Rakan lama saya, Zabidi Saidi (bekas Editor Watan (baru),menulis melalui bloknya, Memo Belakang bahawa Dr. Ramzi Zubir bekas setiausaha politik Datuk Seri Idris Jusoh jadi dalang mengirim sms ugut tiga orang ADUN.
Sejauh mana berita yang dibawa Zabidi ini benar, tidaklah diketahui kerana dua pegawai polis Terengganu menafikan bahawa polis memburu Dr Ramzi.
Kata Zabibi: “Jika benar Dr. Ramzi terlibat, maka 10 ADUN ini perlu letak jawatan kerana mereka tidak ada niat lain selain memalukan kerajaan BN sendiri.”
“ Oleh itu Najib Razak selaku Presiden UMNO perlu melihat kes ini secara serius. Inilah ujian pertama bagi Hishamuddin (Hussein) sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu. Semoga beliau dapat mempertahankan Terengganu dari jatuh ke tangan PAS? Janganlah dalam sejarah nanti, nama anda disebut sebagai pengerusi perhubungan UMNO Terengganu ketika BN Terengganu tumbang pada pilihanraya umum 2012,” kata Zabidi.
Beliau berkata , Khamis lepas beliau bertemu dengan seorang G7 dari Hulu Terengganu di The Mall dan beliau memberitahu “Dr. Ramzi Zubir bekas setiausaha politik Idris Jusoh jadi dalang mengirim sms ugut tiga orang ADUN. Sabtu lalu polis mengesahkan sedang mencari Dr. Ramzi.”
Zabidi membuat andaian: “Maknanya hebat juga puak Idris mahu memalukan Ahmad Said terpaksa mencipta sms ugutan sendiri, sehingga tujuh orang yang tidak menerima ugutan pun tidak menhadiri sidang Dewan Undangan negeri.”
Kedua-duanya dilaporkan oleh Berita Harian. Laporan pertama pada Ahad yang metik Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Mohd Fauzi Abduri, berkata beliau keliru dan terkejut apabila beberapa akhbar melaporkan polis mencari Ahmad Ramzi kerana beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan itu.
Laporan keesokan harinya yang memetik Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan K Manoharan, sekali lagi menafikan laporan bahawa polis sedang mencari Dr Ahmad Ramzi, bekas Setiausaha Politik bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh.
Katanya, polis negeri kesal dengan tindakan beberapa akhbar yang menyiarkan laporan itu.
Sehari sebelum itu, bukan sahaja akhbar malah BERNAMA (Berita Nasional Malaysia), saya ulangi, BERNAMA melaporkan:
Kita tidak pasti kenapa polis menafikannya kerana laporan menganggu siasatan atau memang Dr Ramzi tidak terbabit.
Menghairankan Dr Ramzi tidak diketahui di mana beliau berada dan telefonnya juga tidak berjawab.
Baru-baru ini, Polis Terengganu yakin membuat beberapa tangkapan termasuk perancang utama kes khidmat pesanan ringkas (SMS) ugut bunuh tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) negeri ini dalam tempoh seminggu lagi.
Mohd Fauzi, berkata polis sudah mengenal pasti perancang utama kes itu dan gerakan mencarinya giat dilakukan.
Katanya, polis ke rumah perancang utama itu di Marang tetapi gagal menemuinya. Polis percayai lelaki berusia 40-an itu meninggalkan negeri ini dan berada di tempat lain," katanya,
Mohd Fauzi berkata, polis percaya lelaki itu masih dalam negara ini dan sedang mengesannya bagi membantu siasatan.
Perancang utama SMS ugut bunuh itu dikesan apabila polis menahan kerani berusia 31 tahun yang bekerja dengan syarikat teknologi maklumat di Bandar Baru Bangi, Selangor, pada jam 9.30 malam Isnin minggu lalu.
Bagaimanapun lelaki itu sudah dibebaskan selepas ditahan reman seminggu.
Wednesday, April 29, 2009
PERKEMBANGAN TERBARU ‘SMS UGUT BUNUH’
Untuk ketahui perkembangan terbaru mengenai sms ugut wakil rakyat, ikuti tulisan Mohd Sayuti Omar melalui blognya MSOMerahTinta (www.msomelayu.blogspot.com)
Pengirim SMS Ugut Wakil Rakyat Berlindung di Bukit Keluang?
Tuesday, April 28, 2009 SEHINGGA kini tidak diketahui bagaimana kesudahan mengenai kejadian beberapa orang Adun UBN Terengganu yang diugut menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) menjelang sidang DUN Trengganu dua minggu lalu.
Semalam katanya polis telah pun membebaskan seorang lelaki yang disyaki terlibat mengirimkan SMS berunsur jenayah itu selepas direman beberapa hari. Apakah polis sudah selesai mengadakan siasatan dan segala punca dan permasalahannya sudah diketahui? Apakah lelaki yang direman itu terlibat atau pun ada dalang lain yang menyuruh dan mengupah lelaki yang direman itu melakukan perbuatan berunsur jenayah itu?
Persoalan ini perlu dijawab dan dihuraikan segera. Siapakah lelaki yang direman itu? Menurut laporan awal dia juga seorang blogger yang banyak menulis cerita-cerita politik dari Terengganu. Mulanya saya ingat Mubin blogger "Jarang Anak Melayu" atau Zabidi Saidi blogger "Memobelakang", sebab mereka anak Terengganu yang rajin menulis dan mendedahkan kebusukan penyu-penyu mati dan cerita birai-birai pantai Terenganu yang penuh dengan sampah dan berbau hampak. Tidak mereka rupa-rupanya tetapi orang lain. Identiti lelaki yang ditangkap itu tidak jelas dan pejabatnya juga kabur.
Kebetulan kelamrin sambil minum di sebuah restoran di sebuah pusat membeli belah saya berjumpa dengan seorang yang arif mengenai politik Terengganu dan mendakwa mengetahui cerita dalam kilas politik negeri Tok Ku Paloh tersebut. Sumber ini juga rapat dengan Umno dan kenal semua orang besar dan orang kecil dalam Umno baik di Kuala Lumpur maupun di Kuala Terengganu. Ada cerita mengejutkan saya yang terkeluar dari mulut kawan ini.
Menurutnya rupa-rupa lelaki yang direman itu bekerja di ibu Pejabat Umno. Dia bekerja dengan salah seorang pegawai di situ? Duk... duk hati saya bergeduk mendengar cerita ini. Apakah kisah SMS yang berlaku di Terengganu itu dimonitorkan dari ibu pejabat Umno?
Kalau benar begitu kenapa pulak ianya jadi begitu. Apa yang tidak kena dengan Ibu pejabat Umno dengan Ahmad Said di Terengganu. Apakah ibu pejabat Umno sendiri ada peranan untuk menghuruharakan Umno Terengganu? Untuk apa? Al Kisah berbalik kepada seorang pegawai bekas Menteri Besar yang kini dikatakan sedang diburu polis. Apakah ianya sudah menyerah diri ataupun sudah ditangkap? Mulanya berbelit sedikit cerita ini.
Ada laporan dalam akhbar mengatakan polis tidak mencari bekas setiausaha kepada bekas MB ini. Tetapi kalaulah benar dia tidak dikehedaki kenapa menyembunyikan diri? Selalunya orang yang berani lagi benar akan tampil ke hadapan dengan penuh bertanggungjawab. Dia akan pergi sendiri ke balai polis atau ke pejabat akhbar bagi menjelaskan dan membersih dirinya. Tetapi lain hal pula dengan yang seorang ini! Manakala dari satu sumber di Besut Terengganu katanya orang ini kelihatan pernah muncul berdekatan dengan Bukit Keluang.
Apakah dia berkelah atau berihat di situ ataupun buat apa? Bukit Keluang terletak dalam kawasan Besut. Ketua Umno Besut ialah Idris Jusoh. Apakah orang berkenaan sedang mencari suaka politik di Besut? Masakan sampai begitu sekali. Elok juga kalau polis hantar anggotanya meninjau di sekitar Bukit Keluang. Cuba jenguk dalam gua di bukit itu takut-takut orang berkenaan ada menyorot di dalam gua itu. Jangan rasa hairan dan anih, orang takut akan baut apa saja termasuk menyamar dan memperalatkan orang lain. Apa lagi orang politik mereka boleh lakukan apa saja.Mungkin kalau sudah terlalu takut mereka tidak peduli lagi kepada keluang atau tahi keluang yang memenuhi gua berkenaan.
Semoga polis akan menyelesaikan kes SMS ugut itu kerana kesian juga kepada Rosol Wahid dan kawan-kawannya, gara-gara SMS itu menyebabkan mereka mungkin takut untuk melaram di waktu malam kerana bimbang nyawanya terancam. [wm.kl. 11:30 pm 28/04/09] Elok juga kalau polis hantar anggotanya meninjau di sekitar Bukit Keluang.