Peralihan kuasa dalam UMNO dalam konteks ‘tarikh’ ia seperti juga cerita 916 Pakatan Rakyat.
Ia boleh berubah dan diubah ikut kesesuaian. Kalau dalam PKR ia ikut acuan Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam UMNO pula ikut acuan Datuk Seri Mohd Najib Razak, bukan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Kenapa saya berkata demikian?
Banyak cerita-cerita di sebalik tabir mula terselak kini apa sebenarnya berlaku beberapa bulan terakhir ini termasuklah dalam UMNO, Majlis Tertinggi, pilihan raya kecil Permatang Pauh dan politik berpuak-puak dalam UMNO.
Bagi saya inilah pertama kalinya dalam sejarah UMNO dan negara, penyerahan jawatan Perdana Menteri kepada timbalannya dilakukan berdasarkan ‘pemilihan parti’, bukan diserahkan jawatan Perdana Menteri dan kemudian disahkan melalui ‘pemilihan parti’ seperti yang berlaku sebelum ini.
Dengan kata lain, Najib perlu menang Presiden UMNO untuk mendapatkan jawatan Perdana Menteri.
Benar tidak sukar untuk Najib menang apabila Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengatakan tidak bertanding Presiden UMNO dan menyokong Najib untuk jawatan itu.
Persoalannya, Tunku menyerahkan kepada Tun Razak jawatan Perdana Menteri secara mutlak seperti juga Hussein Onn menyerahkannya kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan DrM kepada Abdullah yang dibuat secara terus.
Namun apa yang berlaku beberapa hari lalu ialah penegasan Abdullah bahawa beliau hanya tidak bertanding jawatan Presiden tetapi terus menjadi Perdana Menteri.
1. Latarbelakang
2. Peranan Muhyiddin?
3. Antara Muhyiddin, Hishamuddin, Shafie Afdal & Rais Yatim?
4. Mainan Dr M?
5. Ujian daripada Abdullah
6. Najib Tidak Sabar?
7. Pak Lah Kecil Hati?
8. Cabaran Untuk Najib, laluan untuk Zahid
9. UMNO semakin lemah atau kukuh?
Ikuti siri ini dengan tajuk-tajuk seperti di atas dan mungkin diubahsuai mengikut perkembangan semasa. – Hambali Abd Latiff
Sunday, October 12, 2008
Siri Pemilihan Calon-calon Presiden, Timbalan, Naib dan MT
KEPENTINGAN DIRI ATAU KEPENTINGAN PARTI?
Banyak yang menawarkan diri. Banyak yang mengatakan dirinya layak. Sudah tentu untuk mengesahkan dia layak, dia terpaksa memberikan pelbagai alasan dan rasional kenapa perwakilan perlu memilih mereka.
Ada mengatakan mewakili akar umbi, ada mengatakan mengawakili negeri tertentu, ada mengatakan masih mampu berkhidmat dan ada juga yang mengatakan mewakili negeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang.
Selain itu ada yang mengatakan mereka atau penyokong-penyokong mengatakan pemimpin yang menawarkan diri itu memang mampu serta kewibawaan selain bersifat karismatik dalam politik.
Dengan alasan-alasan itu seolah-oleh mereka menghalalkan diri mereka untuk menawarkan diri.
Namun benarkan demikian?
Bukankah menawarkan diri untuk memegang jawatan penting sekurang-kurangnya Majlis Tertinggi dalam parti kerana perkara-perkara berikut?
1.Menjamin kedudukan diri terus terjamin dengan jawatan yang sedia ada – Menteri, Timbalan Menteri, Pengerusi-Pengerusi agensi tertentu dan sebarang kedudukan jawatan politik dan lantikan lain;
2.“Tali hayat dan sambung nyawa” bagi menjamin terus berkuasa – bagi yang tiada jawatan kerajaan atau agensi, menang jawatan pernting UMNO akan membolehkan mereka dikekalkan sebagai Pengerusi UMNO Negeri atau jawatan tinggi UMNO yang lain;
3.Membuka peluang untuk kembali ke arus perdana kepimpinan UMNO. Contoh sudah banyak termasuk Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, Tan Sri Muhammad Mohd Taib dan beberapa yang lain. Malah Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Datuk Seri Rafidah Aziz tahu bagaimana peritnya kalah jawatan tinggi dalam UMNO dan kukuh kembali selepas menang pada pemilihan berikutnya; Atau boleh tanya Datuk Shahril Samad yang mulanya mengatakan tidak mahu apa-apa jawatan dalam kerajaan, hanya untuk berbanti kepada parti tetapi kemudian menerima jawatan Menteri;
4.Bagi pemimpin muda – peluang untuk melonjak naik lebih cepat berbanding hanya Exco Pergerakan Pemuda UMNO atau Exco Pergerakan Wanita sahaja;
5.Mendapat keisitimewaan ” first-hand information” kerana mereka adalah yang menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang juga tempat menentu dan membahaskan beberapa dasar penting kerajaan Barisan Nasional; dan,
6.Sebagai alat untuk diri melangkah ke kedudukan lebih tinggi. Ini adalah matlamat paling penting bagi pertandingan ini kerana kalau sekiranya berada dalam MT mereka bukan sahaja berada dalam “kumpulan orang Presiden UMNO dan TImbalannya” tetapi juga berpeluang duduk dalam kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan atau agensi kerajaan lain .
Memang benar ada Menteri, Menteri Besar dan orang tertentu yang penting kepada Perdana Menteri dan Presiden UMNO tidak menjadi ahli MT tetapi sesetengah mereka turut dipanggil menyertai Mesyuarat MT, sama ada sebagai pemerhati atau tetamu khas.
Jadi, hakikatnya, kepentingan diri datang dahulu dan kemudian kepentingan parti. Ini bukan persoalan ‘ayam atau telok dahulu”.
Apapun, bukan semua akan bersetuju dengan saya apabila dikemukakan pendapat seperti ini kerana ramai juga yang masuk bertanding kerana mahu berbakti kepada UMNO dan menjamin orang Melayu terus mendapat tempat sewajarnya di negara ini.
Apapun, selepas membuat keputusan untuk bertanding atau dicalonkan untuk bertanding, kaji kembali dan renungkan sendiri beberapa persoalan berikut:
1.Apabila ada yang mendakwa mereka kemampuan atau kewibawaan atau karismatik dalam politik, apakah aspek al-Quwwah ini menjadi kayu ukur semata-mata?
2.Apakah kita juga melihat daripada sudut amanah dan pegangan agama atau kesolehan diri sebagai pemimpin; dan,
3.Apabila menyebut memiliki kemampuan kepimpinan politik seseorang pemimpin dan penyokong mereka melihat kepada nilai-nilai takwa yang boleh mampu menyekat atau menahan seseorang terjerumus ke dalam kancah penyelewengan, rasuah dan penyalahgunaan kuasa?
Bagi saya, oleh kerana UMNO adalah parti yang meletakkan kepentingan Islam dalam perjuangannya dan orang Melayu yang penuh adab dan bersopan, selain penganut agama Islam, apa yang diperkatakan dalam konteks siapa pemimpin yang kita pilih perlu diletakkan keutamaanya.
Dengan berhati-hati memilih pemimpin kita akan selamat dan negara akan selamat, malah UMNO akan dihormati kerana pemimpinnya berwibawa dan ‘layak’ bukan hanya layak dalam kemampuan dan kewibawaan semata-mata tetapi juga melihat kepada ketakwaannya bagi menyekat penyelewengan, rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam UMNO dan kerajaan.