Sunday, August 29, 2010

SULTAN SELANGOR MURKA, NIK AZIZ PERTAHAN NIE CHING

Entah apalah nak jadi kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pada ketika Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching menyedari beliau membuat kesilapan dan memohon maaf kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Sultan Selangor Darul Ehsan kerana ‘tazkirah di surau’, Nik Aziz pula yang mempertahankan tindakannya.

Nik Aziz mempertahankan Ahli Parlimen DAP itu yang menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral, Ahad lepas.

Tindakan Teo itu menimbulkan kemurkaan Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menitahkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas pengurusan surau tersebut.

Hari ini, Nie Ching yang mencetuskan kontroversi apabila lawatannya ke Surau Al-Huda Kajang pada Ahad lalu dilaporkan sebagai 'tazkirah' di surau, secara rasminya memohon maaf kepada Sultan Selangor.

Beliau menyesal kerana menurutnya lawatan ikhlasnya itu telah menimbulkan perasaan keresahan antara umat Islam negara ini dan menurutnya lebih malang lagi apabila ada pihak-pihak tertentu mengeksploitasikannya untuk kepentingan politik mereka.

“Saya akan memajukan penjelasan dan permohonan maaf mengenai perkara ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut ahli parlimen dari DAP itu, pada Ahad, 22hb Ogos, selaku wakil rakyat kawasan itu beliau telah mengunjungi surau al-Huda dengan tujuan menghulurkan bantuan kewangan sumbangan kerajaan negeri Selangor bagi memperbaiki pagar surau dan juga sumbangan berbuka puasa bersama ahli jawatankuasa dan jemaah surau.

“Oleh kerana saya telah dijemput untuk memberi sepatah dua kata, saya dengan secara ikhlas memberikan sedikit penjelasan mengenai program pendidikan kerajaan negeri yang memanfaatkan rakyat Selangor.,” katanya.

Semalam, pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata Sultan Selangor dilaporkan amat murka dan dukacita terhadap laporan akhbar berhubung 'tazkirah' Teo di surau berkenaan.

Sehubungan itu, katanya MAIS dititahkan bertindak tegas, termasuk mengambil alih surau itu dan menguruskan pentadbirannya dengan serta merta.

Mohamad Adzib juga berkata, surat amaran akan juga diberikan kepada Teo supaya mengambil perhatian terhadap perkara itu dan tidak mengulanginya lagi.

Menurut beberapa pendapat, isu yang berlaku di Kajang itu tidak sepatutnya timbul jika jawatankuasa surau berkenaan merujuk kepada majlis agama Islam negeri dan memahami garis panduannya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pula berkata jawatankuasa masjid atau surau diminta merujuk kepada majlis agama Islam negeri-negeri dalam soal membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid bagi mengelakkan sebarang tindakan yang boleh mengelirukan masyarakat.

Ini kerana setiap negeri mempunyai panduan masing-masing dalam soal itu dan jawatankuasa atau pengurusan masjid perlu mematuhi panduan tersebut dan tidak sepatutnya sewenang-wenangnya membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid terutama di ruang solat.

Katanya, rumah ibadat agama lain pun, mereka mempunyai garis panduan dalam membenarkan penganut agama lain memasuki tempat ibadat mereka.

“Kita tiada masalah untuk penganut agama lain masuk ke masjid atau surau. Ada masjid-masjid kita benarkan pelancong bukan Islam masuk tetapi kita sediakan garis panduan seperti yang wanita kena menutup kepala dan sebagainya.

“Kalau nak bawa masuk bukan Islam kenalah minta kebenaran majlis agama Islam negeri-negeri. Orang bukan Islam pun kenalah hormat dengan tempat ibadat umat Islam,” katanya kelmarin.

Sebaliknya, Menteri Besar Kelantan pula yang mempertahankan tindikan Nie Ching berkata, tindakan anggota Parlimen tersebut tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam.

"Tidak salah orang bukan Islam termasuk wanita masuk dalam masjid sama ada untuk berucap atau apa sahaja asalkan berpakaian sopan bagi bukan Islam dan menutup aurat bagi orang Islam,” katanya di Kota Bharu, semalam.

Apakah Nik Aziz sekali lagi menyanggah titah Sultan Selangor selepas kali pertama melakukannya beberapa bulan lalu dalam isu ‘ceramah politik’ di masjid negeri Selangor?

Nik Aziz…Nik Aziz, kenapakah mahu mempertahankan ahli politik DAP ini? Apakah kerana dia sekutu PAS dalam pakatan pembangkang?

Pastinya esok beliau akan berkata ‘saya tidak tahu yang Sultan Selangor murka’ dan Nie Ching sendiri sudah menyedari kekilafannya dan memohon maaf kepada Sultan Selangor.

Atau paling mudah, beliau akan berkata,“saya menjawab apabila pemberita meminta ulasan tanpa saya ketahui Sultan Selangor murka mengenai perbuatan wakil rakyat DAP itu”.

3 comments:

  1. “Sultan (pemimpin) itu adalah naungan Allah di bumi, sesiapa yang menghinanya, maka Allah akan menghinakannya dan sesiapa yang memuliakannya, nescaya Allah akan memuliakan dia.” (Hadis Riwayat al-Baihaqi, Syu’abul Iman, 6/17, no. 7373. Dinyatakan hasan oleh al-Albani, Dzilalil Jannah fii Takhrij as-Sunnah li Ibn Abi ‘Ashim, 2/224, no. 1024)

    ReplyDelete
  2. Sebaik-baik umat ialah mereka yang paling bertakwa kepada ALLAH....bukan pangkat dan kedudukan yang menjamin Syurga!!!!!

    ReplyDelete
  3. SETUJU DENGAN NIK AZIZ, TEO TAK MENCACI ATAU MEMBUAT KEJAHATAN PUN, HANYA BERUCAP DAN BERI SUMBANGAN ITU PUN KECOH KAH.....

    ReplyDelete