Saturday, July 18, 2009
BETAPA BERTUAHNYA KITA…GERAKKAN PERPADUAN ISLAM
UMAT Islam etnik Uighur dan Han mengerjakan solat Jumaat di Masjid Yang Hang, bandar raya Urumqi, Daerah Xinjiang, China, tengah hari tadi. Kawalan keselamatan kekal ketat di kawasan etnik Uighur, Xinjiang, selepas rusuhan di Urumqi awal bulan ini di antara minoriti Islam Uighur dan majoriti puak Han yang mengakibatkan lebih 1,600 orang cedera. Pegawai agensi berita Xinhua berkata, 192 orang terbunuh dalam rusuhan itu dan sekitar 1,000 orang ditahan. - Foto Reuters
Janganlah kejadian yang berlaku di daerah Xinjiang, China menimpa Malaysia!
Pertelingkahan agama tidak akan menguntungkan negara dan umat Islam sendiri. Jadilah bangsa yang bermaruah dengan tidak menggadaikan kepentingan politik untuk bersengketa sesame sendiri.
Singkir jauh-jauh mereka yang menentang usaha perpaduan dan persefahaman sesama Islam. Serulah ke arah perpaduan dan jangan lihatnya daripada sudut politik tetapi demi kepentingan umat Islam seluruhnya.
Jika sudah kehilangan, sukar sekali untuk diambil kembali. Umat Islam harus waspada kerana ‘baik di depan tidak semestinya kelingking tidak berkait’.
Pelajarilah apa yang melanda Urumqi, ibu kota Xinjiang.
Pasukan keselamatan lengkap bersenjatakan raifal separuh automatik dan belantan mengadakan kawalan ketat ketika etnik Uighur memenuhi masjid-masjid untuk menunaikan solat Jumaat, semalam.
Pada Jumaat lalu, banyak masjid ditutup ketika kemuncak insiden rusuhan kaum yang tercetus di bandar ini sejak ia tercetus pada 5 Julai lalu yang meragut 192 nyawa.
Masjid Putih yang menjadi tumpuan di kawasan Uighur dibanjiri umat Islam dengan sebahagian besarnya duduk di atas barisan sejadah sambil dikawal oleh kira-kira 200 pasukan separa tentera.
Agensi berita Xinhua melaporkan kesemua 433 masjid di bandar ini dibuka semalam.
Seorang wartawan AFP di Masjid Putih berkata, solat Jumaat berjalan lancar dan kesemua jemaah bersurai tanpa sebarang insiden.
Ketegangan pada 5 Julai yang merupakan rusuhan etnik terburuk di China sejak beberapa dekad, bermula dengan protes aman etnik Uighur namun bertukar ganas. Sebilangan etnik Uighur menyerang kaum dominan China, Han, demikian menurut media tempatan.
Pihak berkuasa menyatakan sebahagian besar korban adalah etnik Han dan lebih 1,600 orang cedera pada hari kejadian.
Menyedihkan apabila kebanyakan negara Islam mengambil sikap membisu terhadap rusuhan di Xinjiang dan tindakan keras pihak berkuasa China ke atas masyarakat Islam Uighur di wilayah itu.
Mereka dipercayai tidak mahu menjejaskan hubungan perdagangan yang erat dengan Beijing atau menarik perhatian terhadap tindakan mereka sendiri ke atas penentang politik, kata penganalisis politik hari ini.
Dua negara bukan Arab - Iran dan Turki - adalah antara segelintir yang telah mengkritik China.
Iran sendiri sibuk menangani kekacauan yang tercetus di negaranya sendiri berikutan keputusan pilihan raya Presiden yang dipertikaikan, manakala Turki mempunyai pertalian etnik dengan kaum minoriti Uighur di China.
Namun di kebanyakan negara Asia Barat dan dunia Arab, keganasan di China tidak mencetuskan banyak reaksi.
"Rejim-rejim Arab tidak dapat mengkritik serangan ke atas penduduk Islam China kerana mereka sendiri tidak mengamalkan demokrasi. Mereka dalam kedudukan yang sama seperti kerajaan China," kata penganalisis politik Jordan, Labib Kamhawi.
Penduduk Uighur yang berjumlah sembilan juta orang di Xinjiang telah lama merungut mengenai kemasukan etnik Han ke wilayah mereka serta sekatan kerajaan ke atas agama Islam.
Mereka menuduh kaum majoriti Han melakukan diskriminasi dan Parti Komunis cuba melenyapkan bahasa dan budaya mereka.
China ialah rakan dagangan utama bagi banyak negara Arab termasuk Sudan, Arab Saudi dan negara kaya lain di rantau Teluk.
Keganasan di Xinjiang telah mencetuskan protes hampir setiap hari di Turki, kebanyakannya di luar kedutaan China di Istanbul dan Ankara di mana bendera China dan barang buatan China dibakar.
Hubungan kerajaan China dengan Australia dikatakan tegang ekoran tuduhan pengintipan komersial, diburukkan lagi dengan kontroversi selepas China mendesak sebuah dokumentari mengenai pergolakan etnik Uighur dikeluarkan daripada festival filem terbesar Australia.
Pegawai konsul China telah menghubungi penganjur Festival Filem Antarabangsa Melbourne dan mendesak mereka mengeluarkan sebuah filem mengenai seorang usahawan wanita Uighur yang hidup dalam buangan, Rebiya Kadeer yang dituduh oleh Beijing sebagai penghasut dalam insiden rusuhan kaum di Xinjiang pada minggu lalu.
Konsulat China di Melbourne menghubungi melalui telefon mendesak dokumentari bertajuk The 10 Conditions of Love digugurkan daripada tayangan perdananya pada 8 Ogos dan menuntut penjelasan mengenai sebab ia dimasukkan, ujar pengarah festival, Richard Moore baru-baru ini.
ISUNYA RASUAH ATAU BUNUH DIRI ATAU DIBUNUH?
(Isu Sabtu)
Bunuh diri atau dibunuh?
Atau kemungkinan lain seperti disebut oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, Teoh Beng Hok mati kerana jenayah atau politik?
Di sebalik isu kematian, kejadian pada Khamis 15 Julai, lebih kepada isu rasuah dan politik apabila lima pegawai dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pejabat anggota Exco Kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah di bangunan Sekretariat Negeri di Shah Alam mencari dokumen berhubung cara peruntukan negeri dibelanjakan.
Pada serbuan kira-kira 5 petang, SPRM turut merampas sebuah komputer riba dan unit pemprosesan pusat (CPU) dari pejabat Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Seri Kembangan itu yang terletak di tingkat 15 bangunan berkenaan.
Setiausaha politik Hian Wah, Teoh Beng Hock, turut ditahan oleh pegawai SPRM untuk disoal.
Dalam konteks politik yang amat jelas, Hian Wah adalah antara tujuh ADUN dan anggota Exco yang disiasat oleh SPRM kerana didakwa menyalahgunakan peruntukan negeri yang disalurkan menerusi Pejabat Daerah Petaling.
Dalam konteks kematian – sama ada membunuh diri atau dibunuh - yang pasti kes kematian mengejut Teoh, 30, kini dalam siasatan polis. Sebelum polis mengumumkan keputusannya, akan banyaklah spekulasi timbul.
Mayat Teoh, yang berkhidmat dengan Adun Seri Kembangan dan pengerusi DAP Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui jam 1.30 tengah hari di koridor tingkat lima bangunan yang menempatkan pejabat SPRM Selangor di tingkat 14 keesokan harinya, iaitu Jumaat.
Beberapa perkara menarik membabitkan kematian Teoh:
1. Teoh adalah seorang saksi yang dipanggil untuk membantu siasatan berhubung kes salah guna peruntukan oleh kerajaan negeri.
2. Teoh ditemui mati selepas kira-kira lapan jam selepas memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan salah guna peruntukan wang kerajaan negeri. Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdull, berkata mangsa datang sebagai saksi kes itu kira-kira jam 5 petang kelmarin dan memberi keterangan sehingga jam 3.45 pagi semalam.
3. Teoh dibenar pulang sebaik selesai memberi keterangan dan berjanji datang semula keesokan harinya bersama beberapa lagi dokumen bagi membantu siasatan.
4. Walaupun dibenar pulang, dia meminta kebenaran berehat di tempat duduk pejabat SPRM. Sehingga jam 6 pagi, beliau dilihat masih tidur di tempat duduk berkenaan. Selepas itu, beliau tidak lagi kelihatan sehingga ditemui mati. Apa berlaku antara 6 pagi dan 1.30 petang? Kenapa beliau tidak pulang?
5. Teoh memberi kerjasama baik sepanjang keterangannya direkodkan dan hanya seorang pegawai SPRM mengambil keterangan dan lapan jam yang diambil untuk berbuat demikian adalah perkara biasa bagi melengkapkan siasatan. Apakah ada tekanan terhadap Teoh? Dan
6. Paling penting, komputer riba dan unit pemprosesan pusat (CPU) yang dirampas adalah milik atau dalam kawalan Teoh yang bersedia menjadi saksi.
Persoalan ini bermain di kepala orang biasa tetapi polis mungkin mempunyai banyak lagi persoalan lain.
Apa jawapan mereka yang disiasat? Apapula yang ada dalam komputer riba dan CPU?
Kenapa DAP dan PKR menjadikan isu kematian ini sebagai yang paling utama sehingga tidak menyatakan langsung isu rasuah atau penyalahgunaan peruntukan yang menyebabkan Teoh turut disiasat?
Bolehkah DAP dan PKR Selangor mengalih isu siasatan oleh SPRM dengan kematian Teoh?
Juga, mungkinkah Teoh yang mempunyai ‘banyak maklumat’ menerima padah kerana sebelum ini mendiang dikatakan mempunyai ramai musuh dalam DAP?
Oleh kerana siasatan sedang dijalankan, kita serahkanlah perkara ini kepada pihak berkuasa kerana sebagai orang biasa, telahan dan andaian kita tidak sampai ke mana-mana.
Namun satu lagi yang pelik ialah Kerajaan Selangor mahu mengadakan perhimpunan solidariti "Perhimpunan Rakyat" Ahad ini bagi menuntut keadilan bagi Teoh .
Perhimpunan tersebut akan diadakan di Stadium Kelana Jaya, Petaling Jaya pada jam 4.30 petang.Ia akan dihadiri oleh pimpinan Pakatan Rakyat, kata satu kenyataan sekretariat akhbar pejabat menteri besar Selangor.
Menurutnya, Ketua Polis Selangor Dato Khalid Abu Bakar telah dimaklumkan mengenai perhimpunan tersebut.
"Kerajaan negeri berharap pihak polis dapat bertimbang rasa ketika mengendalikan orang awam Ahad ini dan memahami sentimen orang awam yang secara umumnya sedih dan marah atas kematian Teoh.
Dalam kenyataan itu juga, kerajaan Selangor menggesa agar ditubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat kematian Teoh.
Persoalannya apakah ada milage untuk PKR dan DAP dalam isu kematian Teoh? Wajarkah perhimpunan diadakan pada ketika bukti sedang dikumpul dan siasatan sedang dijalankan.
Kerajaan Selangor tidak payah memberitahu SPRM atau mana-mana pihak bahawa proses penyiasatan penting untuk mengembalikan keyakinan orang awam terhadap SPRM sebagai agensi banteras rasuah yang bebas dan bertanggungjawab.
Yang penting ialah kenapa Teoh ‘membunuh diri’ atau ‘kenapa dia dibunuh”?
Apakah ia ada kaitan dengan siasatan penyalahgunaan peruntukan dan ada pula pihak yang berusaha menutupnya?
Ini kerana jika benar ada kes, SPRM tidak akan melepaskan mereka ini dan kesannya besar kepada kedudukan kuasa politik di Selangor.
Kes ini jika dikaitkan dengan isu ‘underworld’ yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong ada rantaiannya.
Wee membuat dakwaan wujudnya penglibatan seorang Exco kerajaan negeri dalam aktiviti 'gelap' di Selangor.
Cuma masa akan menentukan apakah apa yang cuba diselakkan oleh Wee akan berjaya atau sebaliknya.