PAS yang mendakwa ia parti Islam sering menuduh UMNO sebagai tidak telus, tidak demokrasi , kronisme ‘buat kerja jahat’ dan sebagainya.
Tetapi PAS sendiri, apakah pemimpinnya, khsusnya golongan muda dalam PAS bebas daripada ‘buat kerja jahat’ dan jatuh menjatuhkan pemimpin mereka sendiri?
Baca komen berikut oleh seseorang yang menamakan dirinya Akhi Fairuz Al-Jengkari:
“Hurmm.. Sebagai pemerhati yang hadir melihat suasana Muktamar secara LIVE dari Auditorium MBSA, sudah pasti saya mengiayakan laporan wartawan yang ini. Memang benar, nampak jelas sekali tayangan video klip berbau kempen. Saya tertanya2 adakah selepas Ucapan berapi oleh Ustaz Tuan, akan munculnya ucapan dari Ustaz Nasha, namun tdk ada. terus kpd ucpn TG Presiden. Kesian Ustaz Nasha. Sudahlah ada di pentas, menoleh senget ke arah skrin di kiri kanan nak melihat montaj itu. Akhirnya tdk ada paparan tentangnya. Sepetutnya, pengarah muktamar (perasmian), Sdr Khairul Faizi Ahmad Kamil dan KP Pas Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi cakna akan perkara ni. Sbb mmg akan jd isu pun. Jdkan pengajaran utk muktamar ke 53 akan dtg. utk perwakilan, selamat mengundi!”
Komen ini dibuat berdasarkan laporan Malaysiakini “Perasmian Muktamad Pemuda Berbau Kempen?’ hari ini yang menyebut tayangan video pendek berhubung program Pemuda PAS dalam mukhttp://www.blogger.com/img/blank.giftamarnya pada Selasa malam menimbulkan cakap-cakap sama ada ia berbau kempen.
Ini kerana video kira-kira 10 minit itu dilihat hanya memaparkan sedutan rakaman acara melibatkan beberapa pemimpinnya sahaja.
Selepas ketua dewan itu Nasrudin Hassan menyampaikan ucapan dasar, muktamar dipertontonkan dengan tayangan mengenai program yang dianjurkan mereka, termasuk penyertaan dalam demonstrasi di ibu negara.
Antara dipaparkan dalam itu, sedutan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Nasrudin sendiri yang memberi ucapan penuh semangat.
Mereka dipaparkan dalam satu sedutan video yang berasingan. Susulan penayangannya, timbul cakap-cakap, termasuk di kalangan wartawan yang mempersoalkan sama ada suatu kempen kepada Tuan Ibrahim.
Dalam perebutan kerusi nombor dua PAS, Tuan Ibrahim menghadapi persaingan tiga penjuru dengan penyandang Nasharudin Mat Isa dan pemidato terkenal Mohamad Sabu.
Amat jelas Nasruddin dan Pemuda PAS berusaha memenangkan Tuan Ibrahim dan tidak memberikan ruang untuk Nasharuddin kembali ke kedudukan berkenaan, selain Mat Sabu langsung tidak ada dalam ‘senarai Pemuda’.
Apakah ini menggembakan kehendak kepimpinan PAS ketika ini?
Thursday, June 2, 2011
APABILA 60 PERATUS MENGATAKAN WAJAH MIRIP ANWAR IBRAHIM!
Blog ini tidak menawarkan hadiah lumayan untuk penjenguk mengambil bahagian dalam mengecam siapa dalam gambar yang tertera di atas.
Blog ini tidak menawarkan hadiah kereta Rolls Royce dan wang tunai RM10,000.
Apa yang cuba dilakukan oleh blog ini tidaklah setaraf peraduan oleh parti KITA menganjurkan peraduan mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diumumkan minggu lalu.
Parti KITA mengumumkan hadiah lumayan dan diatur oleh Pengerusi KITA di Kedah, Zamil Ibrahim.
Apapun, selepas undi diadakan selama kira-kira dua minggu dan berakhir 31 Mei lalu.
melalui blog ini, daripada 171 yang mengundi, 106 atau 61 peratus mengatakan ‘YA”.
Hanya 49 mengatakan ‘TIDAK’ sementara 6 (3 peratus) mengatakan ‘MUNGKIN’ dan 10 (5 peratus) mengatakan ‘ TIDAK TAHU’.
Daripada apa yang diundi penjenguk membuktikan bahawa ramai yang mempercayai gambar berkenaan adalah Ketua Pembangkang.
Malah dengan undi 60 peratus, jelas penjenguk begitu yakin bahawa ‘orang dalam video seks’ itu tidak sangsi lagi – Datuk Seri Anwar Ibrahim!