahagian kerusi dalam pakatan pembangkang melibatkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) secara umumnya hampir selesai kecuali di beberapa negeri seperti Perak dan Pulau Pinang.

Di Terengganu pula, pertelingkahan pemimpin PKR dan PAS semakin memuncak dan dijangka 'perang dingin mengenai kerusi'akan berterusan!

Maknanya di pihak pembangkang pun belum selesai jugalah tu!!!

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam berkata pembahagian kerusi di kebanyakan negeri sudah hampir selesai, cuma ada satu dua kerusi saja lagi yang masih belum muktamad seperti di Perak ada dua dan Pulau Pinang, satu yang masih perlu dibincangkan.

"Kedah umpamanya daripada 40 kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN), mungkin ada satu dua lagi yang belum selesai.

Ini bermakna kemajuannya sangat baik dan membanggakan," katanya pada sidang media selepas melancarkan jentera pilihan raya PKR Terengganu di Kuala Terengganu semalam.

Banyak pihak meramalkan pilihan raya akan diadakan Jun tetapi tidak kurang juga yang berpendapat adalah baik selepas Bajet 2013 dibentangkan di Dewan Rakyat.
 
Mandat kerajaan sekarang akan berakhir pada April tahun depan.

'MANDERUM ANWAR' TIDAK MAMPU MENGUBAT KESEDIHAN PEMIMPIN PKR TERENGGANU

 "Memanglah Anwar bijak “manderam’ kedua-dua pemimpin tertinggi PAS hingga tunduk tetapi pemimpin PKR Terengganu bukan MUDAH UNTUK MELUPAKAN PENGHINAAN OLEH PEMIMPIN PAS itu...Mereka itu berjuang untuk mendapat kerusi yang lebih daripada PAS dan biarpun Abwar mengatakan kenyataan daripada pemimpin bawahan langsung tidak menjejaskan hubungan pimpinan atasan itu, ia sekadar pemanis mulut."

Daripada Teganuku
  
Punyalah bimbang pakatan pembangkang mengenai ‘peperangan mulut’ antara PAS dan Parti Keadilan Rakyat  (PKR) hingga memerlukan campur tangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar mengatakan dia tidak mempunyai sebarang masalah dan hubungannya dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berlangsung seperti biasa, malah lebih akrab.


Memanglah Anwar bijak “manderam’ kedua-dua pemimpin itu hingga tunduk tetapi pemimpin PKR Terengganu bukan MUDAH UNTUK MELUPAKAN PENGHINAAN OLEH PEMIMPIN PAS itu. 

Mereka itu berjuang untuk mendapat kerusi yang lebih daripada PAS dan biarpun Abwar mengatakan kenyataan daripada pemimpin bawahan langsung tidak menjejaskan hubungan pimpinan atasan itu, ia sekadar pemanis mulut.

Persoalannya, apakah kedatangan Anwar ke Kuala Terengganu akan mengurangkan kekeruhan atau bermasam muka antara pemimpin PKR Terengganu dan PAS negeri itu?

Jawapannya tidak! 

Pemimpin PKR Terengganu pastinya sudah ‘jauh hati’ dengan sikap tamak dan angkuh pemimpin PAS yang memperkecilkan kemampuan PKR.

Semua orang tahu PKR Terengganu tiada jentera pilihan raya dan mengharapkan PAS. Namun PAS juga harus sedar, di peringkat negeri mereka kuat namun untuk ke Putrajaya tanpa PKR dan DAP mereka ‘hampeh’!

Kenyataan Anwar bahawa pemimpin pakatan pembangkang diingatkan tidak memberi sebarang komen berkait dengan pembahagian kerusi antara gabungan perikatan itu sebelum pembahagian kerusi dimuktamadkan hanyalah ‘air penawar yang tidak akan mujarab’.

Ketua Pembangkangitu berkata pakatan pembangkang perlu memberhetikan membuat komen itu amat penting bagi memastikan tidak berlaku salah faham dalam sebarang komen yang dikeluarkan memandangkan proses pembahagian kerusi antara parti masih lagi berjalan.

Langkah terbaik menurut Anwar adalah tidak memberikan sebarang ulasan sehingga keputusan penuh soal pengagihan kerusi dibuat.

“Setakat ini pembahagian sedang berjalan di seluruh negara dan ia berjalan secara aman serta teratur. Kita jangkakan ia akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

Setakat ini beberapa negeri seperti Sabah, Pulau Pinang, Perak dan Kedah masih belum selesai.

“Kebanyakannya sudah selesai, cuma satu, dua kerusi yang masih belum diselesaikan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas selesai menyampaikan ceramah di Kampung Tok Jembal, Gong Badak di Kuala Terengganu.

Yang pasti, Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail nyata sudah jauh hati.

Dia jelas begitu ‘merasa terhina’ apabila mengatakan PKR Terengganu hanya mampu menerima keputusan Pas memberikan lima kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dan dua kawasan Parlimen untuk ditandingi pada PRU13.

Malah katanya : "Kalau dia (PAS) rasa kita ni macam pengemis, kita terima sajalah apa yang dia beri. Apa kita nak kata lagi sebab dia rasa dia hebat, dia lebih kuat dari kita…” kita.

Memanglah Anwar tidak akan mengaku atau menerima pandangan bahawa pemimpin PAS Terengganu dan PKR tidak seakrab dulu.

Anwar tidak akan bersetuju dengan pandangan itu tetapi ternyata sejak akhir-akhir ini PAS begitu angkuh seolah-olah mampu membentuk kerajaan negeri menggantikan BN secara bersendirian.