Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Terengganu memohon pihak Polis Di Raja Malaysia
( PDRM ) supaya dengan segera menahan dan mendakwa individu yang terbabit dalam kes ugutan bunuh melalui Sistem Pesanan Ringkas ( SMS ) terhadap tiga orang Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) UMNO / BN .
Seharusnya suara daripada Pemuda UMNO Terengganu juga patut kedengaran kerana kes ugut itu menyebabkan ‘berkocaknya politik Terengganu” walaupun sementara.
Selain laporan polis terhadap sebuah blog, nampaknya Pemuda UMNO Terengganu seakan membisu dan ‘keliru’ dengan kejadian yang menimpa.
Menurut sebuah laman web dengan posting bertajuk “Kes Ugut Bunuh Melalui SMS - Polis Diminta Percepatkan Siasatan”, hari ini, “Rakyat Terengganu masih menunggu-nunggu keputusan hasil siasatan tindakan jenayah tersebut”.
AMK hairan mengapa kes SMS ugut bunuh yang berlaku lebih dua minggu lalu tidak dapat diselesaikan dengan segara.
“PDRM memiliki teknologi maklumat dan komunikasi yang canggih, boleh menyiasat kes-kes melibatkan teknologi maklumat seperti blog dan email, “ katanya.
Laporan yang memetik Ketua AMK, Fariz Musa hari ini, berkata, “Dalam kes penghinaan terhadap Sultan Perak melalui laman web baru-baru ini PDRM boleh menyelesaikannya dengan cepat dan segera, takkan kes SMS lambat,”.
Beliau menganggap kes ugut tersebut adalah sangat serius dan memohon pihak PDRM bertindak profesional dalam melakukan penyiasatan dan tidak terpengaruh dalam permainan politik mana-mana pihak.
Justeru sepatutnya SMS ugut bunuh itu, katanya, boleh dikesan dengan melihat rekod penghantaran SMS tersebut melalui pusat SMS.
Katanya, walaupun mungkin kes dikategorikan sebagai kes berprofil tinggi yang melibatkan individu-individu penting dalam UMNO / BN Negeri Terengganu, beliau memohon agar PDRM bertindak telus dan profesional tanpa dipengaruhi dan campurtangan politik mana-mana pihak.
“Baru-baru ini pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mendedahkan kepada umum penahanan seorang kerani syarikat swasta untuk membantu penyiasatan, difahamkan bahawa kerani syarikat swasta tersebut telah pun dibebaskan,”ujarnya
Beliau yakin dan percaya terdapat "dalang utama" disebalik penghantaran SMS berbentuk ugutan bunuh itu.
Katanya beliau turut yakin individu tersebut sudah pasti sedar bahawa tindakan beliau adalah berisiko tinggi , boleh dikesan , serius dan akan berdepan dengan tindakan undang-undang.
“Dengan keadaan begitu, saya berpendapat, individu tersebut tidak akan berani bertindak sedemikian, tanpa diarah dan dijanjikan dengan jaminan keselamatan beliau,”katanya yang ditemui Buletinonline samalam.
Menurutnya, PDRM yang mempunyai kecekapan dan kehebatan serta mempunyai teknologi yang canggih sepatutnya berupaya menyelesaikan kes tersebut dengan segera.
Sunday, May 3, 2009
BLOGGER TERENGGANU DISIASAT POLIS
Jeng jeng jenggg…ada blog di Terengganu yang dikatakan memburukkan pemimpin parti (UMNO) kini disiasat polis. Blok siapa ya?
Yang membuat laporan itu ialah Pemuda UMNO Bahagian Kemaman. Ketua Penerangannya, Halim Sulong di Balai Polis Kemaman pada pukul 10.30 pagi 29 April lalu.
Saya tidak kesempatan membaca laporan itu dalam akhbar Utusan Malaysia tetapi membacanya melalui blog jaranganakmelayu ( saya menyebut nama blog ini bukan untuk tolong promo tetapi mempunyai sebab tersendiri. Penggendalinya jangan berasa seronok pula!)
Menurut blog berkenaan:
KHAMIS, APRIL 30, 2009 YANG DILAPORKAN (3) …Pemuda UMNO buat laporan terhadap artikel laman blog
KEMAMAN 29 April - Pemuda UMNO Bahagian Kemaman membuat laporan polis berhubung satu artikel dalam sebuah laman blog yang memburukkan kepimpinan parti. Laporan itu dibuat oleh Ketua Penerangannya, Halim Sulong di Balai Polis Kemaman pada pukul 10.30 pagi.
Halim berkata, Pemuda UMNO Kemaman meminta pihak berkuasa membuat penyiasatan terperinci berhubung artikel tersebut yang turut menghina Istana Terengganu.
''Mereka yang bertanggungjawab perlu dikenakan hukuman setimpal kerana artikel itu berbau hasutan,''' ujarnya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Supritendan Abdullah Sani Salat ketika ditemui mengesahkan menerima laporan berkenaan. Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana kes itu kini dalam siasatan polis.
Saya berusaha mendapatkan salinan laporan polis tetapi masih gagal dan mungkin sehari dua lagi bolehlah melihat sendiri laporan berkenaan dan kepada siapa laporan berkenaan ditujukan.
Saya nak tulis banyak-banyak bimbang kerana “hari ini hari orang, mungkin esok hari saya pula”.
Saya tidak mahu cerita panjang mengenai laporan polis kerana ia akan menjejaskan siasatan jika saya panjang-panjang bercerita.
Apa pun, ingin memetik semula tulisan blog jaranganakmelayu mengenai saya yang disiarkan pada hari akhir tahun 2008 lalu. Ikuti tulisan dalam blog berkenaan:
RABU, DISEMBER 31, 2008
YANG DILANTIK : TAHNIAH
Selamat tahun baru.
Esok 1 Januari 2009. Esok juga (terpengaruh dengan majlis PAS esok) Menteri Besar Terengganu akan melancarkan ‘pusat media’ sebagai penyelaras kepada gerakan media sepanjang pilihan raya kecil P36 Kuala Terengganu.
Orang yang akan menerajui pusat media yang akan beroperasi kurang lebih 17 hari ini sudah dikenal pasti. Asalnya dari Kelantan. Jawatannya entahlah, Cuma boleh diletakkan mungkin sebagai Pengarah Operasi Pusat Media PRK P36 Kuala Terengganu (kemaskini : Pengarah Jawatankuasa Media di Pejabat MB).
Dia akan dibantu oleh beberapa orang lagi yang juga telah dikenal pasti oleh Pengarah Operasi itu sendiri. Salah seorangnya dipinjamkan daripada agensi kerajaan persekutuan dan pernah menjadi Pengarah agensi berkenaan di negeri Terengganu (juga asalnya dari Kelantan).
Hal ini patut amat kita rakamkan ucapan tahniah kepada Menteri Besar dan tahniah kepada yang telah dilantik, terutamanya tahniah yang sebesar-besarnya kepada saudara Hambali Abd Latiff yang dipilih MB sebagai ‘Pengarah Operasi’. Seramai itu manusia media di atas bumi bertuah ni, saudara Hambali juga menjadi pilihan.
Rezeki. Rezeki kan di tangan Tuhan. Memang pun Hambali bukan orang baru dalam media. Sebelumnya beliau pernah menjadi pensyarah dan wartawan, pengarang berita serta pengarang akhbar dan TV sepenuh masa. Pernah bekerja di Berita Harian, Harian Metro, Harian Watan, NTV7 & RTM. Pernah menang anugerah Kajai 1983 dan Anugerah Karya Bangsa Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan 1984. Sejak tahun 1998, Hambali bekerja sendiri. Hambali lahir pada 14 Oktober 1954 di Pasir Puteh, Kelantan. Membesar dan bersekolah rendah dan menengah di Besut, Terengganu (kira orang Terengganulah tu). Beliau adalah lulusan sains politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang. Sekarang menetap di Selangor.
Kerana kehebatan Hambali itulah MB melantik beliau. Ditambah MB seorang pemimpin yang memang mengenang budi. Hambali khabarnya pernah menjadi pensyarah/tutor kepada MB semasa belajar di USM. Sekaranglah masanya membalas budi gurunya itu. MB telah bertindak bijak. Berfikiran terbuka, walaupun khabarnya pernah disarankan untuk tidak mewujudkan pusat media seumpama ini kerana Kuala Terengganu sudah menjadi pejabat utama semua media massa dan elektronik.
Semua surat khabar besar dan kecil, termasuklah surat khabar rasmi PAS, Harakah ada pejabat cawangannya di Kuala Terengganu. Selain itu, banyak lagi sebab mengapa tidak perlunya pusat media seperti yang dicadangkan itu, termasuk yang utama dan jelasnya, akan terselamatlah duit rakyat.
Namun suara siapa yang kerdil itu untuk mencadangkan kepada MB? MB cukup terbuka. Tidak taksub kenegerian. Beliau tak kesah orang mana yang hendak dilantik, asalkan orang itu, baginya boleh bekerja. Bukan Hambali seorang orang bukan anak negeri yang dilantik MB. Sebelum ini pun dah ramai.
MB juga bukan tidak ambil hal soal pengorbanan dan jasa orang. Beliau amat prihatin. Kerana itu beliau melantik sesiapa saja termasuk Hambali untuk pegang jawatan-jawatan penting walaupun mereka itu ‘tidak ada sesen saham’ pun kepada politik negeri Terengganu. MB amat kenal yang mana kaca yang mana permata.
Anak Terengganu atau yang sudah lama terlibat dengan media di Terengganu tidak sehebat Hambali. Semuanya cap ayam. Ramai yang sekolahnya pun tamat SPM saja, tapi lagak saja lebih. Setakat boleh anugerah Kawat tu tak payah nak berlagaklah, Hambali dapat anugerah Kajai lagi. Lagi pun kerja jaga pusat media nin bukannya senang, lebih susah daripada kerja tampal poster dan panjat tiang pasang poster lagi. Alang-alang orang jangan nak cuba buat kerja nin.
Wartawan tua, wartawan pencen atau wartawan yang ada di Terengganu hari nin, seorang pun tak layak. Mereka hanya layak jadi gurkha jaga markas pos pilihan raya saja. Kelab Wartawan Terengganu pun khabarnya tidak dilibatkan dengan pusat media nin. Betul dan tepat keputusan tu. Apa benda Kawat tu? Kawat duri ke? Kalau kawat duri memang patut pun tak dilibatkan kerana menyusahkan orang saja. Nanti tercucuk situ tercucuk sini, tak senang duduk sesetengah orang. Tak ada Kawat pun tak jadi kudis gatalnya. Siapa orang-orang dalam Kawat?
Daripada Presidennya kepada AJK, semua terdiri daripada orang-orang yang tak boleh dipakai. Menyusahkan dan menghabiskan beras sahaja. Kawat dan wartawan tempatan hanya boleh minta tolong masa kerajaan susah saja. Masa senang dan ada peluang 'masyuk' begini, kenalah jemput orang/wartawan/media luar untuk membantu. Lagi pun belanja untuk mewujudkan, beroperasinya dan gaji/elaun tenaga kerja di pusat media ini tidaklah tinggi. Cuma sekadar berbelas-belas ribu RM sehari.
Tidaklah besar sangat belanjanya, cuma boleh buat sebuah banglo atau 10 buah rumah murah sahaja. Kecil je tu. Duit royalti kan banyak. Kalau nak dibandingkan belanja operasi pusat media nin dengan jumlah RM seperti tercatat pada replika cek yang Datuk Najib bagi hari tu, baru nilainya sekadar 'di celah gigi’ saja.
Operasinya juga tidak susah-susah nak menyewa ruang premis yang mahal dan ekslusif sangat. Pusat media ini sanggup merendah diri menumpang di pejabat salah sebuah anak syarikat kerajaan negeri di Jalan Pejabat, Kuala Terengganu (di hadapan Unit Komunikasi). Sudah jimat belanja sewa premis. Tak jadi hal sebab kerja untuk politik nin bukan atas pejabat kerajaan, cuma pejabat anak syarikat kerajaan sahaja.
Cuma nanti bila dah mula dan berjalan dengan lancar pusat media tu, kalau dirasakan keadaan pejabat tu agak sempit dan rimas, boleh minta keizinan MB untuk guna dewan-dewan besar yang banyak di Wisma Darul Iman. Di situ lebih selesa. Mesti boleh punya. Tak kan Dewan baru di Chukai dan Stadium Negeri Kuala Terengganu MB boleh luluskan untuk digunakan oleh PAS, dewan Wisma Darul Iman nak digunakan oleh pusat media kerajaan, tak boleh. Tak masuk di akal. Berkait dengan saudara Hambali juga, ada cerita lain yang seronok juga didengar.
Sama ada cerita palsu atau khabar-khabar angin saja, tak tahulah. Tu kena tanya orang lain, bukan saya. Cerita ‘orang lain’ itu, Hambali mungkin akan dilantik menjadi Pengarah Unit Komunikasi negeri selepas ini. Khabarnya juga, kawan kita yang dah lama memangku Pengarah di situ, yang jatuh bangun dengan unit tu, sampai hari ini belum lagi terima surat sambung kontrak sebagai Timbalan Pengarah. Sedangkan tarikh tamat kontraknya di situ ialah pada hari ini, 31 Disember 2008.
Entah-entah ‘cukup sampai di sini sayang….’ Kalau betul cerita tu molek sangatlah. Hambali memang sesuai dan layak duduk di kerusi tu. Cuma kesian kat kawan kita tu lah. Bertambah reneklah kawan kita tu. Soal gaji Hambali tak perlu bimbang. Kalau orang lain dilantik kontrak dan gajinya dikira mengikut kelulusan dan standard perjawatan jabatan kerajaan, kepada Hambali boleh diurus.
Boleh dilantik ke gred yang tinggi. Jusa B atau C ke misalnya. Mesti kena sama atau hampir sama dengan Setiausaha Kerajaan Negeri. Baru ada kelas. Tu perkara kecil je. Lagi yang besar daripada itu, MB boleh selesaikan. Bukan MB nak aniaya kawan dan gurunya. Apa-apa pun, selamat bertugas, selamat beroperasi dan sekali lagi tahniah kepada semua yang terlibat dengan pusat media ini. Semoga wujudnya pusat ini, akan banyak membantu memenangkan sahabat kita Wan Farid. Cuma harap-harapnya, ini bukan kerja ‘budak tingkat 16’ lagi.
DISEDIAKAN OLEH ABDUL MUBIN ISMAIL @ 11:42 PM