Wahai “Tok Guru”, jangan penasihat undang-undang pula yang disalahkan dalam isu perlantikan menantunya, Mohd Ariffahmi Abd Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).
Nik Aziz berhujah: “"Dulu masa saya lantik beliau, ada penasihat undang-undang, beliau tidak komen apa. Jadi saya lantik.”
Muyridul Am itu tidak sewajarnya menyalahkan orang lain. Oleh kerana beliau yang melantik, maka Menteri Besar Kelantan itu perlu bertanggungjawab di atas perlantikan menantunya.
Dengan kata lain, beliau bukan sekadar bertanggungjawab untuk menasihati menantunya meletakkan jawatan.
Sebelum ini, apa yang Nik Aziz tidak menyanjung Ariffahmi.
Kononnya menantunya bijak, berkelulusan tinggi dan bergaji besar ketika kerja di Kuala Lumpur.
Sesiapa pun boleh melihat semula handsards Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 2007, apabila Ketua Pembangkang ketika itu, Datuk Seri Panglima Annuar Musa (kini Tan Sri) membelasah Nik Aziz kerana melantik menantunya sebagai CEO PMBK.
Nik Aziz tunduk tidak angkat muka ketika Annuar membahaskan titah Tuanku Sultan yang merasmikan persidangan Dewan Undangan Negeri dengan mengemukakan beberapa fakta mengenai rasuah dalam kerajaan Kelanyan, termasuklah isu perlantikan Ariffahmi.
SelePAS itu satu laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) dibuat oleh sekumpulan ADUN Barisan Nasional (BN).
Isunya ketika itu ialah kronisme dan rasuah. Memang sejak 2007 lagi isu rasuah disyakki berlaku dalam PMBK, selain Air Kelantan dan di pejabat Menteri Besar Kelantan sendiri.
Menurut Annuar, perbuatan mementingkan anak menantu menduduki jawatan penting dalam PMBK menjadi amalan Nik Aziz, termasuk melantik anak perempuannya sendiri ke jawatan penting.
Menurut Annuar, Nik Aziz terpedaya dengan kebolehan Arifffahmi yang berpangkat jurutera (Ir.) dan Nik Aziz mengatakan Ariffahmi sanggup meninggalkan gaji dan pangkat besar di Kuala Lumpur untuk bekerja di Kelantan.
Menurut Annuar, Ariffahmi mendakwa beliau bergaji sekitar RM8,000 sedangkan gaji sebenar beliau tidak sampai pun RM5,000.
Namun kini, apa yang diperkatakan oleh Annuar dua tahun lalu mula menunjukkan kebenarannya. Apa yang dipertahankan oleh Nik Aziz kini terpercik ke mukanya sendiri. Malah kini, Nik Aziz terpaksa menundukkan mukanya lebih rendah daripada ketika mendengar Annuar ‘membelasahnya’ di DUN Kelantan.
Menantu tokoh PAS yang dilanda kontroversi sejak dua minggu lepas itu semalam bersetuju meletakkan jawatannya sebagai CEO PMBK.
Ariffahmi yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menjadi fokus kontroversi apabila memecat Syed Azidi Syed Abdul Aziz, seorang pegawai kanan exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa.
Pada 11 November lalu, Syed Azidi yang lebih kenali dengan nama blog nya Kickdefella berkata beliau, sebagai bekas pegawai perhubungan awam PMBK, bersedia bekerjasama dengan pihak berwajib untuk mendedahkan apa yang sebenarnya berlaku dalam perbadanan itu.
Ariffahmi nyata akur dengan arahan bapa mertuanya, bagaimanapun menegaskan arahan peletakan jawatan tersebut hanya dikeluarkan semalam dan bukannya seperti yang dinyatakan oleh beberapa blog sebelum ini.
Menurut Abdul Ariffahmi, beliau tidak meletakkan jawatan lebih awal kerana mendengar nasihat Nik Aziz yang merupakan Menteri Besar supaya terus kekal menjalankan tugasnya seperti biasa.
''Pertama sekali saya ingin menyatakan saya menerima keputusan ini dengan hati yang lapang dan sedar keputusan dibuat untuk menjaga nama baik kepimpinan, PAS dan juga nama baik kerajaan negeri Kelantan. Saya akan tengok rekod cuti saya, berapa hari ada, lepas itu saya akan kira, saya akan buat keputusan bila tarikh yang sesuai untuk saya lepaskan jawatan,'' katanya.
Ariffahmi dilihat sebagai punca kepada semua kemelut yang timbul dalam PAS serta kerajaan negeri. Beliau melihat peletakan jawatannya adalah disebabkan fitnah yang dilemparkan oleh pihak tertentu terutama penulis blog terhadap dirinya. Kata Ariffahmi: “Sebenarnya beberapa peguam sedang mengkaji semua tuduhan dan saya sedang menelitinya dan akan mendengar nasihat para peguam. Pada masa yang sesuai nanti kita akan lakukan apa yang patut.”
Apa yang pasti, ada dua perkara menarik di sini. Pertama, apabila kes Ariffahmi ini timbul, pada mulanya Nik Aziz tetap mempertahankan menantunya. Dia hanya menasihati Ariffahmi supaya meletakkan jawatan selepas desakan, khususnya ekoran daripada ugutan Husam untuk ‘melePASkan semua jawatan’.
Persetujuan Nik Aziz menasihati Ariffahmi ialah selepas pertemuan dengan pemimpin atasan PAS di kediaman rasmi Menteri Besar itu pada 10 pagi semalam.
Pertemuan tersebut disertai Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din, Naib Presidennya Salahuddin Ayub dan Bendahari Agung Dr Hatta Ramli. Mereka ini mengemukakan cadangan kepada Nik Abdul Aziz agar menasihatkan Ariffahmi melepaskan jawatan.
Nik Aziz memberikan sebab bahawa beliau mengarahkan menantunya itu berbuat demikian demi "menjaga nama baik kepimpinan Islam khususnya PAS."
Selain itu, arahan perletakan jawatan Ariffahmi juga untuk elak fitnah melalui bermacam saluran seperti surat layang jadi tidak mahu fitnah ini berkembang, kata Nik Aziz.
Apakah dalam kes ini Nik Aziz seolah-oleh kelihatan seperti Brutus yang memberikan ucapan pertama selePAS pembunuhan Julius Caeser kepada rakyat Rome bahawa ‘Not that I loved Caesar less, but that I loved Rome more”. Dalam konteks isu Ariffahmi Nik Aziz bukan tidak sayang kepada Ariffahmi tetapi lebih sayang kepada Husam’.
Ini kerana sebelum ini beliau ada merujuk kepada Nik Aziz berhubung desakan supaya meletak jawatan, namun Menteri Besar memintanya meneruskan tugas sebagai CEO seperti biasa.
Kata Ariffahmi: ''Saya nak ulang lagi, apa yang ditulis dalam blog tertentu sebelum ini bahawa saya telah diminta meletak jawatan dan rentetan itu arahan telah dikeluarkan dan saya tak terima arahan itu lalu pergi ke Kuala Lumpur merajuk, itu tak betul. Saya hanya terima arahan pada hari ini (semalam) dan saya boleh terima keputusan ini dengan dada yang lapang dan saya akan sentiasa setia dan menghormati bapa mertua saya dan pemimpin kita semua." katanya.
Perkara kedua ialah, isu Ariffahmi ini akan menjadi duri dalam daging kepada PAS Kelantan kerana ternyata Nik Aziz membuat ‘pilihan salah’ apabila melantik menantunya ke jawatan tinggi.
Jika merujuk kepada desakan Husam, ada individu lain yang turut dikaitkan dengan Ariffahmi dan tidakkah ini akan terus mengheret politik PAS Kelantan supaya berlanjutan hingga ke pilihan raya umum akan datang?
Tuesday, November 24, 2009
ANWAR TAWAR SAIFUL RM5 JUTA?
Beberapa laman blog semalam menimbulkan kontroversi apabila wujud dakwaan yang yang mengatakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menawarkan kepada Mohd Saiful Bukhari Azlan sebanyak lima juta.
Tujuannya? Meminta Saiful supaya menarik kembali dakwaannya.
Blog-blog berkenaan mengatakan Anwar mengarahkan ahli perniagaan, Datuk Soh Chee Wen untuk mengadakan perbincangan dengan Mohd Saiful berhubung perkara berkenaan.
Berdasarkan tulisan dalam blog berkenaan juga dinyatakan bahawa Soh telah menggunakan sepupu Saiful sebagai 'jambatan' untuk berhubung dengan bekas pembantu Anwar itu bagi menawarkan sebanyak RM5 juta untuk menarik balik kes tersebut.
Bagaimanapun peguam yang mewakili Saiful, Zamri Idrus menafikan mengenai perkara itu."Tidak... tidak benar, saya beri jaminan tiada sebarang tawaran dibuat kepada Saiful.
"Perkara ini langsung tidak benar. Saiful tetap dengan pendiriannya dalam kes ini," katanya.
Menurut mStar Online, Zamri yakin perkara ini sengaja dilakukan oleh pihak-pihak tertentu untuk mengeruhkan keadaan.
"Saya sendiri tak pasti bagaimana perkara ini boleh timbul, tapi apa yang pasti ia memang tidak benar... mungkin ia sengaja dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab," tegasnya.
Ditanya sama ada Saiful sudah mengetahui mengenai perkara ini, Zamri berkata: "Ya, Saiful juga menyedari mengenai artikel berkenaan, dia sudah baca... malah dia sendiri terkejut dengan kenyataan itu."
Anwar dituduh meliwat bekas Mohd Saiful, 23 di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun lalu.
Jika sabit kesalahan, Anwar, 62, boleh dipenjara sehingga 20 tahun di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan. Beliau kini bebas dengan ikat jamin seorang penjamin sebanyak RM20,000.