Tuesday, March 30, 2010

CONTOHILAH UMNO BAHAGIAN BUKIT BENDERA...















Inilah semangat UMNO Bahagian Bukit Bendera.

Kalau nak belajar semangat ini memang patut. Bahagian yang erat dan memahami citarasa ahli akar umbi.

Pemimpin bahagian pula bukan jenis berebut kuasa, berdendam atau tikam menikam.

Semangat yang jitu ini patut dicontohi, bukannya kerat-mengerat sesame sendiri.

Kalau ada hadiah, saya cadangkan UMNO Bukit Bendera dianugerahkan kerana ia bukan sahaja menunjukkan perpaduan tetapi tahu menghargai sumbangan bekas Ketuanya yang dipecat.

Selain itu semangat keMelayuan yang seiring dengan perjuangan UMNO jelas terpancar.

Semalam, Umno Bahagian Bukit Bendera mengumumkan peletakan jawatan 36 anggota jawatankuasanya bagi membolehkan pemilihan baru diadakan semula.

Peletakan jawatan beramai-ramai itu bagi membolehkan bekas ketua mereka, Datuk Ahmad Ismail untuk kembali menerajui bahagian berkenaan.

Majlis Tertinggi (MT) Umno pada September 2008 memutuskan Datuk Ahmad Ismail digantung dan dilucutkan hak-haknya dalam parti selama tiga tahun.

Ia berikutan kontroversi yang dicetuskan oleh ketua Umno Bukit Bendera itu, yang didakwa membuat kenyataan yang berbaur perkauman terhadap masyarakat Cina.

Ahmad telah menimbulkan kemarahan masyarakat Cina apabila didakwa berkata bahawa kaum itu "menumpang" di negara dan meminta mereka supaya tidak menjadi seperti orang Yahudi di Amerika yang mahu menguasai ekonomi dan kuasa politik.

Keadaan menjadi bertambah buruk apabila Ahmad membuat kenyataan menggesa Gerakan supaya keluar dari BN dan manakala seorang penyokongnya telah bertindak mengoyak gambar pemangku presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) kemudiannya memutuskan untuk menyerahkan kepada Umno untuk menentukan tindakan terhadap Ahmad.

Bagaimanapun pada Disember tahun lalu, Majlis Tertinggi Umno mengambil keputusan untuk menarik semula penggantungan itu.

Semua 36 anggota jawatankuasa bahagian itu menandatangani surat peletakkan jawatan yang akan dikemukakan pada mesyuarat perhubungan negeri Umno Pulau Pinang yang dijadualkan pada penghujung bulan April.

Menurut ketua bahagian Bukit Bendera, Abdul Jalil Ariffin semua mereka menuntut mesyuarat agung luar biasa (EGM) diadakan bagi membolehkan Ahmad memimpin semula bahagian itu.

Ia bagaimanapun tidak termasuk anggota pergerakan wanita dan pemuda bahagian berkenaan.
“Kami telah menandatangani surat peletakkan jawatan bagi memaklumkan kepada parti mengenai keputusan ini,” kata Abdul Jalil di pejabat bahagian itu di Lembah Pantai.

Sudah pasti Ahmad terharunya atas pengorbanan Abdul Jalil yang sanggup melepaskan jawatannya itu bagi membolehkan beliau berkuasa semula.

“Saya berterima kasih atas tindakannya itu. Dia sanggup letap jawatan walaupun penggalnya tidak akan berakhir sehingga 2011,” katanya.

Ahmad berkata dia sanggup membina jambatan dengan bekas Ketua Menteri, Tan Sri Koh Tsu Koon, jika permohonan maaf dibuat kepada UMNO.

Kita melihat dengan jelas bahawa Ahmad adalah pejuang dan rata-rata ahli UMNO Bahagian itu berdiri teguh di belakang Ahmad.

Tidakkah Ahmad juga menjadi contoh selain UMNO Bahagian Bukit Bendera?

Sunday, March 28, 2010

SEPANDAI-PANDAI DR MAHATHIR...


Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin tersenyum lebar membaca kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad ini.

Apa tidaknya, orang yang pandai dan bijak seperti Dr Mahathir pun boleh ‘dikelentongnya’.
Anwar ketika ‘bersama’ Dr Mahathir menganggap bekas Perdana Menteri itu sebagai ‘bapa’,
Semalam, bekas Perdana Menteri mengakui Anwar sememangnya licik merancang konspirasi.

Dr. Mahathir mengakui beliau sendiri turut menjadi mangsa Anwar yang bijak bermuka-muka di hadapannya tetapi secara diam-diam merancang konspirasi menjatuhkan beliau.

Baca apa kata Dr Mahathir semalam:

'Saya pernah jadi mangsa konspirasi'

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim sememangnya licik merancang konspirasi termasuk dengan menggunakan akuan bersumpah.
Oleh itu, katanya, beliau tidak terkejut dengan pendedahan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berhubung konspirasi mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pembunuhan Altantuya Shaaribu.

Menurut Dr. Mahathir, beliau sendiri turut menjadi mangsa Anwar yang bijak bermuka-muka di hadapannya tetapi secara diam-diam merancang konspirasi menjatuhkan beliau.

"Dia pernah membuat konspirasi untuk menjatuhkan saya, semua orang tahu dia arah orang serang saya, kata saya ada kroni tetapi Anwar sendiri berpura-pura baik (sebagai) orang nombor dua dalam Kabinet.

"Belakang saya dia lakukan tetapi di depan saya kami boleh duduk semeja, itulah dia, jadi saya tidak pelik dengan tuduhan bahawa dia ada konspirasi untuk menjatuhkan Najib," katanya.

Dr. Mahathir berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang pertama, di sini hari ini.

Pada Rabu lalu, ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong pada sidang Dewan Rakyat, Zulkifli mendakwa pernah diberi tawaran lumayan oleh pihak tertentu untuk mengaitkan Perdana Menteri dan isteri dalam kes pembunuhan warga Mongolia tersebut.

Tanpa mendedahkan pihak terlibat, Zulkifli berkata, antara tugasnya ialah mendapatkan pengakuan bersumpah daripada Perdana Menteri dan isteri selain diminta membuat surat akuan bersumpah bahawa Najib dan Rosmah terlibat dalam pembunuhan tersebut.

Dr. Mahathir pada sidang media itu juga turut membidas Anwar kerana mempersoalkan salah seorang anaknya yang tersenarai sebagai antara orang terkaya di negara ini sedangkan ia berlaku selepas beliau tidak lagi memegang jawatan Perdana Menteri.

Beliau turut menempelak Anwar kerana telah mengkayakan kawan-kawannya sewaktu memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri pada pertengahan tahun 90-an.

"Ada seorang kawan dia memiliki kekayaan RM239 juta, kalau jadi Perdana Menteri macam itulah (lagi teruk) sebab baru jadi Timbalan Perdana Menteri kawan-kawan dia semua jadi kaya, banyak duit juga tapi tidak tahulah dari mana," katanya.

Dalam isu berasingan, Dr. Mahathir menyifatkan Pas telah bersubahat dengan Anwar dalam budaya fitnah dan pembohongan apabila Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyelar perbuatan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim kerana mendedahkan rahsia impian 16 September.

"Nik Aziz kata Zahrain tak patut dedah perbuatan jahat yang dilakukan, jika kita tahu benda itu salah tapi kita tak ambil tindakan untuk mendedahkan kesalahan, itu semacam bersubahat.
"Nik Aziz sokong Zahrain jangan dedah, jadi dia bersubahat dengan Anwar," tegasnya.

ANWAR RAKYAT ISTIMEWA?

Apabila ada soalan, sewajarnya ada jawapan.

Namun sejauh ini nampaknya pertanyaan kepada polis kenapa pihaknya tidak mengambil tindakan terhadap bekas timbalan perdana menteri – Datuk Seri Anwar Ibrahim - sedangkan telah banyak laporan dibuat terhadapnya?

Semalam wakil Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Arman Azhar, membuat pertanyaan: “Apa beza antara Anwar dan rakyat Malaysia yang lain?” soalnya yang berpakaian Melayu lengkap dengan bersamping dan bersongkok.

Bekas ahli parlimen PARTI Keadiulan Rakyat (PKR) Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim sebelum ini dilaporkan berkata Anwar menggunakan nama Yang di-Pertuan Agong dan pasukan tentera dalam usaha membentuk kerajaaan Pakatan Rakyat.

Arman berkata, dalam laporan yang sama juga, Perkasa juga membuat laporan terhadap penyebaran VCD ulama terkenal Dr Yusof Qardawi yang mengulas isu tuduhan liwat terhadap Anwar.

Laporan itu turut meminta polis menyiasat penyebaran surat yang ditandatangai oleh setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution Ismail yang menyifatkan tuduhan terhadap Anwar adalah fitnah.

Menurut Arman, tindakan tersebut mengganggu proses mahkamah yang masih berlangsung.
Semalam, selepas majlis mesyuarat agung tahunannya yang pertama, Perkasa membuat 13 laporan polis terhadap ketua pembangkang itu berhubung isu “16 September” yangdidakwa menggunakan nama Yang di-Pertuan Agong bagi mendapatkan sokongan politik.

Kira-kira 50 anggota pertubuhan itu sebelumnya berarak daripada PWTC di ibu negara ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Sentul.

Menurut ketua Wiranya Arman Azhar, 13 laporan itu dibuat terhadap ketua umum PKR itu secara berasingan oleh wakil Perkasa daripada 13 negeri di seluruh negara.

Saturday, March 27, 2010

HULU SELANGOR – KENAPA TIDAK UMNO?



Janganlah menekan Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga Perdana Menteri mengenai calon untuk pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

Fakta yang tidak boleh diubah atau dinafikan ialah di Hulu Selangor ini – tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) semuanya dimenangi Barisan Nasional (BN) tetapi kerusi Parlimen yang diwakili MIC - kalah.

Calon MIC itu ialah Datuk G. Palanivel, yang juga Timbalan Presiden MIC, kalah kepada Allahyarham Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad dalam pilihan raya lepas dengan hanya 198 undi setelah menjadi wakil rakyat di situ sejak 1990.

Gambar : Samy Vellu, Mohamed Idris, KooMun, Mohd Isa & G Palanivel

Hulu Bernam (N05) diwakili Datuk Mohamed Idris bin Abu Bakar dari UMNO yang pejabatnya di Kalumpang; Batang Kali (N07) diwakili Tuan Mohd Isa bin Abu Kasim juga UMNO yang alamat pejabatnya di Ulu Yam Lama; sementara di Kuala Kubu Baharu (N06) pula calonnya Wong Koon Mun dari MCA.

Pelik bukan? Bagaimana calon MIC boleh kalah sedangkan tiga kerusi negeri ‘solid’ kepada BN.
Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu sepatutnya jangan selangkah ke hadapan dengan menyatakan siapa patut bertanding di Parlimen Hulu Selangor.

Berilah peluang kepada Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) memutuskannya.

Melihat kepada kedudukan DUN dan pengundi Melayu, sewajarnya UMNO meletakkan calon Parlimen di situ.

Katakanlah permintaan MIC untuk meletakkan Palanivel yang pada pilihan raya umum lalu kalah dengan majoriti tipis 198 undi tidak menjadi, apakah MIC akan sabotaj pilihan raya berkenaan?

Faktanya ialah Hulu Selangor mempunyai 63,000 pengundi, 51 peratus daripadanya Melayu, 26 peratus Cina dan 19 peratus kaum India selain kira-kira 1,000 pengundi Orang Asli.

Saya ulangi, pengundi Melayu adalah 51 peratus – majority berbanding pengundi India hanya 19 peratus.

Palanivel pernah menang empat penggal. Kenapa untuk menjadi wakil rakyat penggal kelima beliau ditolak?

Apa sentimen rakyat di Hulu Selangor? Apakah ia membangun? Apakah kawasan itu bertambah maju?

Kenapa pula pembangkang melalui wakil rakyatnya – Allahyarham Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad – boleh menang?

Apakah faktor parti atau faktor calon?

Dan sejak kalah pada pilihan raya lalu, apakah Palanivel masih meneruskan kerja parti dan MIC sendiri menmgambil berat masalah penduduk di situ?

Atau apakah UMNO dan MIC yang menjalankan tugas-tugas membantu rakyat di Hulu Selangor?

Kita boleh mendapat maklumat daripada Ketua Umno Bahagian Hulu Selangor yang juga ADUN selain daripada dua ADUN lain.

Bagaimana jika MIC langsung sejak kalah tidak jenguk di Hulu Selangor?

Juga kita boleh kaji sejauh mana peranan MIC di tiga Dewan Undangan Negeri Selangor dalam kawasan Parlimen itu ialah Hulu Bernam, Batang Kali dan Kuala Kubu Baharu yang semuanya dimenangi BN dalam pilihan raya umum lalu.

Kurang manis tiba-tiba sahaja Samy Vellu mengatakan MIC sudah bersedia untuk bertanding kerusi Parlimen Hulu Selangor, yang kini kosong ekoran kematian penyandangnya Dr Zainal Abidin daripada Parti Keadilan Rakyat malam Khamis.

Beliau dengan begitu terdesak berharap dapat menurunkan semula ‘anak didiknya’ G.Palanivel bagi menawan semula kerusi yang pernah diwakilinya itu selama empat penggal sebelum ini.

Presiden MIC itu berkata parti itu akan mencadangkan nama Palanivel kepada Barisan Nasional dan menyerahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku pengerusi BN untuk membuat keputusan.

Kalau mengikut Samy Vellu, walaupun kalah, Palanivel masih membantu menyelesaikan masalah masyarakat pelbagai kaum di Hulu Selangor, yang merupakan antara beberapa kubu kuat BN yang jatuh ke tangan pembangkang pada pilihan raya umum 2008.

Mungkin kerana memikirkan banyak perkara yang perlu dipertimbangkan, Najib berkata beliau akan berbincang dengan Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu, sebelum membuat sebarang keputusan.

Najib juga meminta semua pihak bersabar mengenai calon yang akan mewakili BN bertanding kerusi itu.

Najib berkata jentera pilihan raya BN telah digerakkan dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik mengetuai BN dalam pilihan raya kecil itu manakala Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar dilantik sebagai pengarah pilihan raya kecil dibantu Ketua Umno Bahagian Hulu Selangor Datuk Idris Bakar.

Dengan jentera sebegini, apakah keterlaluan jika dicuba pula calon dari UMNO kerana ternyata selepas empat penggal, wakil MIC sudah ditolak oleh calon yang pernah menjadi Timbalan Menteri Besar Selangor dan pernah menjadi orang kuat UMNO di Hulu Selangor.

KEMELUT ISTANA...RAKYAT MEMERHATI


Tolonglah mana-mana pihak sekali pun, jangan kelirukan rakyat jelata, khususnya rakyat Kelantan.

Jangan individu atau parti pula dikaitkan dengan kemelut ini.

Mereka mengasihi raja mereka tetapi kelemut istana khususnya isu dua pemangku Raja Kelantan - bukan sahaja mengusutkan fikiran hamba rakyat jelata tetapi menimbulkan banyak tanda tanya.

Sebagai rakyat mereka keliru namun, mereka memerhatikan apa yang akan berlaku seterusnya.
Seseorang yang menggelarkan dirinya sebagai Mutaligat menulis dalam Harakahdaily meletakkan kesalahan kepada seseorang menyebabkan kecelaruan istana Kelantan.

Menurutnya: “Saya masih ingat di awal pemerintahan kerajaan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) pada tahun 1990 di Kelantan, antara orang yang membuat onar mengacau pentadbiran kerajaan negeri ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan sendiri.

Selepas beliau melepaskan jawatannya sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri maka amanlah pemerintahan kerajaan negeri. Beliau selepas itu lama menghilangkan diri dari arena pentadbiran kerajaan dan politik Kelantan. Mungkin beliau berehat gamaknya.

Sehari dua ini namanya timbul kembali. Kali ini beliau dikaitkan pula dengan kemelut istana Kelantan.

Apa sebenarnya yang beliau mahukan.? Apakah beliau masih berdendam dengan kerajaan negeri sehingga sanggup kembali timbul dalam kancah ini.

Tidak cukupkah beliau membuat onar mengacau dan tidak memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Tok Guru pada era 90-an.?”

Terbukti orang dimaksudkan oleh Mutaligat ialah Datuk Wan Hashim Wan Daud yang sudah ditahan polis. Apapun, kita belum tahu apakah kemelut istana ini disebabkan olehnya secara bersaorangan atau berkumpulan.

Wan Hashim hanya ditahan polis dan belum pasti beliau terlibat atau sebaliknya.

Juga sedikit pelik ialah apabila dalam menyiarkan berita dan ulasan mengenai perkara ini Malaysiakini menyiarkan gambar Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra berlatar belakangkan bendera Kelantan dan logo UMNO.

Apakah mainan Malaysiakini dalam konteks kemelut istana ini? Apakah Malaysiakini babitkan UMNO dalam kemelut berkenaan?

Adalah baik juga kalau kita mendengar nasihat Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya semua rakyat mematuhi undang-undang yang ditetapkan dalam perlembagaan bagi menyelesaikan kemelut Istana Kelantan sekarang.

Beliau tidak mahu rakyat terikut-ikut dengan mana-mana-mana kumpulan dalam isu itu, tetapi mengikut apa yang dikehendaki oleh perlembagaan kerana kerajaan negeri mempunyai perlembagaan tubuhnya sendiri.

"Saya nasihatkan kepada rakyat semua, masa kekecohan ini supaya patuh kepada perlembagaan, jangan dengar A dengar B, tetapi ikut perlembagaan," katanya.

Kita belum mendengar apa-apa keterangan polis mengenai penahanan 'Setiausaha Sulit' Sultan Kelantan itu yang sebelum ini mengumumkan mengenai pemecatan Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja Kelantan.

Keadaan mungkin reda seketika apabila Wan Hashim ditahan polis di rumahnya di Taman Seri Aman, Kubang Kerian malam kelmarin. Menurut laporan penahannya dipercayai mempunyai kaitan dengan penglibatannya sebagai `Setiausaha Sulit’ Sultan yang telah membuat pengumuman rasmi pagi ini dengan mendakwa Sultan Kelantan telah menitahkan pemecatan pemangku raja.

Wan Hashim selaku ‘Setiausaha Sulit Sultan Kelantan’, kelmarin membaca perisytiharan di Istana Mahkota, Kota Bharu bahawa Pengerusi Majlis Perajaan Kelantan (MPN), Tengku Abdul Aziz Tengku Hamzah dilantik sebagai Pemangku Raja yang baru.

Titah mengenai pelantikan Tengku Abdul Aziz, 76, abang kepada Tengku Razaleigh Hamzah, itu dibacakan oleh Wan Hashim di Istana Mahkota di Kota Bharu.

Mengenai keadaan Sultan Kelantan, Wan Hashim berkata: "Dia boleh bertitah, boleh bercakap dan ingatannya bagus."

Beliau berkata pihaknya akan memaklumkan kepada Tengku Muhammad Faris dan kerajaan negeri berhubung pengumuman itu.

Bagaimanapun, Pengelola Istana Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad berkata Tengku Muhammad Faris kekal sebagai Pemangku Raja Kelantan.

Ternyata kemelut istana Kelantan meruncing akibat perisytiharan itu kerana Sultan Kelantan didakwa telah melucutkan jawatan Tengku Mahkota, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja berkuat kuasa serta-merta.

"Pelantikan Tengku Abdul Aziz tidak ikut Perlembagaan negeri kerana untuk sebarang pelantikan dan pemecatan ianya memerlukan dua pertiga persetujuan daripada ahli Majlis Perajaan Negeri dan bukannya daripada seseorang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Sultan Kelantan Sultan Ismail Petra Yahya Petra yang didakwa telah melucutkan jawatan anakandanya, Tengku Muhammad Faris sebagai Pemangku Raja berkuatkuasa serta-merta.

Pada ketika Wan Hashim mengatakan Sultan Kelantan boleh bertitah, Tengku Muhammad Faris bertitah ayahandanya, Sultan Kelantan masih gering dan beliau kekal sebagai Pemangku Raja Kelantan untuk menjalankan tugas hal ehwal negeri sejak beliau dilantik pada 29 Mei tahun lalu disebabkan Sultan Kelantan gering dan terpaksa dirawat di Hospital Mount Elizabeth di Singapura.

Baginda bertitah kesemua laporan mengenai kesihatan Ayahandanya selain daripada pakar doktor-doktor yang dilantik adalah tidak tepat.

Yang baiknya kita berdoa semuga kemelut ini cepat berakhir dan biarlah istana menyelesaikan kemelutnya.

Rakyat wajar bersabar dan mendoakan agar Sultan Kelantan cepat sembuh.
Ini kerana jika Baginda sembuh, titahnya akan menyelesaikan semua kemelut.

Pentadbiran kerajaan negeri juga ‘tidak akan terganggu’ dengan pelbagai kenyataan oleh pihak-pihak yang sesetengahnya tidak ada kaitan pun dengan pertelingkahan istana!

BERNAMA MENANG ANUGERAH BRANDLAUREATE

Tahniah Bernama...

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) itu memenangi Anugerah Penjenamaan Korporat Terbaik bagi kategori Agensi Berita Nasional-Media menerusi Anugerah The Brandlaureate bagi edisi 2009-2010.

Anugerah yang bertemakan "Jenama Anda, Karya Agung" disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala kepada wakil Bernama, Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Dalam Negeri, Zulkefli Salleh.

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Corporation, Tan Sri Vincent Tan pula dinamakan sebagai Usahawan Brandlaureate Terbaik sementara Presiden Limkokwing University of Creative Technology, Tan Sri Dr Lim Kok Wing diisytihar sebagai CEO BrandLaureate Terbaik.

Anugerah The Brandlaureate merupakan anugerah jenama berprestij bagi syarikat di Malaysia dan Asia Pasifik yang mengiktiraf kecemerlangan jenama syarikat antarabangsa, syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat penyenaraian awam.

TANAH KUBUR MASIH MERAH...KEMPEN DAH BERMULA

Sabar-sabarlah kalaupun mahu menang. Hormatilah sedikit kepada yang baru meninggalkan kita. Tanah kubur masih merah...

Satu majlis yang berlangsung semalam di Stadium Mini Kuala Kubu Baharu yang mulanya untuk "kempen selamatkan negara" oleh pakatan pembangkang, bertukar menjadi kempen untuk pilihan raya kecil.

Suruhanjaya Pilihanraya pun belum mengeluarkan apa-apa kenyataan dan mesyuarat hanya akan diadakan pada Jumaat 2 April depan.

Nampak sangat gelojohnya pakatan pembangkang dan pada majlis yang dilaporkan dihadiri kira-kira 5,000 penyokong itu, sedikit sangat ruang diberikan oleh pemimpin pakatan pembangkang menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Zainal Abidin Ahmad - wakil rakyat Hulu Selangor yang meninggal dunia kelmarin kerana barah otak.

Sebaliknya banyak tumpuan diberikan kepada kempen dengan menyentuh isu-isu panas, antaranya kes kehilangan enjin pesawat pejuang TUDM, kontrak kapal selam Scorpene, rasuah dan lain-lain lagi.

Pemimpin utama pakatan pembangkang yang hadir timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali; naib presiden PKR, Azmin Ali; pengarah strategi PKR, Tian Chua; ahli jawatankuasa pusat PAS, Dr Hatta Ramli dan ADUN DAP bagi Kampung Tunku, Lau Weng San.

Turut hadir ialah penyelaras pakatan pembangkang Datuk Zaid Ibrahim, yang disebut-sebut mungkin dipilih sebagai calon PKR untuk bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Manakala ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim tiba sejurus sebelum jam 11 malam.

Ternyata selain ‘menghentam BN’ kempen itu berusaha memberitahu rakyat yang hadir mengenai ‘kecemerlangan pakatan pembangkang mentadbir Selangor’.


Di Selangor, menurut Khalid melalui pemerintahan pakatan, pelaburan berjumlah RM7 bilion berjaya dibawa masuk dalam tempoh dua tahun.

Pada tahun 2009 sahaja, katanya, Selangor telah menyediakan peluang pekerjaan kepada 20,753 orang.

Anwar mula berucap mulai jam 11.45 malam. Katanya, mengambil kira jumlah pengundi kaum India yang besar di Hulu Selangor, beliau menegaskan bahawa dua aktivis utama Hindraf yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kini bersama pakatan pembangkang.

“(T) Vasanthakumar, yang menyertai PKR, berada di sini," kata Anwar sambil menambah, V Ganabatirau, yang turut hadir, telah menjadi ahli DAP.

Ternyata, selain tidak sabar untuk pilihan raya, pakatan pembangkang jelas menerima baik aktivis Hindraf untuk menarik sokongan pengundi India di kawasan Parlimen berkenaan.

Mampukah MIC menyahut cabaran menjamin pengundi India tidak menyokong pembangkang pada pilihan raya kali ini?

Thursday, March 25, 2010

ZULKIFLI BERSIHKAN IMEJ NAJIB, ROSMAH?

Siapakah yang menawarkan ganjaran besar untuk Zulkifli Nordin(Bebas-Kulim Bandar Baharu)?
Juga siapa itu pihak ketiga? Merekakah yang melakukan mungkar yang dimaksudkan Zulkifli?
Apakah pengakuan tergempar ini mendedahkan Zulkifli kepada siasatan polis?

Apakah apa yang diperkatakan oleh Zulkifli semalam akan membersihkan imej Perdana Menteri dan isteri yang begitu banyak dikaitkan dengan isu Altantuya?

Yang menariknya, Zulkifli di Dewan Rakyat semalam memohon maaf kepada mereka yang menjadi mangsa kepada percaturan politik kotor ini. “Saya berjanji akan berjumpa dengan mereka secara peribadi bagi memperbetulkan keadaan,” katanya.

Siapakah agaknya yang akan ditemui oleh beliau dan akan semakin banyakkah rahsia yang akan terbongkar?

Zulkifli juga mengingatkan kepada pihak tertentu agar tidak meletakkannya dalam keadaan yang memaksanya mendedahkan perlakuan mungkar yang berlaku. “Kalau saya berbuat demikian, letupan besar yang dibuat oleh Yang Berhormat Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim sekadar ‘kentut yang sepi’.

Bagi Zulkifli, begitulah kotornya mainan politik negara masa ini.

Apakah rahsia besar seterusnya yang akan didedahkan beliau? Akan tutupkah mulut mereka yang tidak sudah-sudah memburukkan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional?

Di Dewan Rakyat semalam, Zulkifli mendakwa pernah diberi tawaran lumayan oleh pihak tertentu untuk mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Tanpa mendedahkan pihak terlibat semalam, beliau berkata, antara tugasnya ialah mendapatkan pengakuan bersumpah daripada Perdana Menteri dan isterinya selain diminta membuat surat akuan bersumpah bahawa Najib dan Rosmah terlibat dalam pembunuhan tersebut.

Zulkifli berkata, ganjaran yang ditawarkan memang boleh menggoyahkan iman namun begitu beliau bersyukur kerana Allah melindunginya daripada terlibat dengan fitnah itu.

Zulkifli turut menegaskan, sebagai orang Islam semua pihak harus bersangka baik atau husnuzzan terhadap Perdana Menteri.

“Setahu saya Perdana Menteri telah melakukan sumpah menafikan pembabitan beliau dan setakat ini tidak ada antara kita yang berani bersumpah menafikannya.

“Oleh itu, bersangka baiklah sesama kita dan berpegang teguhlah kepada al-Quran. Bagaimana kita tidak suka difitnah orang, begitu jugalah kita tidak sepatutnya memfitnah orang lain,” ujarnya.

Pastinya aka nada pihak yang akan mengemukakan pendapat seperti ‘berapakah Zulkifli menerima habuan kerana membela Perdana Menteri”.

Namun , jika beliau merasakan itu yang baik, kenapa mahu dipertikaikan?

Dalam pada itu, katanya, beliau sungguh hairan bagaimana segelintir yang mengaku Islam tetapi dengan mudah menuduh seorang Islam lain melakukan pembunuhan tanpa sebarang bukti dan keterangan.

Ternyata genap seminggu Dewan Rakyat digemparkan dengan kejutan pertama oleh oleh Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, semalam giliran Zulkifli Noordin pula membuat pendedahan menggegarkan politik negara.

Membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong pada sidang Dewan Rakyat semalam Zulkifli berkata: ““Atas sebab ini juga saya menarik diri daripada terus mengendalikan kes berkenaan kerana adanya gangguan daripada pihak ketiga yang menyebabkan mustahil bagi saya untuk terus bertindak secara profesional sebagai peguam membela bagi kes berkenaan.

“Kita perlu ingat takkanlah OKT-OKT (orang kena tuduh) tersebut sanggup dihukum mati di tali gantung kalau benar Perdana Menteri dan isterinya terlibat di dalam kes pembunuhan tersebut kerana saya sangat yakin pasti mereka akan dedahkan perkara itu jika ia benar.”

“Lebih malang lagi fitnah orang bukan Islam boleh diterima sebagai bukti tanpa sebarang soal lagi. Orang seperti P. Balasubramanian telah diterima fitnahnya dengan sekadar membuat surat akuan sumpah dengan bayaran RM4.

Namun begitu fitnah dan tohmahan tidak pernah dibangkitkan Balasubramaniam ketika memberi keterangan di mahkamah dan kepada pihak polis. Bagi saya dia hanya seorang oportunis yang mengambil kesempatan daripada kerakusan syaitan bertopengkan manusia,” tambahnya.

SAIFUDDIN CARI MASALAH LAGI...

Pagi semalam, saya menerima SMS daripada Datuk Ibrahim Ali. SMS itu bersambung-sambung sebanyak tiga frame semuanya.

SMS itu berbunyi: “Saya terperanjat dengan sifat jahat, biadap dan tidak berakhlak langsung tuduhan Saifudin Nasution yang membuat dakwaan saya ada saham saham judi dalam syarikat Ascot Spots kepunyaan Vincent Tan.

“Kenyataannya terbit dalam Malaysiakini yang ditulis oleh Salhan K Ahmad. Penulis dajal ini wujud atau pun tidak atau guna nama samaran,” tulisnya.

Menurut Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, kenyataan berkenaan bertujuan memburukkan namanya kerana kelantangan beliau memperjuangkan agenda Melayu.

“Saya bersumpah dengan nama Allah, wallahi wabillahi dan sedia junjung al-Quran bila-bila masa untuk membuktikan saya tidak ada kaitan, tidak ada saham, langsung atau tidak langsung (menguna proxi) dalam syarikat judi Vincent Tan,” tulisnya lagi.


Beliau juga mencabar supaya semakan dibuat dengan Suruhanjaya Sekuriti bagi membuktikan bahawa dakwaan MP Machang itu tidak benar.

Ibrahim juga berkata beliau akan mengambil tindakan undang-undang dan akan mengarahkan peguamnya untuk bertindak.

Hmm....ternyata Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail yang kelmarin bertelagah dengan Datuk Seri Nazri Aziz buat hal lagi.

Selepas cari pasal dengan Nazri semalam cari pasal pula pula dengan Ibrahim.

Jika kelmarin Saifuddin menuduh Nazri bohong, rupa-rupanya kelmarin juga dia bantai Ibrahim.
Aklibatnya di Dewan Rakyat semalam, Saifuddin dan Ibrahim menggunakan platfom Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim Bandar Baharu) - ketika beliau membahaskan Titah DiRaja yang menyentuh persoalan fitnah – untuk bertelagah antara satu sama lain.

Suasana menjadi tegang antara kedua-duanya sehingga Zulkifli meminta mereka menyelesaikan perkara tersebut di luar dewan.

"Saya ingat YB Machang dengan YB Pasir Mas boleh settle di luar (dewan)," katanya.
Segala-galanya berpunca daripada Saifuddin.

Seperti dikatakan di atas, kelmarin selepas tuduh Nazri bohong, Saifuddin melarat pula dengan menuduh Ibrahim.

Dengan maklumat diperolehinya melalui buku tulisan Barry Wain berjudul Malaysian Maverick yang setakat ini masih dalam penilaian oleh kerajaan, kelmarin beliau memohon kerajaan menjelaskan kelulusan lesen judi yang diberikan kepada sebuah syarikat yang dikuasai Tan Sri Vincent Tan.

Dengan nada menyindir, Saifuddin berkata: "Pasir Mas, pejuang tulen pun ada saham juga, itulah wajah sebenar pejuang Melayu. Untuk itu kita minta kementerian kewangan jelaskan perkara berkenaan," dakwanya.

Beliau menamakan syarikat itu sebagai Ascot Sports yang diberikan ruang sehingga 20 tahun untuk menjalankan perniagaan pertaruhan.

Jelasnya, perniagaan itu membabitkan pertaruhan untuk lumba kuda, bola sepak dan sukan-sukan lain.

"Syarikat ini membayar yuran operasi sebanyak 20 juta kepada kerajaan dalam urusniaga sebesar RM1bilion.

Sudah tentulah lesen ini diberikan oleh menteri kewangan, saya difahamkan menteri kewangan dan perdana menteri sebelum Abdullah Badawi mengambil alih kuasa. Menteri kewangan ini adalah Presiden Umno, Umno ialah parti agama bangsa dan negara," katanya lagi.

Berikutan dakwaan kelmarin itu, semalam Ibrahim naik angin.

Ketika Zulkifli berucap membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, Ibrahim bangun mencelah dan berkata dakwaan yang ditimbulkan Saifuddin semalam merupakan satu fitnah besar.

"Saya tidak pernah ada saham judi seperti dituduh. "Saya berani bersumpah dan junjung al-Quran," katanya.

Ahli Parlimen itu bukan setakat naik angin dengan Saifuddin – dengan wartawan Malaysiakini pun beliau naik angin.

Pada sidang media selepas itu, Ibrahim berkata beliau akan mengambil tindakan mahkamah ke atas Saifuddin (kiri), dan juga Malaysiakini serta wartawannya, Salhan K Ahmad kerana menerbitkan berita berkenaan.

Katanya, berita yang mengaitkan beliau dengan saham syarikat judi itu merupakan satu fitnah terhadapnya.

Beliau juga mencabar Saifuddin supaya mengulangi dakwaannya itu di luar dewan.

Katanya lagi, beliau juga memanggil wartawan Malaysiakini dengan nama 'dajal' kerana menurutnya, Salhan menulis berita tersebut dengan "tidak bertanggungjawab,"

Usaha Salhan untuk mendapatkan reaksi Ibrahim pagi tadi dibalas dengan SMS yang berbunyi: “Tak payah lah, ...memang Malaysiakini jahat”.

“Sepatutnya terus dapatkan penjelasan dari saya dan (penjelasan saya) masuk serentak dengan dakwaan yang tidak betul,” tulisnya dalam SMS kepada Salhan.

Wednesday, March 24, 2010

NAZRI - SAIFUDDIN SEBENARNYA PEMBOHONG!

Tabik spring kepada kenalan lama saya Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Macam tulah, baru ada kelas. Jangan nak sentuh Nazri – Dia seperti sarang tebuan. Kini dah ada orang bertempiaran lari cari sungai.

Saifuddin Nasution Ismail yang konon bijak itu jelas cakap ikut sedap mulut.
“Dia bukan peguam, dia tak tahu baca enakmen atau akta, jadi saya minta pada dia tarik baliklah sebab itu merupakan pembohongan dia di dalam dewan...” demikian kata Nazri di Parlimen semalam.

Isunya? Ahli Parlimen Macang itu menuduh Nazri mengelirukan dewan dengan memetik undang-undang yang telah dimansuhkan ketika menggulung perbahasan mengenai isu royalti minyak negeri Kelantan.

Kata Nazri, beliau mempunyai bukti kukuh yang menunjukkan bahawa ordinan ini masih berkuatkuasa dan kenyataan Saifuddin itu sememangnya tidak benar.

"Kalau dia (Saifuddin Nasution) seorang anggota Parlimen yang terhormat, dia akan tarik balik (kenyataannya), kalau dia tidak setuju kita boleh lawan (debat) dalam dewan atau luar dewan," kata Nazri.

Bukan Saifuddin saja yang terkeliru, malah ‘nasi tambah’ - anggota Exco Kelantan, Datuk Husam Musa - menyokong Saifuddin supaya mencadangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dihadapkan kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Ahli Dewan kerana tindakannya selama ini mengelirukan Dewan Rakyat dengan memetik Akta yang tidak berkenaan dengan isu tuntutan royalti Kelantan.

Kata Husam melalui blognya : “Jika selama ini Nazri berani mencabar Kelantan pergi ke Mahkamah, tiba masanya Nazri mesti berani menghadapi Jawatankuasa Terpilih Dewan untuk mempertahankan hujjahnya. Lebih menarik jika orang seperti Tun Salleh Abbas, Nik Saghir Mohd Nor dan Tg Razaleigh boleh dipanggil memberikan keterangan samada jawapan Nazri di Dewan Rakyat selama ini 'mislead' atau tidak.”

Harakahdaily kelmarin melaporkan, gara-gara menggunakan Akta Ordinan Darurat 1969, iaitu akta yang telah pun dimansuhkan bagi menafikan hak kerajaan negeri Kelantan daripada menerima royalti minyak, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dibuktikan berbohong di Dewan Rakyat pada sesi Parlimen lepas.

Saifuddin berkata, Nazri pada sesi penggulungan Disember lalu berulang-ulang kali membuat penafian demikian atas alasan minyak tersebut berada di luar kawasan perairan Kelantan, iaitu tiga batu nautika seperti dirujuk pada Akta Ordinan Darurat 1969.

“Ordinan Darurat Kuasa-Kuasa Perlu 1969 dengan ini dimansuhkan, maknanya ketika berhujah di dalam Dewan (Rakyat), yang berhormat Menteri (Nazri) telah memakai akta yang sebenarnya dimansuhkan.”

“Undang-undang yang dimansuhkan, dia tahu tidak boleh dihujahkan di dalam Dewan (Rakyat), perbuatan menipu Dewan Rakyat telah berlaku pada saat itu,” tegas Saifuddin yang juga Setiausaha Agung PKR pada siding media di Parlimen kelmarin.

Sehubungan itu, Saifuddin mendesak MNazri dikenakan tindakan keras berdasarkan Peraturan Mesyuarat 36(12), iaitu berkaitan hukuman-hukuman yang wajar ke atas Ahli Parlimen atau Menteri kerana berbohong di Dewan Rakyat.

Disember tahun lalu, Nazri dilaporkan berkata, kedudukan pelantar minyak 170 kilometer, di Zon Ekonomi Eksklusif Melaysia-Thailand melayakkan kerajaan Kelantan menerima wang ehsan semata-mata daripada Kerajaan Persekutuan.

Saifuddin berkata, Nazri secara jelas menyelewengkan fakta apabila menggunakan Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu 1969) yang telah dimansuhkan sewaktu berhujah dalam isu yang dibangkitkan Ahli Parlimen PR itu.

"Tadi kita (Ahli Parlimen PR) telah membangkitkan peraturan mesyuarat perkara di bawah 37 (1) dan 36 (12) berkenaan perbuatan yang kita percaya dilakukan oleh Ahli Parlimen Padang Rengas yang mengelirukan dewan.

"Ketika MP Padang Rengas menggulung perbahasan di peringkat dasar Jabatan Perdana Menteri, apabila kami membahaskan isu berkaitan royalti kelantan, apabila kami meneliti semula jawapan yang diberikan menteri iaitu isu tiga batu nautika berdasarkan Ordinan Darurat (kuasa-kuasa perlu 1969) yang dikatakan menghadkan sempadan sesebuah negeri setakat tiga batu nautika. Oleh kerana telaga minyak Kelantan yang berada melebihi tiga batu maka menteri berhujah berdasarkan ordinan ini, Kelantan tidak ada hak membuat tuntutan.

"Tetapi kami menemui undang-undang Malaysia iaitu Akta 216, Akta Darurat (Kuasa-kuasa Perlu 1979), di bawah seksyen 13(1) jelas yang menyebut ordinan (kuasa-kuasa perlu darurat 1969) telah dimansuhkan," katanya.

Berikutan itu, Nazri semalam meminta anggota Parlimen Machang, menarik balik tuduhan bahawa beliau telah berbohong berhubung isu royalti minyak kepada Kelantan.

Nazri berkata Saifuddin sebenarnya yang telah berbohong kerana mengatakan Ordinan (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat 1969 yang menjelaskan tentang had sempadan sesebuah negeri ialah setakat tiga batu nautika telah dimansuhkan.

"Ordinan ini masih berkuatkuasa, cuma pindaan dibuat pada tahun 2007 yang memansuhkan Seksyen 7 ordinan berkenaan. Dalam hujah saya (pada sidang Dewan Rakyat pada Disember 2009), saya rujuk pada Seksyen 3 dan 4, saya tak rujuk pada Seksyen 7.

"Jadi saya nak nasihat pada Saifuddin Nasution, dia bukan peguam, dia tak tahu baca enakmen atau akta, jadi saya minta pada dia tarik baliklah sebab itu merupakan pembohongan dia di dalam dewan...kalau dia terus mengatakan saya membuat pembohongan, saya seorang menteri saya tak pernah bohong dalam dewan," kata Nazri.

Monday, March 22, 2010

DEWAN RAKYAT LEBIH PANAS MINGGU INI?

Siapa akan ‘makan cili’ di Dewan Rakyat minggu ini? Masihkah Datuk Seri Anwar Ibrahim berseorangan?

Banyak pihak meramalkan sidang Dewan Rakyat minggu ini bermula hari ini akan lebih hangat.
Kenapa? Selain rentetan isu-isu hangat yang dibangkitkan pada persidangan minggu lepas terutama pendedahan mengenai kegagalan rancangan 16 September pakatan pembangkang, PAS juga dikatakan akan menerima nasib sama seperti PKR.

Roslan Bian dari Agendadaily meramalkan tembelang PAS dalam Pakatan Pembangkang pula akan pecah selepas ini.

Menurut beliau pendedahan Ahli Parlimen bebas Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mengenai pelan 16 September bukan sahaja membuka tembelang dan pekong Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi tanpa ramai sedar, tembelang PAS pun turut terbongkar.

Katanya, dengar ceritanya, beberapa pemimpin tertinggi PAS yang juga ahli parlimen tidak tahu pelan menawan Putrajaya ikut pintu belakang sampai begitu serius hingga memperalatkan nama Yang Di Pertuan Agong dan Panglima Angkatan Tentera.

Juga ikut ceritanya hanya pemimpin PAS yang dikaitkan dengan kumpulan Erdogan yang pro Anwar tahu rancangan Ketua Pembangkang itu, bukan ke semua 23 ahli parlimen PAS.

Sebab itu, pada petang Rabu ketika Zahrain ‘melondehkan’ Anwar, ahli-ahli parlimen PAS tak banyak mulut – mereka diam menikus kecuali ahli parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar yang menjerit-jerit ketika bekas ahli parlimen PKR itu menceritakan apa sebenarnya berlaku disebalik kisah pelan 16 September.

Tetapi pada pagi Khamis, sewaktu Zahrain sambung ‘cerita panas’ itu, ahli parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad, Dr. Siti Mariah Mahmud (PAS-Kota Raja) dan Dr Lo’Lo Ghazali (Titiwangsa) bangun bersama ahli parlimen PKR dan DAP cuba menidakkan pengakuan Zahrain.
Persoalannya, apakah kerana mereka sudah diminta berbuat demikian?

Kalau tak silap, mereka ini adalah antara dikaitkan dengan kumpulan Erdogan selain Dr Zulkifli (Kuala Selangor) Kamaruddin Jaafar (Tumpat), Datuk Seri Nizar Jamaluddin (Bukit Gantang) dan Dr Hatta Ramli (Kuala Krai). Dan dua tiga kerat lagi termasuk Exco Kelantan Datuk Husam Musa.

Jika benarlah ada pemimpin tertinggi parti tidak tahu skrip 16 September yang dikarang Anwar, ini sudah kira kes berat. Barangkali yang tahu adalah mereka yang sudah dijanjikan jawatan oleh Anwar jika dapat jadi Perdana Menteri ke-6, kara Roslan.

Roslan mengemukakan pertanyaan: “Barangkali inilah yang dimaksudkan Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar Bharu, Zulkifli Noordin fasal Fir’aun-Firaun Kecil dalam Pakatan Rakyat yang mengelilingi Anwar. Lebih menarik lagi, Mahfuz ketika diminta komennya fasal pendedahan Zahrain, tak mahu ulas kononnya beliau ‘tidak dengar’ apa yang bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang itu dedahkan sedangkan beliau yang beria-beria menjerit dalam Dewan pada petang Rabu.

Apapun, baik ahli parlimen PKR, DAP mahupun PAS, mereka kini sudah jadi cacing kepanasan kerana Zulkifli yang lantang bercakap dan ahli parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng serta ahli parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzi Samsuri belum lagi ‘buka mulut’.

Kata Roslan, eloklah kita tungggu – siapa yang kena atau lebih banyak tembelang membabitkan PAS juga akan pecah .

Menarik juga ialah Blok Bebas yang kini mempunyai tujuh anggota dijangka bersuara lagi minggu ini.

Anggota Parlimen Bebas lain ialah Datuk Ibrahim Ali (Pasir Mas), Zulkifli Noordin (Kulim-Bandar Baharu), Tan Tee Beng (Nibong Tebal), Mohsin Fadzil Samsuri (Bagan Serai) dan dua wakil rakyat Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Eric Majimbun (Sepanggar) dan Datuk Dr Chua Soon Bui (Tawau).

Jadi, tumpuan mingggu ini tentunya kepada anggota Parlimen Bebas yang belum berpeluang berhujah, khususnya Zulkifli yang digambarkan sebagai individu amat tegas pendiriannya.

Lebih penting adalah sejauh mana masa yang diperuntukkan di Dewan Rakyat itu digunakan untuk membangkitkan masalah rakyat dan bukan sekadar untuk gimik politik sempit yang akhirnya tidak membawa ke mana-mana.

Selain itu, Bernama meramalkan, tumpuan pasti kembali kepada Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bebas-Bayan Baru) yang membuat pendedahan rancangan 16 September ketika membahaskan usul menjunjung kasih atas titah ucapan Yang di-Pertuan Agong sehingga menyebabkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) bertindak keluar Dewan.

Zahrain, yang keluar PKR sejak bulan lepas, mendedahkan bagaimana beliau dan rakannya dalam pakatan diperalat dan dibohongi dengan rancangan itu, antara lain, kononnya pakatan mempunyai sokongan anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Anwar mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk menjadi Perdana Menteri dengan sokongan wakil rakyat BN yang akan lompat parti.

Pendedahan itu menimbulkan pelbagai reaksi termasuk penafian oleh Angkatan Tentera manakala pergerakan Pemuda Umno hari ini membuat laporan polis berhubung dakwaan pembohongan itu.

Tingkah laku anggota Parlimen juga menjadi perhatian.

Rabu lepas, anggota Parlimen pakatan DAP-PKR-PAS bertindak keluar Dewan Rakyat selepas tidak dibenarkan membahas usul Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung arahan kepada ketua polis untuk memastikan jalan dan laluan ke Parlimen dibuka sepanjang masa bagi memudahkan anggota Parlimen.

Anggota Parlimen pembangkang bertegas mereka berhak membahaskan perkara itu sekalipun usul itu diluluskan Timbalan Speaker Dewan Rakyat dengan undian lisan, tanpa bahas.

Antara yang tidak bersetuju dengan tindakan keluar Dewan itu ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyifatkannya sebagai merugikan masa dan sepatutnya digunakan untuk membangkitkan masalah rakyat.

Muhyiddin berkata ia ibarat tidak mengendahkan titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin ketika merasmikan mesyuarat pertama penggal ketiga Parlimen ke-12, yang sekali lagi mengulangi teguran baginda supaya anggota Parlimen menjaga tutur kata dan tingkah laku sebagai wakil rakyat.

Wakil-wakil pembangkang juga dijangka membuat "serangan" terhadap kerajaan seperti minggu lepas apabila mereka mempertikaikan gagasan 1Malaysia dengan mengaitkannya dengan APCO Worldwide yang dikatakan terbabit dengan konsep "One Israel" pada 1999.

Bagaimanapun, firma perunding komunikasi antarabangsa itu pada Khamis menafikan dakwaan pembangkang selain menafikan pembabitan APCO dengan "One Israel" atau Perdana Menteri Israel Ehud Barak seperti didakwa.

Sunday, March 21, 2010

MELAYU MASA DEPAN KETURUNAN ANAK LUAR NIKAH?

Saya tersentuh membaca berita dalam Berita Minggu hari ini bertajuk ‘17,303 anak luar nikah didaftar 2009’.

Angka 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara sepanjang tahun lalu belum lagi mengambil kira yang lepas-lepas.

Ada sebuah yayasan menganggarkan ada lebih satu juta anak luar nikah keturunan Melayu sahaja di Malaysia ketika ini.

Kita kini jarang menggunakan istilah ‘anak haram’ kerana ia digantikan dengan anak luar nikah. Apa pun istilahnya ia tetap sama. Anak lahir daripada perhubungan haram.

Persoalannya di sini ialah Melayu. Apabila disebut Melayu, automatiknya akan berkaitan Islam.

Apakah nasib masa depan orang Melayu satu atau dua dekad akan datang?

Saya bukan mahu mencari punca atau menyalahkan mana-mana pihak. Malah anak luar nikah itu pun bukan meminta mereka dilahirkan di dunia.

Ada sesetengah pihak mengatakan apa perlu kita hiraukan masalah ini. Rakyat di sesetengah negara maju kini ramai yang ‘anak haram’ tetapi tetap maju dan berjaya.

Pernikahan di negara seperti Amerika Syarikat dan banyak negara Eropah termasuk yang mengamalkan seks bebas, gay, lesbian dan sebagainya tidak lagi dianggap penting tetapi dunia tetap menerima mereka.

Lebih menyedih dan membimbangkan di Malaysia, angka anak luar nikah itu belum termasuk bayi yang dibuang dan sebagainya dan sebagainya.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim, berkata bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya.

Pada 2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di JPN manakala pada 2007 seramai 16,100 orang.

Ini bermakna dalam tempoh tiga tahun ini jika dicampurkan semuanya berjumlah 49,944 iaitu hampir 50,000.

Kita tidak tahu angka sebelum ini atau mungkin belum didedahkan secara menyeluruh.

Apapun Alwi menjelaskan dalam tempoh lima tahun lalu, JPN mencatatkan 74,723 pendaftaran anak luar nikah adalah membabitkan orang Melayu/Islam.

Menurutnya angka ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Sepanjang tempoh ini, 214,033 bayi pelbagai bangsa didaftarkan dengan status anak tidak sah taraf, termasuk kes anak yang tidak berbapa 104,834 orang dan 109,199 orang mengikut Seksyen 13, Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299),” katanya kepada Berita Minggu.

Mengikut Seksyen 13, bayi itu dianggap anak yang dilahirkan hasil ikatan perkahwinan tidak teratur atau tidak sah mengikut undang-undang negara.

Ini termasuk anak hasil hubungan luar nikah bagi orang Melayu/Islam atau pernikahan tidak didaftarkan mengikut undang-undang negara.

Bayi yang lahir kurang enam bulan dari tarikh pernikahan ibu bapanya juga termasuk dalam status sama.

Bagi anak pasangan bukan Islam, kebanyakan kes merujuk kepada anak dilahirkan sebelum tarikh pendaftaran perkahwinan atau anak yang tidak mempunyai bapa.

Dalam tempoh lima tahun dari 2005 hingga 2009, pendaftaran ‘anak luar nikah’ membabitkan orang Melayu menduduki tempat kedua dengan 74,723 kes, di belakang kaum-kaum lain dengan 91,922 kes, diikuti India (23,696 kes) dan Cina (23,692 kes).

Beliau berkata, bayi tanpa bapa daripada keturunan Melayu/Islam diletakkan nama diikuti ‘bin’ atau ‘binti’ Abdullah atau mana-mana nama pilihan Asma Al-Husna (nama-nama Allah).

“Keputusan itu selaras ketetapan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan ia juga selaras format baru sijil kelahiran yang memerlukan nama penuh bayi berserta bin atau binti dipaparkan pada sijil kelahiran.

“Bagaimanapun, hanya maklumat ibu akan dimasukkan dalam sijil kelahiran bayi berkenaan dan nama pada MyKad kanak-kanak itu kekal menggunakan nama dalam sijil kelahiran,” katanya.

Bagi kes bayi pasangan yang berkahwin di luar negara tanpa mendaftar semula di Malaysia, beliau menasihatkan mereka menyelesaikan urusan dengan pihak berkaitan termasuk majlis agama atau mahkamah.

“Jika anak dilahirkan di luar negara, daftar dengan kedutaan dan apabila pulang ke Malaysia, daftar semula dengan JPN.

“Bagi kes yang tidak mendaftar perkahwinan mereka tetapi sudah mempunyai anak, mereka boleh mendaftar terus untuk dapatkan sijil kelahiran tanpa perlu dokumen daripada mahkamah, tetapi nama bapa tidak akan dimasukkan dalam rekod.

“Maklumat itu boleh diganti dengan nama sebenar bapa selepas mendapat pengesahan status perkahwinan,” katanya.

Banyak perkara membabitkan anak luar nikah, khususnya jika mereka Islam umpamanya dalam urusan harta, perkahwinan, perhubungan kekeluargaan dan sebagainya.

Namun, satu persoalan yang sering diperkatakan dalam konteks anak luar nikah ialah bila mereka dewasa dan mahu berkahwin. Dengan kata lain, seboleh-bolehnya mereka janganlah mengulangi perkara sama seperti ibu bapa mereka dan keturunan mereka adalah sah di sisi perkahwinan Islam.
Namun, berapa ramai yang berani menyatakan diri mereka yang sebenar, Ada ibu bapa yang menyorok perkara itu untuk menutup malu dan sebagainya tanpa menyedari perbuatan mereka bersalahan dengan hukum Islam.

Saya terbaca sebuah jawapan yang disediakan oleh Setiausaha Agung Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Tuan Musa Awang melalui laman web persatuan itu yang merujuk kepada jawapan yang sebelum itu disiarkan dalam Berita Harian 14 Ogos 2008.

Tajuknya ialah ‘Bapa tidak boleh walikan pernikakah anak tak sah taraf’’. Anak tak sah taraf ialah anak yang lahir daripada pernikahan yang tidak sah atau fasid menurut hukum syarak.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Anak yang lahir daripada hamparan (yang sah) berhak disabitkan nasab keturunan." Hukum di atas adalah dengan syarat suami adalah orang yang boleh menyebabkan isteri hamil, anak dilahirkan selepas enam bulan dari masa akad nikah, iaitu menurut ulama Hanafi.

Dengan kata lain, bagi anak luar nikah – bapanya tidak boleh mewalikan pernikahan anak dan perlu berwalikan hakim.

Saya bukan sekadar melihat masalah ini. Persoalannya dengan kedudukan bangsa Melayu yang semakin porak peranda akibat faktor keturunan dan kelahiran, Melayu apakah akan muncul dalam tempoh satu atau dua dekad datang?

Mungkin ramai yang tidak pedulikan masalah ini namun banggakah Melayu masa depan jika ada yang mengetahui mereka atau rakan serta saudara daripada keturunan sedemikian?

Persoalan lain ialah apakah kita wajar atau perlu menyisih dan membiarkan sahaja mereka yang keturunan sedemikian?

Dalam konteks peluang mendapatkan pelajaran, pekerjaan atau juga hak sebagai rakyat mereka tetap berpeluang sama.

Nasib mereka akan tetap terbela. Mereka juga akan menikmati dan mengecapi taraf atau status kehidupan yang sama dengan keturunan yang sah jika mereka mampu mengajar impian mereka.

Jadi apa masalahnya?

Yang penting bagi saya ialah memperbetulkan atau memandu mereka ke haluan yang betul agar keturunan anak luar nikah selepas generasi pertama itu tidak menerima nasib yang sama.

Dengan cara itu mungkin keturunan Melayu dan Islam dapat diperbetulkan semula.

APABILA UMNO DISAMAKAN DENGAN FIRAUN

Tak tau nak komen apa. Kelu rasanya membaca entri ini pada laman Harakahdaily.

Kalau dah samakan kerajaan UMNO sama dengan kerajaan Firaun, tidak tahulah. Apakah kata-kata ini jauh bezanya dengan UMNO itu kafir?

Baca dan nilailah. Yang saya tidak faham bagaimana Harakahdaily boleh meluluskan tulisan seperti ini untuk disiarkan.


Kezaliman kerajaan Umno menyamai kerajaan Firaun
Oleh Tun Telana (Harakahdaily.net)

Kenyataan tersebut dibuat oleh Presiden PAS, Haji Abdul Hadi Awang ketika berceramah di Seberang Jaya, Pulau Pinang ketika menyambut perayaan dua tahun Pakatan Rakyat memerintah Pulau Pinang.

Haji Hadi menambah : “ Kerajaan BN [juga maksud : UMNO] tidak akan mampu bertahan lebih lama lagi berikutan pelbagai kegagalan yang dibalas oleh Allah akibat kezaliman yang diamalkan oleh mereka selama ini, tetapi tetap masih lagi meneruskan kejahatan tanpa batasan”[rujuk : Suara Keadilian,16-23 Mac 2010]

Saya amat bersetuju apa yang dikatan oleh Haji Hadi itu. Kezaliman UMNO lakukan terhadap bangsa Melayu dan agama Islam tersangat banyak sehingga rakyat biasa tidak mampu untuk menghitung satu persatu.

Jadi, dipendikkan cerita, marilah kita pandang kiri-kanan, atas-bawah, perhatikan dan berfikir secara matang dan secara jujur dan tanya diri sendiri: Apakah yang UMNO telah lakukan sejak negera ini mencapai kemerdekaan dan diberi kuasa memerintah lebih 52 tahun?

i.Bagaimana kedudukan bangsa Melayu dalam bidang ekonomi, pelajaran dan status sosialnya, berbanding bangsa-bangsa lain? Bangsa Melayu masih berniaga di tepi-tepi jalan tercemar, di celah-celah bangunan dan dilorong-lorong yang kotor dikelilingi oleh bangunan tinggi tersergam indah dimiliki oleh bangsa bukan Melayu seperti di zaman belum merdeka.

ii.Siapakah penyebab yang menjadikan kuasa politik orang Melayu semakin terhakis, siapa penyebabnya?

iii.Pembahagian kekayaan dalam Negara ini, bangsa mana yang memperolehi faedah yang lebih besar dan menguasai kekayaan negara dan siapa yang perlu dipertangungjawapkan?

iv.Bangsa mana yang menguasai dan pemilikan hartanah yang berskel besar di bandar-bandar besar di seluruh Malaysia?

v.Kenapa agama Islam sering dihina dan diperlecehkan di dalam Negara ini?

vi.Kenapa umat Islam di dalam negara ini sekarang semakin menjauhi dari Islam. Umat Islam tidak mengamalkan ajaran Islam yang sebenar seperti yang diajar oleh Nabi Muhammad saw?

Enam persoalan yang dikemukakan kepada pembaca. Jawapan kepada setiap soalan yang dikemukakan itu adalah akibat kezaliman UMNO yang memerintah, parti lain tidak pernah memerintah negara ini melainkan UMNO.Jadi, orang lain tidak boleh dipersalahkan.

UMNO wajib dipersalahkan kerana bangsa Melayu semakin mundur berbanding bangsa-bangsa lain dan perkembangan agama Islam di kalangan umat Islam semakin malap. Majlis-majlis ilmu kosong, tetapi tempat-tempat maksiat semakin bertambah dan majlis-majlis hiburan penuh sesak mendapat tempat istemewa di kalangan rakyat jelata.

Apabila Haji Abdul Hadi berkata kezaliman UMNO menyamai kezaliman Firaun, ia bukan sekadar ucapan politik semata-mata, tetapi ia menjangkau lebih jauh daripada itu. Disebabkan kezaliman UMNOlah majoriti rakyat menderita dalam keperitan hidup seharian.

Firaun pernah berkata sepertmana Allah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:

“Wahai kaumku! bukankah kerajaan negeri Mesir ini, aku yang menguasainya, dan sungai-sungai ini mengalir di bawah (istana) ku? tidakkah kamu melihatnya?’ (Az-Zuhruf: 51).

Apa kurangnya UMNO, UMNO juga turut berkata sedemikian, tetapi tidak secara langsung seperti Firaun. UMNO lakukan secara tidak langsung melalui tindakan-tindakan yang membawa kepada kezaliman.

Contoh : UMNO menafikan hak rakyat yang bukan UMNO untuk mendapakan kontrak, lesen, permit, peluang-peluang perniagaan disekat, disekat bantuan, pinjaman daripada agensi-agensi kerajaan [baca: rakyat] seperti TEKUN, MARA, Amanah Ikhtiar dan berbagai tabung atau dana yang ditubuhkan untuk membantu peniaga-peniaga UMNO, peniaga-peniaga bukan UMNO dinafikan hak ini.

Cara UMNO mengurus Negara macam harta pesaka makbapak dia bertambah dengan dasar 1Malaysia yang mengelirukan rakyat. Jadi, kerajaan yang ada ini, adalah kerajaan UMNO untuk UMNO, bukan untuk seluruh rakyat yang hidup di dalam negara ini.

Firaun mengubal dan menguatkuasakan undang-undang supaya setiap bayi lelaki yang dilahirkan terus dibunuh dan mengubal dan menguatkuasaan yang menghalang kebangkitan rakyat Mesir menentangnya. Tindakan itu diambil kerana dia sudah terpengaruh dengan ahli nujum yang menafsirkan mimpinya.

Firaun bermimpi Mesir terbakar dan penduduknya mati, melainkan kalangan kaum Israel, sedangkan ahli nujum mengatakan kuasa negara itu akan jatuh ke tangan lelaki kaum Israel. Disebabkan khuatir, dia memerintahkan setiap rumah digeledah dan jika mendapati bayi lelaki perlu dibunuh.

UMNO pun macam Firaun juga. Dua kali lima, lima kali dua juga. Contoh : ISA merupakan undang-undang yang bertentangan dengan keadilan Islam kerana ia boleh menghukum seseorang sekadar syak wasangka sahaja.

UMNO mempertahankannya dengan berbagai alasan yang tidak masuk akal. Mengurung, menahan dan memenjarakan seorang tanpa dibuktikan apa kesalahan yang ia telah lakukan dan menafikan hak OKT untuk membela diri, memisahkan dengan anak-isteri dan keluarga dalam satu tempoh yang panjang adalah merupakan satu perbuatan yang paling zalim dan tidak bertamadun. Tindakan ini dilihat lebih daripada Firaun. Ia adalah sama dengan kezaliman yang dilakukan oleh UMNO dengan apa yang pernah lakukan oleh Firaun ke atas rakyat Mesir yang menentangnya.

Firaun mahu terus berkuasa dan UMNO juga mahu terus mengekalkan kuasa memerintah. Firaun guna undang-undang untuk membunuh rakyat yang bengkit menentangnya. UMNO juga gunakan berbagai undang-undang bagi menghalang kebangkitan rakyat.

UMNO gunakan ISA sebagai senjata untuk membunuh musuh-musuh politiknya bagi terus berkuasa. UMNO juga banyak mengubal, meminda dan menguatkuasa undang-undang yang kebanyakannya tidak membawa keuntungkan kepada rakyat, tetapi ia memberi advantage yang luas kepada UMNO kerana UMNO yang membawa, membentang dan meluluskannya di parlimen. Parlimen Malaysia adalah parlimen ‘rubber stam’.

Contoh : Pindaan undang-undang SPR 2003, pindaan paling ganjil tidak mengikut perlembagaan dan ramai rakyat sedar bahawa semua pindaan itu bertujuan untuk membolehkan UMNO terus mengekalkan kuasa. Nyata pada PRU ke-11 2004, UMNO mencapai kemenangan 90 peratus lebih, yang tidak pernah terjadi di mana-mana negara yang mengamalkan demokrasi, kecuali di Indonesia ketika Suharto memerintah dan di Filipina ketika Ferdinan Marcos berkuasa dulu.

Sekarang SPR berura-ura lagi untuk meminda semula kawasan pilihan raya dengan membawa kembali lebih ramai pengundi Melayu ke kawasan Melayu [2003 dulu dikeluarkan pengundi Melayu dan dibawa/diramaikan pengundi bukan Melayu ke kawasan Melayu kerana PRU ke-10 1999, ramai pengundi Melayu memberi undi kepada pembangkang dan menolak UMNO] kerana dikatakan orang Melayu sudah kembali menyokong UMNO dan termakan dengan gertakan, ugutan dan ancaman serta putar-belit UMNO tentang bahayanya ketuanan Melayu dan Islam [kita pun tidak faham, bila pula masanya UMNO meletakkan Islam di hadapan]

UMNO menggunakan duit haram untuk pembangunan dalam negera ini kerana pembangunan yang dilakukannya secara terpilih mengikut negeri, daerah, mukim, kawasan dan kampung. Negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat dinafikan hak untuk projek-projek pembangunan sehinggalah membawa ke kampung-kampung juga turut merasai diskriminasi UMNO.

UMNO yang membentuk kerajaan pusat mengisap darah kerajaan negeri dan darah seluruh rakyat tanpa mengira fahaman politik dengan dikenakan berbagai caj dan berbagai jenis cukai. Duit yang dikutip daripada rakyat bukan UMNO tidak dihalalkan oleh rakyat bukan UMNO hatta satu satu sen pun untuk UMNO berbelanja. UMNO kutip hasil negeri 100 peratus, tetapi dipulangkan kepada negeri tidak sampai 10 peratus.

Disamping itu, UMNO dengan angkoh dan sombong merampas duit hasil royalti minyak rakyat negeri Terangganu dan Kelantan secara haram untuk kepentingan politik Firaunnya. UMNO adalah sebuah kerajan barua lagi Firaun lebih daripada Firaun yang memperalatkan dan memaksa seluruh institusi Negara untuk menyokongnya mempertahankan kuasa. Dengan kuasanya itulah ia dengan mudah dapat mencabuli hak asasi rakyat dan dilindungi oleh agansi kerajaan seperti PDRM, tentera [undi pos], SPRM, SPR, Jabatan Peguam Negara dan mahkamah.

Inilah watak yang ada pada UMNO dan yang ada pada Firaun. Firaun sangat marah kepada golongan yang mengajak manusia membuat kebaikan terutama mengajak manusia kembali menyembah Allah. UMNO juga begitu. Dr.Mohd Asri Zainal Abidin, bekas Mufti Perlis, bekas Mufti Selangor, Allahyarham Ishak Baharom dan lain-lain para ilmuan dan agamawan ditangkap dan didakwa di mahkamah kerana mengajak orang ramai berbuat baik dan mengajak manusia taatkan Allah dan taatkan Rasul.

Firaun memaksa seluruh rakyat Mesir menyembahnya yang maha berkuasa, begitu juga UMNO. Memaksa rakyat menyembah UMNO [menyokong dan memberi undi]. Rakyat yang ingkar didera dalam berbagai bentuk sepertimana kita mendengar, membaca dan melihat yang berlaku di kalangan rakyat bukan UMNO khususnya rakyat berbangsa Melayu yang statusnya seolah-olah rakyat kelas tiga. Nasib orang bukan Melayu lebih baik daripada nasib orang Melayu di bawah pemerintahan UMNO selama ini.

Sebagaimana Firman Allah swt yang bermaksud :

Firaun begitu marah dengan Musa. Firaun mengumpulkan tukang sihirnya untuk bertanding dengan Nabi Musa as yang didakwanya turut mempunyai ilmu sihir. Selepas menetapkan waktu dan tempat,berangkatlah Firaun beserta tipu helahnya. Musa berkata: "Amat celaka kamu,janganlah kamu mengadakan dusta atas Allah. Mati dibinasakan kamu dengan seksa-Nya. Sungguh rugi orang yang mengadakan dusta itu."

Tukang sihir Firaun pun melemparkan tongkat dan tali mereka terlebih dahulu dan tiba-tiba ia seolah-olah bertukar ebjadi seperti ular menjalar akibat disihir. Musa merasa ketakutan melihatkan sihir itu.

Firman Allah swt:"Janganlah engkau takut hai Musa!sesungguhnya engkaulah yang bakal unggul. lemparkanlah tongkat ditangan kananmu itu,nanti akan menelan segala apa buatan mereka itu.Sesungguhnya apa yang mereka kerjakan itu semata-mata tipu daya tukang sihir saja. Dengan cara apa pun,mereka takkan berhasil melakukannya."

Kemudian tukang sihir itu tunduk bersujud kepada Allah SWT sambil berkata:

"Telah percaya kami kepada Tuhan yang disembah Harun dan Musa,iaitu Allah swt."

Melihat tukang sihir sudah beriman kepada Nabi Musa as begitu juga isterinya Siti Asiah,maka Firaun bertambah marah dan mengganas hingga isterinya diseksa sampai mati dan orang beriman pun diseksa dengan kejam.

Nabi Musa as beserta orang yang beriman melarikan diri dari Kota Mesir tetapi tetap dikejar Firaun dan bala tenteranya hingga mereka sampai kepantai Laut Merah. keadaan begitu terdesak sekali bagi Nabi Musa kerana sudah dikepung musuh kiri dan kanan manakal laut pula terbentang dihadapan mereka. dalam kebingunan itu Allah SWT Mewahyukan kepadanya supaya memukulkan tongkatnya ke muka laut. laut itu tiba-tiba terbelah menjadi dua dengan satu jalan yang panjang merentang ke seberang.

Firman Allah bermaksud:

"Ingatlah ketika Kami belah laut merah untuk meneruskan perjalanan kamu,maka Kami lepaskan kamu dengan selamat dan Kami tenggelamkan keluarga Firaun sedang kamu melihat (terjadinya peristiwa itu). " (Al-Baqarah 50)

Kesimpulannya, tidak ada kuasa yang ada di dunia yang boleh mengalahkan UMNO kerana UMNO seperti Firaun dikatakan adalah seorang lelaki yang cukup sempurna, tampan bergaya, gagah perkasa, kaya raya dan ada karisma. Dia mampu menakutkan musuhnya, dia mempunyai barisan ahli sihir yang handal. Dia mempunyai tubuh badan yang sihat, Dia tidak pernah demam malah tidak pernah bersin pun.

Itulah nikmat yang Allah berikan kepadanya tetapi malangnya Firaun telah menjadi seorang yang Kufur, sombong dan zalim malah mengaku menjadi Tuhan pula. UMNO akan musnah hanya dengan kuasa Allah, bukan kuasa manusia.
Persoalannnya - tidakkah Harakahdaily.net turut sama bersekongkol atau bersekutu mengatakan UMNO itu Firaun walaupun menyatakan ‘Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.”?

Hanya Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan boleh menjawab persoalan ini?

Saturday, March 20, 2010

MP PEMBANGKANG BODOH & MUDAH DIKELENTONG?

Timbalan Perdana Menteri meminta pihak berkuasa menyiasat kenyataan Ahli Parlimen Bayan Baru mengenai rancangan 16 September 2008 Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana ia dakwaan serius membabitkan nama baik Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata siasatan lanjut itu bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil jika terbukti kenyataan Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim itu terbukti berasas.

"Bila perkara itu disebut di Parlimen, pastinya Zahrain mempunyai bukti jelas dan nyata. Bagi kita ia sesuatu yang serius dan tidak boleh dipandang ringan apabila dia mengheret nama baik Raja serta ATM. Kita tidak mahu tergesa-gesa, tetapi terserah kepada pihak pihak berkuasa untuk menilai kenyataan Zahrain dan menyiasat dengan lebih lanjut kenyataan itu dan jika terbukti berasas, maka tindakan mengikut undang-undang mesti diambil," katanya semalam.

Itu kata Timbalan Perdana Menteri. Mungkin ramai lagi yang turut terpegun dan menerima bulat-bulat apa yang diperkatakan oleh Zahrain ini.

Tetapi saya pula melihat daripada sudut lain. Ia berkaitan sama ada Ahli Parlimen kita percaya atau sebaliknya dengan cakap si Zahrain ini.

Persoalannya ialah - bodoh dan dungu sangatkah wakil rakyat pakatan pembangkang hingga boleh diperdaya dan mempercayai apa yang dikelentongkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim?

Saya tidak termakan dengan kata-kata yang kononnya wakil rakyat PKR diperalatkan dan dibohongi bagi mempercayai bahawa wakil rakyat BN yang akan lompat parti, lebih daripada mencukupi bagi membentuk kerajaan baru.

Ini kerana kalaulah benar wakil rakyat pembangkang termakan dengan umpan Anwar untuk mengambil alih kerajaan Persekutuan melalui perancangan "16 September", ternyata bebal dan bodohlah wakil rakyat berkenaan.

Juga mudahlah untuk mereka ditipu dan dikelentong oleh Anwar sepanjang masa.

Zahrain sendiri menunjukkan beliau tidak mudah dikelentong. Tetapi kenapa Zahrain lambat membuat keputusan untuk menyanggah Anwar. Ini yang menjadi persoalan.

Kalau Zahrain tidak termasuk MP yang ‘bodoh dan dungu’, kenapa tunggu lama untuk mendedahkannya?

Sementara jika wakil rakyat pembangkang sudah tahu kelentong Anwar, kenapa masih berharap kepada beliau?

Kegagalannya dalam perancangan 16 September sepatutnya tidak melayakkan beliau menjadi Ketua Pembangkang?

Apakah wakil rakyat pembangkang ini jenis sama –sama bermimpi di siang hari dengan Anwar? Apakah semua mempercayai cara ‘katak’ itu sesuai untuk membentuk sebuah kerajaan yang akan memerintah Malaysia?

Akan lebih terserlah kebodohan dan dungunya wakil rakyat pakatan pembangkang ialah jika mereka turut mempercayai tiga perkara berikut:

1. Kononnya Yang di-Pertuan Agong sedang menunggu di Istana Negara untuk memberi perkenan kepada pakatan pembangkang untuk membentuk kerajaan, dan

2. Kononnya panglima angkatan tentera juga menyokong perancangan pembangkang itu yang kemudiannya menjadikan Dewan lebih gamat; dan

3. Paling lucu dan bagai menghina Yang di-Pertuan Agong kononnya YB Permatang Pauh direstui sebagai perdana menteri keenam.

Apapun, mungkin kerana terlalu taksub dengan Anwar, wakil rakyat pembangkang – termasuk dari PAS – pun turut percaya projek itu akan Berjaya.

Walaupun ada kesangsian pada pendedahan oleh Mohd Zahrain melalui ucapan sulungnya sebagai wakil rakyat Bebas di Parlimen kelmarin, setidak-tidaknya, orang terasa pedas kerana makan cili jadi bingung dan terpaksa meninggalkan Dewan.

Malah, Mohd Zahrain telah menyebabkan suasana Persidangan Dewan Rakyat bertukar kecoh.

Pendedahan itu menggambarkan betapa tingginya cita-cita Anwar mahu menjadi Perdana Menteri dan mampu pula menjadikan penyokongnya sama ada dari PKR, DAP atau PAS yakin terhadapnya secara ‘membabi buta’.

Selain itu saya tertarik dengan pendedahan Zahrain mengenai kepincangan dalam perjuangan pakatan pembangkang yang menurutnya, menjadi perjuangan peribadi Anwar. Ini kerana menurut Zahrain, Anwar adalah "raksaksa pelbagai wajah" ekoran pendiriannya yang sentiasa berubah-ubah dalam memperjuangkan orang Melayu dan kepentingan agama Islam.

Mengejutkan kerana raksasa itu selepas kena serang bertalu-talu, Anwar meminta dirinya tidak dikaitkan dengan perkara itu.

Zahrain menjelaskan antara sebab beliau hilang kepercayaan kepada kepimpinan Anwar ialah apabila PKR terlampau memperhambakan diri kepada DAP sedangkan ketua pembangkang itu pernah memberitahunya yang PKR tidak akan tunduk kepada parti itu.

Beliau juga menganggap Anwar sebagai manusia yang memakai pelbagai topeng bagi menunjukkan beliau adalah juara memperjuangkan Islam dan keadilan.

Anwar mampu memperdayakan ahlinya supaya melupai bahawa ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri, beliau pernah menggelar Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai ulama terompah dan menyokong pemecatan bekas Mufti Selangor, Allahyarham Datuk Ishak Baharom.

“Watak yang sama ini juga menyokong pemecatan Tun Salleh Abas sebagai Ketua Hakim Negara pada 1998 yang membawa kepada keruntuhan sistem kehakiman negara. Alangkah ironisnya roda keadilan berputar apabila beliau kini mendendangkan lagu beliau dizalimi.

“Inilah juga orang yang menghancurkan institusi Raja Melayu dan hari ini kononnya mahu mempertahankan Raja Melayu,” katanya.

Kalau mengikut cakap Zahrain itu, Anwar dalam mencapai cita-citanya untuk mengejar impian ke Putrajaya sanggup melakukan apa saja. Baginya: “Cita-cita ke Putrajaya itu akan menjadi mimpi ngeri kepada Anwar.”

Sudah pasti Anwar menafikan semua pendedahan dibuat Zahrain bahawa beliau merancang gerakan 16 September bagi menjatuhkan kerajaan BN.

Anwar berkata, dakwaan Zahrain bahawa beliau sudah bertemu dengan tentera dan mendapat sokongan ahli Parlimen BN bagi membentuk kerajaan baru menggantikan kerajaan sedia ada adalah tidak berasas.

“Dia (Zahrain) cakap saya jumpa tentera... kenapa beliau tidak beritahu tentera mana. Beliau kata saya suruh ahli Parlimen (pembangkang) tunggu dalam dewan untuk menumbangkan kerajaan BN, cakap seperti itu adalah cakap orang Umno,” katanya.

Jika sudah sama dengan orang UMNO, apa ditunggu lagi oleh Zahrain? Masuk sajalah UMNO!
Sebagai raksasa, Anwar tidak seharusnya boleh panas cuping telinga hingga meninggalkanDewan.

Jadi kalau ahli parlimen BN tumpang sekaki dengan berteriak "pengecut" dan "berani, tunggu", mendesak supaya Anwar tidak keluar Dewan, ia bukan sesuatu yang melampau.

Yang sebenarnya melampau ialah orang yang suka kelentong – termasuklah mengaitkan Yang diPertuan Agong dan ATM bagi memenuhi cita-citanya menjadi Perdana Menteri.

Nasib baiklah ada Yang Berhormat seperti Zahrain yang tidak bodoh dan dungu untuk mempercayai apa yang pernah dikatakan oleh Anwar.

Jika tidak akan berterusanlah Zahrain bermimpi untuk sama-sama dengan Anwar ke Putrajaya!

BEKAS MP UMNO MAHU SATUKAN MELAYU

Tahniah kepada bekas Wakil Rakyat Umno kerana menubuhkan sebuah persatuan untuk satukan Melayu.

Yang menariknya mengenai persatuan ini ialah, ia mempunyai dua jenis keahlian iaitu ahli biasa (untuk mantan wakil rakyat) dan ahli bersekutu.

Ahli biasa terdiri dari mantan wakil rakyat, mantan Ahli Parlimen, mantan senator dan mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO. Untuk ahli bersekutu pula, persatuan akan menawarkan kepada mana-mana individu yang kita rasa layak seperti cendekiawan dan tokoh-tokoh pemimpin Melayu.

Pertubuhan Mantan Wakil Rakyat UMNO (Pakku) ditubuhkan bertujuan memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu dalam ekonomi, pendidikan, agama dan bahasa selari dengan perjuangan UMNO.

Presidennya Tan Sri Adam Kadir, berkata Pakku yang didaftarkan pada 14 Disember 2009 itu akan mempertahankan hak asasi bangsa Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan.

Pakku diwujudkan bagi mempertahankan kesucian Islam dan hak keistimewaan kaum bumiputera selaras dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Bagi pertubuhan itu, perjuangan bagi memartabatkan golongan bumiputera khususnya Melayu merangkumi aspek politik, ekonomi, pendidikan dan sosial tanpa mempertikaikan hak kaum lain.

“Pertubuhan ini lahir atas kesedaran kami sebagai bekas wakil rakyat UMNO bahawa masyarakat Melayu kini memerlukan pembelaan kerana ditekan dari pelbagai sudut. Oleh itu, dalam hal yang berkait dengan Islam dan hak keistimewaan Melayu, kami akan lantang mempertahankannya selain pada masa yang sama membantu UMNO menjadi lebih kuat,’’ jelasnya.

Ia juga akan menggiatkan usaha menyatukan bangsa Melayu dan menggunakan 'dewan tertinggi' menggantikan istilah jawatan kuasa tertinggi.

"Kita telah mengadakan mesyuarat agung pertama dan saya dipilih selaku Presiden, Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin sebagai naib presiden satu dan Thamrin Tun Ghaffar Baba sebagai naib presiden dua.

"Enam orang ahli dewan tertinggi adalah Tan Sri Sanusi Junid, Tan Sri Sabaruddin Chik, Datuk Mokhtar Hashim, Datuk Seri Dr Suleiman Mohamed, Aziz Yassin dan Datuk Dr Afiffudin Omar," kata Adam.

Beliau berkata, untuk mesyuarat tertinggi akan datang, beliau dan ahli dewan tertinggi lain akan memutuskan jawatan setiausaha agung serta membincangkan beberapa isu yang diberi fokus utama berkaitan bangsa Melayu.

Thursday, March 18, 2010

SENYUM AHMAD SAID SEMAKIN LEBAR....

Hari ini tanggal 18 Mac 2010.

Kalau mengikut sms dan cakap kedai kopi, Datuk Ahmad Said sepatutnya ‘turun takhta Menteri Besar ’ hari ini.

Kenapa? Dua sebab. Pertama kerana hari ini adalah tarikh ‘keramat’jketiga’ yang disebarkan sms tempoh hari bahawa Ahmad Said akan menjadi órang biasa’.

Selepas Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Hishamuddin Hussein Sabtu lalu menepis kononnya Ahmad Said akan digantikan sebagai Menteri Besar dan tidak berlakunya pengunduran Ahmad Said pada 1 dan 8 Mac lalu, maka hari inilah sepatutnya Ahmad Said berhenti.

Lebih mengukuhkan teori Ahmad Said akan berhenti atau diberhentikan ialah semalam Menteri Besar itu dilaporkan mengadap Perdana Menteri.

Tersebar luas berita mengatakan Datuk Seri Mohd Najib memanggil Ahmad Said supaya meletakkan jawatan.

Jadi sesuailah tarikh hari ini sebagai ‘keramat ketiga’.

Semalam, Rabu – kebetulan Ahmad Said menghadiri Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara di bilik Mesyuarat Perdana, Aras 3, Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Selepas mesyuarat itu Ahmad Said mengambil peluang menemui Perdana Menteri. Difahamkan, inilah kali pertama Ahmad Said menemui Perdana Menteri untuk membincangkan beberapa perkara.

Sudah pasti antaranya ialah ‘wang ehsan’. Jadi tidak tepatlah kalau ada mengatakan Najib panggil Ahmad Said untuk memecatnya.

Lagipun, sebenarnya temujanji pertemuan asal adalah pada Jumaat tetapi diatas keperihatinan Najib, beliau memanggil Ahmad Said bertemu semalam.

Tidakkah sikap Perdana Menteri ini menunjukkan beliau tidak ada masalah dan mesra dengan Ahmad Said.

Kenapakah diragui keikhlasan kedua-dua pihak untuk menjadikan Terengganu sebuah negeri maju dan rakyatnya mendapat manfaat sebanyak mungkin daripada perhubungan erat Najib dan Ahmad Said?

Soalnya apakah perbincangan mereka terbatas isu wang ehsan semata-mata? Siapa tahu ada perkara lain yang diperkatakan mereka berdua khususnya dalam menstabilkan politik negeri.

Apakah Najib akan membiarkan Hishamuddin diganggugugat oleh pihak yang mahu mengeruhkan hubungan Nib Presiden itu dengan kepimpinan negeri Terengganu?

Banyak pihak menunggu pengumuman Ahmad Said meletakkan jawatan pagi ini.

Namun harapan itu meleset. Pagi ini, Ahmad Said awal-awal lagi sudah berada Pusat Dagangan Terengganu bertemu pemandu bas, teksi dan penarik beca.

Programnya ialah Peningkatan Imej Pengangkutan Awam Terengganu yang dihadiri oleh kira-kira 1,500 orang. Ahmad Said sebagai Menteri Besar – saya ulangi – sebagai Menteri Besar, sempat menaiki beca mencuba beca hybrid yang dikayuh oleh pengayuh berusia lebih 70 tahun.


Dengan kata lain, Ahmad Said berdiri di pentas, menaiki beca, melihat sendiri bas ekspres, catar dan penumpang di atas kapasiti sebagai ‘MENTERI BESAR’.

Hmmm...saya ingin mengulangi kembali kata-kata Hishamuddin Sabtu lalu di Kemaman:

"Kenapa nak percaya SMS sedangkan media berdepan dengan MB hari-hari, kalau MB meletakkan jawatan, beliau tidak akan berada bersama kita hari ini. Jangan terikut-ikut dengan mereka yang sengaja nak memperalatkan media...”

Dan apabila gagal ‘menurunkan Ahmad Said sebanyak tiga kali pada bulan ini sahaja, kini pecacai yang gilakan jawatan Menteri Besar dan kumpulan yang mahukan Ahmad Said diganti, meletakkan sasaran bulan Mei sebagai tarikh Ahmad Said ‘dilucutkan jawatan’.

Tak habis-habis...

Pada ketika kumpulan itu mungkin mengira-gira apa strategi mereka, Ahmad Said meneruskan program merakyatkan pembangunannya dengan bertemu kakitangan EPIC di Pejabat EPIC di Kemaman.

Selepas itu beliau menghadiri majlis penyampaian hak milik tanah DUN Cukai di perkarangan Pejabat DUN Cukai, Kemaman.

Ahmad Said boleh tersenyum kini, bukan sahaja ‘tiga tarikh keramat’ sudah tidak keramat lagi tetapi Najib juga sudah memberikan beberapa jaminan dan janji pembangunan kepada Terengganu.

Tunggulah pengumumannya!